Followers

11 Mac 2010

Janganlah Putus Asa

"Ada 700 kali Thomas Alva Edison mencuba menyalakan lampu. Pembantunya memberitahu : “Sudahlah, memang tidak akan berhasil”. Jawab Thomas : “Tidak, saya sudah menemukan 700 alasan mengapa tidak berhasil menyala..” Akhirnya lampu dengan kawat pijar Tungsram menyalakan lampunya. Thomas Alfa Edison menemukan lebih dari 1000 corak dalam hidupnya dan sampai saat ini tidak ada ilmuwan yang ketika kecilnya dianggap bodoh itu menghasilkan penemuan baru."

Anda pernah gagal? jika pernah, sekarang anda masih gagal? jika tidak, adakah anda pasti bahawa anda tidak akan gagal lagi?

Soalan soalan ini cukup bagi menggambarkan bahawa kegagalan itu bukanlah sesuatu yang kita inginkan tetapi kadangkala ia tetap terjadi dalam kehidupan kita. Jika setiap orang pernah gagal, adakah itu bererti tidak ada orang yang berjaya? tidak bukan. Tentunya kegagalan itu mempunyai peranannya tersendiri dalam proses seseorang melakar kejayaannya. Namun, adakah anda juga terfikir begitu?

Pokoknya, JANGAN PUTUS ASA WALAUPUN GAGAL. Itu menjadi syarat agar kegagalan itu menjadi bererti dan mempunyai impak yang besar dalam kehidupan seseorang. Jangan salah faham, bukanimpak negatif tetapi impak positif. Jika dilihat secara betul, kegagalan itu mampu menjadi penyebab untuk kita berjuang menuju kejayaan. Sebaliknya, berputus asa menutup langsung peluang kita untuk meperbaiki diri. Iya bukan? Jangan jawab pada saya, jawab pada diri anda sendiri.

Tidak mustahil orang yang paling berjaya pada hari ini pernah menghadapi kegagalan yang paling teruk dalam hidupnya. Begitu juga tidak mustahil orang yang paling gagal pada hari ini pernah mengalami kejayaan yang gilang gemilang dalam hidupnya. Kejayaan dan kegagalan itu silih berganti. Jika kita memahami hakikat ini, kita tak akan kecewa jika gagal dan tidak terlalu bangga jika berjaya.

Mungkin kita juga perlu mengingatkan diri kita tentang sifat kita yang sering dilupakan ini… Ingatlah, kekalahan adalah sementara, hanya sifat putus asa kitalah yang menjadikannya kekal.

Sekarang anda putuskan. Anda ingin putus asa atau berjaya dengan bergaya?

Pilihan Di tangan Anda...


*to My best Friend

Tiada ulasan: