“Fatin anak pungut..anak pungut.” Ejekan Ilyani dan kawan-kawan lebih kuat.
Fatin berlari mendapatkan kereta atuknya yang tidak jauh dari pagar sekolah. Pintu kereta ditutup kuat. Pantas air matanya merembes keluar tidak henti.
“Kenapa awek atuk nangis ni?”
“Atuk betul ke Fatin anak pungut?”,
“hishhhh…taklah Fatin cucu atuk. Atuk dengan nenekkan ada. Dah jangan menangis nanti kita beli ais krim”, pujukan Hj.Arshad membuatkan senyuman kembali mekar di bibir cucunya.
Kini 20 tahun telah berlalu. Zaman pahit di sekolah tiada lagi. Fatin tidak lagi tertanya-tanya ejekan kawan-kawan. Dia kini Fatin Nurhanim yang cukup bersemangat.
“Hishhh biar betik ni tuk. Fatin nak angkat semua ni?”, guni tepung seberat 10 kilo itu dipandang lagi. Sekali lagi kepalanya mengeleng laju.
“Ada atuk suruh Fatin angkat?”, dengan kuasa bulan dan bintang dengan machonya Hj. Arshad mengangkat guni itu masuk ke dalam kereta. Fuyooo kalau Malik nor ada di tempat kejadian mesti tabik springlah dekat atuk.
Kereta buruk atuk yang mungkin sebaya dengannya bergerak perlahan meninggalkan kedai Ah Chong. Fatin yang duduk di sebelah pemandu hanya diam. Atuk nampak cukup bergaya dengan cermin mata hitam terselit di bajunya. Terbayang gaya ala-ala romeo abang Yusuf sebelah rumah atuk. Ni mesti pembawakan dia sehinggakan atuk tidak lagi seperti dulu.
Lagu ’my humps’ dari Black Eyed Peas tiba-tiba membingit. Pantas aku memandang atuk yang sedang terhangguk-hangguk. Sekali lagi aku menarik nafas panjang.
“atuk bila pulak layan lagu ni?”,
“lama dah Fatin je yang baru dengar….ni lagu Enimen ke men..men la bunyinya.”, aku menepuk dahiku.
“bukanlah tuk…..”
“hishhh kamu mana tahu…kamu tu budak lagi…”, sekali lagi Fatin terkedu. Orang tua ni ok ke tidak ni? Telingaku menangkap suara atuk yang mengikut lagu rancak itu. Tiba-tiba ketawa yang dari tadi ditahan pecah.
“hah…ape ke halnya gelak tiba-tiba ni?”, Fatin mengeleng. Atuk diam kembali memandang ke depan jarak rumah atuk ke kedai Ah Chong agak jauh. Dia sendiri tidak faham kenapa atuknya membeli tepung begitu banyak tak akan nak buat kenduri kot.
Teka teki yang dari tadi bermain dalam kepalanya terjawab. Hakikat kini didepan mata. Atuk sedang tersenyum Fatin sambil menolak pemberian wang dari mak cik A'rah.
“abang ambiklah duit ni, segan pulak A'rah macam ni”, aksi malu-malu kucing terserlah di depan mata. ’Abang?’ Fatin seakan ingin muntah..
“apalah yang nak malunya dengan abang,. Lagipun kita bukan orang lain pun…” suara manja Hj Arshad pula kedengaran. Fatin cuak melihat aksi atuknya yang mematah-matahkan ranting pokok bunga di sebelahnya.
***
“Fatin mari sini atuk ada benda perkara nak cakap?”, Fatin duduk di hadapan atuknya sedang duduk di kerusi malas.
“emm…Atuk dah buat keputusan yang atuk akan kawin dengan mak cik A'rah minggu depan”, Fatin tersentap wajah atuknya dipandang tajam.
“Fatin tak setuju ke?…”
“selama ni atuk yang jaga Fatin dari kecik sampailah dah besar sekarang. Fatin tak akan halang kalau itu yang buat atuk gembira”, pertanyaan tuk Arshad membuatkan dia terdiam. Tak setuju!!! Hatinya memekik kuat. Tapi hakikatnya itu tak akan terluah.Tuk Arshad tersenyum mendengar jawapan cucu kesayangannya itu.
****
Majlis perkahwinan orang kaya Arshad berjalan dengan meriah. Setelah 8 tahun menduda akhirnya janda beranak 3 juga dipilih. Zaharah memandang anaknya yang tersenyum ke arahnya. Shafawati dan Suraya sudah berkeluarga. Anak bongsunya Ikhsan pula masih di london tapi dia bersyukur kerana semua anaknya merestui perkahwinannya. Dia sendiri tidak menyangka akan naik sekali lagi ke atas pelamin setelah kehilangan seami berbelas tahun lamanya. Walaupun Hj. Arshad agak berusia namun entah kenapa rasa sayang tumpah pada lelaki itu.
Fatin memandang dari jauh. Atuknya tersenyum bahagia. Wajah-wajah anak kepada nenek barunya dilihat, baru tadi mereka berkenalan. masih terbayang jelingan Suraya seakan ingin menikamnya. Kejam.
“kenapa cucu atuk ni diam je dari tadi?”
“emmm….penat sikit”
“ya ke??”, Hj. Arshad duduk sambil mengusap rambut cucu kesayangannya.
“Fatin tak suka atuk kawin ke?” tanyanya lagi apabila melihat kebisuan Fatin.
“Fatin peninglah Tuk..”
“kenapa?”
“Fatin nak panggil apa mak cik A'rah tu?”
“hah?!”, Hj Arshad memandang dalam anak mata cucunya keliru.
“yalah…umur Fatin ni lebih kurang je anak-anak dia tak akan nak panggil nenek kot?”, ketawa Hj.Arshad kuat kedengaran. Itu rupanya yang dirunsingkan cucunya.
“sudahlah Fatin jangan pening-pening. Fatin panggil je macam Fatin selalu panggil tu, atuk yakin dia tak kisah”
Hj. Arshad meninggalkan cucunya. Tetamu masih ramai untuk dilayan. Fatin memandang lesu langkah atuknya bukan itu sebenarnya yang dirunsingkan. Perlahan dia melangkah masuk ke rumah ingin berehat, terasa kehadirannya disitu tidak memberi makna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan