Followers

25 Mac 2010

Hadiah Untuk Ibu

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.



Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.



Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

14 Mac 2010

3 vs 3 DotA

Hak3.. Semalam g cc Infinity. aku, man, acab, zurd, cat ngan yus men DotA
result W/L/D. hak3
3 game. game last x sempat nak ending, kira draw la tuh.

team 1 , Wan / Man / Acab
team 2 , Cat / Zurd / Yus

1st game, ( -ar )
team 1 kuasai permainan 70% ( rasa2 aku la ). Lucifer dapat 1st blood vs ngan Holy Knight. 1st time aku leh skor dalam game. spanjang karier aku ( fuhh ayat ) x pernah lagi ar menang ngan orang lawan kat Infinity Simpang Kuala. huhu.. best pun ada leh menang. btw, ini hanya permulaan.

team 1 win: Lucifer / Netherake / Demon Witch
Team 2 : Holy Knight / Tiny / Huskar





game 2 ( -ap )
aku kebuntuan. x tau nak amik apa. so, men klick2 dapat Broothmother. hak3.. macam best tapi sayang, aku x reti nak guna. x pa2. time ni, aku lak kena 1st blood ngan Admiral. huh.. team 2 konker game sampai habis permainan.

Team 1 : Broodmother / Gondar / Juggernaut
Team 2 win : Admiral / Traxex / Sand King







Last game, Game 3 ( -sd )
draw sbb masa habis. x de sapa menang x de sapa kalah. hak3..
time ni kalau x salah aku, aku kot dapat 1st blood ngan yus. huhu. best gak men Lycan. hantar serigala je g attack hero enemy. hak3..

Draw:
Team 1 : Lycan / Axe / Tidehunter
Team 2 : Rogue Knight / Traxex / Avernus

btw, mmg aku respek diaorang ni. cara diaorang main best.

11 Mac 2010

My Unfortunate Week

Aku pun x tahu apa dah jadi sebenarnya. Mingu ni macam minggu yang bermasalah bagi aku. Betul-betul bermasalah. tak tahu nak luah kat mana, so blog ni je la aku tulis.

1st, hari Isnin haritu aku nyer duit burn RM10. bangang x bangang mamat kedai topup tu. Dia salah topup nombor, bila aku bising kat kedai dia, dia wat bodo je. dia salahkan aku balik sbb tulis x elok. Agak2 ar, XXX-XXX8264 leh g tulis XXX-XXX6264. X ke buta nombor namanya tu. tu sepasai da.



2nd, hari selasa, malam tu aku g tgk niyang rapik skali dgn man, sham dan bini sham tu. boleh tahan ar cita tu. masa pi sana tu enjoy je. pas habis tgk niyang rapik tu, aku g umah sham tgk citer Ninja Asasin. habis enjoy ngan sham, balik2 umah je, bayangkan ar 1 rumah dah clear barang. yang tinggal barang aku, man dgn mizan je. barang lain semua dah x de. x pe2, think positive2. aku call zul, dia x jawab. dia cuma sms je. katanya "wei, aku x duk umah sewa dah. aku berulang'. Palahotak hang la. berulang apa kalau duk kat Taman Tengku Maheran. nak bohong pun agak2 la. skarang ni tingal 3orang je. tgh pening nak fikir masalah duit.F*** nyer kwn. haruan makan anak!


3rd, Hari rabu, aku bgn tido, aku online game RYL. masuk game x pe lagi, tetiba je aku rasa cam semacam je. orang x banyak cakap ngan aku macam hai2 biasa. apa kes? pastu aku online Kratos lak nak tgk blunt wis si Aiko ni. dia tnya aku, btl ke aku yang release bug kat lam server tu, bengang ar, benda aku x wat , aku lak yang kena tuduh. apa kes? sia2 je slama ni aku tolong clear bug kalau aku sendiri main bug.


4th, aku bgn tido pagi ni jam 1 pg, aku tgk habis semua barang dah xde. cakap tinggal kat kami la konon. bodo punya kwn. ni bukan kwn. ni kalau mati tanam sendiri la. aku mmg x da bengan ngan diaorang. habis seua perkakas depa bawak balik. cakap bg terus. halalkan, pastu buruk siku. mintak2 skali otak2 hampa pun buruk. biar kena barah mati terus lagi bagus.

hah.. dah habis. sori ar.. aku emo skit. tension nyer pasal

Janganlah Putus Asa

"Ada 700 kali Thomas Alva Edison mencuba menyalakan lampu. Pembantunya memberitahu : “Sudahlah, memang tidak akan berhasil”. Jawab Thomas : “Tidak, saya sudah menemukan 700 alasan mengapa tidak berhasil menyala..” Akhirnya lampu dengan kawat pijar Tungsram menyalakan lampunya. Thomas Alfa Edison menemukan lebih dari 1000 corak dalam hidupnya dan sampai saat ini tidak ada ilmuwan yang ketika kecilnya dianggap bodoh itu menghasilkan penemuan baru."

Anda pernah gagal? jika pernah, sekarang anda masih gagal? jika tidak, adakah anda pasti bahawa anda tidak akan gagal lagi?

Soalan soalan ini cukup bagi menggambarkan bahawa kegagalan itu bukanlah sesuatu yang kita inginkan tetapi kadangkala ia tetap terjadi dalam kehidupan kita. Jika setiap orang pernah gagal, adakah itu bererti tidak ada orang yang berjaya? tidak bukan. Tentunya kegagalan itu mempunyai peranannya tersendiri dalam proses seseorang melakar kejayaannya. Namun, adakah anda juga terfikir begitu?

Pokoknya, JANGAN PUTUS ASA WALAUPUN GAGAL. Itu menjadi syarat agar kegagalan itu menjadi bererti dan mempunyai impak yang besar dalam kehidupan seseorang. Jangan salah faham, bukanimpak negatif tetapi impak positif. Jika dilihat secara betul, kegagalan itu mampu menjadi penyebab untuk kita berjuang menuju kejayaan. Sebaliknya, berputus asa menutup langsung peluang kita untuk meperbaiki diri. Iya bukan? Jangan jawab pada saya, jawab pada diri anda sendiri.

Tidak mustahil orang yang paling berjaya pada hari ini pernah menghadapi kegagalan yang paling teruk dalam hidupnya. Begitu juga tidak mustahil orang yang paling gagal pada hari ini pernah mengalami kejayaan yang gilang gemilang dalam hidupnya. Kejayaan dan kegagalan itu silih berganti. Jika kita memahami hakikat ini, kita tak akan kecewa jika gagal dan tidak terlalu bangga jika berjaya.

Mungkin kita juga perlu mengingatkan diri kita tentang sifat kita yang sering dilupakan ini… Ingatlah, kekalahan adalah sementara, hanya sifat putus asa kitalah yang menjadikannya kekal.

Sekarang anda putuskan. Anda ingin putus asa atau berjaya dengan bergaya?

Pilihan Di tangan Anda...


*to My best Friend

09 Mac 2010

Thank You Allah : Maher Zain



I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you

Ooooo Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take

الحمد لله الحمد لله
All praises to Allah


I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud
to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you

الحمد لله
All praises to Allah

Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home

الحمد لله
All praises to Allah

الحمد لله


Link Download Lagu ni:

http://dc108.4shared.com/download/160231888/7f3452e8/Maher_Zain_-_Thank_you_allah.mp3?tsid=20100308-212750-fa02e79b

6 Cara Pikat Perempuan

Hati perempuan memang sukar untuk diduga. Menyelami hati mereka bermakna mencari apakah yang diingini oleh seseorang perempuan. Tanpa mengetahui terlebih dahulu serta memahami apakah yang mungkin boleh menyebabkan lelaki sukar mempertahankan hubungan yang dibina dan bakal berhadapan masalah ketika hidup bersama mereka nanti. Ketahuilah perempuan biasanya tidak sukakan lelaki yang mudah berputus asa, tidak dapat memberikan tumpuan atatu komitmen sepenuhnya terhadap satu-satu perhubungan, kedekut, berlagak pandai dan sebagainya. Jadi antara perkara yang boleh kamu lakukan dan perbaiki dari masa ke semasa untuk menjaga perhubungan kamu agar terus berkekalan.


1. Jadilah lelaki pemaaf

Untuk menjaga hati perempuan, kamu perlu belajar menjadi seorang lelaki yang pemaaf. Kalau sebelum ini, kamu memang trkenal dengan sikap ego dan sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain, apa salahnya untuk kebaikan hubungan yang terjalin kamu sedia memaafkan sebarang kesilapan yang mungkin dilakukan oleh teman wanita kamu. Bukan apa perempuan sebenarnya kana cair kalau berhadapan dengan lelaki yang mudah memaafkan mereka. Jangan sesekali menyimpan perasaan dendam atau cuba untuk membalas menyakiti hatinya semula suatu hari nanti. Sebaiknya kamu barkan sahaja apa yang berlaku berlalu, kerana perempuan sebenarnya lebih suka dimanja dan tidak sukakan lelaki yang pendendam. Dalam pada itu, pemaaf kamu hendaklah bertempat, jangan pula sampai kepala dipijak.

2. Jangan mudah berputus asa

Tanyalah kawan-kawan perempuan sekeliling kamu, lelaki macam manakah menjadi pilihan mereka untuk dijadikan teman. Pasti ramai yang memberikan jawapan, mereka impikan lelaki yang kacak, baik, jujur, bertanggungjawab dan juga tidak mudah berputus asa. Lelaki yang terus cuba dan mencuba untuk memenangi hati perempuan yang disukainya tanpa mengenal erti berputus asa akan berjaya. Ini kerana dengan kesungguhan yang kamu tunjukkan memberikan keyakinan pada perempuan bahawa kamu benar-benar ingin memilikinya. Biar sesukar manapun kamu perlu berusaha dan jangan sesekali tunjukkan rasa bosan atau mudah berputus asa sebab ada sesetengah permpuan berpura-pura jual mahal. Antara alasan mereka ialah ingin menilai tahap kesabaran dan kesungguhan kamu. Segalanya terletak pada niat kamu sendiri, apakah kamu benar-benar ikhlas atau sekadar untuk main-main sahaj? Jika benar hasrat kamu ikhlas an jujur, rasanya tidak menjadi masalah buat kamu untuk terus berusaha menawan hati si dia. Tetapi ingat, biarpun kamu suka ?gila? dengan si dia jangan sekali-kali mengiyakan semua yang di perkatakan oleh si dia kerana perempuanjuga sebenarnya tidak suka lelaki yang terlalu mengikut cakap mereka. Sebaliknya fikir dahulu sebelum membuat keputusan.

3. Komitmen


Masuk bab komitmen ni, sesetengah lalaki payah sikit untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap sesuatu perhubungan. Sebab lelaki biasanya lebih terdedah pada dunia lepas bebas dan tidak suka dikawal. Malah ada antara mereka yang telah lama menjalin hubungan tetap masih lagi tidak suka dikongkong oleh kekasih sendiri. Bagaimanapun, keadaan ini berbeza dengan perempuan, mereka biasanya inginkan seseorang lelaki yang menjadi teman mereka, bersedia dan mampu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap ikatan yang terjalin. Bukan apa, mereka tidak mahu perhubungan yang dibina dipersia-siakan oleh lelaki tersebut. Jadi, apa yang perlu kamu lakukan di sini ialah kalau kamu benar-benar serius dan inginkan hubungan yang terjalin berlarutan ada baiknya kamu memberikan sedikit komitmen kerana lambat laun perelmpuan akan bosan dan tidak mustahil mereka akan meninggalkan kamu trkulat-kulat begitu sahaja. Siapa yang rugi.

4. Berlagak pandai

Satu hal lagi yang perempuan tak suka ialah lelaki yang berlagak pandai. Jadi kepada lelaki biarpun kamu tahu tentang sesuatu perkara ada baiknya jangan terlalu menunjuk-nunjuk lantaran ingn menarik perhatian si dia. Sebaiknya di awa perkenalan kamu hanya mengikut sahaja rentak teman wanita kamu, jangan pakai cakap lepas sahaja kononnya tahu itu dan ini kerana perempuan cukup menyampah dengan lelaki yang cakap tak serupa bikin. Tidak salah rasanya kalau buat-buat tidak tahu…

5. Berkongsi pendapat

Untuk menawan hati si dia kamu juga perlu meluangkan masa untuk meminta sebarang pendapat mengenai apa-apa keputusan yang ingin kamu ambil. Memang benar yakin pada diri sendiri penting sewaktu membuat keputusan untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi dengan meminta pandangan daripada si dia akan membuatkan hubungan yang terbina lebih mesra kerana perempuan akan rasa lebih dihargai apabila kamu meminta pendapat daripada mereka. Yang penting kamu jangan mengabaikannya begitu sahaja.

6. Pemurah

Nak tahu satu lagi perkara yang menyebabkan perempuan tidak suka pada lelaki ialah sebab lelaki kedekut. Betul atau tidak terpualng pada kamu sendiri menilainya? Tetapi ada baiknya kamu berhati-hati dengan perihal ini. Tersilap langkah kamu juga boleh kehiangan si dia dan juga pokai. Rasanya tidak salah kalau niat kamu hendak berjimat, tetapi tengoklah keadaan. Kalau setiap kali keluar bersama kamu terlalu sukar untuk berbelanja apakah tindakan kamu tadi untuk berjimat atau kamu memang benar-benar kedekut. Jadi untuk menarik si dia, sesekali jangan keberatan berbelanja, tetapi biarlak ada batasannya. Bukan apa, ini smeua untuk kebaikan kamu juga kerana sesetengah perempuan tidak sukakan lelaki yang kedekut.

Apa Kaitan Menjadi Idaman Setiap Orang Dengan Roger Bannister?

Sehingga 60 tahun dahulu, tiada sapa pernah terfikir bahawa manusia boleh berlari sejauh 4 batu dalam masa kurang dari 1 minit sehinggalah seorang yang bernama Roger Bannister, memecah rekod larian 9 tahun sebelumnya dengan catatan masa 3 minit 59.3 saat. Rekod terbaik sembilan tahun sebelumnya adalah 4 minit 1.4 saat. Apa yang membuatkan lama sangat untuk seseorang memecah rekod ini?

Sebenarnya sejak tahun 1852, kepercayaan masyarakat mengenai kebolehan manusia dipengaruhi oleh saintis masa tersebut bahawa membuat larian sejauh 4 batu adalah mustahil sama sekali. Akhirnya rekod itu dipecahkan oleh Roger Bannister setelah mengubah kepercayaannya dan disertakan usaha keras (+ teknik yang betul).

Yang lucunya(bagi saya), agaknya berapa lamakah selepas Roger memecah rekod larian 4 batu untuk orang seterusnya memecah rekod baru? 4 tahun? 2 tahun? Jawapannya : 46 Hari ( dipecahkan oleh pelari Finland, John Landy)

Lihat. Anda mungkin yakin bahawa apa yang anda percaya adalah benar. Tetapi sebenarnya anda boleh memecahkan kepercayaan yang membataskan kejayaan anda itu dan menukar kepercayaan anda menjadi lebih positif — membantu anda mencapai matlamat anda.

Fikirkan. Apa kemungkinan anda boleh menarik orang idaman anda ke dalam hidup anda sekiranya anda percaya bahawa anda mempunyai daya penarik unik yang boleh membuat si dia tertarik kepada anda–tidak kira berapa kali anda putus cinta?

Jika sebelum ini kepercayaan anda berbentuk segi tiga, dan anda melihat objek di sekeliling anda semuanya bentuk segi tiga, maka sekarang, setelah anda berjaya memecahkan limitasi kepercayaan anda, kepercayaan anda adalah seperti bentuk bulat — anda melihat objek di sekeliling anda dengan bentuk dan persepektif berbeza.

Sekarang Tiba Masanya Untuk Menjadi Proaktif


Setelah anda berjaya menjadikan menjadikan kepercayaan kendiri anda sebagai rakan karib di dalam perjuangan anda, sudah tiba masanya untuk anda menjadi PROAKTIF.

Tips ringkas saya untuk menjadi Insan proaktif :

* Jangan jadi insan yang suka menunggu sesuatu terjadi kepada diri sendiri.
* Jangan jadi insan yang hanya melihat rakan kamu keluar dengan teman menarik.
* Jangan jadi insan yang membiarkan hidup kamu berlalu begitu sahaja dan menyesal di kemudian hari.
* Jangan jadi insan yang tidak melakukan tindakan lanjut untuk menjadi idaman setiap insan yang lain

06 Mac 2010

ADA APA DENGAN CINTA?

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyadari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

04 Mac 2010

Ayat Jiwang Novela..

Tangan yang cermat menjadikan hidup keluarga nikmat dan selamat ~ Mama karya Abdul Rahim Awang.

Deru pepohon di rimba sayu adalah suara syahdu alam yang rindu. ~Anjung Warisan karya Salina Ibrahim

Dalam alam khayal, kita bahagia, mengapa mesti kembali ke alam nyata. ~ Trilogi Wajah Wanita karya Siti Rohayah Attan.

Jarang kumelutut serendah ini, membuktikan kasih amat tinggi.~ Cebisan Memori karya Azura Abdullah

Keningmu terlalu menikam, keris tak lagi kuperlukan. dengan novelnya ~ Merentas Kabus karya Hartini Hamzah

Jika aku tak menghantar surat, semata-mata kerana telah kutulis segalanya di kalbu.~ Mahligai karya Salina Ibrahim. Di

Jika sempat kutemui Hang Tuah, kan kukata kaulah Tun Teja Ada Cinta Di Matanya karya Zuraidah Othman

Bersamamu, aku cepat terasuh menjadi manusia terlalu kukuh. ~ Kuutus Rindu oleh Azilawati Mat Angsar

Rindu ini telah separuh jalan, tetap kurasa bahagia walau kau tak sedia menyambutnya. ~ Kehilangan oleh Elias Idris

Kau bertanya dimana hatiku, tak terasakah kau sudah laman ia berlindung di kalbumu. ~ Hanya Satu Persimpangan karya Habibah Rahmat

Dalam cinta, matalah yang lebih jujur berkata-kata. ~ Bukan Puteri Lindungan Bulan karya Liana Afiera Malik

Jika kita berpisah, percayalah aku kekasih paling sengsara.~ Inferior karya Norhayati Ibrahim dengan kata hikmah -

01 Mac 2010

Selayang Warkah Buat Semua Part 1

“Fatin anak pungut..anak pungut.” Ejekan Ilyani dan kawan-kawan lebih kuat.

Fatin berlari mendapatkan kereta atuknya yang tidak jauh dari pagar sekolah. Pintu kereta ditutup kuat. Pantas air matanya merembes keluar tidak henti.

“Kenapa awek atuk nangis ni?”

“Atuk betul ke Fatin anak pungut?”,

“hishhhh…taklah Fatin cucu atuk. Atuk dengan nenekkan ada. Dah jangan menangis nanti kita beli ais krim”, pujukan Hj.Arshad membuatkan senyuman kembali mekar di bibir cucunya.

Kini 20 tahun telah berlalu. Zaman pahit di sekolah tiada lagi. Fatin tidak lagi tertanya-tanya ejekan kawan-kawan. Dia kini Fatin Nurhanim yang cukup bersemangat.

“Hishhh biar betik ni tuk. Fatin nak angkat semua ni?”, guni tepung seberat 10 kilo itu dipandang lagi. Sekali lagi kepalanya mengeleng laju.

“Ada atuk suruh Fatin angkat?”, dengan kuasa bulan dan bintang dengan machonya Hj. Arshad mengangkat guni itu masuk ke dalam kereta. Fuyooo kalau Malik nor ada di tempat kejadian mesti tabik springlah dekat atuk.

Kereta buruk atuk yang mungkin sebaya dengannya bergerak perlahan meninggalkan kedai Ah Chong. Fatin yang duduk di sebelah pemandu hanya diam. Atuk nampak cukup bergaya dengan cermin mata hitam terselit di bajunya. Terbayang gaya ala-ala romeo abang Yusuf sebelah rumah atuk. Ni mesti pembawakan dia sehinggakan atuk tidak lagi seperti dulu.

Lagu ’my humps’ dari Black Eyed Peas tiba-tiba membingit. Pantas aku memandang atuk yang sedang terhangguk-hangguk. Sekali lagi aku menarik nafas panjang.

“atuk bila pulak layan lagu ni?”,

“lama dah Fatin je yang baru dengar….ni lagu Enimen ke men..men la bunyinya.”, aku menepuk dahiku.

“bukanlah tuk…..”

“hishhh kamu mana tahu…kamu tu budak lagi…”, sekali lagi Fatin terkedu. Orang tua ni ok ke tidak ni? Telingaku menangkap suara atuk yang mengikut lagu rancak itu. Tiba-tiba ketawa yang dari tadi ditahan pecah.

“hah…ape ke halnya gelak tiba-tiba ni?”, Fatin mengeleng. Atuk diam kembali memandang ke depan jarak rumah atuk ke kedai Ah Chong agak jauh. Dia sendiri tidak faham kenapa atuknya membeli tepung begitu banyak tak akan nak buat kenduri kot.

Teka teki yang dari tadi bermain dalam kepalanya terjawab. Hakikat kini didepan mata. Atuk sedang tersenyum Fatin sambil menolak pemberian wang dari mak cik A'rah.

“abang ambiklah duit ni, segan pulak A'rah macam ni”, aksi malu-malu kucing terserlah di depan mata. ’Abang?’ Fatin seakan ingin muntah..

“apalah yang nak malunya dengan abang,. Lagipun kita bukan orang lain pun…” suara manja Hj Arshad pula kedengaran. Fatin cuak melihat aksi atuknya yang mematah-matahkan ranting pokok bunga di sebelahnya.

***

“Fatin mari sini atuk ada benda perkara nak cakap?”, Fatin duduk di hadapan atuknya sedang duduk di kerusi malas.

“emm…Atuk dah buat keputusan yang atuk akan kawin dengan mak cik A'rah minggu depan”, Fatin tersentap wajah atuknya dipandang tajam.

“Fatin tak setuju ke?…”

“selama ni atuk yang jaga Fatin dari kecik sampailah dah besar sekarang. Fatin tak akan halang kalau itu yang buat atuk gembira”, pertanyaan tuk Arshad membuatkan dia terdiam. Tak setuju!!! Hatinya memekik kuat. Tapi hakikatnya itu tak akan terluah.Tuk Arshad tersenyum mendengar jawapan cucu kesayangannya itu.

****

Majlis perkahwinan orang kaya Arshad berjalan dengan meriah. Setelah 8 tahun menduda akhirnya janda beranak 3 juga dipilih. Zaharah memandang anaknya yang tersenyum ke arahnya. Shafawati dan Suraya sudah berkeluarga. Anak bongsunya Ikhsan pula masih di london tapi dia bersyukur kerana semua anaknya merestui perkahwinannya. Dia sendiri tidak menyangka akan naik sekali lagi ke atas pelamin setelah kehilangan seami berbelas tahun lamanya. Walaupun Hj. Arshad agak berusia namun entah kenapa rasa sayang tumpah pada lelaki itu.

Fatin memandang dari jauh. Atuknya tersenyum bahagia. Wajah-wajah anak kepada nenek barunya dilihat, baru tadi mereka berkenalan. masih terbayang jelingan Suraya seakan ingin menikamnya. Kejam.

“kenapa cucu atuk ni diam je dari tadi?”

“emmm….penat sikit”

“ya ke??”, Hj. Arshad duduk sambil mengusap rambut cucu kesayangannya.

“Fatin tak suka atuk kawin ke?” tanyanya lagi apabila melihat kebisuan Fatin.

“Fatin peninglah Tuk..”

“kenapa?”

“Fatin nak panggil apa mak cik A'rah tu?”

“hah?!”, Hj Arshad memandang dalam anak mata cucunya keliru.

“yalah…umur Fatin ni lebih kurang je anak-anak dia tak akan nak panggil nenek kot?”, ketawa Hj.Arshad kuat kedengaran. Itu rupanya yang dirunsingkan cucunya.

“sudahlah Fatin jangan pening-pening. Fatin panggil je macam Fatin selalu panggil tu, atuk yakin dia tak kisah”

Hj. Arshad meninggalkan cucunya. Tetamu masih ramai untuk dilayan. Fatin memandang lesu langkah atuknya bukan itu sebenarnya yang dirunsingkan. Perlahan dia melangkah masuk ke rumah ingin berehat, terasa kehadirannya disitu tidak memberi makna.