Followers

14 September 2011

Tips Selesaikan Masalah



Setiap dari kita mesti pernah terasa atau merasa ada masalah besar. Biasalah pelbagai masalah dalam hidup ni. Masalah duitlah, Masalah hutang, Masalah keluarga, Masalah di tempat kerja, Masalah Cintalah, Masalah nak kawen lah dan banyak lagi. Masalah jgn di cari. Tapi, kekadang masalah tu datang sendiri. Suka atau x suka, kita kena hadapai masalah tu.


Ok. Cuba senaraikan apa masalah2 yg korang hadapi. Senaraikan 10 masalah dulu. Aku yakin Mesti perkara pertama yang di tulis adalah masalah yg paling utama dan paling besar sekali. Betul tak? HoHoHo. Masalah nilah yang menyebabkan hati gusar. Korang jadi moody. rasa nak memberontak. Ada tu, sampai nak bunuh diri. So, Bagaiamana korang hadapi masalah tersebut? 


Di sebabkan benda2 mcm ni jugalah hati jadi tak tenang. Bila hati tak tenang, makan pun tak lalu. Ada segelintir orang plak. Banyak masalah, lagi banyak dia makan. Makan plak tak hengat punya. Setiap hari KFC burger king semua dia beduk.Tu yg kena kencing manis, darah tinggi , kanser la. Sebab ape? Asyik duk mikir masalah je dan Tak Pandai nak hadapi masalah.


Sebenarnya ada cara kita nak hadapi masalah2 kat dunia. Caranya mudah sahaja. Anda kena COOL. Kalau takde perasaan kool, susah jugak nanti. Memang la senang sebut perkataan kool. Tapi, bagaimana nak jadi cool ni? EASY sahaja. Anggaplah masalah yg anda hadapi tu kecil. Walaupun besar di mata manusia, korang perlu wujudkan perasaan dan tukar mindset yang masalah korang ni kecil sahaja. 

Cara nak tukar mindset ni penting. Ok. Aku bagi perumpamaan mudah. Ambil gelas yg di isi dgn air garam dan satu jug yang disi separuh air kosong. Kemudian korang tuangkan air garam tadi kedalam jug. dan cuba korang rasa air dalam jug tu. Ada rasa garam tak? Semestinya korang akan rasa garam dari air dalam jug tu. Tapi, kalau aku tuangkan air garam tadi ke dalam kolam masjid dan aku pun rasa air kolam tu dgn lidah. Pasti takkan rasa garam punya. Itulah perumpamaan yg mudah. Hati kita kena besar. Besar ni ibarat kolam masjid tadi. Tak mahu kecik seperti jug. Air garam di umpamakan seperti Masalah. Bila hati kita besar, insyaallah kita tak kan terkesan dengan masalah2 ni. Ada paham? Nak lagi perumpamaan?

Senang cerita mcm ni la. Korang sedang berada dalam tandas. Tetiba ada ular plak kat dalam tandas. Mana korang nak lari? Tandas dah la kecil. Mana mau lari eh? Tulah. Kalau hati ni tak luas dan kecik, nila jadinya. Sempit. Tak tahu nak buat mcm mana. Last2 mati kena patuk ular. Kalah dgn cabaran dunia Tapi, kalau hati luas seperti stadium. Ada gajah kat stadium pun korang boleh lari. Haa.. amacam? betul tak? 

So, Jgnlah mikir pasal masalah2 korang sangat. Dengan berfikir sahaja masalah tak boleh selesai. Motavatekanh diri korang Tenangkan diri. Anggaplah maslah dunia ni sementara. Takde duit pun sementara. Takde awek pun sementara. Takde kerje pun sementara. Semua sementara. Yg kekal adalah syurga. Allah takkan uji lebih dari kemampuan kita, ingat tu..

p/s : Belajar bersabar la yer kawan....

Tiada ulasan: