Langkah pertama
berjumpa ----> jatuh hati ----> mengorat
kos:
1. bunga 3 kuntum (RM 15.00)
2. surat: kertas A4, sampul, setem / upah pos budak hantar (RM 2.00)
Jumlah RM 17.00. ok.
Langkah 2
mengorat ----> bergayut (handphone) ----> bagi bunga, ajak makan, tengok wayang, berjalan2, shopping
kos:
1. bil h/phone : RM 10/sehari (top-up)... sebulan RM 300
2. bunga: RM 15/ seminggu (ahad saje pegi date)... sebulan RM 60
3. makan 2 orang (takkan 3 org plak): RM 50/seminggu (kira makan sedap tu macm KFC, McD, Burger King dll tempat yg berair-cond, takkan gerai tepi jalan yg x standard)... sebulan RM 200
4. tengok wayang: RM 20 (2 orang) + RM 20 (popcorn / jajan)...sebulan 2x, RM 80
5. berjalan-jalan, duit minyak @ duit tambang: RM 10 - 30
6. shopping: wallahualam, kalau boleh dijauhkan ataupun standby je RM 100 lg dalam poket.
Jumlah: dalam lingkungan RM 800 sebulan. ok ker tidak ni....(gigil jgak beb), sbb itu org tua kata jgn tunggu lama-lama... cepat-cepat ler kahwin...
Langkah 3
merisik ----> bertunang ----> berkahwin
kos:
1. hantaran 7 dulang, RM 50 x 7 = RM 350 (sepupu aku bagi info ni..), 2x = RM 700
2. cincin merisik = RM 200, cincin tunang = RM 500, cincin perkahwinan = RM 1,000
3. duit maskawin = RM 82, duit nikah kahwin = RM 150, duit kursus = RM 80
4. duit hantaran terkini RM 8,000 - RM 10,000 (kiter kene paham, harga barang dah naik)
5. duit kenduri sebelah lelaki RM 7,000 (itupun kalau gotong royong org kampung)
6.karaoke @ kugiran: RM 500 ~ RM 1,000
7. mak andam, set pelamin dsb.nya: RM 3,000
jumlah kasar: RM 25,000 ~ 30,000 (itu kira dah bajet tu...)
Oleh itu, blajar le rajin2, kerja cari duit simpan bebanyak, kemudian baru cari awek, jodoh tuhan dah tentukan, mengapa kiter perlu risau... aku jua turut memberi ingatan pada diriku dan juga utk korang suma....
alangkah baiknya, klau langkah no. 2 tu korang praktikkan pd mak ayah kiter yg membesarkan kiter dari lahir sampai dapat mengenal dunia ni... isk..isk..isk..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan