Followers

29 Jun 2011

Dah Tiba Masanya.... Penganti ACN aku

Yeay..

Arini Dhom keluar g survey moto.. nak cari penganti RXZ dhom yang dhom jual tahun lepas? RXZ yang mana eh?  Klick Kat Sini Nak tengok RXZ Dhom Yang Lama.
ACN tu Dhom sayang sangat2.. banyak kenangan dengan Dhom tau..

hasil survey bersama Ayahnda Dhom yang tersayang....
Ni harga Dhom jumpa yang paling murah untuk bayar cash

List Moto yang Dhom Survey tadi

KAWASAKI RR BLACK
(RM 9,600)

 KAWASAKI RR GREEN
(RM 10,000)

KAWASAKI SR 110
(RM 6,800)

YAMAHA 125Z
(RM 7,200)

YAMAHA LC (Model Lama)
(RM 6,700)




YAMAHA FZ
(RM 7,600)



YAMAHA LC (model Baru)
(RM 6,200)





Bingung Dhom nak pikir nak angkat yang mana satu ni..
semua bekenan di hati..

Nak angkat RR... nnt nak byar balik makan masa...
Nak angkat RS.. puas hati ke pakai
Nak angkat FZ.. bentuk kureng sikit kat lampu,..
Nak angkat 125.. boleh jalan jauh sangat ke..
nak angkat LC.. yg ni mcm tepaksa je la sbb ayahnda dhom minat

mening kpalo den nak mikir nate moto 2 roda ni..

sapa ada suggestion?

27 Jun 2011

♥ I Miss U ♥

hah ! nape ? ta caye eyh ?
sumpaa weyh . ta tpu . haha ! aku rindu kaw larh ngek !
eyh2 , jap2 . sape yg aku maksudkan ni ?
eeeeeyyyyhhhhh ...... ade larh . RAHSIA !
spe ley teka , aku bg singgit ! hee~
bule beli aiskim uh . haha !

nape aku rindu dy ? eyh , jgn tnye soalan uh . aku un tataw nape ?
weyh , kaw bagi jampi pe at aku ?
sampai hari2 aku rindu at kaw !
aish , malu larh na ngaku . hahaha !!

urm , oke2 . aku ta na taip panjang2 .
nanti kantoi lak . haha .
dah2 . tangan , stop taip oke !
hee~
aku caba korang . try larh teka .
bule komen at cny or through fb un bule . hehe .

25 Jun 2011

Aku Sudah Botak!!!

Hahaha.. harini... tepat jam 2 ptg tadi...
Dhom da membotakkan kepala Dhom sendiri.. Kenapa? jangan la tanya ok
ada la sebab2 kenapa Dhom membotakkan kepala Dhom.
Perlu ke cerita? hihihi

Ni gambar Before & after Dhom

BEFORE







AFTER


Pelik kan. Kenapa Dhom suka membotakkan kepala Dhom sedangkan ramai lagi jantan2..eh silap.. laki2 di luar sana yang sanggup menyimpan rambut mereka supaya kelihatan MACHO!!! Bg Dhom, perlu ke macho kalau perangai diri tu x semacho muka? huahahaha

Ni ada 1 petikan yang Dhom curi :
Ada sesetengah wanita beranggapan,Lelaki Botak sebenarnya memiliki sifat Kelakian yang Kental,Tahan Cabaran tetapi masih terselit kelembutan di dalam dirinya.Selalunya lelaki botak juga seorang yang manja dan tak kurang juga beranggapan mereka nampak seksi apabila botak.Benarkah begini? Apa komen anda?

Sumber:Mingguan Wanita bil 1377

Vin Diesel pun botak jugak, ok je tengok. siap popular lagi. tepi kalau Dhom nak tiru dia, kena la buat badan sikit.. Dhom pun gemuk.. hehehe
cer tengok gambar Vin ni



 

 ni Dhom nak bagi sbb ,,,,kenape anda (wanita2 diluar sana) perlu suker lelaki botak (licin berkilat):
  • anda mempunyai alasan yg baik utk memakai cermin gelap di hari yg redup/mendung ....pakai dlm disco pon leh.
  • tkperlu risau pompuan lain memandang bf anda .... sbb bf anda menyilau kan pandangan.
  • tak perlu bimbang kekusutan/keselekehan ttg keselekehan rambut bf anda ... sbb rambut dier smart sepanjang masa ..heheh
  • memantulkan sinar uv supaya ...anda tk terdedah kepada kanser kulit ....dan radiation
  • tk perlu susah gi toilet ...nk tgk cermin ...sbb kepala bf merupakan cermin mobile
  • pantulan kepala dier boleh menaikkan bar coverage enset ....anda 

Renung2kan Dan Selamat Beramal... 

Catatan Pepagi Buta...



 
 
Salam
dan 
Selamat Pagi

Hurm
Kadang-Kadang Tuhan Mengambil Orang Yang Kita Sayang 
Kerana Tuhan Ingin Ganti kan Dengan Orang Yang Lebih Baik
Walaupun Orang itu Hadir Dalam Hidup Kita Selepas Orang Yang Kita Sayang Pergi
Namun Ingatlah
Kita X Akan Lupakan Orang yang Kita Sayang itu
Kerana
Yang Pergi X Akan Sama Dengan Yang Akan Datang

Tuhan Mengambil Orang Yang Kita Sayang
Kerana Dia ingin memberi kita pengajaran
tentang apa itu sebenar erti Kehidupan 
Apa itu erti Kesabaran
Dan Di Sebalik itu
Ada pengajaran yang ingin Dia sampaikan kepada kita
dan oleh itu
Tuhan mengantikan orang yang lebih baik dari yang diambil sebelum ini
untuk kita memperbetulkan apa kesalahan kita dengan orang yang kita sayang 
namun janganlah pula kita mengulangi Kesalahan Yang Sama
Buat Kali Kedua

Jangan Lah Kita Menyesal Di Kemudian Hari
Buka Lah minda Kita
Fikir kenapa ini semua terjadi
Mungkin Ada Hikmah Di Sebalik Semua ini
Jangan Kita Fikirkan Kepentingan Kita Sendiri Sahaja
Fikirkan Kepentingan orang Lain Juga

Walaupun Orang Lain Hadir Dalam Hidup kita
Selepas Orang Yang Kita Sayang Pergi Buat Selama-Lamanya
Namun Ingatlah
Aku x akan pernah lupakan
..........

That All
W'salam

23 Jun 2011

Jam Tangan (Rare) Untuk Dijual

Anda Rimas Jam Besar2?
Kami Ada Jawapan Untuk Anda









Salam kepada semua blogger sekelian,..

Saja bukak topik ni nak menjual jam tangan yang simple tapi sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti bersukan, shopping, berkelah dan macam2 lagi.. Jam ini sangat ringan, memang comel, anda patut mencubanya, Ia juga sesuai untuk lelaki dan wanita. huhu..

Seunit hanya RM10
(Tak termasuk bayaran POS. RM5 bg stiap posting) 
:Kaler-kaler Yang Terdapat:
black
white ( Stok Habis )
red
rose red
light green
yellow
orange
purple
sky blue
green
pink
dark blue



Healthy silicone ergonomic no harm to skin and suitable for any wrist.
No-Fade, No-Odor, 1ATM Water Resistance. With 13 different popular colors.
Electronic drive Can Display Month, Date, Time and Minute. Only 10 gram.

1.Fashion and beatiful.
2.Attractive and special packing.
3.Popular with teenagers and adults.

Using direction for sport watches :
1. Press A button twice(Date and Time displays when press once)
2. When the month figure appears,press M to set the month.
3. Press A button once again,the date figure appears and press M to adjust the date.
4. Press A button once again,the minute figure appears and press M to set the minute.
5. Pls keep away from little babe that under 3 years,avoid into mouth!

P/s : Jangan guna jarum atau bahan2 yang tajam seperti jarum, cukup sekadar kunci dan sebagainya. hehe
Anda Berminat?

hubungi kami di talian:
0135171514 - Wan (FB-kamawanichi@gmail.com)
0172885645 - Man (FB-vandetaXXL@gmail.com)

Nak F2F? Datang sini je la : 
Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
Japan Malaysia Technical Institute, Penang

Buying Method?
1. Contack Kami ( Wan / Man )
2. Bagitau  apa yang anda berminat. 
3. Bank In Money ( No Trust No Deal ) Acc : BSN sahaja
4. Contack Untuk Comform Pembayaran ( Untk Amik nama, alamat ) 
5. Tunggu Barang Sampai 
 
Feedback anda amat dihargai. 
*kalau nak beli secara borong, boleh call salah sorang. harga buleh kurang lagi.
*barang mungkin lewat sampai berikutan stok yang diambil adalah daripada Selatan Malaysia. :) 

21 Jun 2011

Belajar Lupakan Si Dia

Hey Blogger :)
Apa Khabar Semua .?
Sihat .?
Alhamdullilah :)

Okeh . Okeh .
Tajuk Ni Mungkin Kejam Sikit !
Haha !
xpi xpew . dari asyik bersedih je
baik happy !

ye . ye . 
saya tahu mmg susah nak lupakan orang yang kita sayang !
xpi dari terus duk bersedih je .
baik kita lupakan dia kan .?

Okeh .
1
Untuk Lupakan Dia .
Kita Haruslah Busy kan Diri Kita !
yeah ! 
tips ni berguna jugak .
bila kita bz .
fikiran kita xde lah duk ingat kat si dia .

2
Dengar lagu yang boleh buat kita happy !
lagu jiwang-jiwang semua kita letak tepi !
dengar lagu happy-happy je !


3
Kita Haruslah Solat .
Yeah !
Solat Itu Tiang Agama !
Jangan Tak Solat taw Kawan-Kawan :)
Seperti Yang Kita Tahu . Solat Itu Dapat Buat Hati Kita Jadi Tenang Je
Jadi Sentiasa Lah Solat Dan Berdoa Kepada Yang Maha Esa :)

Kepada Si Dia 
Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Dalam Hidup Saya
Walaupun Hanya Untuk Sementara !
Walaupun Seketika...
Thank You So Much :)
Hope Awak Lebih Bahagia Selepas ini !
May Allah Bless You Always !

Okeh .
Mulai Saat Ini
Detik Ini
Saya
Mohd Ikhwan Abu Hassan
Akan Cuba Memulakan Hidup Yang Baru.
Tiada Lagi Kesedihan, Tiada Lagi Perasaan.
Insya-Allah :)



P/s Untuk Yang berkenaan:
 Awak , awak tahu tak , saya sayang awak gila-gila tau , xpi awak mcm sayang org lain jeee , xpe la awak , if awak masih lagi sayangkan dia , awak pergi lah dekat dia semula jika hanya itu yang dapat mengembirakan hati awak , saya juga akan turut gembira jika melihat awak gembira .

Alahai , berat betul hati saya nak melepaskan awak pergi , xpi xpelaa , saya cuba sedaya yang mungkin , untuk kebahagiaan awak jugak , saya harap lepas ni awak dah tak sedih-sedih mcm dulu , saya doakan kebahagiaan awak bersama insan tersayang , belajar elok-elok , setahun jer lagi kita study sekali.


Byebye , take care , :) 

20 Jun 2011

Berikanlah Ketabahan hati..

Salam Semua 

Terasa Lemah Diri Ini
Apabila Memikirkan apa yang tengah terjadi sekarang ini
mungkin kamu semua bisa melihat aku tersenyum
but doesn't mean it real

Akan ku cuba mengatur langkah ku
agar diri ini terus maju ke hadapan

mungkin ini semua terjadi kerana ada hikmahnya
biar apa kata orang di luar sana
asalkan kita tahu kita buat benda yang betul

jika bisa aku undurkan masa
pasti telah ku kembali ke masa yang lalu
agar bisa ku ubah semua
hingga tiada orang yang terluka

xpi aku hanyalah insan biasa
yang hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Esa
agar diri ini diberi kekuatan , ketabahan , dan juga kesabaran
dalam menempuhi hari-hari yang mendatang


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Ya Allah
Ya Rahman Nur Ya Rahim
Kau Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang
Kau berikanlah aku Ketabahan
Kau Berikanlah aku kesabaran yang tinggi
Teguhkanlah Imanku
Ampunkan lah semua Dosa masa lalu ku
Ya Allah
Jika Ini Ujian Dari Mu kepada ku Ya Allah
Aku Terima Dengan Seadanya
Kau Sudahilah Ujian Ini Dengan Keadaan Yang Baik Ya Allah
Jangan biarkan ada orang yang terluka Ya Allah
Kau Berikanlah Kesudahan Yang Baik Ya Allah
Sesungguhnya Hanya Kepada Mu aku Meminta Pertolongan
Dan Hanya Pada Mu Jua aku Berserah
Ya Allah

Amin Ya Rabbil Alamin

Aku Menyusun Sepuluh Jari
Memohon Ampun Dan Maaf Kepada Semua
Semoga Kita Semua Diberkati Oleh Allah S.W.T
Insya-Allah

W'salam

18 Jun 2011

Siapalah Saya D' Hati Awak...

 
 
Siapalah Saya Di hati Awak kan
Saya Tahu Saya Tidak Sempurna
Saya Tahu Saya Jahat
Awak Baik 
Saya Sedar saya memang x layak untuk awak
saya sedar siapa diri saya :(

Saya hormati keputusan awak
mungkin ini juga adalah jalan terbaik buat kita

Biarlah kenangan yang berputik selama ini
menjadi kenangan yang terindah buat kita berdua

Walaupom awak benci akan diri saya
xpi saya nak awak tahu
mengenali awak adalah satu anugerah buat saya
saya tidak pernah menyesal berkenalan dengan awak
awak baik orang nya
awak memang x layak untuk saya
Saya doakan semoga awak jumpa dengan orang yang lebih baik dari saya

17 Jun 2011

Awak..

Salam Blogger . Apa Khabar Semua .? Sihat .? Alhamdullilah :)
Actually . Saya Memang Tengah Sedih Gila-Gila Sekarang Ni . Huhu :(
17.6.2011 ! Saya Akan Sentiasa Ingat Tarikh Ini !
Awak . Hidup Saya Sunyi Tanpa Awak . Hati Saya Selalu Rindu Kat Awak .
Saya Harap Sangat-Sangat Kita Dapat Berbaik Macam Dulu-Dulu Balik .

Jika Betul Apa Yang Awak Katakan Semalam Yang Saya Hanya Menganggu Hidup Awak .
Kenapa Selama Ini Awak Cakap Awak Sayang Saya . Nape .?
Kalau Betul Saya Ganggu Hidup Awak Dari Dulu Lagi .
Cakap Je La Awal-Awal Masa Kita Mula2 Kenal .
Senang . Xpayah Kita Teruskan Perkenalan Kita .
Kenapa Sekarang Baru Awak Cakap . :(
Awak Buat Saya Rasa Bersalah Sangat-Sangat Kat Awak .

Awak...
Selama Perkenalan Kita .
Tak Pernah Pom Terlintas Di Hati Saya Untuk Benci Pada Awak .
Saya Tak Tahu Macam Mana Nak Lupakan Awak Dalam Hidup Saya .
Hidup Saya Sunyi Tanpa Awak :(

Awak...
Boleh Tak Kita Berbaik Cam Dulu-Dulu Balik .?
Saya Harap Sangat-Sangat Hubungan Kita Baik Macam Dulu :(

Saya Rindu Nak Berbual Dengan Awak .
Saya Rindu Nak Bergurau Senda Dengan Awak :(
Saya Harap Awak Tak Kan Lupakan Saya .
Hikayat Indah Kini Hanya Tinggal Kenangan :'(

Awak...
Andai Dapat Saya Putar Putaran Dunia .
Pasti Saya Putar Untuk Kembali Ke Masa lalu .
Betulkan Semua Kesalahan Saya Agar Ini Semua Tak Terjadi .
Saya Terlalu Sayang kan Awak :(

Awak...
Saya Nak Minta Maaf Kalau Selama Ini Saya Lukakan Hati Awak . I'm Sorry
Thank For Everything .Halalkan Kalau Saya ada Hutang apa-apa gan awak .
You Always Be In My Heart !
Semua Kenangan Kita Bersama Akan Saya Ingat Selalu Dalam Hidup Saya !
I'm Sure Will Be Miss You A Lot .
Jaga Diri-Diri Awak elok-elok Nanti .
Jangan Nakal-Nakal . Study Hard ! Be A Succesful Person !
Don't Be an Idiot . Sayang Kamo !

W'salam :(

13 Jun 2011

Hanya Untukmu Nabila




“Aku terima nikahnya Nur Nabila binti Mohd. Syukri dengan mas kahwin RM80 tunai”. Dengan sekali lafaz, maka sempurnalah sudah ikatan antara dua hati.

Majlis perkahwinan antara Zikri Hafeez dan Nur Nabila berlangsung dengan sederhana tetapi meriah. Sudah menjadi kelaziman Dato Hasnan dan Datin Rogayah, walaupun berharta tetapi sangat mementingkan kesederhanaan. Maka tak hairanlah mereka begitu disenangi oleh ramai orang. Apatah lagi dengan status yang baik dalam masyarakat telah meletakkan mereka dalam kelompok yang dikenali dan disenangi ramai.

Ternyata perkahwinan yang sudah lama diimpikan itu menjadikan mereka sangat gembira. Berbesan dengan rakan baik yang telah dikenali sejak kecil lagi sememangnya telah lama dirancang oleh Tuan Hasnan. Tambahan pula hatinya sangat tertarik dengan budi pekerti Nabila yang sopan santun. Soal harta bukanlah menjadi keutamaan. Buktinya Syukri, sahabat baiknya itu merupakan peniaga kedai runcit sahaja. Manakala Nabila pula, seorang pustakawan di perpustakaan negeri. Namun, semua itu tidak menjadi masalah buat dirinya meskipun pada mulanya hasrat itu ditentang oleh Zikri sendiri.

“Ayah, please la. Jangan paksa Angah. Ayah tau kan Angah dengan Diana”. Zikri nyata tidak bersetuju dengan cadangan ayahnya yang dirasakan sangat menjengkelkan itu. Menikahi Nabila? Tak mungkin! Hatinya mencebik. Teringat dia pada Nabila. Gadis yang penuh dengan misteri. Gelaran itulah yang selalu diberikan sejak kecil lagi. Tak sangka aku kena kahwin dengan kau. Entah apalah yang ayah aku fikirkan ni. Sampai nak jodohkan aku dengan Nabila. Hatinya terus berkata-kata.

“Sudah! Kau jangan nak bantah. Aku ni ayah kau. Along dulu pun ikut cakap ayah. Bahagia aje ayah tengok dengan kakak kau tu. Sekarang ayah nak kau ikut apa yang ayah cakap tadi. Jangan nak jadi anak derhaka.” Tuan Hasnan terus meninggalkan ruang tamu itu tanpa menghiraukan panggilan Zikri.
“Ayah! Tolong la yah!” Tidak diendahkan. Zikri merasa sungguh tertekan. Takkan nak jadi anak derhaka. Ah! Masalah besar ni.
Akhirnya, nak tak nak terpaksa juga diterima. Kasihan Diana. Masalah betul la. Zikri masih bingung dengan apa yang telah terjadi. Hai, dah jadi laki orang aku ni. Hatinya seperti tidak percaya.

Zikri mengerling Nabila yang baru menapak keluar dari bilik air. Nabila hanya berbaju tidur biasa. Ingatkan nak pakai seksi-seksi. Tak tahu menggoda langsung! Zikri hanya memandang Nabila dari ekor mata.

“Abang..” Tersentak Zikri mendengar suara yang dirasakan cukup dekat dengan telinganya. Dah la lembut, manja pulak suara itu didengarnya. Ish! Eh sejak bila pulak dia ada kat tepi aku ni? Apasal aku boleh tak perasan? Dadanya berdebar-debar tiba-tiba. Cover cover.

“Iye..a..ada apa?” tergagap-gagap la plak.

“Abang suka tak dengan perkahwinan ni..?” Lembut sahaja soalan itu dituturkan. Aik! Zikri hanya terdiam. ” Awak pulak macamana?” dia bertanya kembali. Direnungnya wajah lembut Nabila. Cantik gak bini aku ni.Hatinya memuji sendiri.

“Nabila ikut aje..Tak sampai hati nak tolak. Ayah baik sangat ngan Nabila. Kalau abang tak dapat terima Nabila sekarang pun takpe. Nabila boleh tunggu. Sebab abang dah jadi suami Nabila, jadi Nabila kena ikut cakap abang”. Redup mata Nabila sewaktu menuturkan kata-kata itu benar-benar menyentuh perasaan Zikri. Seketika naluri lelakinya bergetar. Diana! Kilasan wajah itu mematikan hasratnya untuk mendekati Nabila.

“Tidurlah. Dah lewat ni. Abang dah ngantuk.” Zikri gelisah di pembaringannya. Terasa Nabila di sebelahnya yang sekejap-sekejap bergerak-gerak. Hai, dia ni tido langsung tak duk diam. Zikri geram kerana matanya langsung tak boleh lelap sedangkan Nabila dirasakan sudah lama dibuai mimpi.

“Abang tak leh tido ke..?”

Mak datuk! Hampit tercabut jantung Zikri mendengar teguran Nabila. Kenapa la kau ni asyik buat aku terkejut!? Serta merta dia memalingkan wajahnya mengadap Nabila. Terasa semakin kalut saat matanya bertemu dengan renungan Nabila. Boleh terbang semangat kalau macam ni..

“Panas sangat. Lagipun awak asyik gerak-gerak aje. Macam dok berkawad lak atas katil ni. Mengganggu tau tak.” Zikri cuba menutup debar di hati yang hanya dia saja yang mengetahui. Parah kalau macam ni. Kalah aku lama-lama tengok muka dia ni.

“Maaflah.. Nabila tak sengaja. Abang tidolah. Nabila tido kat bawah aje.” Belum sempat Nabila berpaling, terasa tangan Zikri menyentuh bahunya.

“Tido sini je lah. Kita ni suami isteri. Takkan tido asing-asing lak.” Tak sanggup rasanya Zikri membiarkan Nabila tidur di lantai. Sedikit sebanyak perasaanya sudah bercambah untuk Nabila, isteri yang baru sahaja dinikahi. Tambahan pula keinginan yang datang secara tiba-tiba tidak mampu untuk dibendung lagi.

Ah! Diana..maafkan aku. Nabila ni isteri aku. Tak salah rasanya. Takde rasa-rasa. Memang tak salah pun. Zikri memeluk Nabila seperti tidak mahu dilepaskan lagi. Nabila hanya menurut.

Sudah hampir lima bulan usia perkahwinan mereka. Zikri merasakan dirinya berada di dunia khayalan. Dah jatuh cinta dengan isteri sendiri. Bahagia yang dirasakan hanya dia yang tahu. Nabila! Kau memang isteriku yang tercinta. Hatinya berbunga cinta. Persis lagu bunga-bunga cinta nyanyian Misha Omar. Sejak berkahwin juga, Nabila telah berhenti kerja, juga atas permintaan Zikri. Cemburu orang lain ngorat katanya. Nabila juga tidak menyangka Zikri akan menerimanya secepat itu. Dia bersyukur kerana Zikri melayannya dengan baik walaupun pada mulanya segalanya nampak sukar.

“Hai..” teguran itu mematikan suapan Zikri semasa sedang lunch di restoran di bawah pejabatnya. Diana!

“Makin hensem you sekarang ni yer..” Diana duduk di depan Zikri tanpa dipamit.

“Well..nampak bahagia.” Diana terus berkata-kata.

“Biasa-biasa aje. Dah lama tak jumpa. You pun makin cantik.” Zikri sekadar berbasa-basi. 

Diana hanya tersenyum. “Mana cantik ngan wife you?”. Hampir tersedak Zikri mendengar soalan itu. Bangang betul. Wat lawak lak dia.

Zikri telah memutuskan untuk melupakan segala kisahnya bersama Diana semenjak hari pertama dia bersama Nabila. Dia merasa seakan-akan telah jatuh cinta yang sebenar-benarnya terhadap Nabila. Cinta yang tulus dan direstui oleh semua.

“Err..you dari mana?” sengaja dia mengubah topik. Tentulah bini aku lagi cantik.

“Dari ofis gak.. Z... I nak jumpa you malam minggu ni bleh?”. Zikri hanya menggeleng.

“I dah beristeri. Kita tak boleh macam dulu dah.”

“Ala, sebagai kawan jer. I pun dah ada special. Ada benda I nak tunjuk kat you nanti. Please..” Diana membuat gaya menggoda. Aduh! Silap-silap boleh tergoda ni. Tapi aku takkan tergoda.

“Okey..tapi tak leh janji. Tengok I punya jadual dulu k..”

“Okey”. Diana tersenyum memandang Zikri. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah melihat sinar di mata Zikri. Berseri sungguh pengantin baru ni. Hatinya mendongkol marah.

“Abang nak jumpa kawan malam ni. Kalau lewat, sayang tido dulu k..”. Zikri memandang wajah Nabila. Seketika perasaan bersalah menyerangnya. Namun hatinya menurut juga apabila Diana beriya-iya mengatakan mahu memberikan surprise. Tak sampai hati pula manghampakan bekas kekasihnya itu. Lagipun dia tak mahu dianggap sombong. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Dia bukan begitu!

“Drive elok-elok yer. Nabila tunggu abang balik.” Nabila menyalami tangan Zikri. Satu ciuman hinggap di dahi Nabila. Dan tanpa menyimpan sebarang curiga, dia menutup pintu apabila dilihat Mercedes Benz milik Zikri meluncur keluar dari halaman rumah mereka.

“Z!” kelihatan Diana melambai tangannya kepada Zikri. Kelab yang sudah lama tidak dijejak akhirnya menyaksikan semula kehadiran Zikri. Diana terus memegang lengan Zikri dan menariknya duduk di kerusi yang dihadapannya dipenuhi dengan minuman yang pelbagai jenis. Tiba-tiba Zikri merasa menyesal datang ke situ. Duk ngan Nabila lagi bagus. Fikirnya.

“I dah order air untuk you. Jangan risau. Coke aje.” Diana terus merapatkan dirinya kepada Zikri. Zikri hanya berlagak biasa. Jengkel pula melihatkan gelagat orang-orang di sekeliling.

“So, apa yang you nak tunjukkan kat I ni?”. Terasa tak larat pulak dia melihat telatah Diana. Gedik la pulak minah senget ni. Macamana aku boleh syok kat dia dulu?

“Tunggu erk..Sambil tu you minum la dulu. Jap lagi I datang.” Diana terus melangkah meninggalkan Zikri.
Puas Nabila menghubungi telefon bimbit Zikri. Langsung tak dapat dihubungi. Dah pukul 3 pagi ni..Takkan takde bateri. Hatinya sedikit gusar. Tanpa sedar Nabila terlelap bersama-sama telefon bimbit yang masih dalam genggaman.

Zikri hanya terjaga apabila dirasakan cahaya matahari menyimbah wajahnya. Kepalanya berdenyut-denyut. Terasa ada tangan yang melingkari pinggangnya. Bibirnya menguntum senyum. Mesti Nabila tengah tido ni. Muncul keinginan untuk mengusik isterinya itu.

Namun Zikri hanya mampu beristighfar apabila melihat wajah yang sedang lena dipelukannya itu bukanlah Nabila, tetapi Diana! Ya Allah! Apa dah jadi ni!!

Dia bingkas bangun dan menolak tubuh Diana yang hanya dibaluti selimut. Dirinya dapat meneka apa yang telah berlaku. Wajah Nabila segera memenuhi ruang matanya. Kelihatan Diana membuka mata dan tersenyum.

“Hai honey..morning”. Zikri tidak menghiraukan Diana. Dikenakan pakaian dengan tergesa-gesa. Sebelum melangkah keluar, terdengar suara Diana lagi.

“Z, I love u..” Zikri terasa ingin muntah mendengar kalimat itu. Apatah lagi apabila melihat wajah Diana yang tersenyum puas. Kau kenakan aku ya Diana!! Hatinya menyumpah.

Zikri ingat lagi selepas dia minum coke yang disediakan Diana, matanya berpinar. Dia nampak kelibat Diana menghampirinya. Dia juga masih ingat lagi saat dirinya memeluk Diana masuk ke bilik. Cuba di kawal namun nafsunya terasa begitu memuncak. Apatah lagi wajah Diana dilihatnya telah berubah menjadi wajah Nabila, isteri yang sangat dicintai.
Semakin galak dia memeluk Nabila dan dia dapat mengingat dengan jelas apa yang telah dilakukannya malam itu. Nabila..maafkan abang.. hatinya berbisik. Tentu Nabila sedang menunggu di rumah. Mercedes dipecut laju. Tak sabar untuk bertemu dengan isterinya yang seorang itu. Perasaan bersalah pula semakin menyelinap dalam hati lelakinya. Kalaulah Nabila tahu..

Longlai langkahnya menapak memasuki rumah. Kereta Nabila tiada. Di mana Nabila? Hatinya resah. Dicari-cari telefon bimbit dalam poket seluarnya. Aik! Mati? Dihidupkan telefon itu dan hatinya makin kalut apabila menerima mesej yang mengatakan terdapat 35 missed call dari Nabila. Satu mesej dari Nabila tiba-tiba masuk.
“Sampai hati abang..abang hancurkan kepercayaan Nabila pada abang selama ni..Nabila boleh terima apa saja. Tapi bukan pengkhianatan. Maaf sebab pergi tanpa meminta kebenaran dari abang..tapi, Nabila mohon.. Lepaskanlah Nabila. Biarlah Nabila pergi. Supaya abang tidak terus melakukan dosa lagi. Kahwinilah Diana.”

Zikri terasa seperti kepalanya dihempap batu besar. Menggigil tangannya mendail nombor Nabila, tetapi tiada sambungan. Dia lantas berlari menuju ke bilik tidur mereka. Dilihatnya pakaian Nabila telah tiada. Nabila!!

Zikri hampir rebah saat terpandangkan gambar perkahwinan mereka yang tergantung di dinding selama ini berada di lantai. Kacanya telah pecah berderai. Membuktikan Nabila telah membalingnya. Ahh..Nabila..

Zikri bagaikan orang gila. Sama ada ayah mertuanya dan juga ibu bapanya, tidak tahu ke mana Nabila telah menghilangkan diri. Nabila hanya menghubungi ayahnya dan juga mertuanya meminta maaf dan meminta diberi ruang untuk seketika. Dia juga meminta ayahnya memberitahu Zikri supaya jangan mencarinya kerana hatinya telah mati. Telah hilang rasa cinta dan hormatnya pada lelaki yang pernah bergelar suaminya itu.

Zikri hanya menerima tamparan dari Dato Hasnan sebaik sahaja dia menceritakan segala-galanya. Mujurlah Datin Rogayah meleraikan. Sayu hatinya melihat wajah kusut Zikri. Anak lelakinya itu kelihatan sungguh berserabut. Tak sampai hati pula untuknya memarahi Zikri. Dia tahu Zikri juga menderita. Namun, dia juga tak dapat berbuat apa-apa.

“Sabarlah Angah..Nanti Nabila akan balik jugak.” Hanya itu yang mampu dikatakan datin Rogayah. Syukri pula hanya membisu seribu bahasa.

Kini sudah hampir lima bulan Nabila meninggalkan Zikri. Selama itu juga Zikri merasa amat kehilangan. Pernah dia menemui Diana meminta penjelasan. Dan ya! Semuanya kerana dendam. Zikri tak menyangka Diana begitu mendendami dia dan Nabila sehingga sanggup mengirimkan mms sewaktu mereka bermesra kepada Nabila. Dan itulah punca Nabila meninggalkan dia. Gambar suaminya bersama dengan perempuan lain dalam keadaan yang sungguh memalukan! Sebab itu hatinya hancur.

Nabila merenung kebun sayur yang selalu dikunjunginya sejak enam bulan lalu. Berada di kawasan kampung, benar-benar mendamaikannya. Dia tak menyangka hubungan ibu angkat dengan Mak Cik Zainab sejak dia menuntut di universiti dulu telah memberinya kelebihan untuk bersembunyi. Merawat hati yang luka. Bukan sekadar luka, malah parah dan pedih yang sungguh sukar untuk disembuhkan. Mak Cik Zainab seakan mengerti deritanya. Hatinya bersyukur kerana masih ada tempat untuk dituju.

Syukri melihat menantunya sedang termenung di beranda. Hatinya terusik melihat jambang yang tumbuh meliar di wajah Zikri. Sampai begini jadinya. Keluhnya. Sejak pemergian Nabila, Zikri berubah menjadi pendiam. Tubuh yang dulunya tegap semakin kurus. Menanggung rindu mungkin. Teringat janjinya pada Nabila.

“Ayah.. Nabila sihat. Nabila kat kampung Mak Cik Zainab. Ayah jangan risau. Nabila dah lupakan dia. Ayah jaga diri. Nanti Nabila akan balik jugak. Janji dengan Nabila jangan bagitau sape-sape Nabila kat mana.” Kata-kata Nabila langsung tidak diterima. Mustahil Nabila telah melupakan Zikri. Setahunya Nabila sangat mencintai Zikri. Dari dulu lagi dia boleh lihat sinar cinta di mata Nabila terhadap Zikri. Sebab itulah dia merelakan apabila Dato Hasnan merisik Nabila. Akhirnya Nabila dapat juga bersama Zikri. Nabila tidak perlu lagi mencintai Zikri dalam diam.

Nabila sedang memetik terung di belakang saat dia terdengar bunyi kereta di hadapan rumah. Dadanya berdebar. Dia kenal kereta itu. Seketika telinganya menangkap suara Mak Cik Zainab memanggil namanya. Cepat-cepat dia berlari. Namun tetap berhati-hati menapak melangkah tangga yang agak basah. Mengunci diri dalam bilik. Aku tak mahu jumpa dia!! Hatinya marah. Tangisan seakan semakin menghampiri. Namun ditahankan supaya tidak jatuh airmatanya. Aku takkan menangis untuk lelaki jahat macam tu!!! Namun, tetap ada mutiara jernih yang sudah pun laju menuruni pipinya saat kedengaran suara yang amat dirindui namun dibenci itu.

“Sayang. Buka pintu, sayang.. Abang datang ni..” kedengaran suara Zikri. Serak suaranya. 

Nabila hanya membisu menahan esakan yang semakin kuat. Ketukan yang bertalu-talu memenuhi deria pendengarannya. Ingat aku pekak ke??

“Sayang, abang minta maaf..Abang boleh jelaskan segalanya.. Please sayang..buka pintu ni..” suara Zikri yang merayu-rayu membuatkan Nabila semakin kuat menahan tangisan.

“sayang..please..Jangan buat abang macam ni..” Zikri terus memanggil. Pilu hatinya apabila Nabila tidak sudi melihat wajahnya lagi.

“Pergi!!! Jangan datang lagi..Nabila tak mahu tengok abang. Kita dah takde apa-apa lagi..Pergi!!!” Nabila menjerit. Kedengaran esakannya yang memanjang. Seketika kemudian keadaan sunyi. Tiada lagi suara Zikri. Sudah pergikah!!! Nabila menangis dan terus menangis. Abang memang tak sayangkan Nabila.

Airmata Zikri tumpah juga. Walang hatinya mengenangkan Nabila yang sangat dicintai kini telah membencinya. Sambil menahan hati yang semakin dihantuk kepiluan, dia memcut laju Mercedes miliknya meninggalkan Kampung Gajah, tempat Nabila menyembunyikan diri daripadanya. Apalah gunanya aku disini.. Nabila sudah tak cintakan aku lagi. Hati lelakinya terasa rapuh. Begini rasanya derita apabila kehilangan insan yang disayangi.

Dia terus memecut sambil mulutnya menyebut-nyebut nama Nabila. Biarlah aku yang pergi. Supaya kau takkan menderita lagi. Hatinya masih berkata-kata. Pandangannya kabur dek airmata yang selama ini tak pernah wujud dalam diari hidupnya. Semuanya kerana Nabila! Zikri nampak kelibat Nabila..Nabila kah? Tiba-tiba..

******

“Nabila, ni ada surat..” Mak Cik Zainab menghulurkan surat yang dilipat ke tangan Nabila. Nabila sedang termenung di beranda rumah waktu itu. Hatinya runsing, sejak Zikri balik tadi. Hatinya tak sedap. Terasa seperti ingin sahaja dia pulang ke rumahnya saat itu.

“Jangan diikutkan sangat marah tu. Nanti binasa. Setiap orang tak lepas dari melakukan kesilapan. Dia sanggup datang sejauh ni semata-mata nak pujuk kau. Apapun dia masih suami kau. Kau sendiri tahu apa hukumnya keluar rumah tanpa izin suami kan?” Nabila tersentak dengan teguran Mak Cik Zainab. Dia hanya membisu.

“Nanti masuk lekas. Jangan dok lama-lama sangat. Banyak nyamuk”. Mak Cik Zainab terus berlalu.
Zikri? Surat dari Zikri.Nabila membukanya. Tarikh tertulis semalam yang lepas. Dia datang tadi. Sempat plak dia tulis surat ni..

Isteri abang, Nabila yang dicintai
Pertama sekali abang minta maaf sebab telah membuatkan Nabila terpaksa datang ke sini sendirian. abang bersalah.. Nabila ada hak untuk membenci abang setelah apa yang berlaku..abang terima. tapi..abang ada penjelasan untuk semua tu..

Apa yang berlaku adalah salah abang sebab abang yang pergi jumpa dia. tapi abang pergi sebagai kawan.. tak pernah abang berniat untuk mengkhianati sayang..tapi abang tak menyangka, Diana ada agenda tersendiri. Dia masukkan sesuatu dalam minuman abang..abang rasa ubat peransang nafsu.

Sungguh sayang abang tak berdaya masa tu..abang cuba menolak tapi abang melihat satu wajah di depan abang.. abang lihat wajah Nabila, isteri abang.. bukan wajah dia.. sebab tu abang sentuh..abang ingat abang bersama isteri abang..tapi, hanya Dia yang tahu apa abang rasa saat abang sedar siapa sebenarnya disisi abang keesokan hari..bukan Nabila isteri abang, tapi Diana.

Abang tahu..apa saja abang lakukan, Nabila tentu takkan memaafkan abang begitu saja..sebab ini memang salah abang. Diana mengaku, dia lakukan kerana dendam. sekarang dia dah tinggalkan Malaysia.. dia kata dia puas sebab dapat pisahkan kita.

Sayang. abang sangat menderita selepas sayang pergi.. abang benar-benar kehilangan cinta abang.. sayang pergi bersama-sama cinta yang dah abang beri sepenuhnya untuk sayang.. abang tak sanggup kehilangan sayang..tapi kalau sayang betul-betul dah tak dapat menerima abang, abang terpaksa juga lepaskan sayang. abang tak nak sayang terus menderita.

Abang tetap akan menunggu sayang memaafkan abang..tapi abang minta…jangan tinggalkan abang . abang sayang Nabila. Nabila satu-satunya isterinya abangd unia dan akhirat..
Nabila menangis tersedu-sedu..

Abang..!!!

Nabila merenung wajah yang sedang tidur itu. Nampak tenang tetapi rahsia di hatinya siapa yang tahu? Aku sendiri pun tak dapat membacanya. Diseka airmata yang mengalir saat itu. Abang..sedarlah..

Nabila masih ingat keesokan hari selepas kedatangan Zikri, ayah dan bapa mertuanya datang untuk membawanya pulang.

“Ada apa sebenarnya ni ayah?” Nabila sangsi. Mengapa ayah dan bapa mertuanya datang membawanya pulang? Hatinya dapat merasakan ada sesuatu yang buruk telah berlaku. Sehinggalah dia diberitahu Zikri kemalangan sewaktu pulang dari bertemunya. Hancur luluh hatinya. Rasa menyesal menyerbu sehingga Nabila jatuh pengsan di depan bangunan hospital.

Setelah hampir 2 minggu koma, masalah lain pula menimpa. Zikri langsung gagal mengingati sesiapa pun lagi..termasuk namanya sendiri. Gegaran otak yang dialami sewaktu keretanya melanggar penghadang jalan menjadikan dia kehilangan segala memorinya.

“Abang..nak makan apa malam ni..” Nabila hanya melihat Zikri tersenyum tanpa berkata apa-apa. Sejak pulang ke rumah, Zikri banyak mendiamkan diri. Dia lebih suka menghabiskan masa dengan melihat gambar-gambar perkahwinan mereka.

“Maaf sebab masih tak dapat mengingati siapa Nabila..” kedengaran suara Zikri. Nabila terasa ingin menangis.
“Tak mengapa..abang tentu akan ingat semula..Nabila akan tolong abang.” Seketika Zikri menghampiri Nabila, dan memeluknya. Terasa ada sesuatu yang mendorongnya untuk mendekati Nabila.

“Abang akan cuba untuk ingat tentang segala-galanya. Nabila boleh tunggu? Nabila hanya mengangguk dan airmatanya jatuh lagi dalam pelukan Zikri.

Malam itu Zikri terjaga dari tidurnya. Diamati wajah isterinya disisi. Maafkan abang..Hatinya berbisik. Dikucupnya dahi Nabila dan dia melangkah meninggalkan rumah itu.

Nabila masih duduk di buaian. Matanya melihat-lihat pagar rumah itu. Membilang waktu bilakah waktunya Zikri akan pulang. Nabila tak mengerti mengapa Zikri meninggalkan dia..meninggalkan keluarganya. Kini hampir 2 bulan.. kemana abang pergi..Hatinya menangis mengenangkan rindu yang semakin sarat.

Zikri melayannya dengan baik malam itu. Nabila menyangka mereka takkan berpisah lagi. Tetapi takdir Tuhan tiada siapa mampu menduga. Zikri pergi dengan meninggalkan nota ringkas..

Abang pergi dulu…tapi abang akan kembali..sayang mesti tunggu abang..abang ada sebab untuk melakukan ini semua..
Nabila akur..dia yakin Zikri akan kembali padanya.

******

Zikri melangkah masuk ke rumah yang sudah 2 bulan ditinggalkan. Kereta Nabila tiada. Kat rumah ayah agaknya. Dia melihat rumah yang terurus kemas. Bibirnya menguntum senyum. Kakinya menapak ke arah kamar yang pernah menjadi saksi cintanya hanya untuk wanita bernama Nabila. Sebaik pintu kamar ditolak, kelihatan sekujur tubuh sedang berdiri merenung gambar perkahwinan mereka, membelakangi pintu. Jantung Zikri seperti berhenti berdegup. Nabilakah??

Matanya mengamati tubuh itu..semakin kurus..benarkah Nabila ..?? Zikri semakin terdesak untuk menghampiri. Namun, kakinya beku. Langkahnya mati. Nabila nampaknya belum menyedari kehadiran Zikri.
Terasa ada tangan yang menyentuh bahunya. Sedikit terkejut Nabila menerima sentuhan hangat itu. Dipalingkan wajahnya. Matanya membulat. Di hadapannya terlihat seraut wajah yang sangat dirindui. Wajah bersama renungan yang redup. Berkaca-kaca matanya menahan airmata yang semakin memberat. Abang!! Kaku tubuhnya saat matanya memandang Zikri yang mencium dahi dan memeluknya. Hangat. Tanpa disedari matanya juga melepaskan titisan jernih yang menggambarkan rindu yang sarat.

“Maafkan abang”.Luluh hati Nabila saat terpandangkan mata Zikri yang merah. Diamati wajah yang kelihatan tenang itu. “Abang dah balik..” Zikri meraih tangan Nabila dan dikucupnya.

“Maafkan abang sebab tinggalkan Nabila..”. Zikri semakin kaget apabila dilihatnya Nabila hanya membisu. Hatinya yang rindu telah membawanya kembali kepada Nabila.

” Abang pergi sebab..abang tak sanggup lihat Nabila menangis lagi. Abang bersalah kerana mengecewakan Nabila dulu.”

Nabila mengerukan dahinya. Dah ingat ke??

“Ye sayang..abang dah ingat segala-galanya..”

“Abang ambil keputusan untuk pergi sebab abang mahu ingat semula apa yang dah berlaku. Ayah ada bagitau abang tentang seorang ustaz yang boleh merawat abang..Dia kawan ayah masa ayah sakit dulu.” Nabila mendengar penjelasan Zikri tanpa apa-apa reaksi.

“Masa abang pergi tu, sebenarnya abang dah dapat ingat sikit-sikit. Abang tak mahu susahkan Nabila. Lebih dari tu abang tak mahu tengok Nabila kecewa bila abang masih tak mampu nak ingat. Sebab tu abang ambil keputusan untuk merawat diri sendiri. Di sana abang mula mendekatkan diri dengan Dia. Dan hasilnya..seperti Nabila lihat sekarang..”

“abang minta ayah rahsiakan semua ni sebab abang mahu beri Nabila hadiah..hari ni kan ulang tahun perkahwinan kita..”

Nabila tersentak. Benarkah? Kenapa aku lupa??

Zikri menunggu reaksi Nabila. Namun hampa. Sebaliknya Nabila memalingkan tubuhnya membelakangi Zikri. Hatinya kelam..terasa harapannya lebur..

“Abang faham kalau Nabila masih bencikan abang..”Sayu hatinya saat menuturkan kata-kata itu. Zikri tak mampu lagi untuk terus berdiri menghadap Nabila yang langsung tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia berpaling untuk pergi..pergi jauh dari Nabila yang dirasakan sudah tidak memerlukannya lagi.

“Abang nak tinggalkan Nabila lagi..?” kedengaran suara yang sangat lemah..diiringi sendu yang berlagu pilu. Zikri tidak menunggu lama. Didakap erat tubuh Nabila. Tubuh yang tidak bertenaga itu dipeluk seperti tidak mahu dilepaskan lagi. Tangisan demi tangisan menghuraikan segala yang terpendam sekian lama.

“Jangan pergi lagi..Nabila dah maafkan segalanya..Nabila taknak abang pergi..Nabila nak bersama abang..susah senang bersama abang.. tolong jangan tinggalkan Nabila lagi..Nabila dah lama nak minta maaf pasal dulu..maafkan Nabila,abang..” Zikri merasa tubuhnya bergegar.. Nabila menangis tersedu-sedu dalam pelukannya.

“Abang janji takkan tinggalkan Nabila lagi..” Airmata lelakinya tumpah lagi.

Zikri menatap wajah Nabila. “Abang minta maaf…dan abang juga dah maafkan sayang” 

Zikri mengukir senyuman. Hanya untukmu Nabila..

Selepas 5 bulan

“Abang cintakan Nabila tak..” kedengaran suara manja Nabila di sisinya. Zikri berpaling dan mencium dahi isterinya itu.

“Nabila sorang aje yang abang cinta..” Nabila membalas senyuman Zikri. ” Abang tak boleh cintakan Nabila aje..”. Berkerut dahi Zikri mendengar ayat Nabila.

Dilihatnya Nabila mengusap perut dan memandang ke arahnya. ” Abang kena cintakan dia jugak. Dah dua bulan dia datang duk ngan kita..” Nabila semakin melebarkan senyumannya dan akhirnya meletus ketawa di bibirnya apabila melihat reaksi Zikri.

Alhamdulillah..

“Yahuuuuuuuuuuu!!” Zikri merasakan hidupnya sempurna kini. Terima kasing sayang!!!! Hatinya menjerit riang.