Awak
sayang dia sepenuh jiwa.
Awak
sayang dia kalah awak sayang nyawa.
Awak
sayang dia sebab pada awak dialah segalanya.
Awak cinta
dia.
Awak cinta
dia sampai tahap buang manusia.
Awak cinta
dia hingga lupa segala benda termasuk kerja.
Awak cinta
dia tanpa gentar halangan
Awak suka
dia.
Awak suka
dia sangat hingga tidak tidur lena.
Awak suka
dia tiada tolok banding kegilaannya.
Awak suka
dia walaupun dia mungkin punya perasaan berbeza.
Tapi, awak
bukan pilihan dia.
Pedih
bukan rasa?
Awak sedang menyakiti diri sendiri.
Menyakiti diri sehingga memutuskan segala hal ditolak ke tepi.
Bukanlah awak rasa cinta itu boleh bawa mati.
Cuma awak enggan tipu diri lagi.
Awak sedar yang awak sedang melalui kehidupan yang sukar.
Cara hidup dan gaya yang bikin Bumi laju berputar.
Pemikiran sekejap baik, sekejap nanar.
Tapi anehnya awak tidak gentar.
Awak sedang menyakiti hati sendiri.
Di luar awak nampak gagah berdiri.
Di luar awak nampah penuh keyakinan dan tabah hati.
Di dalam awak lembut macam roti.
Di dalam awak rapuh macam gigi.
Sedikit pun air mata tidak tumpah.
Hati pun langsung tidak menyumpah.
Awak sedar awak mungkin akan dihina seumpama sampah.
Awak tahu mungkin ada manusia yang menyampah.
Tetapi awak tahu yang awak langsung tidak kisah.
Awak sedang berkorban sendirian.
Mana pergi manusia yang menjaga kesihatan?
Mana pergi ikhlasnya sebuah senyuman?
Mana pergi diri yang penuh kekuatan?
Sudah hilang di tengah lautan?
Awak, dalam hidup kita kena tahu mana tempat patut berhenti.
Awak, dalam hidup kita kena tahu sehingga mana kita patut korbankan perasaan sendiri.
Senyuman dia, kegembiraan dia awak telan dan senyum sendiri.
"Di saat dia memutuskan awak tidak berbaloi dan tidak layak buat dia,
di saat itulah sebenarnya dia sudah menyakiti dan melukai awak"
Awak buat apa sahaja asalkan awak tahu dia gembira.
Awak buat apa sahaja asalkan awak tahu dia bahagia.
Awak buat apa sahaja asalkan awak tahu dia selesa.
Tetapi, adakah dia sedang buat perkara yang sama?
Awak secara jujurnya tidak pernah mengharapkan apa-apa.
Mungkin pernah terlintas untuk rasa ungkapan cinta.
Mungkin pernah mahu rasa bahagia bersama.
Mungkin pernah ingin gembira.
Tapi, ini sudah tiada makna.
Sejauh mana awak buat sesuatu untuk dia, bahagia itu bukan milik awak lagi.
Salah, dia tidak pernah menjadi milik awak pun selama ini.
Awak menggantungkan harapan tinggi.
Bukan pada dia, tapi pada hati.
Berdarah sendiri bila jatuh ke Bumi.
Ya, sekeping hati yang menunggu mati.
Awak gagahkan diri demi mahu terus bernyawa.
Setakat tikaman dari luar awak masih mampu ketawa.
Setakat kesusahan kerja awak masih gelak gembira.
Setakat kata nista awak sudah mangli dan terus ceria.
Tapi, itu cuma luaran sahaja.
Dalaman awak sedang rosak teruk.
Terjejas akibat kasih sayang awak dan hati yang menjeruk.
Sampai bila awak mahu terpuruk?
"Mencintai seseorang yang tidak mencintai kita semula ibarat memeluk kaktus.
Lebih erat kita peluk, lebih banyak ia menyakitkan kita."
Awak layak untuk bahagia.
Awak layak untuk gembira.
Awak layak untuk kecapi nikmat dunia.
Jangan musnahkan diri hanya sebab cinta.
Jangan biarkan senyuman itu sirna.
Disebabkan dia.
Awak, sila berhenti.
Berhenti dari tunggu dia yang tidak akan muncul di sisi.
Berhenti dari tunggu dia setiap hari.
Berhenti dari harap dia akan pandang awak di tepi.
Berhenti dari terus simpati.
Berhenti dari sikap menyakiti diri.
Sebab awak layak untuk dikasihi.
Sebab awak layak untuk dicintai.
Sebab awak layak untuk dirindui.
Kalaupun bukan oleh dia, tetapi oleh diri sendiri.
Ya, bayangan yang awak lihat dari cermin sisi.
Bayangan itu merayu agar awak kembali.
Kembali ke sifat azali.
Awak, carilah kebahagiaan yang kekal abadi.
kalau cinta itu datang kerana
Allah, sejauh mana pun ia pergi, kita akan dapat balik. Kalau cinta itu
kerana nafsu, suka-suka, mula-mula memang sakit, lepas itu tiada
apa-apa.
Awak, sila berhenti menunggu.
Menanti sesuatu yang membuatkan hidup awak tidak menentu.
Membuatkan awak keras seperti batu.
Ya, menjadikan awak sakit dan berkematu.
Awak, dia tidak layak untuk dinanti.
Sekurang-kurangnya bukan oleh awak yang sakit pedih hati.
Awak yang masih setia atas nama persahabatan sejati.
Sudahlah awak, masih banyak benda menanti.
Awak, kerasnya sebuah hati.
Kerasnya kepala awak yang penuh berisi.
Tetapi apakah awak tidak sedar awak sedang disakiti?
Dalam diam awak sebenarnya sedang sendiri.
Tanpa sesiapa pun peduli.
Tanpa sesiapa pun mencari.
Tanpa sesiapa pun simpati.
Tanpa sesiapa pun di dunia ini.
Awak terus mahu menunggu kemunculan dia.
Awak kekal mahu menjadi manusia setia.
Tapi awak tahu awak bukan sesiapa.
Bukan manusia yang dia cinta.
Bukan manusia yang dia suka.
Bukan manusia yang dia puja.
Awak, dengar sini.
Awak, baca ini.
Awak, perhatikan dan renungi.
Dia bukan manusia yang awak kena tunggu lagi.
Berhenti!
Awak, dah terlampau banyak beban yang awak galas.
Kenapa tidak pernah rasa malas?
Kenapa enggan rasa culas?
Kenapa tidak mahu lepas?
Awak, berhentilah.
Suatu hari nanti awak akan mengah.
Sudah tiba masa awak mengalah.
Bukan sebagai tanda awak kalah.
Tetapi sudah cukuplah lelah.
Cukuplah.
"Kadangkala seseorang harus
membuatkan awak menangis supaya awak sedar bahawa awak layak mendapat
seseorang yang membuatkan awak tersenyum"
Awak, sila berhenti.
Kalau tidak, awak akan mati.
Dan tanggung sendiri.
Awak, segalanya sudah berakhir lewat masa.
Tiada apa lagi yang tinggal untuk awak kononnya setia.
Awak bukan manusia yang dia tunggu dengan ceria.
Bahkan mungkin (dan ternyata) dia mahu awak pergi dengan segera.
Dalam hidup dia.
Dalam kisah mereka.
Awak, sudah menitis air mata.
Awak, secepat mana pun awak seka, ia sudah tumpah juga.
Tumpah sedikit untuk dia yang tidak buat awak gembira.
Perkenalan dengan dia hanya bikin hidup awak celaka.
Kalau ada sedikit kenangan suka, hanya satu kepingan kecil di celahan duka.
Ya, hidup awak sudah hilang senyuman bahagia.
Lama.
Aneh bukan?
Awak simpan perasaan.
Awak duduk menyulam kedukaan keseorangan.
Tetapi dia dengan seenaknya merangkul pasangan.
Awak diam dan menoleh pun enggan.
Awak cuba pertahankan persahabatan.
Tetapi dia bila mula bernyawa sudah berperangai macam bajingan.
Bukan awak yang dia perlukan.
Bukan awak yang berikan dia kegembiraan.
Walaupun awak sudah banyak berkorban.
Tetapi ternyata, awak terkorban.
Rasa sedikit syaitan?
Permainan?
Awak, sakit dada?
Menahan perasaan yang mencengkam jiwa.
Menahan sakit yang dipendam di lubuk atma.
Menahan tumpahnya air mata.
Mengalir tiga minit dan awak seka.
Rasa suka yang mendalam kepada
seseorang tapi ternyata, kasih sayang yang kamu berikan sebenarnya
adalah biasa sahaja bagi pihak dia. Kamu memberikan terlampau banyak,
dan akhirnya kamu sendiri yang rugi.
Awak, masa untuk tinggalkan segala duka.
Masa untuk tinggalkan segala nestapa.
Masa untuk berhenti mengalirkan air mata.
Masa untuk lupakan segala.
Awak, kalau sekalipun dia akan kembali, itu hanya mimpi.
Kerana bila susah sahaja awak akan dicari.
Bila dia jatuh sahaja awak tempat dia paut berdiri.
Bukan saat dia sudah mampu bernyawa sendiri.
Bukan saat dia sudah boleh minum air guna tangan kiri.
Bukan saat dia sudah tersenyum nampak gigi.
Awak, kesakitan mengambil masa untuk sembuh.
Gunakanlah senjata awak yang paling ampuh.
Kekuatan dan ketabahan awak untuk tempuh.
Sebab awak kuat untuk rempuh.
Awak, di saat awak mahu secalit gembira, dia sudah musnahkan dalam diam.
Janganlah awak simpan perasaan dendam.
Bukankah hati awak tempat terbaik untuk elakkan benda masam?
Bukankah awak masih lagi mampu tersenyum walaupun hati dijeruk pendam?
Simpanlah dan jadikan pengajaran mendalam.
Awak, di sebalik duka pastinya akan ada gembira.
Sudah tiba saat awak kembali buat kerja gila.
Tiada lagi hati yang awak perlu jaga.
Tiada lagi awak perlu membuang masa.
Mengambil berat pada orang yang tidak hargai jasa.
Mengambil tahu atas nama berkongsi rasa manusia.
Tiada lagi awak perlu jaga atas dasar keluarga.
Tiada.
Awak tidak mampu hadir sebagai pasangan.
Awak tidak mampu hadir sebagai kawan.
Awak tidak mampu hadir sebagai lawan.
Masa untuk selamat tinggal jadi ucapan.
Selamat jalan.
Selamat menemui kebahagiaan.
Selamat berjumpa karma yang sakitnya kalah manusia pelacuran.
Selamat merasai apa itu kesakitan.
Selamat daripada tangan yang menggigil mahu melakukan pembunuhan.
#Bila melepaskan lebih mudah dan
menyenangkan daripada terus berpaut dan mengingati, sudah tiba masanya
aku melangkah pergi dan menjauhi.
Awak, masanya sudah tiba.
Untuk melangkah meninggalkan dia.
Sudah waktunya dia perlu dibiarkan selamanya.
Awak sudah lama terseksa.
Awak langsung tidak diingati.
Awak, silakan ketawa geli hati.
Air mata yang mengalir itu tidak beerti.
Langsung dia tidak peduli.
Awak, sudah cukup dugaan.
Sudah cukup melakukan kesilapan.
Sudah cukup menunggu orang yang langsung tidak mempedulikan.
Sudah cukup buang masa menggantung harapan.
Dia sudah menjauh.
Awak tolonglah berhenti sebelum lenguh.
Cukup juga dengan mengeluh.
Sampai berpeluh.
Awak, dia bukan untuk awak.
Bahkan dia tidak layak.
Tidak sesuai untuk awak berteriak.
Tidak sesuai untuk awak simpan bawah ketiak.
Awak, teruskan senyuman.
Kekalkan kesihatan.
Sebab itu sahaja caranya awak dapat bunuh kisah menyedihkan.
Itu sahaja yang awak dapat buat menebus kesilapan.
Menebus kebodohan.
Menunggu dia yang bukan-bukan.
ayang atau benci saya terpulang
kerana awak. Kalau awak sayang saya, saya akan sentiasa dalam hati awak.
Kalau awak benci saya, saya akan sentiasa dalam ingatan awak. Pilihan
di tangan awak.
Awak, ini saat untuk berubah.
Ini saat untuk bangkit dan tidak lemah.
Ini waktunya untuk jadi gagah.
Ya, awak perlu tabah.
Awak.
Hentikan perasaan yang membuak.
Sudahlah merasakan diri tidak layak.
Awak akan muak.
Dia.
Lepaskan dia dari hati awak ya?
Sejauh mana awak suka dia, dia langsung tidak menoleh ke arah sama.
Sudahlah menunggu dia.
Awak manusia.
Dia manusia.
Dan ketahuilah setiap manusia itu istimewa.
Setiap daripada kita tidak sama.
Awak dan dia juga berbeza.
Keinginan dan perasaan yang aneh dan tidak sekata.
Awak, inilah dunia.
Kebahagiaan itu mungkin sementara.
Ya, sekejap sebelum kita berhijrah ke alam sana.
Tetapi, awak masih layak untuk gembira.
Untuk rasa suka.
Untuk rasa bahagia.
Bukan semata-mata duka.
alau hati kau pernah disakiti dan
dilukai, tetapi masih mampu memaafkan dan menyayangi manusia itu seperti
dahulunya walaupun tanpa ada apa-apa ikatan, itu sesungguhnya adalah
cinta yang sejati
........................................................................................
Setiap
manusia inginkan kebahagiaan.
Kebahagiaan dalam erti kata mereka
gembira
Dengan apa yang mereka mahu lakukan dalam hidup.
Menikmati
segala apa yang diperlukan
dalam dunia dengan kemahuan sendiri.
Bukan
menurut apa yang orang lain mahukan serta tentukan.
awak saya tahu awak akan membaca entri ini
awak memutuskan saya terlalu baik dan awak tidak layak bersama saya
hati kecil saya sakit
sungguh pedih
awak selalu cakap ''Allah itu Adil"
saya percaya itu
awak tahu setiap entri saya akan berakhir dengan pesanan untuk awak
yup saya mengaku itu
awak cakap saya cuba lupakan awak
saya cakap tak mungkin dan tidak semudah itu
awak cakap awak pun sama
saya senyum
awak tahu berapa lama saya tidak senyum?
sampai satu ketika saya minta kawan saya ajar saya untuk senyum
macam mana saya nak beritahu awak yang saya pernah sayangkan awak
Ms XoXo........................................................................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan