Thanks 4 talking to me, making me laught,understanding, listening, helping me see thing in a diffrent light and mostly just being there for me~
Followers
10 November 2010
Hati Seorang Lelaki...
Setiap insan mempunyai rasa cinta yang mungkin akan membahagiakan dirinya. Bagi aku, cinta adalah kebahagiaan yang sementara kerana aku adalah salah seorang mangsa kebahagiaan cinta yang sementara. Aku sememangnya tidak menafikan pada keseronokan dalam percintaan, kebahagiaan yang tidak dapat di bayangkan, serta kerinduan yang berpanjangan. Aku seorang insan yang baru mengenali apa itu cinta. Aku masih tidak mengerti apa yang dikatakan dengan cinta sejati. Tetapi, aku juga seorang manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Seorang manusia yang mahukan mengenali cinta sejati. Aku telahpun menjumpai cinta untuk diri ku, tetapi malangnya cinta itu bukanlah cinta yang sejati.
Aku mempunyai seorang rakan karib yang bernama Laila. Aku telah menganggap Laila bagaikan adikku sendiri. Dia telah kenalkan aku pada rakan sekolahnya yang bernama Wawa. Wawa mempunyai raut wajah yang cantik, dengan senyumannya yang sungguh menawan hatiku. Laila sering bercerita tentang Wawa kepadaku dan Laila menyuruh aku mengenali Wawa lebih rapat lagi dengan memberikan nombor telefon Wawa kepadaku, supaya aku dapat mendekati gadis tersebut. Pada mulanya, sedikitpun tidak terlintas pada hati kecilku ini untuk menyintai Wawa kerana bagiku, Wawa terlalu cantik dan tidak mungkin dia akan manyukai lelaki sepertiku.
Hari pertama aku ingin bercakap dengan Wawa di dalam telefon, aku agak berdebar. Maklumlah, aku tidak biasa dengan perkara seperti itu, tambahan pula dengan seseorang yang hanya sekali aku jumpa. Apabila panggilan telefon ku dijawab oleh Wawa, aku terdiam kaku seperti tidak mampu untuk berkata-kata. Aku memberanikan diri untuk memperkenalkan diri aku padanya, dan ternyata Wawa masih mengenali aku pada hari Laila membawanya jumpa denganku. Kami terus berbual, mengenali antara satu sama lain. Agak lama juga kami berborak melalui panggilan telefon pada malam itu. Sejak dari malam itu, aku dengan Wawa menjadi lebih rapat. Hampir setiap hari kami berborak melalui panggilan telefon.
Sebulan telah pun berlalu. Aku dapat rasakan satu perasaan yang asing datang ke dalam hatiku ini, dan perasaan itu akan timbul apabila aku tidak mendengar suara Wawa walaupun hanya satu hari.
"Adakah ini yang dikatakan rindu? Tapi, tak mungkin aku rindukan gadis seperti dia, dan adakah dia merindui aku sekarang? Ahhh.. mengarutlah." Bisik hatiku, lantas terus aku mengambil telefon bimbit yang berada diatas meja. Aku terus mendail nombor Wawa, dengan harapan dapat berbual dengannya kerana sudah dua hari aku tidak mendengar khabar berita gadis itu. Apabila dia menjawab panggilanku, gadis kecil molek it uterus berkata,
"hai awak, kenapa lama tak telefon Wawa? Wawa rindulah nak dengar suara awak.." kata Wawa dengan nada yang gembira dan manja.
Aku tergamam dan hatiku berkata,
"dia pun rindu kat aku? Macam tak percaya pulak." Kata hatiku. Tetapi, itulah hakikatnya dan itulah perkataan yang aku dengar, yang keluar dari mulut Wawa sendiri.
"Hah? Wawa merindukan saya? Betul ke ni? Baru dua hari saya tak telefon Wawa, tak kan dah rindu kot.." aku mengusik Wawa.
"Wawa rasa dah macam dua tahun tak dengar suara awak tau." Kata Wawa bergurau.
Gurauannya itu membuatkan hatiku terlalu gembira. Aku hanya ketawa mendengar gurauan itu.
"Awak, jom keluar, Wawa nak jumpa awak lah. Asyik dengar suara je, teringin juga Wawa nak jumpa awak. Maklumlah, dulu masa kita jumpa, masing-masing malu nak bertegur sapa. Jom lah awak." Wawa menyatakan yang dia mahu berjumpa denganku untuk kali kedua.
"eeemmm.. boleh juga tu, nanti kita jumpa di Old Town White Cofee nak?" aku menjawab, tanda setuju untuk berjumpa dengannya. Hari itu, adalah hari yang paling gembira bagiku, kerana ini adalah peluang yang aku tunggu-tunggu selama ini.
Sebaik saja aku sampai di restoran tersebut, aku terus mengambil tempat duduk. Tidak lama kemudia, Wawa pun tiba. Matanya liar memandang sekeliling restoran untuk mencari aku. Kini, matanya tepat memandang kearah ku, lantas dia tersenyum. Aku membalas senyumannya sambil melambaikan tangan kearahnya sebagai isyarat memanggil dia untuk datang kepada ku. Wawa dan aku berborak panjang pada petang itu. Aku merasakan seolah-olah tidak mahu pulang meninggalkan gadis cantik itu. Aku terlalu gembira ketika berada di sampingnya. Tiba-tiba Wawa berkata,
"awak, Wawa rasa, Wawa dah jatuh hati lah kat awak.." kata Wawa sambil merenung mataku. Perkataan itu membuatkan aku tidak tentu arah, degupan jantungku menjadi lebih laju, apabila mendengar perkataan itu.
"hah? Iye ke Wawa? Saya tak pernah bercinta lah. Tapi, terus terang saya katakan yang saya mula menyayangi Wawa juga." Aku menjawab percakapan Wawa dengan perasaan yang terlalu gembira.
"Terima kasih awak kerana terima cinta Wawa." Wawa berkata sambil tersenyum.
Hampir empat bulan aku dan Wawa bercinta. Aku rasakan nikmat cinta yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Aku terlalu menyayangi Wawa dengan sepenuh jiwaku. Hinggakan aku tidak sanggup untuk kehilangannya, dan aku tidak mampu untuk melepaskannya pergi dari hatiku ini. Kasih sayang aku terhadap gadis itu, terlalu mendalam. Kerinduan yang aku alami untuk dirinya semakin bergelora. Tidak dapat ku bayangkan betapa pentingnya Wawa dalam hidupku pada ketika itu. Dan aku telah berazam untuk mendirikan rumah tangga bersamanya satu ketika nanti. Kebahagiaan yang aku rasakan ini, sememangnya pertama kali pada diri ku, kerana aku adalah insan yang baru mengenali apa itu cinta. Lontaran kata-kata yang manis untukku dari mulut Wawa sendiri, membuatkan aku seakan tertidur di kamar cinta yang kami bina.
Kini baru aku tahu, bagaimana rasanya insan yang sedang bercinta. Hinggakan aku terlupa bagaimana pula rasanya insan yang siksa kerana cinta. Kerana, aku sedang mengecapi kebahagiaan di dalam percintaan dan bukannya kelukaan di dalam percintaan.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Kini Wawa seolah-olah menjauhkan diri daripada aku. Aku tidak tahu mengapa, dan aku tidak mengerti dengan sikapnya itu. Apabila aku ingin berjumpa dengannya, dia sering memberi alasan. Apabila aku ingin berbual dengannya melalui panggilan telefon, Wawa seakan tidak mahu melayan diriku saperti dulu. Aku rasakan seolah-olah bertepuk sebelah tangan. Tetapi, aku sabar kerana aku terlalu menyayanginya. Cinta dan kerinduan hatiku, hanya untuk Wawa. Aku benar-benar tidak sanggup berpisah dengannya walau apa yang terjadi sekalipun, bagi ku Wawa adalah kekasih hati ku.
Hinggalah aku mendapat satu panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak aku kenali.
"Hello.. aku nak, ko jangan ganggu Wawa lagi ye! Dia dah tak sukakan engkau, dia tak perlukan kau lagi. Ko jangan mimpilah nak bercinta dengan Wawa tu. Dia layak bercinta dengan orang macam aku ni. Ada rupa, ada gaya, dan apa yang dia nak semua aku boleh bagi. Jadi, aku nak ko jangan ganggu kekasih aku tu. Kalau tak, mati kau aku kerjakan!" kata lelaki itu dengan nada yang agak tinggi. Lalu dia terus memutuskan panggilannya.
Aku rasa terlalu marah dengan percakapan yang dilontarkan oleh lelaki itu terhadap aku, lantas aku terus telefon Wawa untuk mendengar penjelasannya. Berkali-kali aku cuba mendail nombornya, tetapi tidak juga berjawab. Hingga aku bernekad untuk pergi ke rumah Wawa untuk berjumpa dengannya. Tiba-tiba, aku menerima satu mesej dari Wawa, yang menyatakan ingin berpisah denganku dan merayu padaku supaya jangan mengganggu dirinya lagi, kerana dia tidak mencintai aku lagi.
Dia telah pun menjumpai jejaka yang lebih kaya daripada aku. Pada saat itu, kesedihan melanda hatiku, orang yang aku sayangi selama ini, telah curang pada aku. Aku tidak tahu apakah salahku, dan apakah yang telah aku lakukan sehinggan Wawa sanggup berbuat demikian terhadapku. Terlalu banyak kenangan bersama dirinya, dan aku tidak menyangka sama sekali, yang Wawa akan berkata demikian terhadap diri ku. Aku mengerti, yang aku bukanlah orang kaya, mempunyai motosikal sahaja. Aku juga tak mampu untuk memberikan apa yang dia mahukan kerana aku kesempitan wang. Air mata aku mengalir dipipi sebagai tanda hatiku telahpun dilukai. Hancur segala impianku untuk menjadikan Wawa sebagai permaisuri dalam hidupku satu hari kelak.
Aku tertanya-tanya, adakah seorang insan yang serba kekurangan seperti aku tidak layak memiliki cinta? Dan hina sangatkah aku ini hinggakan Wawa sanggup berbuat sedemikian pada aku yang benar-benar menyintainya? Sungguh sebak rasanya di dadaku pada ketika itu. Aku bagaikan tidak bermaya lagi untuk menempuhi hidup tanpa Wawa. Lantas aku terfikir, beginilah rasanya seseorang itu yang gagal dalam bercinta.
Pada tanggal 15 Mei 2010 adalah ulang tahun kelahiran Wawa yang ke 20. Aku telah menerima kad jemputan ke majlis ulang tahun kelahiran bekas kekasihku itu. Wawa berharap agar aku datang ke majlis tersebut. Dan aku bersetuju untuk pergi ke majlis tersebut.
Pada hari majlis tersebut diadakan, aku datang agak lewat sedikit. Aku lihat, sudah banyak kenderaan di hadapan rumah Wawa. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah Wawa, aku lihat dia sedang bermesra-mesra dengan seorang lelaki. Aku terus tWawagatkan kenangan bersamanya satu ketika dulu. Sedih di hati sangaja aku tahankan, cemburu yang menghantui dan kemarahan yang membara, semuanya aku tanamkan kerana aku tahu, dia bukan milikku. Aku yakin, itu adalah lelaki yang menelefon aku dahulu.
Aku memberanikan diri untuk mendekati Wawa untuk mengucapkan selamat hari jadi dan ingin memberikan satu puisi yang aku tulis khas untuk dirinya. Sebaik sahaja aku mendekati Wawa, Wawa merenung mata ku, seakan-akan tidak percaya yang aku akan hadir pada majlis tersebut. Aku hanya mampu tersenyum dan mengucapkan selamat hari jadi kepada Wawa sambil menghulurkan sampul surat yang berisi puisi untuknya.
"ini saja yang mampu saya berikan pada awak Wawa," aku berkata dengan nada yang perlahan sambil melontarkan senyuman untuk menghilangkan rasa sedih apa bila melihat tangannya itu digenggam erat oleh seorang lelaki yang berada disampingnya. Wawa mengambil sampul surat tersebut dengan tidak berkata
apa-apa, dan aku menyatakan yang aku hendak pulang kerumah. Lelaki di sebelahnya itu, tersenyum lalu berkata,
"Ini je yang boleh ko bagi? Hahaha.. malangnye nasib perempuan yang jadi bini ko nanti. Hahahaha!" sindirannya membuatkan aku merasa amat malu pada ketika itu. Tetapi, aku hanya mampu bersabar dan aku terus pergi dari tempat itu dengan perasaan amat marah.
Malam itu, sebaik sahaja majlis itu berakhir, Wawa masuk ke biliknya untuk membaca puisi yang aku berikan padanya..
Puisi Terakhir Untukmu
Dahulu,
setiap pagi akanku isi dengan kegembiraan
untuk mendengar suaramu,
setiap kata yang ku ucap,
setiap nada yang terungkap,
semuanya memberikan aku satu kegembiraan yang tak mungkin berulang..
Bagiku,
Disaat aku mengenali kamu
Adalah satu kenangan tWawadah dalam hidupku
Yang bisa membuatku tersenyum sendirian
Sewaktu aku teringatkan kamu..
Kini,
Setiap jalan yang pernah kita lalui
Setiap pandangan yang pernah kita lihat
Dan setiap tempat yang pernah kita lewati
Adalah satu kenangan abadi buat diriku..
Dimanakah salahku
Hingga sanggup kau campakkan jauh dari hidupmu
Hinakah aku
Hinggakan sanggup kau lukakan hatiku
Dan tahukah kamu,
Diriku amat manyintaimu..
Ya, aku memang tidak sekaya dia
Aku tidak sekacak dia
Dan aku juga tidak segagah dia
Tetapi aku mempunyai hati seperti dia
Aku mempunyai kasih sayang seperti dia
Dan aku juga mempunyai perasaan seperti dia.
Aku tidak sanggup renangi lautan api kerana mu
Aku juga tidak sanggup meredah onak duri keranamu
Kerana aku tahu
Itu semua hanyalah mainan kata-kata
Tetapi, aku sanggup menyintaimu sepenuh hatiku
Aku sanggup mWawaduimu sepanjang hidupku
Dan aku juga sanggup melindungimu
Walaupun hingga sampai ajalku..
Sebaik sahaja Wawa membaca puisi tersebut, dia terus menangis dan merasakan kehilangan seseorang yang terlalu istimewa. Dia menyesal dengan kebodohannya untuk membezakan antara kaca dengan permata. Walaupun dia sudah mempunyai kekasih yang kaya, dan dapat segala yang dia mahukan, tetapi dia tidak mungkin dapat kasih sayang serta cinta yang sejati seperti itu dari kekasih barunya. Lalu, dia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya yang kaya itu dan kembali kepadaku.
Tetapi, aku tidak mahu terluka lagi walaupun hakikatnya aku benar-benar menyintainya hingga kini. Aku biarkan dia dengan kehidupannya dan telah ku tinggalkan satu hadiah paling berharga untuknya, iaitu kenangan ketika bersama dan semua tempat-tempat yang pernah menjadi saksi cinta kami berdua.
Selamat Tinggal Wawa..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan