Followers

31 Julai 2011

Jom lajukan Internet korang

kali ni Dhom nak bg tutorial kat kawan bloggers Dhom
camne nak speedup internet connection korang

dhom da cuba benda ni kat lappy dhom dan hasilnya memberangsangkan Dhom sndiri

pastu dhom try kat lapy bob ((Klick Untuk Ke Fb Bob) dan Peon ( klick untuk ke fb peon)
2 2 memuaskan.

Mula2, korang download benda ni dulu

Klick Untuk Mendownload 
(Saiz 22mb)

Jangan risau, Dhom bukan nak menjahanamkan laptop korang. tapi sharing is caring. Dhom nak kawan2 dhom semua internet laju2 je. hahaha.. leh main poker skli nnt.

dah siap download, meh ni Dhom nak bg tutorial.

  1. Exstrac File korang download tu
  2. pastu install cablenut408
  3. pastu folow gambar di bawah


Dan Ni Bukti dari Laptop Dhom


Sekian Entry Tutorial Speed Up kali ni

kalau x paham gak, dalam tu da ada video skali.

30 Julai 2011

I "LIKE" your FB Status.

Baru sahaja post status di facebook, tak sampai 10 minit dah berpuluh² 'like' yang anda dapat. Post status lain kali kedua, berpuluh² lagi 'like' yang anda dapat. Post status kali ketiga pun, sma juga,berpuluh² 'like' yang anda dapat.

Itu contoh la.:).



Status di facebook memang mempunyai pelbagai fungsi. Hendak bagitahu perasaan, pendangan, melontar pendapat, cebisan rasa, marah, geram, sengaja tag kawan, menyakat, update hal politik dan pelbagai lagi dengan 1001 sebab yang tak larat aku hendak taip banyak².:)

Kalau sesuatu status itu mendapat 'like' yang banyak (anda tentukan sendiri la berapa kuantiti yang anda rasa banyak tu.:), adakah anda terpikir apakah sebab-sebabnya.?. Tak kira la korang pikir atau tidak, ini aku bagitahu apa yang aku pikir la.:)

1. Status anda ayatnya power.


Ayat dalam status anda, fuhhh... Kalau berada dalam kategori 'ayat power', memang ramai yang like. "Sesungguhnya...bla bla bla.." atau " Seseorang yang bla bla bla".. dan pelbagai lagi. Status ayat power ini, boleh jadi anda pikir sendiri atau anda copy je dari mana² tempat yang anda jumpa, memang ramai akan like.(sebab aku pun akan like klu member² post status dengan ayat power² ni.:)


2. Anda seorang yang cantik/hensem

Kalau anda seorang yang cantik, dagu runcing, pipi gebu, senyuman menawan, bibir mulus, muka bak artis korea,..Anda post apa sahaja kat status FB, konfirm.. memang konfirm berlambak 'like' yang anda dapat.:)



Status 'fuhh', berpuluh like.. Status "letihnya rini" berpuluh like.. status "hari ini makan nasi lauk ikan bilis".. berpuluh like.. Kenapa ramai like.? Sebab anda cantik.:)

Juga boleh la kalau lelaki hensem. Tetapi aku rasa lebih ramai yang like pada status perempuan cantik berbanding lelaki hensem.:)


3. Kawan anda suka klik 'like'

Kawan anda di FB pelbagai. Ada yang suka komen, ada yang suka like, ada yang suka baca dan macam². Kalau member yang suka like tu, kalau boleh semua status anda dia hendak like. Reply komen pun hendak like. Kalau sekali dua tu normal la. Ini habis semua hendak sapu.ha3


Aku rasa kalau 'like' tu boleh klik banyak kali, mungkin beratus anda dapat like dari kawan korang yang kejanya memang suka klik 'like'.:)

Hint: Ada juga yang like ni kalau berlainan jantina, bermaksud dia suka anda.:)


4. Anda seorang selebriti

Anda dikenali ramai. Bukan sahaja artis, mungkin anda selebriti di tempat kerja anda, mungkin selebriti di sekolah anda, selebriti di universiti anda. Senang cerita anda ini seorang 'selebriti'.


Pun sama, update sahaja apa status, ramailah yang akan like. Kalau selebriti sebenar, jangan cakap la.:)

5. Anda ada kawan yang ramai/sangat ramai.


Contoh:

M ada 500 orang kawan dalam FB
N ada 5000 orang kawan dalam FB.
Katakan, 1% dari kawan yang ada akan like status.

M akan dapat 5 'like'
N akan dapat 50 'like'

Impression status di feed juga bertambah. So lebih ramai kawan, kemungkinan dapat 'like' lebih banyak adalah lebih tinggi.:)


BONUS
Bilangan 'like' status anda adalah sentiasa lebih satu.

Persamaan jumlah like, Y = X + 1

X adalah jumlah kawan² anda yang like status anda.
1 adalah jumlah like yang pasti kerana anda suka like status anda sendiri.:)


(Aku jenis tak suka like status aku sendiri..:)

--------------------------------------------

Masih ragu² kenapa bilangan 'like' status facebook korang banyak?.
Atau korang ada sebab lain selain di atas.?:)

28 Julai 2011

Kembali Kepada Chatbox FB yg lama

Mesti korang penah maki2 chatbox fb yang baru ni kan...





meh ni kawe nak ajo korang semua..


Jom kembali kepada yang lama... agak kecik la walaupun x 100% sama cam yang lama
kat sini, Dhom akn bg tutorial.. sapa2 yang x paham leh contack Dhom sndiri kat fb dhom yer

for Google Chrome
klik link kat bawah ni pastu install. kemudian refresh facebook. kalau tak bole try log-out dan masuk balik ..
Link Untuk Google Chrome


for Mozilla
tekan download kat sini Grease Monkey
pastu restart firefox.
dah restart, klick sini pulak ----> Klick Di Sini
pastu refresh facebook .
kalau tak bole try log-out dan masuk balik ..
kalau x ley gak, Dhom x tau nak cakap pe..

CHAT ANDA 'RETRO'

siap !! Tepuk Tangan .

kesulitan amat dikesali yer.. maap.. selamat berpuasa...

Jom Main Mata


Ok kawan2.. Dhom nak korang pikir apa yang korang nampak dalam gambar di atas

Dah tahu jawapan?
atau nak tahu jawapan?

Klick Kat sini untuk Jawapan

hehehe

27 Julai 2011

Story Mory Budak Budak Dulu Kala


Bila rindu ku tersebut namamu, cewah…

Bosannya pagi2 ni.. nak g kelas, demam. Tapi x boh nak tido..  ati ingat bunga je.., dah nak puasa kut itu yang jadi blues sikit. Masa korang zaman sekolah dulu aku pasti korang pernah mengalami sindrom rindu-rinduan dan cintan-cintan bodo ni. Aku terkecuali dalam hal ni sebab dulu aku mat rock, so cerita-cerita ni takde kena mengena dengan aku. Kalau ada yang berkaitan dengan aku, itu aku kira kebetulan sahaja. Wah baik punya disclaimer.

Zaman kita sekolah menengah dulu kan, form 1 sampai form 5 sekitar 5 hingga 10 tahun lepas lebih kurang lah, ada kejadian-kejadian pelik yang berlaku yang melibatkan soal hati dan perasaan antara kita dan si dia. Si dia tu maksud aku kawan sebaya perempuan atau lelaki lah. Bukan mak cik tukang masak hostel atau pun warden asrama pulak, tak tau lah kalau korang ada yang lain dari yang lain.

Untuk adik-adik yang membaca entry kali ni, pak cik nak ceritakan pengalaman abang-abang dan kakak-kakak korang masa dia orang muda-muda dulu. Untuk adik-adik level Gang Bas Sekolah, ini cerita zaman mak ayah adik-adik ni. Untuk anda pembaca seusia yang sudi baca entry aku kali ini, ini cerita kita.

Orait..
Masa baru sekolah menengah dah pun ada hati nak berkasih nak bercinta. Belajar belum habis dah sibuk nak bercouple. Sama lah macam hari ni, minat kat budak sekelas, budak kelas sebelah, admirer kat orang tu dan secret admirer kat orang ni. Tapi dulu punya cerita, email takde SMS apatah lagi so kalau minat tu mintak tolong kawan-kawan kirim salam jer lah. Lagi famous orang tu, lagi lah hari-hari orang kirim salam, nak berkenalan nak jadi adik abang angkat, nak jadi bopren dan gepren.



Lepas tu hantar surat, nak berkenalan. Bau surat mak aiii.. wangiiii, envelope warna biru muda atau pink. Huhuhu.. yang low budget pakai letak bedak cuticura je.

“Salam di angin lalu membawa kata-kata rindu ku buat mu. Semoga kau tenang di samping tugasan seharian. Ku pohon maaf seandainya warkah ini mengganggumu…”

Perhh.. karang bang.. karat. Sorry lah aku tak pandai nak karang surat macam ni, ayat tu pun dia datang sendiri jer tapi itulah lebih kurang surat jiwang yang dia orang tu tulis, aku tolong tuliskan jer. Majalah Remaja masa tu banyak menyumbangkan idea-idea kepada puak-puak jiwang karat ni, aku pun baca jugaklah yang kakak aku beli.

Lepas tu bila hujung minggu pergi dating. Kalau di Alor Setar dulu, tempat yang paling jadi tumpuan golongan jiwang ni ialah di McD kat bawah City Plaza tu, Pacific, Ampang Jajar, panggung wayang Rex dan Cathay, library awam etc..

Sekali lagi aku ulangi, cerita-cerita ini tidak ada kena mengena dengan aku, kalau ada hanyalah secara kebetulan saja.. he he he.

bila chenta diterima oleh markah ni (Sebelah Kedah dulu2 orang pangil girlfriend sebagai markah) maka tak senang duduk lah mamat ni, sure berangan punyalah, diriku sudah berpunya. Markah tu aku punya. Muka berseri macam pengantin baru nak masuk bilik. Alangkah indahnya dunia ini..

Kalau tidurmu tiada lena bukan kerana panasnya malam…. tapi itulah tandanya… aku mengingatimu.. Kalau tidurmu termimpi akan diriku, itulah tandanya… aku merinduimu. 

Ehem..

Kalau jenis mamat yang overacting sikit boleh tengok lah creativity dia menyonteng dinding bilik hostel atau bawah katil double decker. Aku tau lah banyak sangat lah graphic-graphic bodo ni kat hostel aku dulu. Aku conteng jugak tapi aku suka conteng benda lain… Din-Liza wuz ere, loveU4ever.., Still loving you.. peh karat abih.

Rela aku hidup kesepian agar aku bisa merinduimu setiap detik. Aku hanya tahu menyintaimu, merinduimu dan aku membilang hari dan saat sampai kita ketemu..

 ayat ni aku copy paste dari satu blog page.. bukan aku punya pun.

Kalau nama lelaki tu Din, nama perempuan Liza, jadilah Dinza. Jiwang betul puak-puak ni. Merata ceruk lah dia tenyeh nama gabungan tu, atas meja sekolah, dalam buku, dalam locker, kat dinding.. Mahathir dengan Yatie jadi Yamaha.. perhh. Eddy dengan Azira jadi Eddyra.. wahhaa. Contoh je la.

Perangai budak-budak angau ni memang kelakar, baru bercouple di sekolah tapi dia punya kemaruk tu ngalahkan orang dewasa bercinta. Yang mana tak pernah ada diary wow siap beli diary nak tulih dia punya perasaan dan tarikh-tarikh penting. Tarikh mula-mula berkenalan sekian-sekian, tarikh markah tu terima nak jadi girlfriend sekian tarikh, birthday dia lah, birthday anak kambing dia lah.. macam-macam dik peel abang kakak korang dulu. Zaman ni dah ada Ipod, tak main dah diary nih. Cinta yang tak bertepi.. kadang-kadang geli geleman kalau terbaca diary dia orang ni.

Tambah syok tengok bila nak dekat 14 February, macam nak sambut raya Deepavali. Siap beli card Valentine Day yang ada music tu, orang kampung aku kata ada bunyi-bunyi tu…

“..be my Valentine”… perhhhhh! Yang syok tengok kalau gang-gang lebai kata “hishh sambut Valentine Day haram tuuuu…” huhuhu..

Bulan puasa pulak, dia punya angau tu masa beli kd raya. Kata-kata yang spesis jiwang ni cari, Untuk kekasihku, Salam lebaran untuk kekasih .. lebih kurang gitu lah. Card raya pulak yang ada bunga-bunga dan ada music.. dalam card raya pun ada jugak warkah cinta terselit dan duit kertas yang diphotocopy.. duit raya la tu.

Biasalah orang tengah angau, aku cukup suka tengok spesis yang berubah perangai disebabkan chenta monyet ni. Suka nyanyi-nyanyi, lagu pulak lagu yang ada unsur-unsur chenta punya lah. Tak pulak aku dengar orang yang sedang angau ni bantai nyanyi lagu Selimut Putih.

Kalau mat rock pun, at least mesti layan perasaan dengar lagu rock jiwang jugak, jangan nak chong aku lah. Apa lagu nostalgia zaman tu eh? Bulan Madu di awan biru, Rozanna, Gadisku, Masih Aku Terasa, Srikandi Cintaku, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Nyanyian Dalam Sepi, Still Loving You, Right Here Waiting, banyak lagilah. Jangan suruh aku tulih tajuk lagu Siti Fairuz, Jamal Abdillah, Naseer wahab, Shidee semua tu.. aku tak tahu deh.

Lagu tema, pehh.. lagu ni saya tuju kat awak. Kalau awak terdengar lagu ni, awak ingatlah saya pun suka lagu ni.. haha.

Demi cintaku padamu
Ku korbankan jiwa dan raga
Biarpun harus ku telan lautan bara
Bulan madu di awan biru
Tiada yang mengganggu
Bulan madu di atas pelangi ………
Gang-gang sewaktu dengan aku mesti ingat lagi lagu Search ni.

Itu tak kira yang tulih lirik lagu kat dinding.. yang ditampal kat depan buku dan dalam warkah chenta untuk si dia.. karat bang. Siap bawak awek tengok wayang bangg.. wahahha. Dalam panggung ni ler ada yang cuba belajar geli-geli, beromen siap lentuk atas bahu boyfriend. Masing-masing cuba mengenali bentuk tubuh badan pasangan masing-masing, yer lah zaman dulu mana ada internet nak search gambar blue.. Sebelum film tamat, dia orang blah dulu takut ada orang kenal.. penuh dengan kulit kuaci.

Nak keluar dating pun pun satu masalah, nak kena kelentong mak ayah lagi. Cakap nak gi townlah, gi library lah.. especially budak perempuan.

Zaman tu transportation tak macam hari ni ramai yang dah pakai motor atau koman-koman pun Kancil, zaman tu naik bas jer kalau nak gi dating. Kalau tempat lain aku tak tahu lah, kalau sebelah lostar dulu, gitu lah. Masa first date tu, duduk satu bangku pun jauh-jauh, kalau berjalan mesti ada gap, kalau lembu lalu kat tengah pun muat, malu la kunun. Masa dating tu time makan ka, tengok wayang ka, biasanya lelaki ler yang kena keluar pitih. Jaga maruah.. 

Siang dah jumpa kat sekolah, petang dah jumpa kat town, tak puas lagi. Handphone takde, internet takde so guna public phone je lah untuk bergayut, sebijik macam mawas. 1-2 jam tu biasalah. Sakit hati woo kalau kena turn kita nak guna tu mawas-mawas ni duk bergayut. Dapat jer kat kita mak aiii busuk punya bau ganggang telepon, romen ganggang agaknya..

Gi sekolah dengan baju dan seluar sekolah yang bergosok, siap ada line tajam lagi. Nak tunjuk dia dah berubah.. kalau marah suruh berenti hisap rokok pun sanggup berenti, tapi mak bapak marah langsung tak layan.. girlfriend tak suka kita buat itu, ikutt, tak suka buat ini, ikutt.. everything has changed since I met you.. perhh!

Specis jiwang karat ni at least ada ler benda yang dia hadiahkan kepada couple masing-masing, paling bodo pun gelang tangan stainless steel (bangle) yang boleh engrave nama atas tu. I LOVE YOU, I MISS YOU macam-macam lah.. aku rasa ada RM10.00 harga masa tu, aku agak je lah sebab aku tak beli pun natang tu. Tapi dia orang ni nak tunjuk chenta dan sayang ni, habis duit belanja sekolah takpe punya. Masa tu RM10.00 besar woo. Selain gelang tu, key chain kayu varnish tu, apa lagi haaa.. lupa la pulak.

Dalam duk jumpa hari-hari pun warkah chenta tetap ada punya. Kalau nak tulis satu page pun dah berapa sheet yang kena peronyok, sebab tulisan tak cantik atau idea tak mari. Itu yang banyak ciplak ayat-ayat bunga dari majalah Remaja tu. Hairan aku dia orang ni boleh tulis kadang-kadang sampai 5-6 pages. 

Ayat-ayat berbunga abiss. Janji nak sehidup semati, aku rindu lah, sayang, chenta, tak jumpa sesaat rasa setahun cehh. Macam buat essei. Lepas tu, beri kat posmen yang tak bertauliah. Silap hari bulan posmen tu jugak yang jadi boyfriend / girlfriend dia..



Masa kawan aku kena kantoi dek cikgu dulu, cikgu jumpa gambar boyfriend dia dan di belakang gambar tu ada ler beberapa ayat. Cikgu tu kata kalau gunung baca, boleh cair gunung tu. Ada surat-surat budak ni yang kena rampas masa spot check. “Kenapa abang tak lalu dekat kelas saya hari ni”.. Wahaha..

Zaman sekolah memang dilarang berchenta, bercouple-couple, tapi apa yang cikgu boleh buat kan.. dia orang pun dulu masa sekolah pun berchenta jugak entah-entah lagi teruk. Biasalah kalau ada couple sekolah yang kena panggil ke bilik guru, kasi counseling sikit. Nasihat concentrate pada study, masuk U dapat kerja nanti boleh lah kalau nak bercinta pun. Ayat default dia orang la tu.

Bila ada je problem, dinding jugak jadi tempat lepaskan perasaan. Abis kena conteng. Apatah lagi kalau putus cinta, macam mawas tertelan ganggang telepon tadi. Memang nampak bodo lah. Kelas ponteng, belajar apatah lagi, sampai menangis bangg.. sampainya hatimu buat aku begini, betapa dalamnya aku benamkan belati cintaku di dada ini hingga akhirnya aku yang terluka… itu yang syok tengok kalau kat asrama, duduk sorang-sorang layan perasaan. Sebab tu agaknya Ustazah aku dulu ada cakap, lelaki ni tau buat perempuan menangis jer..

Bila dah frust ni banyaklah ‘club-club atau persatuan’ baru dibuka seperti kelab Jiwaluka, Kelab Jiwalara, Angkatan Pemuda Insaf (API). Banyaklah slogan-slogan baru.. Perempuan sama saja, Aku Anti Wanita, No Woman No cry, lelaki playboy, buaya darat etc.

Masuk tahun-tahun awal 2010.. zaman banyak berubah. Kita tinggalkan zaman persekolahan dan masuk kolej. Masa tu buat diploma. Cara budak U bercinta banyak kelainan sikit, tak macam bebudak sekolah tu. Posmen-posmen tak bertauliah masih ada. Duit biasiswa ada, sewa kereta ke sana sini bawak awek ke hulu ke hilir. Walaupun masih belajar tapi dah takde sapa nak larang.. masing-masing dah boleh sharing apa saja, masalah peribadi, financial, apa saja lah.

Bercinta bagai nak rak, abis ngaji kita buat sambung lagi lepas tu kita masing-masing bawak diri. Kita tak sehaluan, ada baiknya kita bawa haluan masing-masing.

Kau tidak dilahirkan untuk ku, aku bukan untuk mu. Terima kasih kerana pernah singgah di hati ini dan membahagiakanku walau seketika..  hek eleh.

Rasa-rasa bila dah tua-tua nanti ditakdirkan berjumpa semula dengan mereka-mereka yang kita pernah sayangi dan rindui ni, mesti rasa malu pun ada. Janji sehidup semati masa form 5, nak bertunang lepas SPM, nak masuk U sama-sama, lepas dapat kerja nak pinang dia. Hidup aman damai hingga anak cucu.. abis je SPM entah ke mana.

Last-last jumpa dia bawak anak berderet, kita bawak anak berderet sebelah isteri yang sedang sarat mengandung.. Kalau masa jumpa tu masih slim macam dulu OK lah kan, kalau berubah jadi macam tong drum tu rasa bersyukur pulak tak ditakdirkan bersama.. wahahaha..

sekian..
♥I&S♥

26 Julai 2011

Cerpen aku Keluar Penulisan2u



hahaha... lepas brapa kali cuba
Dhom punya cerpen berjaya tembusi rangkaian penulisan2u
yeah...

tahniah untuk diri sendiri.
hehehe

mungkin bila ada kejujuran dalam sesuatu cerita
cerita tu akan nampak real. (mungkin la. hahahaha)

bg yg belum baca cerpen Dhom
ni link citer asal : Penanti Kesepian Versi Asal
dan yg ni versi untuk penulisan2u : Penulisan2u version

jalan citer sama tapi watak berubah nama. huhuhuhu
penulisan2u lebih ....

korang bc la yg mana rasa2 best. hahaha

ok. skian entri kali ni. see ya

24 Julai 2011

Kisah-Kisah Cinta

case 1..
tak paham betol dengan korang ney..
korang suka sama suka..
sayang menyayangi..
tapi korang tak bersama..
masing2 merindui antara satu sama lain..
tapi korang tak bersama jugak..
korang memuji antara satu sama lain dalam blog korang..
kenapa korang seksa diri korang sendiri..???
aku tak paham..

case 2..
korang suka sama suka..
korang memang pon tengah bercinta..
tapi korang pasang surut..
lepas tuh si gadis sering minta clash bila berlaku nyer perselisihan faham antara satu sama lain..
kira korang ney on off lah..
aku tak paham..

case 3..
korang memang tengah bercinta..
kalau korang ada problem antara korang berdua..
korang memang tak libat kan orang lain..
kira korang ney act like "professional" lah..
aku suka korang..
tapi kadang2 korang macam terlalu di lamun cinta depan orang lain..
aku tak paham..

case 4..
korang memang tengah bercinta..
tapi korang tak sedar yang percintaan korang ney meluka kan hati seseorang..
kenapa sanggup luka kan hati seseorang..?
tapi mulut pandai menasihati orang lain..
aku tak paham..

case 5..
korang tak bercinta langsung..!!
si gadis mencintai si jejaka tanpa pengetahuan si jejaka..
si gadis dalam diam menjadi stalker no 1 kepada si jejaka..
hampir setiap hari si jejaka akan menyelongkar tentang si gadis..
tapi hampeh,satu apa pon tak dapat..
tapi sehingga kini si jejaka tidak pernah berhenti untuk mencintai si gadis..
aku tak paham..

ehek..
inilah "cinta" nama nyer..
macam2 versi cinta yang ada kat dalam bumi yang nyata ney..
ALLAH jadi kan manusia berlainan..
sebab tuh lah ada macam2 versi cinta kat dunia ney..
dan ada juga orang yang sanggup bunuh diri semata mata kerna cinta..

orang kata cinta itu buta..
kerna cinta badan boleh binasa..
tapi bagi Dhom,itu hak individu..
kalau dia bijak,
dia tak kan melakukan perkara yang boleh membinasakan diri dia sendiri..
kalau dia tak bijak,memang confirm lah ada jer baby
yang di buang merata rata tempat tanpa belas kasihan...
korang ada otak..
korang mampu pikir mana yang baik, mana yang buruk..

cinta itu manis..
dan siapa yang tak nak bercinta kan..?
setiap hari ada jer orang care pasal kita..
siapa tak nak di beri perhatian kan..?

kepada sesiapa yang sedang si lamun cinta..
mengelamun lah korang sorang2..
ada aku kesah..???
hihihi..
tak de lah..
korang fikir lah jalan yang terbaik untuk korang..


ehekk..


Dhom pon tengah memikir kan nya juga..
Untung la orang yg Dhom syg...
hihi..

daaaaaaaaaaaa..
assalamualaikum..

Hargailah Perasaan Orang Lain

 
 
Kisah ini bermula setelah aku telah menerima mesej dari sowg awek yg aku kenal melalui telefon je. Aku pun cam terkejut la tetiba je mesej aku ni ape cer kan? Jadi aku balaslah mesej dia dengan penuh rasa ingin tahu. Hingga hari esok, kami terus bermesej, ada la gak dia call tapi aku reject sbb aku ni alah skit sembang dengan perempuan di telefon. Sembang punya chatting, rupa2nya baru dia crita sebabnya...

Baru 2 hari perkenalan dia dah ajak aku couple. what the what? Ingat nak jual popcorn ke? (aku tau contoh ni x relate) Dia nak sangat bercouple, menurutnya seronok tengok kwn2 couple. AKu tanya dia serius ke. Jadi aku on je la. Sebagai lelaki yang brutal, aku cuba memberi yang terbaik untuknya. Rupa2nya langit x selalunya cerah, x sampai 12 jam lagi dah ada problem.

Minah ni tetiba je serius. Msj aku setiap minit. Dok kata syg kat aku la. Ewh.. aku yang merasa ini semua sudah melampau terus menegurnya mengatakan bahawa dia sudah terover. Nasihat aku x diterima dan dia suruh pulak aku cintakan dia. what? ko ingat cinta tu apa? Ok fine, aku bagi peluang dan aku gtaw dia bagi aku masa untuk suka kat dia. Dia setuju je. Sambil aku bkk syok.org hingga ke tngah hari, kami bermesej2 tapi tanpa diduga dia membangkitkan isu tadi dengan penuh sinisnya.

Dia mula mengongkong aku, setiap perkara aku buat, dia nak tahu. Alasannya dia Gf aku. Aku lemas ok. Aku ape lagi sound je la dan dia tnya aku, cinta ke x kat dia. Aku katelah x lagi. Dia tanya aku blk bila perasaan tu boleh diberi, aku dh mula hangin. Bermulalah episod sedih ini dan dibawah ini:

Insan biasa: Awak x faham ke, saya kata beri saya masa.

Awek hp: tapi awak, sampai bila?

Insan biasa: Itu saya x brani jamin

Awek hp: Cinta boleh dipaksa dan jika kedua2nya mencintai hidup bahagia.

(aku mengumil sendri dan menghina wanita ini dalam hati)

Insan biasa: Cinta x boleh dipaksa awak, cubalah awak tanya member2 awak

Awek hp:awak tipu!

(pantang aku, orang panggil aku tipu klau aku x buat)

Insan biasa: fine, saya rasa cukup sampai di sini saja hubungan kita, awak x faham saya, mcm mna hubungan kita akan berjaya dapat4 flat.

Awek hp: Awk... janganlah cam ni. ok2 saya minta maaf... bla...bla..bla


Conversation tu berakhir di situ, dia bertubi2 membalas mesej memujuk. Satu pun aku x balas. kejam kan? tapi bagi aku, sesiapa yang x faham perasaan orang lain seribu kali lebih kejam. Aku silence hp aku dan bila aku check, berpuluh2 miss call dari awek ni dan berkeping2 msj pemohonan maaf. Aku just balas, Don't say you love me, you not even know me, if you really want me, and give me some time... (sambil tu aku bg link lagu: M2M- don't say you love me) haha. bukan setakat tu je. aku suruh dia cari keseluruhan lyric agar dia faham apa sebenarnya perasaan aku. Kat kowg, aku bagi music note dia... 
 


Dah la aku dh banyak problem, dia plak nak tambahkan pening aku. Klau aku ada scanner. mau je aku post msj yang aku anta kat dia kat sini.

Apa yang aku nak pesan dari cerita cinta mengusik jiwa ni adalah, hargailah perasaan orang lain jika ingin orang itu menghagai perasaaan kita. jangan ingat hubungan hanya berlandaskan rasa cinta tetapi gabungan dari kefahaman dan kepercayaan antara satu dengan yang lain. Ok, kita akhiri entri kali ini dengan ucapan, BIAR SINGLE ASAL BAHAGIA..
 
*Aku pun single skrg.. tapi x leh nak bahagia.. sesape ada tips?

21 Julai 2011

Bertepuk Sebelah Tangan...

 
 
sekiranya kmu dapati dirimu menyintai seseorang yang x membalas cintamu...
jangan merasa tersisih..
tiada salahnya menyintai seseorang..
kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang..


sekiranya kmu dicintai seseorang yang tidak kmu cintai..
anggapla ia satu penghormatan buat dirimu..


tapi..


kembalikan penghormatan itu dgn cara jujur dan ikhlas..
jangan mengambil kesempatan dan jangan melukakan..


bagaimana kamu mengurus cinta begitulah kmu mengurusi dirimu..
setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa..
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza..


sekiranya kite bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita..
dan tiba-tiba cinta itu memilih untuk pergi..
tiada siapa yang harus dipersalahkan..
relakanlah cinta itu pergi..
kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi..


dan..


kita akan menyedari apabila masa silih berganti..
ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta..
kerana cinta sendiri yang akan memilih untuk singgah di hati sesiapa...


kamu hanya perlu untuk menerima kehadiran cinta dengan segala misteri..
di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu...
nikmatilah sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia..
cinta akan selamanya menjadi misteri..

bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hatimu

01 Julai 2011

Debate About My Study Fee's.


ni yuran Dhom
jom kita tengok apa kata para student




 












 




Yang ni yang terkini.. nnt update lagi yer