Followers

27 September 2012

Jom Travel Ke Miri

s
Yosh!! Study week dah nak habis. Holiday pun dah tamat. Ha… Dhom dah jejak kaki ke Miri buat pertama kalinya… Bandar yg sesak dengan trafik light. Salah pusing, kompom pening.
Saja je g jejalan Miri. Orang cakap nak release tension sebelum nak jawab kertas Final Exam next week.
Miri banyak tempat best2.

Ni la Tempat yg Dhom dah sampai kat miri…
  • ·         Borneo Rainforest.
  • ·         Crocodile Farm
  • ·         Pantai Luak
  • ·         Bintang Megamall
Sebenarnya tak cukup masa nak jejalan. 2 hari 1 malam memang pack kalau nak g. tu pun bnyak lagi tempat nak jalan macam Gua Niah… tak sampai lagi ni… takpe2.. ada lagi 5 semester. Awal lgi nak g jejalan..

Story sikit…
Perjalanan dimulakan dengan kesabaran…. Sbb tunggu WAJA datang. Haha… siap kena saman dengan guard UPM lagi si WAJA. Mau tak sena saman, naik keta sampai 6 orang. Ok, sambung cerita, WAJA dah datang, maka SAGA, KANCIL & KELISA pun bergerak…

mana la diaorang ni.....

Sesampai di Miri, hotel tu pulak takleh nak adjust harga & jumlah kapasii per bilik…. Fighto~ Oh! Kitaorang pun cari hotel lain. Last2 jumpa gak Budget Hotel. Suit Room semalam 55 ringgit. Maka stay la kami berlima. Aku , along, fahmi, fahmie, dgn zaki.
Malamnya, kitaorg g jejalan & main bowling. 3 frame skali sewa kasut dalam 20 ringgit.
Jap2 , ni jumlah mata.

Frame 1
Zaki (107), Dhom (84), Moru (80), Along (58) Fahmi (45)

Frame 2
x de gambar. x ingat. weee...

Last Frame.
Zaki (139), Along (123), Dhom & Moru (106), Fahmie (38)


*Fahmi looser..  Booooo~~~!!!!

masuk hari kedua, kitaorang pi Crocodile Farm. dekat setengah jam perjalanan nak ke sana dari pekan Miri. masuk dah la MAHAL, hish... sampai 16 ringgit. padahal Mini Zoo je pun. takpe2. skali ni je masuk. pasni x datang dah. Alang2 dah sampai, masuk je la.




Nama Crocodile farm, dalam tu ada Buaya, Ikan, Ular, Burung, Kambing, Rusa dll.. mmg cekik sikit la.

pastu kitaorang g makan McD ... bajet habis makan tu nak g Borneo Rainforest, last2  tak jadi masuk.. RM30/people. fuhh.. check wallet ada 50 ja. nak makan lg... maka gerak la nk g Gua Niah....

Dalam pjalanan nak g G.Niah lak ujan... maka... straight ke Bintulu... tamat sudah holiday final exam MrDhom....


group DPPM



Geng SAGA

tgh bagi makan kat rusa2


 Saya xde kekasih hati, jadi jangan salah anggap yer. This is my pren, Moru.


-The End-


22 September 2012

Oh study week....

Sekarang musim study week,,, so kena study ke tak ni? Tapi nape cam tak rasa suasana study week pun? Keliling aku takde pun yang study weyh....hahaha itu lah yang aku cuba nak sampaikan ni,,, bukan apa, study week tu bukan semata-mata 24jam kau nak menghadap nota ke buku ke, tapi.....huhuhu




Study week di sini(UPM) tak semeriah cam kat matrik,,, sebenarnya agak sedih dan terkilan keadaan kat sini,,,huhu ye memang la kan, kat universiti tak macam kat IP. kena skema... huhu tapi bukan camtu yang aku maksudkan.... tak semestinya study week tu kau nak study je...


Sebenarnya teringat time study week kat IPTG,,, tu je,,,huhu
Apa-apapun,,, ini nasihat aku... bila kita dah baca, dah faham, dah hafal dan testing power boleh jawab, dah usaha. Berdoalah dan bertawakal kepada Allah. Jika kita yakin sekalipun, yakinlah pada Allah, kerana seyakin mana pun kita, sebanyak mana pun kita hafal dan faham, kalau Allah nak uji dengan buat kita lupa atau blur, atau ada masalah, ia tak mustahil. Untuk mengelakkan kekecewaan, yakinlah pada Allah... Percayalah pada Allah kerana dia yang menguasai kita. ;-)

 

18 September 2012

The Tuesday of Selasa....


Arini cam biasa je la. Tido lewat, sbb? Main Travian. Bengang gila dengan mamat “SuperSmashBros” server UsX. Kill aku punya peneroka. T_T. 

Dah la tido lewat. Kul 4 pg. rasa macam pejam mata, pastu celik mata je Nampak Along. Hahaha. Pejam lagi, pastu celik Nampak Wancha. Argh!!! Aku mimpi ke. Slamat la pejam bukak mata tak nampak Neney ke, Aida ke, Pn Hawa Mahmood ke.. oops… tersilap letak nama lecturer aku lak. Hahaha.

Kelas kimia arini agak tak dipahami. Sbb aku ngantuk. So, pasang earphone, dengar lagu. Pejam mata. :D

“Ikhwan, report lab kamu dah hantar ke belum?”
“kejap lagi puan.”
“saya nak coklat yer”


Itu la Puan Hawa Mahmood. Lecturer chemistry aku. Gambar? Ada. Tapi aku tak upload. Xde sbb la aku nak ngejah bini orang. Haha. Pangkat Puan dah. Dia bnyak tolong aku. Tringat waktu skola menengah  dulu. Masuk waktu kimia je, aku orang 1st yg kena duduk luar sbb xde buku teks. Haha. Skrang, Alhamdulillah la. Pn Hawa Berjaya bg aku minat subjek kimia ni. Sbb dia comel? Tak. Sbb dia mengoda? Pun x. yg aku taw, sbb aku taknak ulang balik rekod kimia aku yg lama. Ha.. yang penting, group lab aku ( aku dgn along) bg Pn Hawa coklat forero rochre (camni kot eja.)

Habis je kelas kimia, baru aku prasan, wallet aku tak bawak. Argh.. kalut2 nak pegi kelas Pn Hawa punya pasal. Nak balik malas, maka berlepak la aku dengan neney + wati + zurin. Mula2 g amik slip exam dulu kat HEP. Pastu tolong2 diaorang buat blog. 

Stakat tu je la aku nk bgtaw. Takde yg lain da. Ngantok gila petang2 kat sini. Fuhh….

*repair hotplate, tapi GAGAL! Along tension. hahaha



Gratisan Musik

15 September 2012

SSK1000 / PEsta Futsal UPM

Haa... takde apa pun nak crita2 kali ni.
Cuma buat entri sbb ada assignment kena buat blog.



"Encik Awang, oooo Encik Awang.... markah bonus sikit, blog saya tak secantik blog2 orang lain. follower saya pun x sebanyak kawan2 yang da lama berblogger. tapi reader saya En tengok la sendiri. hahaha... Bonus sikit ya. Pliz..."

Ok Stop!

stakat tu je nak pujuk2 tutor ICT aku. haha... cam tak ikhlas je kan? ikhlas sebenarnya cuma tak reti nak tunjukkan. Pandai2 dia la nak bagi markah. Bukan kerja aku nak bg markah diri sendiri. kalau boleh bagi kat diri sendiri, dari 100 markah tu, kompom aku dapat 101. Mana datang 1 tu tak tau la.


tadi cakap takde menda nak crita. tetiba je tangan gatal g edit tajuk masuukan FUtsaL plak.

Apa itu futsal? Futsal itu main bola. Macam mana nak maen bola? Jangan tanya aku, sbb aku bukan kaki futsal. Yang aku tahu, camne nak edit movie, camne nak edit gambar, camne nak bypass uspot untuk tengok youtube. oops.... terlepas cakap lak. Hahaha... kautim sikit.. Jangan straight sangat boh... orang IT cakap, Internet Tanpa Youtube ibarat Berbaju Melayu tanpa berseluar melayu. Tak paham? aku reka2 je natang bendaalah pepatah tu. hahaha.

back to the topic, aku harini join Orthoptera Pinky. What!! Pinky? ini denggut (fakhrul atif) punya kerja la suka2 bg nama team "Orthoptera Pinky". Sejarah asal team futsal ni cuma sapa2 yang badan besar je  join. senang cakap cam aku la. ahli2 asal dalam kumpulan ni:

  • Along
  • Kuyaaq
  • Denggut
  • Lowjoba ( ni nama blok aku )
  • Gorenggi
  • Takpam
  • Iskandar
  • Makram

dimanagerkan oleh Bambra. tapi sebab perubahan last minit, tinggal brapa kerat je ahli asal dalam Orthoptera Pinky.


  • Along - Manager
  • Lowjoba - GK
  • Makram - Player
  • Iskandar - Player
  • Kuzai (Import dari Jemang D'FC) - Player
  • Alex (New Reg) - Player
  • Wan Naz (New Reg) - Player
  • Kuyaaq - Player


Dan Resultnya... Jeng Jeng Jeng

3 - 0 - Game dengan Senior DPT 03
3 - 3 - Game dengan pakcik pakcik mana tah.
3 - 1 - Game dengan Borneo ( group clarence/ardi)
3 - 1 - Game dengan staff UPM

amacam? mesti nampak 3 je bnyak kan. Maka dengan itu, aku punya target untuk semester ni dinaikkan kepada 3 Pointer. Huahahaha.....

errr... blur. taktaw na crita pa. takat ni ja kot. nnt aku cghita lain.


04 September 2012

Warkah Buat Seseorang...



Ya Allah,
Aku amat bersyukur kerana pernah mengenalinya buat suatu jangka masa walaupun ianya hanya sementara. Saya masih sayangkan awak walaupun pada awak saya bukan apa2 lagi. tapi terima kasih kerana pernah menyayangi saya sepenuh hati awak. Saya tahu awak seorang perempuan yang baik dan saya amat bertuah kerana pernah mengenali awak. Awak telah buat hati saya terpaut pada awak atas diri  awak sendiri.

Masihku ingat setiap bait kata yang awak luahkan pada saya. Setiap kata2 awak mungkin menjadi faktor utama yang membuatkan saya di UPMKB sekarang ni. Pada saat awak kata kita dah tak boleh berhubung lagi macam sebelum ini, tiba tiba saya rasa sangat sedih dan air mata saya mengalir dengan deras bila perasaan sayang kan awak memang tak boleh dihakis yang kian menebal dalam diri saya terhadap awak. Saya macam tak percaya dengan apa yang berlaku. Tapi tak mampu saya nak nangis depan awak waktu malam awak jelaskan kepada saya.


Mungkin saya tak selalu cakap yang saya sangat sayangkan awak tapi awak perlu tahu yang saya sentiasa sayangkan awak sejak dari mula perkenalan kita. Tapi saya mengerti apa yang awak maksudkan, awak taknak cinta kita ni seperti cinta murahan. Hal itulah yang menjadi tekanan buat awak kan. 

Awak thanks sebab banyak bagi nasihat dan tunjuk ajar kat saya selama ini. Saya takkan lupakan itu semua, insyaAllah ia banyak membantu dalam kehidupan seharian saya. Saya harap awak berjaya dalam mengejar impian hidup awak. Saya tahu awak seorang perempuan yang baik dan awak mampu menilai yg mana satu intan , yang mana 1 kaca.

Saya minta maaf jika selama kita kenal saya ada bersalah pada awak tetapi yang pasti saya tidak pernah kesal mengenali insan yang bernama perempuan seperti awak.


Yang Masih Menyanyangimu...
Dhom Nawhki