Followers

20 Jun 2010

Lagenda Budak Setan

napa citer lagenda budak setan macam hampes...citer yg x de motif...nama lagenda dak setan...tp citer sal budak setan tu sikit jer...pasal cintan yg banyak giler...

pas tu flow citer sgt cepat...kitorang sampai ada part yg x paham nk follow citer ni...dan yg paling mengecewakn...unsur original budak setan mcm dlm novel sgt kurang dlm citer ni...

Rugi wit aku...lg berbaloi aku tgk prince of persia lg skali...

Bagi yg lom tgk...jgn la tgk...korang akn kecewa...kalu nk tgk sgt tunggu donlod nnt...kt wayang tgk citer len

Aku bkn x nak support filem negara...yg layak di support aku akan support...tp kalu x layak, watpe nk support...mmg x best sgt sgt sgt...

Malayang spolo hengget aku.

Ni analisis drpd org yg minat giler novel ni...aku pun x mampu nk wat analisis mcm ni...korang baca la

AKU FANATIK NOVEL INI... (SEBAB AKU SUPPORT AHADIAT AKASHAH) NI KOMEN AKU TNTG FILEM NI:

1. AKU MENYAMPAH DENGAN WATAK MAN, CINCAI DAN SAPI... BAGI LA MUKA AGAS SIKIT... NI MUKA GAY... PALING AKU MENYAMPAH DENGAN SYED NABIL... OVER-ACTING... See More... POYO... MACAM BUDAK DARJAH LIMA BUAT TEATER JADI HANG TUAH MASA SAMBUTAN KEMERDEKAAN... NOOB-HAN LEMBIK ... Lihat seterusnya..DAN ZOOEY PUN LEMBIK MACAM BUDAK YANG KENA PULAU ZAMAN SEKOLAH PASAL JALAN TANGAN MASUK POKET MACAM KOBOI...

2. START-START DAH SPOIL... KICK-OFF BOLASEPAK KAT GARISAN PETAK PENALTI???

3. NAIB CANSELOR??? MACAM BODOH JE... PAKAI PEGAWAI H.E.P SUDAH...

4. SETAN DIORANG ZAMAN SEKOLAH BOLEH LA DITERIMA TAPI SETAN NI ZAMAN KOLEJ SWASTA YANG BAGIKU TAK MATANG SEBAB SAH SAH TAK ADA ORANG NAK BUAT MACAM TU KAT KOLEJ SWASTA...

5. PUSH-UP 300 KALI TANPA KIRAAN BERAMAI RAMAI NAMUN SORAK MACAM BODOH

6. AKU PELAJAR UNIVERSITI DAN AKU RASA ORANG TAK PANGGIL PENSYARAH "CIKGU"

7. NOTTINGHAM UNIVERSITY MALAYSIA KONONNYA TAPI MEDIUM OF LANGUAGE IN TEACHING ADALAH BAHASA MELAYU

8. SEMASA KASYAH NAK BERPISAH DARI 3 SETAN OVER-LEMBIK TU PAKAI KERETA LAIN PASTU LEPAS PELUK AYU KERETA LAIN...

9. SKRIP YANG BODOH... PENULIS SKRIP YANG BODOH...

10. TIME AYU HILANG INGATAN, KASYAH TAK MENTION TIN COLA (DIA CAKAP AIR MINUMANKU) TAPI MACAM MANA AYU BOLEH CAKAP "ADA KE OGHANG LETAK CICAK KAT TIN COLA"

11. AYU CAKAP KAT SUE "CAKAP JE LA AKU TAK ADA KAT GHUMAH"... DER, NI KOLEJ... ORANG TAK PANGGIL RUMAH TAPI PANGGIL "BILIK"

12. PENGARAH INDIA DARI INDON YANG TAK TAU PASAL MALAYSIA YANG NAK KEJAR NAMA DAN $$$... KESIAN ABANG AHADIAT AKASHAH... SHARAD SHARAN HAS KILLED HIS NOVEL...

13.
NOVEL: 1985
MOVIE: KINI
ADA KLCC, MENARA KL...
TIADA HANDPHONE TAPI ADA LAPTOP???

14. LAGU SEDAP, TAPI ASYIK ULANG JE MENYAMPAH DAN MUAK DIBUATNYA...

15. AYU BUAT PEMBEDAHAN MUKA JE??? BREAST IMPLANT PUN SEKALI... DAN KETINGGIAN...

16. DER, BAJET 1.6 JUTA TAPI MACAM HARAM HASILNYA...

17. FARID KAMIL DAN LISA DAN FAZURA AKU SUKA... KESIAN MEREKA TERKENA TEMPIASNYA...

18. MANA ISKANDAR(ABANG KASYAH)? DIA PENGHIDUP DAN PENCORAK WATAK KASYAH...

19. PATUT MENTION LA NAMA BETUL AYU (SIDARATUL DURSINA)

20. DALAM NOVEL, TURNING POINT EMYLIA RASA MEMBUAK BILA KASYAH MENTION NAMA ATHIRAH... TAPI KENA SHARAD TAK SELITKAN???

21. KESIAN BAGI SESIAPA YANG TIDAK MEMBACA NOVEL INI SEBAB DIORANG TAK KENAL SIAPA HISYAM...

22. DAH NAMPAK BAYI PEREMPUAN IQAMAT LA DULU... DIRECTOR YANG TAK TAHU TENTANG SENSITIVITI ISLAM...

23. MANA PANTANG KASYAH YANG PANTANG WANITA DUK SEBELAH KANAN?

24. MAK AWAK SAKIT!!! HENPON TAK DA KA DER?

25. SCENE SEMUA HOUSE, LRT DAN PINK CLUB TAK DISELITKAN DALAM MOVIE INI... (KECEWA SIAL)...

OVERALL... LBS KARYA SHARAD SHARAN HANYALAH SEPERTI TIPU KANAN TIPU KIRI DAN DIVA YANG COMPLETELY STUPID... ZERO OVER A MILLION

Credit to: supermassive_torres89

08 Jun 2010

Bermulanya Suatu Cerita..

"Waa........................,ehm..." Laila menguap lagi. Mengantuk betulla buat nota sejarah ni. Kenapa la mesti buat nota pulak. Asalkan baca dan ingat, dahla... penat la kerja menulis ni. Tangan aku pun dah rasa nak kebas.
"Oii!" Satu balingan gumpalan kertas tepat mengenai dahi Laila. Laila mendongakkan kepalanya sambil mengerut dahinya sekerut yang boleh.
"Curi tulang ke? Asyik menguap je. Aku nak nota tu siap sebelum pukul 3.30 ni." Laila menjeling. Meluat betul ngan mamat yang berada di hadapan nya ini.
Faris tersenyum nakal. Hehehe. Baru kau tahu aku ni sapa. Ingat senang-senang je nak lepas. Faris memerhatikan wajah Laila. Senyum nakalnya kembali ke bibirnya.
"Apa la nasib kau ni kan? Malang betul. Tapi takpe. Nasib baik kau jumpa dengan aku. Kalau tak, mungkin nasib lagi malang kot.. hehehe"
" Awak boleh tolong diam tak? Awak tak nampak saya tengah habiskan nota awak ni?"
"Eh!! Marah ke?" Faris mencapai handphone nya yang berada di dalam beg nya lalu ditayangkan nya di hadapan Laila. Laila cuma mampu merengus.
"Wah! Rajin betul anak mak ni belajar." Puan Liza datang membawa dulang yang berisi air dan biskut.
"Mak ni. Laila memang dari dulu lagi rajin. Mak je yang tak tengok." Faris memeluk bahu ibunya bila Puan Liza duduk di sebelah nya. Laila cuba untuk tersenyum walaupun dalam hatinya cukup menyampah dengan Faris. Laila konon. Wek!
"Laila, bagus sangat la kamu sudi belajar sama dengan adek ni. Selalunya kalau kawan-kawan nya datang, bukan belajar pun. Main game adalah. Tapi kamu ni memang rajin sangat makcik tengok."
"Betulla mak. Adek rasa macam semangat je kalau Laila ada kat sini."
"Bagus la kalau macam tu. Jemput la Laila selalu datang sini. Makcik pegi dapur dulu ye.. sambung la belaja tu."
"Baik makcik" Laila senyum lagi. Macamana Puan Liza boleh dapat anak macam Faris ni. Mak bukan main lagi baik tapi anak nya bukan main lagi menyakitkan hati.
"Oi!!" Satu lagi gumpalan kertas mengenai dahi Laila. Arg!! Dia ni memang nak kena la!
"Ngelamun ke? Lagi 10 minit tau..kalau tak siap nota sejarah ni,kau kena buat nota geografi aku jugak.." Faris senyum banngga.
Apala nasib aku ni?Waa!! nota aku sendiri pun aku tak pernah buat apatahlagi nak buatkan untuk orang lain. Semalam je aku tak dapat keluar ngan kawan-kawan aku macam selalu. Terpaksa teman kan dia shopping dan aku terpaksa angkat semua barang barang. Dari pagi sampai malam pulak tu. Hari ni pulak siapkan nota dia lepas aku jaga adik kecik dia tu. Dia senang-senang je nak keluar ngan kawan- kawan dia. Nasib baik la hari ni aku tak cuci toilet sekolah macam hari tu.Kalau la kejadian hari tu tak berlaku....

* * * * * * * * * *

5 hari yang lepas....

"Cepatlah Laila.. Dapat cari ke tak?" Hawa yang sedang mengawasi di muka pintu mula cemas.
"Aku cepat-cepat lah ni." Kat mana la Puan Zahara letak novel aku tu. Dah la aku baru beli. Baca pun baru setengah. Kalau la ada orang warning,semalam ada spotcheck, tak dela aku bawak novel tu ke sekolah.
"Aku rasa ada orang datang la Laila. Engkau cepatla.." Hawa semakin cemas.
"Tunggu la.." Laila membelek-belek satu persatu buku di dalam kotak yang berada di tepi almari buku. Ni mesti barang rampasan spotcheck semalam. Ada komik, ada mainan, eh.. lastik pun ada. Sapa la yang masih main benda ni zaman ni? Aaa!!!! Aku dah jumpa la. Novel aku.
"Hawa, aku dah jumpa!" Laila bangun dan menunjukkan novel itu kea rah Hawa. Tapi Hawa tiada lagi berdiri di muka pintu. Mana Hawa ni. Takkan la dah lari kot. Tadi dah janji nak tolong awas kat pintu.
"Kawan kau dah pegi..."
Sapa pulak ni?Alamak, dah kantoi ke? Laila memusing badan nya ke belakang. Laila memerhatikan lelaki yang berdiri di hadapan nya.Aku kenal mamat ni.Tapi kat mana ye? Eh, dia ni bukan ke...?? WAA!!! Mati aku.
"Kau ditangkap atas kesalahan menceroboh bilik guru. Bilik guru disiplin pulak tu."
Mamat ni pengawas la. Tengku Faris bin Tengku Abdul Rahman. Macamana pulak boleh kantoi kat dia ni pulak.
"Kau ni takde otak ke? KAlau nak ceroboh pun, ceroboh lah waktu malam. Bukannya masa terang benderang macam ni.Masa rehat lagi tu"
Laila cuma mampu menundukkan kepala. Bukan nya aku tak terfikir nak ceroboh time malam. Kebetulan tadi Puan Zaharah suruh Hawa letakkan barang dia kat bilik dia. Aku ambik la peluang tu.
"Lagi satu. Kalau kau nak bawak sidekick pun. Bawak la yang berpengalaman sikit.Penakut macam tu..."
"Awak takde bukti tau,saya ceroboh bilik ni. Lagipun kami ada kebenaran masuk ke dalam bilik ni."Laila cuba meninggikan suara. Cuba mencari peluang untuk mempertahankan dirinya.
"Bukti?" Faris mencapai telefon bimbitnya dan memainkan video di hadapan Laila. Ternyata di dalam video itu terlihat Laila sedang sibuk mencari sesuatu sehinggalah Laila menjumpai novel nya itu.
"Dah cukup?" Faris bertanya.Laila terdiam seketika.
"Ha!! Awak bawak handphone tu bukan salah ke? Mana boleh bawak handphone pegi sekolah." Kali ni mesti dia kalah la..memang peraturan sekolah tak boleh bawak handphone.
"Aku AJK photografi untuk majalah sekolah. Aku bawak handphone ni dengan kebenaran dari pihak sekolah." Faris tersenyum sinis. Laila Cuma terdiam. Apa lagi yang aku boleh guna ni?
"Nama awak Tengku Faris kan? Saya ada dengar pasal awak. Rakan sekelas saya ramai yang minat kat awak. Diorang kata awak ni hensem, comel, bergaya..."
" Kau bersalah!" Faris memotong ayat Laila. Banyak trick la budak ni.
"Tak.. bukan saya nak mengampu awak.Tapi memang betulla. hari ni bila saya tengok awak ni face to face, memang hensem la berkarisma lagi tu. Perfume awak pun wangi sangat..."
"Kau tetap bersalah"Sekali lagi Faris memotong ayat Laila. Apala degil sangat mamat ni.
"AAAHHH!! Janganla laporkan dekat pihak sekolah. Nanti saya kena gantung. Nanti saya tak dapat jadi wakil bola jaring lagi... Saya ceroboh pun bukan nak mencuri ke..Saya nak ambil novel saya ni je..Saya belum habis baca. Awak tau tak sengsaranya baca novel setangah kerat je.. Please..."
Faris terdiam seketika. Laila kini sedang duduk merayu ke arah nya.
"Engkau ikut aku."
"Pegi mana?"Laila mula hairan
"Ikut je la.."

* * * * * * * * * *

"Apa?"
"Kau tak dengar ke? Kau mesti jadi orang suruhan aku untuk sebulan. Lepas tu baru la aku akan delete apa yang aku rakam tadi."
Laila mencebikkan bibirnya. Nak ke tak nak ni? Kalau tak nak, nanti dia laporkan pulak. Mati aku kalau parent aku tau aku buat hal. Selama ni aku la anak kesayangan diorang. Tak pernah pun buat hal...
"Nak ke tak nak? Kalau kau tak nak,sekarang jugak aku boleh send video ni kat Puan Zaharah. Handphone Puan Zaharah canggih tau. Ada 3G.."
Laila masih lagi terdiam. Apa aku nak cakap ni... Wa!!
" Aku kira sampai tiga. Satu......"
Macamana ni? Kalau kantoi aku tak dapat wakil sekolah lagi...mesti coach tak nak terima yang ada rekod disiplin.
"Dua!"
Nak jadi orang suruhan dia. Mungkin ok kot. Mungkin dia suruh buat kerja dia sikit-sikit je.. Lagipun sebulan je..
"Ti..."
"Ok! Saya terima." Laila tunduk kembali. Faris Cuma tersenyum nakal.
"Tapi awak mesti janji. Lepas sebulan, saya takkan jadi orang suruhan awak lagi dan benda yang awak rakam tadi, awak delete."
" Aku berjanji dengan sepenuh jiwa dan ragaku." Faris meletakkan tapak tangan nya di dadanya. Menandakan dia benar-benar akan menepati janjinya.
"Start bila?"
"Esok.oh ya! Pasal yang kau cakap tadi tu, aku sentiasa tahu yang aku ni hensem dan bergaya dan perfume aku ...itu rahsia".
Wek!! Cuma itu yang terlintas di fikiran Laila sekarang.

"Nah! Dah siap!" Laila menyerahkan buku nota itu kepada Faris.
"Tulisan macam cakar ayam jer... Tulisan adik aku yang darjah 2 tu lagi cantik dari ni." Laila membulatkan matanya.Ada ke dia samakan tulisan aku dengan budak darjah 2. Memang la kadang-kadang orang kata tulisan aku buruk tapi takdela seburuk tu..
"Mana ada. Mata awak tu yang rabun kot.."
"Aik..tak percaya."
Laila mencebikkan bibirnya. Penat-penat orang tulis,senang hati je nak komen.
"Dedek...mari sini jab. Bawa buku adek sekali.." Tidak lama kemudian. Seorang budak kecil muncul bersama sekeping buku.
" Ni adik bongsu aku. Kau nak tengok tulisan dia?"
Faris meletakkan buku adik nya di sebelah buku nota yang ditulis oleh Laila tadi. Laila memerhatikan kedua-dua buku itu. Eh, macam betul pulak apa yang mamat ni cakap. Samala.. adik dia ni ikut tulisan aku ke?
"Dah percaya sekarang? Hehehe" Laila cuma mendiamkan diri. Agak nya memang betulla orang cakap tulisan aku ni buruk.
"Saya dah boleh balik ke?"
"Takla.. aku ada latihan bola sepak lepas ni... and tugas kau untuk bawak barang-barang aku dan lap peluh aku bila aku penat nanti.." Faris senyum nakal lagi. Laila menghentakkan kakinya perlahan. Takpe Laila.. lagi 25 hari kau akan bebas.

* * * * * * * * * *

Laila duduk di tepi padang.Kenapala petang ni panas pulak. Dari tadi aku doa,hari hujan. Mungkin latihan ni cancel.Hitam la muka aku yang tak berapa nak putih ni..
" OK, Rehat 10 minit." Kedengaran suara Cikgu Saif memberika rehat kepada para pelatih. Semua pelatih kini sedang minum dan berehat di tepi padang. Laila cuba mencari kelibat Faris. Tak nampak pun.. dia tak nak minum ke?
"Hai.." Laila menoleh. Wah! Ikhmal duduk kat sebelah aku lah.Dia ni la idaman setiap pelajar perempuan kat sekolah aku. Dia pelatih jugak ke? Tak nampak pun dia main tadi.
"Saya Ikhmal. Saya wakil untuk bola sepak."
"Saya Laila...."
"Saya pulak Tengku Faris." Laila mengerutkan dahinya. Kenapala masa ni pulak dia datang. Belum sempat ayat pun. Faris melabuhkan punggungnya di sebelah Laila.
"Ikhmal, Apasal kau lambat. Orang dah berlatih satu jam tau.. Kau lambat lagi , jangan angan-angan la nak jadi wakil sekolah."
"Ala... Faris. Mesti Ikhmal ni ada alasan dia sendiri. Takkan la dia suka-suka nak datang lambat." Laila cuba membela Ikhmal. Sempat juga memberikan senyuman ke arah Ikhmal.
"Aku dah call coach tadi. Kaki aku terseliuh. Jadi aku tak dapat main hari ni." Ikhmal cuba menjelaskan hal yang sebenar.
"Tengok! Bukan nya orang suka-suka je nak lambat. Kan Ikhmal....." Kali ini senyuman meleret diberikan kepada Shariff.Comel betul la Ikhmal ni. Kalau dapat, aku ambik gamba dia sekarang and buat poster. Pastu aku lekat kat dinding, pintu dan mana je yang aku boleh lekat. Mesti tak jemu la tengok.
"Awak buat apa pulak kat sini Laila? tak pernah tengok pun awak datang padang bola ni." Ikhmal cuba memulakan perbualan lagi.
"Saya datang sebab...."
"Sebab dia nak bagi semangat kat buah hati dia.." Belum sempat Laila menghabiskan ayat nya, Faris sudah memotong ayat nya lagi.
"Buah hati? Saya tak tau pulak yang awak dah ada pasangan. Sapa?" Ikhmal bertanya.
"Mana ada..."
"Engkau tak tau lagi ke Ikhmal? Hari ni dah masuk hari ke 5 aku couple dengan Laila ni.." Laila membulatkan matanya. Rasa tidak percaya dengan apa yang baru dikatakan oleh Faris.
"Owh..." Ikhmal memandang ke arah Laila.
" Takdelah.. Faris ni memang.."
"Apa sayang cakap ni? Sayang dah lupa ke apa janji sayang 5 hari yang lalu? Kat taman depan sekolah tu." Faris senyum sambil membesarkan matanya di hadapan Laila.
"Ingat..." Rendah sahaja suara Laila menjawab.
"LAgi sati Ikhmal. Kau bagitau kat satu sekolah,yang Laila ni aku punya. Jangan pandai-pandai nak main mata pulak dengan awek aku." Laila mencabut-cabut rumput di hadapan nya penuh geram. Apa kena dengan mamat ni. Ikhmal masih hairan dengan apa yang sedang berlaku di hadapan nya..
"Laila, ayang penat la. Boleh tak tolong lapkan peluh ayang ni.." Faris masih lagi tersenyum. Dengan rasa yang terpaksa,Laila cuma mampu mencapai tuala dan mengelap peluh di dahi Faris.
"Sayang, sayang sayang tak?" Faris memandang ke arah Laila sambil tersenyum manja. Rasa comel betulla mamat ni.
"Jawapla sayang.." Kini suara Faris sedikit tinggi.
" Sayang.... Sayang sangat.." Laila membalas dengan membesarkan matanya.
"Oklah.. sebenarnya aku nak pegi jumpa coach sebab nak bagi surat sakit dari doktor ni.Aku pergi dulu ye.." Ikhmal melangkah menuju ke arah Cikgu Saif. Semakin lama semakin laju langkah Ikhmal.
"Kenapa awak ni? Sejak bila pulak awak ni boyfriend saya?" Laila mula meninggikan suara.
"Tu salah satu tugas engkau." Faris menjawab selamba.
"Eiii!!!!! Saya dah tak tahan dengan awak. Awak dah melampau" Laila melangkah laju meninggalkan Faris yang masih menikmati air minuman nya.
"Baik-baik jalan sayang! Jangan terjatuh pulak."
"Tau la..Saya belum buta lagi.." Belum sempat lagi Laila menghabiskan ayat nya, dirinya sudah rebah di bumi. Kaki nya rasa sakit sekali. Aku tersadung ke? Aaaa!! Sakit nya kaki aku.
" Kau tak apa-apa ke?" Faris mendapatkan Laila.
" Tak de apa-apa la."
"Kau tunggu jab." Faris berlari ke dalam bilik Cikgu Saif dan kembali dengan kotak pertolongan cemas di tangan nya. Faris terus mencapai spray dan menyemburkan ke arah kaki Laila. Selepas itu, kaki Laila di balut. Laila cuma memerhatikan apa yang berlaku.Betul ke apa yang aku tengok ni? Ini ke Faris yang suka mendera aku?Nampak macho pulak dia bila rawat aku.
"Sakit lagi ke?" Faris bertanya.
"Tak sangat."
"Bagus la kalau macam tu. Kau balik la. Aku masih ada latihan ni." Faris kembali ke padang setelah meletakkan kembali kotak pertolongan cemas di dalam bilik Cikgu Saif. Laila masih lagi terduduk di tempat dia terjatuh tadi.Laila memerhatikan Faris yang sedang berlatih. Tingkah laku Faris diperhatikan.Laila meletakkan tangannya di dada nya. Kenapa hati aku berdebar sangat ni..

* * * * * * * * * *

"Apa cerita engkau dengan Faris tu? Aku tengok rapat semacam je..kata nak jadi orang suruhan je tapi aku tengok macam dah jadi buah hati je..." Ain bertanya sambil menyuap mee goreng yang di belinya tadi.
"Semua ni salah engkau tau Hawa, tak pasal-pasal aku kena." Laila menyuap nasi goreng sambil menjeling ke arah Hawa.
"Sorryla.. hari tu dia yang bagi isyarat kat aku. Suruh aku diam dan lari dari situ. Aku pun tak sedar dia berdiri kat belakang aku." Hawa cuba menerangkan keadaan sebenar.
"Banyak la kau punya sorry. Dah terlambat tau."
"Lagi berapa hari kau kena ni?" Ain bertanya lagi.
"lagi 17 hari.." Laila menghela nafas panjang. Ingat kan lepas kejadian kat padang bola tu ,mamat tu nak berlembut sikit la kat aku. Rupanya ke ‘evil’ an dia tu makin menyerlah. Sekarang,semua kerja sekolah dia sekarang aku yang buat. Lepas tu semalam tiba-tiba suruh aku masak untuk family dia. Nasib baik la masakan aku ni tak seburuk tulisan aku. Tapi yang menyakitkan hati, dia cakap kat family dia yang dia yang masak semua. Kalau aku tau, aku taruh garam banyak-banyak. Biar dia rasa sikit. Lepas tu aku terpaksa cuci baju semua ahli team ball sekolah. Dahla baju-baju tu kotor dengan tanah dengan pasir nya. Terpaksa cuci pakai tangan.
"Dah pukul berapa ekk sekarang?" Ainh bertanya kea rah Hawa.
"Sekarang baru pukul 1.30..."
"Apa? 1.30? Alamak! Aku dah lambat ni." Laila mencapai begnya dan terus berlari meninggalkan Hawa dan Ainh di canteen. Kenapala aku tak set alarm kat jam tangan aku. Macamana aku boleh lupa pulak ni.

* * * * * * * * * *

"Apsal lambat ni?" Faris bertanya bila melihat kelibat Laila yang baru kelihatan. Kelihatan Faris sedang sibuk menulis sesuatu dengan rakan-rakannya.
"Sorry,saya tak ingat."
"Sebagai hukuman nya. Aku nak kau pegi kat bilik pengawas sekarang dan ambil semua barang-barang aku yang tertinggal kat sana tadi." Faris member arahan tanpa melihat ke arah wajah Laila. Laila pula agak malu sedikit apabila melihat rakan-rakan Faris yang mula berbisik-bisik dan ketawa kecil.
Laila melangkah lemah menuju ke arah bilik pengawas.Laila cuba membuka pintu bilik itu. Eh, tak berkunci pulak pintu ni. Apabila Laila membuka pintu, kelihatan seorang pelajar perempuan sedang mengemaskan bilik pengawas itu.
"Hello..." Laila menyapa.
Gadis itu menoleh. Laila cuba mengamati wajah gadis itu. Dia ni Zia la. Pengawas jugak. Aku selalu tengok dia masa perhimpunan.
"Kenapa?" Zia bertanya.
"Saya datang nak ambil barang Faris. Dia mintak saya tolong ambilkan tadi." Laila terus mengambil beg berwarna coklat dan beberapa buah buku yang berada berdekatan dengan beg itu.
"Boleh tanya sikit?" Zia bersuara lagi.
"Apa? Saya nak cepat ni sebab Faris tunggu saya kat kelas dia."
"Ehmm...Kalau awak tak kisah. Boleh saya tau...Apa hubungan awak dengan Faris sebenarnya?"
Alamak! Kenapala soalan ni pulak yang dia tanya.. Apa aku nak jawab ni.
"Saya..."
"Awak ni orang suruhan dia ke? Sebab... itu yang saya nampak. Tak nampak langsung macam girlfriend."
"Mana ada saya orang suruhan dia.. Saya...."
"Saya apa?"
Laila terdiam lagi. Zia menjeling ke arah Laila.
"Kalau betul la kau ni awek Faris. Aku pun tak faham la apa taste Faris tu. Aku paling tak faham kenapa dia nak tinggalkan aku untuk engkau yang pendek dan tak berapa nak putih ni.."
" Ewah! Ewah. Selamba nya mulut awak tu cakap macam tu. Cuma saya yang boleh cakap kulit saya ni tak berapa nak putih tau? Guest what? Saya rasa saya tau kenapa Faris tinggalkan awak"
"Kenapa?"
"Sebab mulut awak tu busuk.. Sama busuk dengan bau badan awak tu. Mungkin atau memang sama busuk dengan hati awak yang berkedut macam muka awak tu."
"Apa engkau cakap?" Zia mula menggenggam buku lima nya.
"Saya cakap mulut awak tu busuk...." Belum habis lagi ayat Laila,satu tamparan hinggap di pipinya. Laila bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku.
"Zia!" Satu suara lantang kedengaran dari muka pintu. Laila menoleh. Faris kini pergi menarik tangannya dan membawa Laila keluar dari bilik pengawas itu. Meninggalkan Zia termanggu seketika.

* * * * * * * * * *

"Sakit ke?" Faris bertanya.
Laila masih memegang pipinya. Masih lagi rasa terkejut dengan apa yang sedang berlaku.
"Sorry ye.." Bagaikan satu lagi tamparan hinggap di pipinya bila Faris berkata begitu. Faris minta maaf? Wah! Mesti letak dalam diari ni. Hari bersejarah.
"Jangan pedulikan Zia tu. Aku pun tak faham kenapa dia macam tu.."
Laila masih lagi diam.tak faham konon. Tadi zia ada cakap, dia tinggalkan zia. Ni mesti kes frust menonggeng ni. Tapi aku tak tahu pulak Faris ni couple dengan zia tu.
"Aku tanya ni, sakit ke?" Kali ini suara Faris sedikit tinggi.
"Mestilah sakit,bongok. Awak tak pernah kena tampar ke?Saya kena tampar ni sebab awak tau." Laila masih lagi mengurut-ngurut pipinya.
"Okla...sorry lagi sekali."
"Ehm..memandangkan hari ni saya kena tampar sebab awak. saya ada satu permintaan."
"Apa? Kau masih orang suruhan aku tau. Lagi 19 hari..."
"pandainyer.. 17 hari tau. Saya kira betul-betul berapa hari lagi."
"Ok. 17 hari. Apa permintaan engkau tu?"
"untuk hari ni je. Kita tukar peranan. awak pulak jadi hamba saya..." Laila tersenyum nakal.
Faris cuma diam. Apa la permintaan dia ni.
"Engkau jangan risau. Tugas engkau temankan aku je hari ni."
"pegi mana?"
"engkau ikut je..."

* * * * * * * * * *

Faris berdiri di tengah-tengah pasaraya. Sesekali ada kanak-kanak yang pergi ke arahnya sambil mengetawakannya. Kurang ajar punya budak. Laila ni pun satu. Kenapala kerja ni yang dia suruh buat.
"Oi..Clown. you sepatutnya menari sambil bagi risalah tu. Faham?" Ah Chong yang merupakan bos pasaraya tu mengarahkan Faris.
Faris menggerakkan tangan nya sedikit ke kiri dan ke kanan. Cuba mengikut rentak muzik kanak-kanak yang dimain di belakangnya.
"Lagi semangat maa... ini macam macamana orang mau ambil lu punya risalah." Ah Chong bersuara lagi.
Kini Faris cuba menggerakkan kakinya ke kiri-dan ke kanan. Tangannya juga kini semakin rancak. Kenapala aku kena buat kerja badut ni.
"itu macam la..."
Faris masih lagi menari. Laila yang duduk berhampiran dengan Faris tidak mampu menahan ketawa. Sebenarnya Laila cuma diminta memberikan risalah tentang produk susu terbaru, terlintas pula di fikiran Laila unutk mengenakan Faris. Padan muka! Engkau selalu kenakan aku kan? Sekarang ni rasakan.
"oi,sampai bila aku kena buat kerja ni?"
"Sampai habis risalah tu la."
"Banyak lagi ni."
"Kalau nak cepat habis, awak bagilah cepat-cepat risalah tu.."
Faris mendengus. Ok! Aku akan habiskan risalah ni. Faris semakin rancak menari dan memberikan risalah itu kepada pelanggan yang lalu di hadapannya. Ada juga pelanggan yang mengambil gambar Faris. Laila tertawa kuat lagi bila Faris terjatuh ke lantai akibat tersadong kaki sendiri.
Faris memandang ke arah Laila. Kini Laila sedang melayan pelanggan yang cuba merasa produk susu terbaru itu. Faris leka memerhatikan Laila. Tapak tangannya diletakkan di dadanya. Kenapa hati aku berdebar ni...


Faris dan Laila kini berjalan-jalan di pasar malam. Banyak jugak gerai malam ni. Macam lagi banyak dari biasa je..
" Kau bagila aku setengah upah tu" Faris merungut lagi.
"Kan tadi saya dah belanja engkau makan McD. Cukup la tu"
"Aku lagi letih tau. Jadi badut. Menari-nari lagi tu."
"awak boleh tak jangan mention pasal badut tu. Setiap kali saya teringat mesti nak ketawa" Laila menekan-nekan perutnya. Tak tahan bila mengingatkan Faris di dalam sut badut.
"Engkau selalu datang sini ke?" Faris bertanya.
"Tak jugak. Selalunya dengan kawan-kawan."
Laila berhenti di depan gerai barang kemas. Terdapat pelbagai bentuk cincin,rantai.gelang dan pelbagai barang kemas lagi tersusun di atas meja. Laila mencapai satu gelang lalu dicuba.
"Adik itu murah je dik. 4 ringgit je.." Jurujual itu cuba menarik perhatian Laila.
" Ala kak.. kasi 3 ringgit je la.."Laila cuba menawar.
"Itu murah dah dik. Adik suruh la boy friend adik tu belikan".
Laila sedikit terkejut mendengar kata jurujual itu.
"Dia bukan boyfriend saya la kak. Kawan je.."
"Ish. Yeke? Akak tengok macam couple je.. nampak padan sangat.."
"Ok la kak. Saya beli gelang ni. 4 ringgit kan?" Laila terus menghulurkan 4 ringgit ke arah kakak jurujual itu. Terus Syiahan mempercepatkan langkah.
"Apsal engkau ni,cepat nya jalan.." Faris mempercepatkan langkahnya juga.
"Awak yang jalan perlahan sangat..."
"Apsal muka engkau ni. Merah je... kau tak sihat ke?" Faris mengintai muka Laila.
"Mana ada. Dahlah saya nak balik." Laila mempercepatkan langkah nya lagi.
"Oi..Tunggula"

* * * * * * * * * *

Laila melangkah menuju ke kelasnya. Masih lagi terkenang peristiwa semalam. Tidak henti-henti bibirnya mengukir senyuman.
"Apsal engkau ni? Tersengih je dari tadi." Hawa menegur.
"Mana ada."Laila cuba menaAinn.
"Betul la Hawa. Aku tengok Laila hari ni macam orang bercinta je..berseri-seri je muka dia.." Ainh menambah.
"korang ni..salah ke kalau aku gembira sikit."
"Takde la... selama kau dalam hukuman tu. Tak pernah pun senyum macam ni.."
Laila masih lagi mengukir senyuman. Aku pun tak faham apa yang aku syokkan sangat sekarang ni. Ehm... yang aku tahu sekarang ni aku rasa macam aku tengah di awang awangan. Tiba-tiba kedengaran bunyi pembesar suara di hidupkan.
"Perhatian kepada pelajar bernama Nurul Laila bt. Mohamammad Said. Sila pergi ke pejabat Puan Zaharah sekarang juga."
Laila terdiam seketika. Kenapa pulak nak jumpa aku?
"Apa kau dah buat?"Hawa bertanya.
"Entah. Aku pergi dulu ye.."
Laila melangkah menuju ke bilik pejabat Puan Zaharah. Hatinya tertanya-tanya kenapa dia dipanggil.


"Betul ke awak ada menceroboh bilik saya bulan lepas?" Puan Zaharah bersuara. Zia yang berdiri di sebelah Puan Zaharah tersenyum sedikit. Laila tertunduk. Tidak tahu apa yang patut di ucapkan.
"Saya tanya? Betul ke?" Suara Puan Zaharah semakin tinggi. Kecut hati Laila.Masih lagi cuba mencari apa yang patut diucapkan.
"Zia telah menjadi saksi yang awak ada menceroboh bilik saya bulan lepas,sehari selepas spotcheck besar-besaran. Zia juga memberitahu yang awak mengugut dia untuk jangan bagitau saya." Laila terkejut. Bila masa pulak aku ugut Zia. Zia ni memang nak kena. Puan Zaharah mencapai sehelai kertas di dalam lacinya lalu dihulurkan ke arah Laila.
"Ini surat disiplin. Kalau awak betul-betul ada menceroboh bilik saya dan mengugut Zia, awak tandatangan kertas ni." Puan Zaharah menghulurkan pen kepada Laila. Laila melihat kertas yang berada di hadapan nya. Tertera di atas kertas itu tercatit namanya dan kesalahan disiplin yang telah dilakukannya.
"Awak patut tahu. Sesiapa sahaja yang mempunyai rekod disiplin tidak akan diterima untuk mewakili sekolah untuk acara sukan. Awak salah seorang pemain terbaik bola jaring sekolah kita. Kenapa awak sanggup buat perkara ni?" Puan Zaharah menambah. Bola jaring?? WA!!!! Aku rasa nak nangis je sekarang ni. Aku sayang sangat kat bola jaring. Nanti apa pulak yang aku nak kata kat mak bapak aku.
"Macamana Laila. Awak nak mengaku atau awak ada bukti untuk buktikan awak tak bersalah." Puan Zaharah menambah lagi. Laila masih lagi diam. Nak mengaku ke tidak ni. Aku tak pernah pun buat masalah disiplin macam ni. Nampaknya berakhir la ‘kerjaya’ aku sebagai pemain bola jaring.
"Asalamualaikum." Kedengaran suara dari muka pintu. Laila kenal suara itu. Tekaan nya tepat bila melihat Faris sedang berdiri di muka pintu.
"Saya dah dengar semua nya tadi. Saya ada bukti Laila tak menceroboh bilik Puan pada hari tu." Faris bersuara lagi. Laila bagaikan tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh Faris. Dalam hatinya timbul kegembiraan bila Faris memihak ke arahnya. Walaupun aku ni salah sebenarnya.
"Apa bukti awak?" Puan Zaharah bertanya.
"Laila membantu saya untuk edit gambar-gambar untuk majalah sekolah. Dia ada bersama saya dari tengah hari sampai petang. Jadi, saya rasa tak logic lah kalau dia ada masa untuk menceroboh bilik puan." Faris cuba menerangkan keadaan.
"Laila bukannya ajk untuk majalah sekolah." Zia yang sejak tadi diam mula bersuara.
" Irfan dan Nabil pun bukannya AJK majalah sekolah. Tapi diorang pun tolong awak dalam edit wawancara dalam majalah sekolah kan?" Faris cuba mengukuhkan buktinya. Zia cuma mengigit bibirnya sedikit bila mendengar jawapan Faris.
"Kalau macam tu... Baiklah,saya akan tarik balik hukuman awak,Laila. Faris, kali ini saya percayakan awak kerana awak salah seorang senior pengawas sekolah." Leganya hati Laila mendengar kata-kata dari Puan Zaharah. Terselamat jugak akhirnya.


"Kenapa awak tolong saya tadi?" Laila cuba memulakan bicara. Sudah 10 minit berlalu tanpa ada kata-kata di antara dia dan Faris. Keadaan taman sekolah pada petang itu terasa seperti amat sunyi.
"Engkau tak nak aku tolong ke? Kan aku dah janji dulu.."
"Awak janji takkan laporkan je... takde pun janji nak bela saya kalau perkara ni kantoi..."
"Engkau kata terima kasih lagi aku hargai tau... daripada kau tanya soalan ni..."
"tak nak la..."
"Apa?"
"Saya cakap saya tak nak cakap terima kasih..."
"Kalau aku tau..takdelah aku bela engkau tau.."
"tapi aku nak cakap..."
"apa lagi?"
"I love You!"
Nafas Faris bagai terhenti mendengar ayat terakhir yang diucapkan oleh Laila. Hatinya kini berdebar bagai beartus kali lebih laju dari biasa.
"Apsal muka awak merah ni? Tak sihat ke?" Laila mula mengusik Faris.
"Mana ada.."
Faris melangkah laju meninggalkan Laila. Laila masih lagi terduduk di kerusi.Faris menoleh bila melihat Laila masih lagi duduk.
"Jomla..."
"Jom apa?" Laila tersenyum nakal. Faris juga mula senyum.
"Jomla ...cik adik sayang oii...."