Followers

28 Oktober 2010

Itukah cinta?

Ada seorang gadis buta
semua orang bencikan dia.
kecuali KEKASIHNYA.
gadis itu selalu brkata;

"Saya akan mengahwini awak kalau saya dapat melihat"

1 hari, ada org dermakan mata kpd gadis tersebut.
bila dia dpt melihat, dia terkejut
kerana kekasihnya adalah sorg yang buta.

si buta itu bertanya, "sudikah awk berkahwin dgn sya?"

gadis itu menolak.. sambil kecewa, lelaki itu pergi sambil berkata;

"Tolong jaga baik2 MATA SAYA"

Itukah cinta??

26 Oktober 2010

RXZ untuk dijual



RXZ untuk dijual

Free :
suit merah hijau
suit hitam putih

Harga : RM2300 (Leh nego lagi)

Area Alor Setar, Kedah
Berminat leh contack aku:

fb : kamawanichi@gmail.com

25 Oktober 2010

Teori EVOLUSI Cinta.. ♥ ♥

Situasi A

“Korang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.

“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur.

Keras bunyinya.

Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.



Situasi B

“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun. Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.

“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.



Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.



‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU

Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah.Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah.

Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.

“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.



”Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka”

[al-A'araaf 7: 163]



Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.



“Asfala saafileen,” kata al-Quran.



Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:



“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!”

[al-Baqarah 2: 65]


nilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.



BATAS PERGAULAN

Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.

Hijab itu tafsirannya luas.

Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.

Apakah tujuannya semua itu?

Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.

“ko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.

Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.

Iaitulah soal HATI

Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini.Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Mulut kalian tidak menyebut.

Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.

Tubuh kamu tidak menampakkan calar.

Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.

Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.

Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.

Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!

Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA.

♥♥♥ ?

tiba tiba aku rindukan seseorang...
seseorang yg aku tak pasti bila akan hadir dalam hidup aku.
yg pasti it's not imposibble.
sbb apa ak cakap mcm tu?
tah, aku pun tak tahu. ngee~~


slalu org salah tafsir bila aku keluar dgn ex aku. apa masalah diaorang tatau la. ak cuma teman dia keluar sbg seorg kwn bkn kekasih. mmg la nampak mcm kekasih tapi bukan kekasih. lantak korang la nak cakap apa pun. janji aku dgn ex aku tau status hubungan kami. syg? da x de da untk dia. yg ada hnya kasih seorang sahabat.

pasal si dia yg aku syg skrang ni plak, aku pun tatau sejak bila aku sygkan dia. tapi dulu2 kalau x contack dia mmg x sah. rndu ada tapi malu.. hahaha.. skrg pun masih contack, tapi x selalu la. dia pun still study. sama cam aku. aku pulak boleh dkatakan dalam 24jam tu, 4 jam je tido. yg lain, sentiasa full dgn aktiviti2 aku kat sini.

ak ada la buat luahan hati aku kat sorg kwn baik aku. dia pun da agak da sapa yg ak syg skrg. hahaha .. sbb apa eh dia leh agak? aku terlalu menonjol ke? mm.. kena sembunyikan lagi ni. ada idea x? kih3..

tak per la. stakat tu je la untuk malam ni. tulis banyak2 pun bkn ada org nak baca. hahaha.. see u again tata

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang,
Ya TUHAN-ku, aku akui Kekuasaan-Mu, lagi rahmat,
Buat diriku tak terbalas olehku, ya ALLAH.
Ya TUHAN-ku, hamba-Mu ini mensyukuri,
rahmat yang KAu beri, umpama rezeki, melimpah-ruah,
Ya ALLAH..
Alhamdulillah..Dengan rahmat-MU,
Ya ALLAH, KAU pertemukan kami, maka, satukanlah hati kami,
Titipkanlah rindu antara kami, mekarkanlah cinta antara kami.
Lantas , peliharalah kami ya ALLAH, dari bisikan iblis yang datang menggoda,
Agar kami sentiasa teguh dalam syariat agama.
Ya RAHIM, permudahkanlah jalan jodoh kami, serta dipermurahkan rezeki kami.
Jadikanlah kami antara pasangan yang bersyukur.
Dengan rahmat-MU, ya ALLAH, lagi, sinarilah hati kami,
Dengan nur iman yang begermelapan, agar kami tidak hanyut,
Dengan godaan dunia, yang hanya pinjaman semata.
Amin, amin. YA RABBIL A'LAMIN...

17 Oktober 2010

How to create private folder without software.

Saja suka2 nak post



1. Buka Notepad dan copy code dibawah ini kemudian save as dengan nama locker.bat
2. Buka File locker.bat maka automatic dibuat folder dengan nama locker.
3. Simpan file yang ingin kita sembunyikan ke folder locker
4. tuka password dibawah perintah ini sesuai dengan yang kita inginkan kemudian save as dengan nama file sama.
5. Kemudian buka file locker.bat sekali lagi maka akan ada tulisan "are you sure u want to lock the folder ? (Y/N) isikan dengan Y maka folder akan tersembunyi
6. Untuk membukanya buka file locker.bat kemudian isikan passwordnya maka folder akan kembali lagi.



CODE



cls

@ECHO OFF

title Folder Locker

if EXIST "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" goto UNLOCK

if NOT EXIST Locker goto MDLOCKER

:CONFIRM

echo Are you sure u want to Lock the folder(Y/N)

set/p "cho=>"

if %cho%==Y goto LOCK

if %cho%==y goto LOCK

if %cho%==n goto END

if %cho%==N goto END

echo Invalid choice.

goto CONFIRM

:LOCK

ren Locker "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"

attrib +h +s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"

echo Folder locked

goto End

:UNLOCK

echo Enter password to Unlock folder

set/p "pass=>" if NOT %pass%==type your password here goto FAIL

attrib -h -s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"

ren "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" Locker

echo Folder Unlocked successfully

goto End

:FAIL

echo Invalid password

goto end

:MDLOCKER

md Locker

echo Locker created successfully

goto End

:End







*kalau nak lebih safety, locker.bat tu di winrar dan letak password.. sebab locker.bat dpt di edit semula...


credit from : www.syok.org