Bila rindu ku tersebut namamu, cewah…
Bosannya pagi2 ni.. nak g kelas, demam. Tapi x boh nak tido.. ati ingat bunga je.., dah nak puasa kut itu yang jadi blues sikit. Masa korang zaman sekolah dulu aku pasti korang pernah mengalami sindrom rindu-rinduan dan cintan-cintan bodo ni. Aku terkecuali dalam hal ni sebab dulu aku mat rock, so cerita-cerita ni takde kena mengena dengan aku. Kalau ada yang berkaitan dengan aku, itu aku kira kebetulan sahaja. Wah baik punya disclaimer.
Zaman kita sekolah menengah dulu kan, form 1 sampai form 5 sekitar 5 hingga 10 tahun lepas lebih kurang lah, ada kejadian-kejadian pelik yang berlaku yang melibatkan soal hati dan perasaan antara kita dan si dia. Si dia tu maksud aku kawan sebaya perempuan atau lelaki lah. Bukan mak cik tukang masak hostel atau pun warden asrama pulak, tak tau lah kalau korang ada yang lain dari yang lain.
Untuk adik-adik yang membaca entry kali ni, pak cik nak ceritakan pengalaman abang-abang dan kakak-kakak korang masa dia orang muda-muda dulu. Untuk adik-adik level Gang Bas Sekolah, ini cerita zaman mak ayah adik-adik ni. Untuk anda pembaca seusia yang sudi baca entry aku kali ini, ini cerita kita.
Orait..
Masa baru sekolah menengah dah pun ada hati nak berkasih nak bercinta. Belajar belum habis dah sibuk nak bercouple. Sama lah macam hari ni, minat kat budak sekelas, budak kelas sebelah, admirer kat orang tu dan secret admirer kat orang ni. Tapi dulu punya cerita, email takde SMS apatah lagi so kalau minat tu mintak tolong kawan-kawan kirim salam jer lah. Lagi famous orang tu, lagi lah hari-hari orang kirim salam, nak berkenalan nak jadi adik abang angkat, nak jadi bopren dan gepren.
Lepas tu hantar surat, nak berkenalan. Bau surat mak aiii.. wangiiii, envelope warna biru muda atau pink. Huhuhu.. yang low budget pakai letak bedak cuticura je.
“Salam di angin lalu membawa kata-kata rindu ku buat mu. Semoga kau tenang di samping tugasan seharian. Ku pohon maaf seandainya warkah ini mengganggumu…”
Perhh.. karang bang.. karat. Sorry lah aku tak pandai nak karang surat macam ni, ayat tu pun dia datang sendiri jer tapi itulah lebih kurang surat jiwang yang dia orang tu tulis, aku tolong tuliskan jer. Majalah Remaja masa tu banyak menyumbangkan idea-idea kepada puak-puak jiwang karat ni, aku pun baca jugaklah yang kakak aku beli.
Lepas tu bila hujung minggu pergi dating. Kalau di Alor Setar dulu, tempat yang paling jadi tumpuan golongan jiwang ni ialah di McD kat bawah City Plaza tu, Pacific, Ampang Jajar, panggung wayang Rex dan Cathay, library awam etc..
Sekali lagi aku ulangi, cerita-cerita ini tidak ada kena mengena dengan aku, kalau ada hanyalah secara kebetulan saja.. he he he.
bila chenta diterima oleh markah ni (Sebelah Kedah dulu2 orang pangil girlfriend sebagai markah) maka tak senang duduk lah mamat ni, sure berangan punyalah, diriku sudah berpunya. Markah tu aku punya. Muka berseri macam pengantin baru nak masuk bilik. Alangkah indahnya dunia ini..
Kalau tidurmu tiada lena bukan kerana panasnya malam…. tapi itulah tandanya… aku mengingatimu.. Kalau tidurmu termimpi akan diriku, itulah tandanya… aku merinduimu.
Ehem..
Kalau jenis mamat yang overacting sikit boleh tengok lah creativity dia menyonteng dinding bilik hostel atau bawah katil double decker. Aku tau lah banyak sangat lah graphic-graphic bodo ni kat hostel aku dulu. Aku conteng jugak tapi aku suka conteng benda lain… Din-Liza wuz ere, loveU4ever.., Still loving you.. peh karat abih.
Rela aku hidup kesepian agar aku bisa merinduimu setiap detik. Aku hanya tahu menyintaimu, merinduimu dan aku membilang hari dan saat sampai kita ketemu..
ayat ni aku copy paste dari satu blog page.. bukan aku punya pun.
Kalau nama lelaki tu Din, nama perempuan Liza, jadilah Dinza. Jiwang betul puak-puak ni. Merata ceruk lah dia tenyeh nama gabungan tu, atas meja sekolah, dalam buku, dalam locker, kat dinding.. Mahathir dengan Yatie jadi Yamaha.. perhh. Eddy dengan Azira jadi Eddyra.. wahhaa. Contoh je la.
Perangai budak-budak angau ni memang kelakar, baru bercouple di sekolah tapi dia punya kemaruk tu ngalahkan orang dewasa bercinta. Yang mana tak pernah ada diary wow siap beli diary nak tulih dia punya perasaan dan tarikh-tarikh penting. Tarikh mula-mula berkenalan sekian-sekian, tarikh markah tu terima nak jadi girlfriend sekian tarikh, birthday dia lah, birthday anak kambing dia lah.. macam-macam dik peel abang kakak korang dulu. Zaman ni dah ada Ipod, tak main dah diary nih. Cinta yang tak bertepi.. kadang-kadang geli geleman kalau terbaca diary dia orang ni.
Tambah syok tengok bila nak dekat 14 February, macam nak sambut raya Deepavali. Siap beli card Valentine Day yang ada music tu, orang kampung aku kata ada bunyi-bunyi tu…
“..be my Valentine”… perhhhhh! Yang syok tengok kalau gang-gang lebai kata “hishh sambut Valentine Day haram tuuuu…” huhuhu..
Bulan puasa pulak, dia punya angau tu masa beli kd raya. Kata-kata yang spesis jiwang ni cari, Untuk kekasihku, Salam lebaran untuk kekasih .. lebih kurang gitu lah. Card raya pulak yang ada bunga-bunga dan ada music.. dalam card raya pun ada jugak warkah cinta terselit dan duit kertas yang diphotocopy.. duit raya la tu.
Biasalah orang tengah angau, aku cukup suka tengok spesis yang berubah perangai disebabkan chenta monyet ni. Suka nyanyi-nyanyi, lagu pulak lagu yang ada unsur-unsur chenta punya lah. Tak pulak aku dengar orang yang sedang angau ni bantai nyanyi lagu Selimut Putih.
Kalau mat rock pun, at least mesti layan perasaan dengar lagu rock jiwang jugak, jangan nak chong aku lah. Apa lagu nostalgia zaman tu eh? Bulan Madu di awan biru, Rozanna, Gadisku, Masih Aku Terasa, Srikandi Cintaku, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Nyanyian Dalam Sepi, Still Loving You, Right Here Waiting, banyak lagilah. Jangan suruh aku tulih tajuk lagu Siti Fairuz, Jamal Abdillah, Naseer wahab, Shidee semua tu.. aku tak tahu deh.
Lagu tema, pehh.. lagu ni saya tuju kat awak. Kalau awak terdengar lagu ni, awak ingatlah saya pun suka lagu ni.. haha.
Demi cintaku padamu
Ku korbankan jiwa dan raga
Biarpun harus ku telan lautan bara
Bulan madu di awan biru
Tiada yang mengganggu
Bulan madu di atas pelangi ………
Ku korbankan jiwa dan raga
Biarpun harus ku telan lautan bara
Bulan madu di awan biru
Tiada yang mengganggu
Bulan madu di atas pelangi ………
Gang-gang sewaktu dengan aku mesti ingat lagi lagu Search ni.
Itu tak kira yang tulih lirik lagu kat dinding.. yang ditampal kat depan buku dan dalam warkah chenta untuk si dia.. karat bang. Siap bawak awek tengok wayang bangg.. wahahha. Dalam panggung ni ler ada yang cuba belajar geli-geli, beromen siap lentuk atas bahu boyfriend. Masing-masing cuba mengenali bentuk tubuh badan pasangan masing-masing, yer lah zaman dulu mana ada internet nak search gambar blue.. Sebelum film tamat, dia orang blah dulu takut ada orang kenal.. penuh dengan kulit kuaci.
Nak keluar dating pun pun satu masalah, nak kena kelentong mak ayah lagi. Cakap nak gi townlah, gi library lah.. especially budak perempuan.
Zaman tu transportation tak macam hari ni ramai yang dah pakai motor atau koman-koman pun Kancil, zaman tu naik bas jer kalau nak gi dating. Kalau tempat lain aku tak tahu lah, kalau sebelah lostar dulu, gitu lah. Masa first date tu, duduk satu bangku pun jauh-jauh, kalau berjalan mesti ada gap, kalau lembu lalu kat tengah pun muat, malu la kunun. Masa dating tu time makan ka, tengok wayang ka, biasanya lelaki ler yang kena keluar pitih. Jaga maruah..
Siang dah jumpa kat sekolah, petang dah jumpa kat town, tak puas lagi. Handphone takde, internet takde so guna public phone je lah untuk bergayut, sebijik macam mawas. 1-2 jam tu biasalah. Sakit hati woo kalau kena turn kita nak guna tu mawas-mawas ni duk bergayut. Dapat jer kat kita mak aiii busuk punya bau ganggang telepon, romen ganggang agaknya..
Gi sekolah dengan baju dan seluar sekolah yang bergosok, siap ada line tajam lagi. Nak tunjuk dia dah berubah.. kalau marah suruh berenti hisap rokok pun sanggup berenti, tapi mak bapak marah langsung tak layan.. girlfriend tak suka kita buat itu, ikutt, tak suka buat ini, ikutt.. everything has changed since I met you.. perhh!
Specis jiwang karat ni at least ada ler benda yang dia hadiahkan kepada couple masing-masing, paling bodo pun gelang tangan stainless steel (bangle) yang boleh engrave nama atas tu. I LOVE YOU, I MISS YOU macam-macam lah.. aku rasa ada RM10.00 harga masa tu, aku agak je lah sebab aku tak beli pun natang tu. Tapi dia orang ni nak tunjuk chenta dan sayang ni, habis duit belanja sekolah takpe punya. Masa tu RM10.00 besar woo. Selain gelang tu, key chain kayu varnish tu, apa lagi haaa.. lupa la pulak.
Dalam duk jumpa hari-hari pun warkah chenta tetap ada punya. Kalau nak tulis satu page pun dah berapa sheet yang kena peronyok, sebab tulisan tak cantik atau idea tak mari. Itu yang banyak ciplak ayat-ayat bunga dari majalah Remaja tu. Hairan aku dia orang ni boleh tulis kadang-kadang sampai 5-6 pages.
Ayat-ayat berbunga abiss. Janji nak sehidup semati, aku rindu lah, sayang, chenta, tak jumpa sesaat rasa setahun cehh. Macam buat essei. Lepas tu, beri kat posmen yang tak bertauliah. Silap hari bulan posmen tu jugak yang jadi boyfriend / girlfriend dia..
Masa kawan aku kena kantoi dek cikgu dulu, cikgu jumpa gambar boyfriend dia dan di belakang gambar tu ada ler beberapa ayat. Cikgu tu kata kalau gunung baca, boleh cair gunung tu. Ada surat-surat budak ni yang kena rampas masa spot check. “Kenapa abang tak lalu dekat kelas saya hari ni”.. Wahaha..
Zaman sekolah memang dilarang berchenta, bercouple-couple, tapi apa yang cikgu boleh buat kan.. dia orang pun dulu masa sekolah pun berchenta jugak entah-entah lagi teruk. Biasalah kalau ada couple sekolah yang kena panggil ke bilik guru, kasi counseling sikit. Nasihat concentrate pada study, masuk U dapat kerja nanti boleh lah kalau nak bercinta pun. Ayat default dia orang la tu.
Bila ada je problem, dinding jugak jadi tempat lepaskan perasaan. Abis kena conteng. Apatah lagi kalau putus cinta, macam mawas tertelan ganggang telepon tadi. Memang nampak bodo lah. Kelas ponteng, belajar apatah lagi, sampai menangis bangg.. sampainya hatimu buat aku begini, betapa dalamnya aku benamkan belati cintaku di dada ini hingga akhirnya aku yang terluka… itu yang syok tengok kalau kat asrama, duduk sorang-sorang layan perasaan. Sebab tu agaknya Ustazah aku dulu ada cakap, lelaki ni tau buat perempuan menangis jer..
Bila dah frust ni banyaklah ‘club-club atau persatuan’ baru dibuka seperti kelab Jiwaluka, Kelab Jiwalara, Angkatan Pemuda Insaf (API). Banyaklah slogan-slogan baru.. Perempuan sama saja, Aku Anti Wanita, No Woman No cry, lelaki playboy, buaya darat etc.
Masuk tahun-tahun awal 2010.. zaman banyak berubah. Kita tinggalkan zaman persekolahan dan masuk kolej. Masa tu buat diploma. Cara budak U bercinta banyak kelainan sikit, tak macam bebudak sekolah tu. Posmen-posmen tak bertauliah masih ada. Duit biasiswa ada, sewa kereta ke sana sini bawak awek ke hulu ke hilir. Walaupun masih belajar tapi dah takde sapa nak larang.. masing-masing dah boleh sharing apa saja, masalah peribadi, financial, apa saja lah.
Bercinta bagai nak rak, abis ngaji kita buat sambung lagi lepas tu kita masing-masing bawak diri. Kita tak sehaluan, ada baiknya kita bawa haluan masing-masing.
Kau tidak dilahirkan untuk ku, aku bukan untuk mu. Terima kasih kerana pernah singgah di hati ini dan membahagiakanku walau seketika.. hek eleh.
Rasa-rasa bila dah tua-tua nanti ditakdirkan berjumpa semula dengan mereka-mereka yang kita pernah sayangi dan rindui ni, mesti rasa malu pun ada. Janji sehidup semati masa form 5, nak bertunang lepas SPM, nak masuk U sama-sama, lepas dapat kerja nak pinang dia. Hidup aman damai hingga anak cucu.. abis je SPM entah ke mana.
Last-last jumpa dia bawak anak berderet, kita bawak anak berderet sebelah isteri yang sedang sarat mengandung.. Kalau masa jumpa tu masih slim macam dulu OK lah kan, kalau berubah jadi macam tong drum tu rasa bersyukur pulak tak ditakdirkan bersama.. wahahaha..
sekian..
sekian..
♥I&S♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan