Kisah ini bermula setelah aku telah menerima mesej dari sowg awek yg aku kenal melalui telefon je. Aku pun cam terkejut la tetiba je mesej aku ni ape cer kan? Jadi aku balaslah mesej dia dengan penuh rasa ingin tahu. Hingga hari esok, kami terus bermesej, ada la gak dia call tapi aku reject sbb aku ni alah skit sembang dengan perempuan di telefon. Sembang punya chatting, rupa2nya baru dia crita sebabnya...
Baru 2 hari perkenalan dia dah ajak aku couple. what the what? Ingat nak jual popcorn ke? (aku tau contoh ni x relate) Dia nak sangat bercouple, menurutnya seronok tengok kwn2 couple. AKu tanya dia serius ke. Jadi aku on je la. Sebagai lelaki yang brutal, aku cuba memberi yang terbaik untuknya. Rupa2nya langit x selalunya cerah, x sampai 12 jam lagi dah ada problem.
Minah ni tetiba je serius. Msj aku setiap minit. Dok kata syg kat aku la. Ewh.. aku yang merasa ini semua sudah melampau terus menegurnya mengatakan bahawa dia sudah terover. Nasihat aku x diterima dan dia suruh pulak aku cintakan dia. what? ko ingat cinta tu apa? Ok fine, aku bagi peluang dan aku gtaw dia bagi aku masa untuk suka kat dia. Dia setuju je. Sambil aku bkk syok.org hingga ke tngah hari, kami bermesej2 tapi tanpa diduga dia membangkitkan isu tadi dengan penuh sinisnya.
Dia mula mengongkong aku, setiap perkara aku buat, dia nak tahu. Alasannya dia Gf aku. Aku lemas ok. Aku ape lagi sound je la dan dia tnya aku, cinta ke x kat dia. Aku katelah x lagi. Dia tanya aku blk bila perasaan tu boleh diberi, aku dh mula hangin. Bermulalah episod sedih ini dan dibawah ini:
Insan biasa: Awak x faham ke, saya kata beri saya masa.
Awek hp: tapi awak, sampai bila?
Insan biasa: Itu saya x brani jamin
Awek hp: Cinta boleh dipaksa dan jika kedua2nya mencintai hidup bahagia.
(aku mengumil sendri dan menghina wanita ini dalam hati)
Insan biasa: Cinta x boleh dipaksa awak, cubalah awak tanya member2 awak
Awek hp:awak tipu!
(pantang aku, orang panggil aku tipu klau aku x buat)
Insan biasa: fine, saya rasa cukup sampai di sini saja hubungan kita, awak x faham saya, mcm mna hubungan kita akan berjaya dapat4 flat.
Awek hp: Awk... janganlah cam ni. ok2 saya minta maaf... bla...bla..bla
Conversation tu berakhir di situ, dia bertubi2 membalas mesej memujuk. Satu pun aku x balas. kejam kan? tapi bagi aku, sesiapa yang x faham perasaan orang lain seribu kali lebih kejam. Aku silence hp aku dan bila aku check, berpuluh2 miss call dari awek ni dan berkeping2 msj pemohonan maaf. Aku just balas, Don't say you love me, you not even know me, if you really want me, and give me some time... (sambil tu aku bg link lagu: M2M- don't say you love me) haha. bukan setakat tu je. aku suruh dia cari keseluruhan lyric agar dia faham apa sebenarnya perasaan aku. Kat kowg, aku bagi music note dia...
Dah la aku dh banyak problem, dia plak nak tambahkan pening aku. Klau aku ada scanner. mau je aku post msj yang aku anta kat dia kat sini.
Apa yang aku nak pesan dari cerita cinta mengusik jiwa ni adalah, hargailah perasaan orang lain jika ingin orang itu menghagai perasaaan kita. jangan ingat hubungan hanya berlandaskan rasa cinta tetapi gabungan dari kefahaman dan kepercayaan antara satu dengan yang lain. Ok, kita akhiri entri kali ini dengan ucapan, BIAR SINGLE ASAL BAHAGIA..
*Aku pun single skrg.. tapi x leh nak bahagia.. sesape ada tips?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan