Followers

24 September 2011

Ciri-ciri Orang Yg Menyayangi Diri Kita



1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms “good luck” untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar “INBOX” nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya… dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?

Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup…








Dhomnawhki

14 September 2011

Tips Selesaikan Masalah



Setiap dari kita mesti pernah terasa atau merasa ada masalah besar. Biasalah pelbagai masalah dalam hidup ni. Masalah duitlah, Masalah hutang, Masalah keluarga, Masalah di tempat kerja, Masalah Cintalah, Masalah nak kawen lah dan banyak lagi. Masalah jgn di cari. Tapi, kekadang masalah tu datang sendiri. Suka atau x suka, kita kena hadapai masalah tu.


Ok. Cuba senaraikan apa masalah2 yg korang hadapi. Senaraikan 10 masalah dulu. Aku yakin Mesti perkara pertama yang di tulis adalah masalah yg paling utama dan paling besar sekali. Betul tak? HoHoHo. Masalah nilah yang menyebabkan hati gusar. Korang jadi moody. rasa nak memberontak. Ada tu, sampai nak bunuh diri. So, Bagaiamana korang hadapi masalah tersebut? 


Di sebabkan benda2 mcm ni jugalah hati jadi tak tenang. Bila hati tak tenang, makan pun tak lalu. Ada segelintir orang plak. Banyak masalah, lagi banyak dia makan. Makan plak tak hengat punya. Setiap hari KFC burger king semua dia beduk.Tu yg kena kencing manis, darah tinggi , kanser la. Sebab ape? Asyik duk mikir masalah je dan Tak Pandai nak hadapi masalah.


Sebenarnya ada cara kita nak hadapi masalah2 kat dunia. Caranya mudah sahaja. Anda kena COOL. Kalau takde perasaan kool, susah jugak nanti. Memang la senang sebut perkataan kool. Tapi, bagaimana nak jadi cool ni? EASY sahaja. Anggaplah masalah yg anda hadapi tu kecil. Walaupun besar di mata manusia, korang perlu wujudkan perasaan dan tukar mindset yang masalah korang ni kecil sahaja. 

Cara nak tukar mindset ni penting. Ok. Aku bagi perumpamaan mudah. Ambil gelas yg di isi dgn air garam dan satu jug yang disi separuh air kosong. Kemudian korang tuangkan air garam tadi kedalam jug. dan cuba korang rasa air dalam jug tu. Ada rasa garam tak? Semestinya korang akan rasa garam dari air dalam jug tu. Tapi, kalau aku tuangkan air garam tadi ke dalam kolam masjid dan aku pun rasa air kolam tu dgn lidah. Pasti takkan rasa garam punya. Itulah perumpamaan yg mudah. Hati kita kena besar. Besar ni ibarat kolam masjid tadi. Tak mahu kecik seperti jug. Air garam di umpamakan seperti Masalah. Bila hati kita besar, insyaallah kita tak kan terkesan dengan masalah2 ni. Ada paham? Nak lagi perumpamaan?

Senang cerita mcm ni la. Korang sedang berada dalam tandas. Tetiba ada ular plak kat dalam tandas. Mana korang nak lari? Tandas dah la kecil. Mana mau lari eh? Tulah. Kalau hati ni tak luas dan kecik, nila jadinya. Sempit. Tak tahu nak buat mcm mana. Last2 mati kena patuk ular. Kalah dgn cabaran dunia Tapi, kalau hati luas seperti stadium. Ada gajah kat stadium pun korang boleh lari. Haa.. amacam? betul tak? 

So, Jgnlah mikir pasal masalah2 korang sangat. Dengan berfikir sahaja masalah tak boleh selesai. Motavatekanh diri korang Tenangkan diri. Anggaplah maslah dunia ni sementara. Takde duit pun sementara. Takde awek pun sementara. Takde kerje pun sementara. Semua sementara. Yg kekal adalah syurga. Allah takkan uji lebih dari kemampuan kita, ingat tu..

p/s : Belajar bersabar la yer kawan....

13 September 2011

TELCO setuju tangguh kutipan cukai perkhidmatan prabayar: Rais

SUMBER

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar. 

“Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu. 

"Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, wakil dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGiTel), Maxis Berhad, dan UMOBILE Sdn Bhd (U Mobile).

Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Khamis ini

10 September 2011

Outdoor Raya DESA Grapher

Ting!!! Tengok tajuk pun dah tahu kn tentang apa..
DESA grapher.. tu la nama group gua..
DESA ni diamik dari nama taman kitaorang : Desa kamela.. tapi x kan nak amek kamela kot.. amik desa ar...

Dhom nak share gambo2 yang kitaorang dah amik utuk raya kali ni..
jeng jeng jeng...!!!

yang ni nama dia syukri al boboy.. Model paling setia.. haha
orang taman aku gak.. best saing dgan dia..


Ni plak gambo dhom dgn budak skola SMK Kubang Kerian Rotan

Model2... hehehe

baru 3 keping yang da diupload... nnt Dhom ++ lagi yer

07 September 2011

Best Moment In Eid 2011

“Helo.. Abg, ada kat rumah x? Atin nak datang beraya esok”

hehe.. tu la  msg atin  antar smalam. Katanya nak datang beraya. So aku pun terbuka tangan terima kedatangannya buat pertama kali sjak aku kawan dengan dia dari tahun 2005.. (2005 sampai 2011 lama tu..)

11.00 pagi...
isk mana dia ni.. x mai2 lagi ka.. lambat ngat aih.. mak aku kat bawah tu bising2 koi brapa nak mai ni.. aku pun tepon..

12 tgh hari..
‘alo.. Tin, ada mana”
“sat abg, baru nak bertolak p amik jie..”
“sat g sampai msg abg tau”
tut.... pangilan diputuskan....
Bila la diaorang nk sampai ni.. pape je la.. aku pun sambung maen game DoTA..

2.00ptg...
“abg, Atin da sampai kat kedai depan”
aku pun start la KDA 2597 aku... vromm2... hip2 hooray..
sampai gak dia kat umah aku..
5 minit kmudian.. Savvy Atin pun berenti depan umah aku...
sampai2 je kat umah, bukan aku yg diaorang cari.. tp my mums..
biasa la org pmpuan... Yang mums aku plak buat pelik sbb yang mari tu semua pmpuan.
xde langsung orang laki.. mesti dia x caya anak dia yg ganas ni kwn ngan bdk pmpuan.
pastu ajak la duduk... Duduk punya duduk..
makan bihun.. kuih raya..  sembang2.. 
eh lupa nak cakap lak, yang mai umah aku tu 4 org.. 
Atin, Jie, Bedah ngan Tini. 3 org je aku knal2. Sorg lagi salam perkenalan je la. Huhuhu.

3.30ptg..
“mak, wan nak keluaq dengan depa boleh x”
Mak aku senyum je bila aku minx nak keluaq ngan geng atin.
Sebelum ni jarang la cakap ngan mak yang nak keluaq..
slalu hapaq lepak2 dgn kawan je..
So, lepas dpt lesen besar dr mak aku, kitaorg pun g la jalan2 kat pekan lostar.. 
bukan ada apa sangat pun. Jie sibuk nk beli baju nak konvo.
Memilih je keja. belinya tidak. Hehehe..
Masuk kedai macam2.. Nasib x de KAMDAR je kat dalam CT Plaza tu.

4.50ptg...
‘atin, ajak la kawan2 makan. Abg lanje”
Kitaorang pu  makan la kat Pak Hainan Kopitiam, tempat keja lama aku.. 
Yang si Midah plak duk sibuk nk tau aku keluaq ngan sapa.
Mentang2 la dulu suka gosip2 skali. haha
So kitaorang pun order la..
Aku amik Fries dgn Chocochino... Lama x minum ayaq tu.
Tini dgn Bedah plak share Kiwi Blend. 
Jie order Nasi Goreng dgn Lemon Tea. Habis wo... haha
Atin lak order Vanilla Oreo. AKu yg makan oreo.. Ais blend tu sparuh je dia makan.
dulu kuaq dgn dia tahun 2008 pun x habis. time tu dia order Lattechino.
Dari jauh diaorang datang smata2 nak braya dgn aku, so ak pun blanja la diaorang
brapa RM? small matter.  Gaji Ternakan aku baru dpat time tu.


6.00ptg..
Kitaorang pun balik.... sayangnyer... nk jumpa mak aku, mak aku keluaq da.
p umah tok aku kot time tu.. x ingat dah.. xpe la..
nk cakap depa x smpat jumpa mak aku je time balik tu.

Habis cita smalam.. hehehe

Dr Kiri
Kameraman ni semestinya aku.. hehehe


Tata.. Habis Entri kali ni...

Selamat Hari Raya Aidilfitri... :)

02 September 2011

Story Mory Tentang Raya..."Kisah Mercedes & Seorang Pakcik"

Arini rasa nak taip entri la plak..
Da lama x taip2 ni.. Tema kali ni.... RAYA!!!

Kejap je dah raya ke-4 kan? Mesti ramai yang masih dalam mood raya tu. My? Aku skrang kat titi gantong, tadelah tak kuar langsungraya pertama ada gak kuar beraya dengan kawan sekolah dapatlah beberapa buah rumahraya kedua lak ikut mak abah ke rumah sedara yang terdekat .maklumlah adik beradik ramai hoho.
Apa yang best tentang raya ni? Bagi aku, budak2 je yang best. Sbb diaorang yang dapat duit. Yang da beso2 cam aku ni... duit pun x dapat dah. Kadang2 kena kuarkan lagi. Tapi yang dah dapat title uncle tu, kena kuar duit la kompom2. 

Tapi kan.. yang aku nak share ngan korang ni 1 cerita..Seronok aku bila mendengar pelbagai cerita sepanjang aku bercuti raya di kampung. Dari kisah politik, ekonomi, projek sehinggalah ke cerita perihal anak dan cucu yang semuanya kalau tak bertujuan untuk bermegah-megah, dijadikan juga sebagai panduan dan pengajaran untuk aku espesially....



Dalam banyak-banyak kisah yang diceritakan, tertarik aku pada kisah yang diceritakan oleh salah seorang pakcik member aku (masa aku gi beraya kat rumah dia) yang mana si anaknya baru saja memiliki kereta idaman ‘mercedes’ yang dok ditayang ke sana sini. Ramai saudara mara member aku yang memuji si bapa atas ‘kejayaan’ si anak memiliki kereta impian itu tetapi apa yang terkeluar dari mulut si pakcik betoi2 bagi aku tekejut. dia kata “Nak buat macamana, pak dia kaya mampu la kalau dia nak pakai kereta besar tapi pak aku miskin, keje pun kat sawah padi je. Tu yang aku cuma mampu pakai kereta nissan ni je”. Pergghhhh.. ‘dalam’ sungguh maksud kata-kata si bapak ni. Apalah yang telah dibuat oleh si anak terhadapnya sampaikan di’smash‘nya si anak dengan selamba je. Mungkin gak si anak tak hulurkan duit belanja kat dia kot.

Bila difikir-fikirkan, nasib baik la LC KDA aku ni tak jauh beza valuenya dengan moto Honda 90C bapa aku. Even adik beradik pupu pupu aku pun masing-masing takde la dok pakai kereta besar sangat walaupun aku tahu mereka berkemampuan. Semuanya sebagai menghormati kereta orang tua depa (ada ygn pakai mercedes, tapi parent pun mercedes. ok la tu kan) tapi sebenarnya bukan apa, kami mybe dah diajar dari kecil supaya faham maksud di antara ‘things that you need‘ dengan ‘things that you want‘.

Apa pun aku takde hal kalau korang nak pakai ‘Lambo’ sekalipun tapi make sure ‘keperluan’ si ayah dan ibu tidak korang abaikan. 

Wallahualam.