Apakah itu RAW?
- RAW adalah format imej digital yang terdapat pada kamera DSLR di pasaran sekarang. Antaranya ialah .CRW atau .CR2 untuk Canon, .NEF untuk Nikon, .MRW Minolta, .ORF untuk Olympus dan .ARW untuk Sony
- Fail RAW adalah data mentah dari sensor kamera yang belum diproses.
Bagaimana kamera mengambil gambar dalam format RAW?
- Kamera anda mengandungi 'sensor' yang terdiri daripada jaringan
'photosensitive detectors' atau 'photosensor', samada menggunakan
teknologi CCD (charge-coupled device) atau CMOS (complementary metal
oxide semiconductor) untuk menghasilkan imej. Jaringan 'photosensor' ini
disusun seperti gambar di bawah. Setiap bahagian pada jaringan tersebut
mewakili 1 pixel pada imej anda.
- Fungsi setiap pixel atau photosensor ini ialah menghasilkan cas elektrik apabila cahaya terkena pada permukaannya. Kekuatan cas yang terhasil bergantung kepada kekuatan / kecerahan cahaya yang terkena padanya.
- Disini dapat disimpulkan bahawa maklumat yang terhasil adalah dalam bentuk hitam putih atau 'greyscale' di mana hanya maklumat kecerahan cahaya setiap pixel yang diperolehi. Bagaimana gambar bewarna terhasil?
- Di atas lapisan sensor ini
terdapat lagi satu lapisan yang dikenali sebagai CFA (color filter
array). Fungsi CFA ini adalah untuk menghasilkan gambar bewarna dari
gambar greyscale yang dihasilkan oleh sensor tadi.
- CFA ini disusun secara 'mosaic' di atas sensor. Susunan secara GRGB
(green-red-green-blue) ini dikenali dengan nama 'Bayer Filter'
bersempena dengan nama Bryce Bayer (Kodak).
- Terdapat lebih bahagian filter hijau (iaitu 2 bahagian atau 50%) jika dibandingkan dengan filter biru 1 bahagian (25%) dan merah 1 bahagian (25%) adalah disebabkan mata manusia lebih sensitif kepada kecerahan warna hijau.
- Ini bermakna setiap photosensor (atau pixel) hanya boleh menyerap 1 warna sahaja (merah,biru atau hijau).
Apakah perbezaan dengan gambar RAW dan JPEG yang terhasil?
- Sebelum kita pergi lebih lanjut, disini perlulah ditunjukkan imej RAW yang terhasil terlebih dahulu. Kebiasaannya kita tidak berpeluang melihat imej ini kerana apabila ianya dimasukkan kedalam komputer anda atau dibuka dengan mana-mana raw processing software, gambar RAW ini secara langsung akan diproses secara automatik dan apa yang anda lihat adalah imej RAW yang telah dimasukkan 'default' setting.
- Kebiasaanya gambar RAW yang terhasil adalah seperti di bawah:
- Merujuk kepada gambar (c) didapati bahagian bawah kiri adalah bahagian baju yang bewarna merah. Ini dapat dilihat daripada pixel merah yang cerah dan dan pixel hijau serta biru yang gelap. Begitu juga dengan bahagian-bahagian pixel yang lain dimana hanya satu warna saja yang akan dominan.
- Terdapat masalah yang jelas di sini: Apakah warna pixel yang gelap tadi? Di sinilah terdapat perbezaan pada gambar JPEG yang dihasilkan pada kamera dan juga gambar JPEG yang diproses dari fail RAW di dalam komputer.
- Untuk meneka warna pada
pixel tadi, kamera (atau software dalam komputer) menggunakan teknik
'interpolation', di mana bahagian pixel yang gelap (tidak bewarna) akan
diteka warna yang sesuai berdasarkan pixel-pixel lain disekelilingnya.
Proses ini juga dikenali dengan nama 'demosaicing'.
Jika proses interpolation ini dilakukan di dalam kamera (bermaksud anda set kamera anda untuk ambil gambar JPEG) gambar JPEG yang terhasil adalah menggunakan 'built-in raw converter' di dalam kamera dimana keupayaannya dihadkan oleh processor pada kamera anda, dan ini berbeza dari kamera ke kamera yang lain.- Jika fail JPEG yang terhasil adalah menggunakan perisian editing RAW (sepereti Adobe Camera RAW atau Lightroom) gambar yang terhasil adalah lebih 'details' kerana menggunakan komputer di mana keupayaan processornya adalah lebih tinggi, menggunakan algorithm yang lebih kompleks dan proses yang dilakukan juga terkawal.
- Selain proses demosaicing, penukaran
daripada format RAW ke JPEG juga melibatkan proses white balance (WB),
tafsiran warna (colorimetic interpretation), pembetulan gamma, noise
reduction, antialising dan sharpening.
Nukilan asal : Azizan Aziz (www.ebookfotografi.com)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan