Followers

30 Oktober 2011

Pangkor Bayview Beach Resort


Hoola Haloo

Berjumpa lagi.. Dhom bosan la malam ni.. saja nak story mory sket pasal
holiday yang Dhom baru balik ni...

Amacam gambar kat atas.? ada tertarik ka? hahaha... slama 3 hari 2 malam Dhom & Friends stay kat sana. Macam best tapi agak kureng la sbb x bnyak aktiviti leh buat waktu malam. Nak karaoke pun MAHAL sangat le.. Rm50/Jam.. Kejadahnyer harga tu bg dak2 nak enjoy tapi x bnyak duet cam aku.. hahahaha

Day 1 [28 Oktober 2011]
Kitaorang bertolak dari IPTG dalam kul 3... kira sampai sana dalam kul 4.30 ptg la. Pomot skit yer .. Sesapa nak g pangkor, tiket feri RM10 pergi balik...  Sambung balik citer, ptg tu sampai2 memang kitaorang g ronda2 cari port nak lepak malam dah.. keciwa di aty bila xde port. Paling dekat pun dekat Coral Hotel.. hampeh tul.. teksi nak g pun Rm20/Rm15 dah.. ciss!!!


Day 2 [29 Oktober 2011]

bermulo la jejale kawe nga saeng kawe (oops.. g kecek klate lak)
jejalan waktu petang memang besh.. sbb> kitaorang g snorkeling... huahaha bukan slalu leh snokeling ni.. kat kedah pun aku g kat Pulau Payar je. Hohoho.. see tis pic below below tis (haha.. english bankrup)

Ni Gambo den dgn adek den (Eyqa)

Gambar Paling latest warga B211 ( Bilik Family )

Tgh siap2 Nak g naek bot... snorkeling2... huahaha

Ya! Ha! Ni dak kos ternakan skali dgn aku.. kitaorang pangil dia "Ms Bella"
Time ni da atas bot menuju ke pulau nak snorkeling..

Snorkeling Time dak2 IPTG

Day 3 [30 Oktober 2011]

Arini last day.. x bnyak gambo ak amik... :(
cuma 2 keping je guna kamera hanset adik aku... huahaha yang baki2 tu suma guna kamera abg long bilik aku si abe ganu.. Ya Allah.. korang nak tawu x.. nak tungu feri punya la berejam.. lambat giler.. bikin gua panas je... panas luar, panas dalam, panas sana sini... kalaw xde iman, da lama aku bukak baju je kat ctu.. hahaha
Kitaorang x g jejalan sangat dah.. sakit kaki berbalut plaster sbb luka batu karang.. tajam siot!!! 

Muka mamat2 melayu terakhir zaman...

Sesak kan?


Inila Kak Ku ( bukak kakak aku tapi nama dia Ku)

Ni plak MPP lama, Che Wan from .... ( lupa la plak...)


Salam Goodbye.. Jumpa d laen Entry yer

I

♥Holidays♥






greyson change-im waiting outside the line

26 Oktober 2011

Pelik Ke Kalau Lelaki X Minat Tengok Sukan?

Memang dimonopoli kaum2 lelaki kan?

Di mamak, time bola mesti dipenuhi dengan sang arjuna. Di stadium bola pun mesti dipenuhi dengan sang arjuna. Di stadium gimnastik dengan stadium renang (acara perempuan) pun kebanyakkan penuh dengan sang arjuna :). Mana-mana event sukan, mesti kita dapat lihat mesti kebanyakkannya akan dipenuhi dengan kaum-kaum lelaki sahaja. Sukan lebih sinonim dengan kehidupan seorang lelaki.

Tapi bagaimana dengan lelaki yang tidak minat tengok sukan? Lagi-lagi masa musim world cup aritu. Aku tahu ramai lelaki di luar sana yang tak suka tengok bola. Melalui pengguna-pengguna di twitter pun dah tahu berapa ramai lelaki yang tidak suka tengok bola. Adakah lelaki-lelaki yang tidak minat menonton atau menyaksikan sukan boleh disamakan dengan puak-puak pondan a.k.a lelaki lembut? Rasa-rasanya geng-geng pondan ni memang tak tengok langsung sukan, diorang suka tengok program memasak je, program nyanyian, program joget-joget, gelek2. OOps.. guraw jer

Bagi aku, lelaki yang tidak minat LANGSUNG untuk tengok sukan, memang ada something wrong. Kalau tidak suka tengok bola pun, mesti ada suka sukan yang lain, badminton ke, gusti ke, ragbi ke, lumba kerbau ke, dan macam-macam lagi la. Ada jugak member aku yang suka bermain bola dan futsal, tapi tidak suka tengok perlawanan bola. Pelik lagi kan macam ini? Macam aku, ak x suka tengok bola sbb .... , tapi faveret ak ragbi @ American fooball. Sbb ak player.. hehehe

Tu la aku zaman muda2 (2007), Si botak paling kiri. 

Bagi perempuan, korang suka pakwe atau suami korang, tak ambil kisah langsung ke pasal sukan? Aku rasa ramai perempuan kot yang suka pakwe atau suami diorang tidak layan langsung sukan. Yela, senang sikit nak ajak shopping, pergi makan angin, pergi teman pasar beli lauk, nak bermanja-manja dalam bilik pun tak ada gangguan..kan3? :). Sejujurnya aku cakap, orang lelaki ni sepatutnya kena ambil tahu jugak pasal sukan. Hidup lelaki tak sempurna tanpa sukan. Kaum perempuan pun kena lah faham jugak simptom ini.

Ini ayat yang aku memang tidak boleh terima sama sekali. 'Kenapalah ramai-ramai orang duk berebut-rebut untuk dapatkan satu bola dalam padang?. ****h betul. Belilah sorang satu, then tak perlulah nak berebut lagi'. Betapa sempitnya pemikiran orang yang berkata sedemikian rupa. Mana ada sukan di dunia ini yang tidak ****h. Badminton, pingpong, bola tampar, polo air, semuanya berebut bola. Kalau dianggap semua sukan ****h, maka tak wujudlah sukan di dunia ini. Otak itu kasi bukak sikit ya.


Habis entri ... mati akal nak bebel,,, huahahaha
see ya~

Klick la button share at bawah tu law free2.. bukan ken cas pun kn :)





2NE1~Fire

21 Oktober 2011

Duit Hantaran

Bila bercerita soal kawin, mesti ada yang sebut pasal duit hantaran, KEBANYAKKAN perempuan akan berfikir dan mengatakan itu tugas lelaki. Itu tanggungjawab lelaki. Ramai perempuan yang merasakan mereka patut wang hantaran tinggi. Kadang-kadang ada yang sampai berlawan sesama sendiri. Mahu menang siapa paling tinggi. Cuba lawan standard para artis. Tanpa berfikir panjang tentang baik buruknya.

“Aku kesian dengan kawan aku, bakal pak mertua dia mintak duit hantaran RM15K, Mas Kahwin pulak separuh dari duit hantaran. Barang-barang hantaran semua mahal, handbag je dah RM2K”

“Kenapa handbag sampai RM2K? Kenapa tak cari yang murah sikit?”

“tunang dia yang mintak. dia nak handbag tu?”

Aku teringat, setiap kali mak aku terdengar wang hantaran yang jejak puluh-puluh ribu, pasti mak aku akan kata “itu bukan nak kahwinkan anak. Itu jual anak namanya”. Aku sangat bersetuju. Apa relavennya meminta wang hantaran setinggi langit? Sebab kos untuk buat kenduri kahwin mahal? Itu sebab kau cari yang high standard. Walhal makanan tu lepas dari tekak dah tak ada beza pun. Yang berkhasiat jadi tenaga, yang tak berguna kita laburkan dalam bilik kecil. Goodie bag yang mengandungi barang-barang menarik dan ekslusif? Beritahu aku berapa ramai yang simpan barang-barang goodie bag yang diterima dari majlis kahwin? Tak ramai mana pun. Banyak yang jadi sampah.

Pendapat aku, perempuan tak patut meletakkan beban wang hantaran 100% pada lelaki. Bukan aku kata perempuan patut tolong cari duit untuk cukupkan wang hantaran, tapi meletakkan wang hantaran biarlah berpada-pada. Itu hanya adat, bukan diwajibkan dalam agama. Cuba fikir baik buruknya. Kalau kau minta hantaran tinggi melangit, sudah cukup simpanan bakal suami kau? Kalau belum mana dia nak cari? Merompak? Ramai yang terpaksa buat pinjaman peribadi. Sudah jadi satu beban. Lagi beban kalau minta pinjaman peribadi dekat bank semua di tolak, jalan terakhir hanya ah long. Kau ingat sekarang ni senang bank nak bagi pinjaman? Yang senang pun kadar faedah tinggi, umpama ah long berlesen. Dah berhutang, lepas kahwin suami kau sakit kepala nak langsaikan hutang. Kau pula dah pasti mahukan itu dan ini. Mana suami kau nak cekau duit?


Silap-silap makan ikan kering je hari-hari. Itu pon kalau ada. Kemudian kau tak tahan hidup begitu dan apa penyudahannya? Cerai? Kau kahwin untuk bercerai ke? Itu kalau pinjaman peribadi di bank. Macam mana pula kalau pinjaman dengan ah long? Hari-hari di ganggu, di simbah cat merah, terima ugutan, pindah sana sini untuk lari dari ah long. Kau pasti tidak tahan dengan semua itukan? Jadi kesudahannya? Bercerai? Pernah kau fikir semua ini?

“Bakal suami aku jurutera. Gaji lebih RM10K sebulan. Dia mampu nak beri wang hantaran tinggi mana pun”.

Ok, kalau dia mampu baguslah. Tapi pernah kau terfikir buruk dan baik selain yang aku nyatakan kat atas? Aku pernah terbaca artikel dalam salah satu surat khabar tempatan tentang kajian mengenai wang hantaran yang terlalu tinggi. Menurut artikel tersebut, dari kajian yang dibuat, kebanyakkan suami yang membayar wang hantaran yang tinggi seolah-olah cuba memisahkan si isteri dengan keluarganya. Kenapa? Alasan mereka, “saya dah beli awak dari orang tua awak dengan harga yang tinggi”. Sanggup kau dengar perkataan tu? Tak ke terasa seperti barang dagangan?

Hantaran yang tinggi tak bermakna kau akan bahagia dan hantaran yang rendah tak bermakna kau gagal “bersaing”. Aku rasa mereka yang meminta hantaran terendah/tidak meminta hantaran/membiarkan pihak lelaki menetapkan kadar hantaran adalah perempuan yang mulia. Dan aku tidaklah bermaksud mereka yang telah meletakkan kadar hantaran yang tinggi itu tidak baik. Itu hak masing-masing. Aku cuma ingin beri pendapat untuk membuka minda orang Melayu kita.


Ini hanyalah pendapat peribadi aku. Tidak ada ditujukan secara peribadi pada sesiapa. Aku hanya terasa jengkel dengan sikap orang kita. Jadi aku hanya meluahkannya di sini. Pinjam kata-kata dari blogger Sultan Muzaffar, “Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”





Renung-renungkan dan selamat beramal.

16 Oktober 2011

Kebebasan

“halo.. mr Dhom.. nak tanya ckit bole x ?? hmm… napa ya laki2 ne… suka m’kong2 wanita ?? sebab apa ya ?? itu x boleh ini x boleh… susah nyer… rasa terikat lah.. nak jalan jauh pun susah, dia x bagi… alasan dia x tenang lah… huh..”

-unknown people-

Aku tersenyum baca komen ni. Bukan apa, beberapa hari sebelum tu, aku pun ada tgk situasi cam tu...

“Bro, kalau bro pegi mana2 ada report tak? Pegi mana2 ada bgtau gf tak? Pegi makan, pegi buang sampah, memana la… btau gf?”

Secara jujur, suatu ketika dulu, aku pernah menjadi seperti yg dimaksudkan oleh unknown people. Tapi taklah melampau sangat sampai pegi buang sampah pon nak report pada gf. Itu bagi aku tahap gila namanya.
Menjawab soalan dari Unknown People, sebenarnya hampir kebanyakkan lelaki menganggap teman wanita sebagai hak mereka. Sebab itu ramai lelaki mengongkong teman wanita mereka. Hakikatnya, teman wanita masih lagi menjadi hak keluarganya, ibu bapanya.

Kebanyakkan lelaki yang mengongkong teman wanita ni boleh juga aku kata tidak yakin pada diri. Mereka sedar diri banyak kekurangan jika dibandingkan dengan lelaki lain, jadi mereka akan sedaya upaya mengongkong dan memastikan teman wanita mereka tidak berkenalan dengan lelaki lain yang lebih hebat dari mereka.

Pesanan untuk lelaki

Jangan melenting dengan point aku. Ini nasihat aku. Bukan mahu berlagak bagus, tapi aku menulis berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Jika kau menganggap teman wanita kau sebagai hak kau, kau silap besar. Ya, kau SILAP BESAR. Kau cintakan dia dan dia terima cinta dia tak bermaksud di hak kau. Jika kau berkahwin sekali pun, isteri itu bukan hak, tapi tanggungjawab. Hak dan tanggungjawab adalah 2 perkara yang jauh berbeza. Apatah lagi jika kau dan teman wanita kau masih tidak punya ikatan yang sah. Kau tidak punya hak untuk mengongkong.

Jika kau antara lelaki yang mengongkong teman wanita kerana kau takut teman wanita kau curang, terus terang aku katakan tindakkan kau silap. Kau pernah dengar ungkapan “If you love someone, set her free. If she come back, she is yours. If she doesn`t, she never was”? Bagi aku, ungkapan itu adalah betul. Jika kau benar-benar sayangkan teman wanita kau, biarkan dia tentukan hidupnya. Kau masih boleh beri pendapat dan nasihat. Tapi jangan sekali-kali mengongkong. InsyaAllah, dia akan berasa selesa bersama kau dan akan setia pada kau.

Jika kau terus mengongkong, teman wanita kau akan merasa bosan dan rimas. Mereka akan mencipta pelbagai alasan dan pembohongan bagi meloloskan diri dari kongkongan kau. Implikasinya, sudah tidak ada lagi kejujuran dalam perhubungan dan teman wanita kau pasti mencari lelaki yang jauh lebih baik dari kau. Ingat, setiap perhubungan perlukan kejujuran dan kepercayaan. Jangan sesekali membiarkan tindak-tanduk kau menghilangkan salah satu elemen ini.

Pesanan untuk perempuan

Jika kau rasa terkongkong, luahkan saja isi hati kau pada teman lelaki kau. Aku faham, lelaki kononnya punya ego yang tinggi. Jika kau sudah meluahkannya lebih 3 kali, aku rasa, tak ada gunanya jika kau teruskan perhubungan itu. Segeralah angkat kaki. Jika kau masih menuntut di IPT, jangan bazirkan masa kau bersama lelaki seperti ini. Lebih baik kau tumpukan perhatian pada pelajaran dan nikmati “campus life” yang hanya beberapa tahun.

Tapi jika kau seorang isteri, walaupun dengan perkahwinan tanpa kerelaan hati kau, kau perlu faham yang diri kau adalah tanggungjawab suami kau. Jangan terasa seperti di kongkong kerana setiap perbuatan kau yang boleh menyebabkan fitnah atau dosa, akan di tanggung oleh si suami. Jadi, suami berhak untuk tahu ke mana kau pergi, apa yang kau lakukan. Selagi dia tak menyuruh kau buat sesuatu yang bertentangan dengan syarak, ikut saja apa kata dia.








Gratisan Musik

11 Oktober 2011

Kasihnya Seorang Ayah


Namaku Ridzuan dan aku memiliki sebuah kisah cinta yang memberikanku sebuah pengajaran tentangnya. Ini bukanlah sebuah kisah cinta hebat dan mengagumkan seperti dalam novel-novel romantis, tetapi tetap bagiku ia adalah kisah yang jauh lebih mengagumkan dari semua novela tersebut.

Ini adalah kisah cinta ayahku. Mereka bertemu di sebuah majlis resepsi pernikahan dan kata ayahku dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika ibuku masuk ke dalam ruangan. Saat itu dia tahu, inilah wanita yang akan dikahwininya. Ia menjadi kenyataan dan mereka telah bernikah selama 40 tahun dengan tiga orang anak. Aku anak sulung, telah berkahwin dan memberikan mereka dua orang cucu. Ibu bapaku hidup bahagia dan selama bertahun-tahun telah menjadi ibu bapa yang sangat baik bagi kami, membimbing kami dengan penuh cinta kasih dan kebijaksanaan.

Aku teringat suatu hari ketika aku masih berusia belasan tahun. Beberapa jiran kami mengajak ibuku pergi ke pembukaan pasaraya yang menjual alat-alat keperluan rumah tangga. Mereka mengatakan hari pembukaan adalah waktu terbaik untuk berbelanja barang keperluan kerana barang sangat murah dengan kualiti yang berpatutan.

Tapi ibuku menolaknya kerana ayahku sebentar lagi akan pulang dari kerja. Kata ibuku,”Ibu tak akan pernah meninggalkan ayahmu sendirian”.

Perkara itu yang selalu ditegaskan oleh ibuku kepadaku. Apapun yang terjadi, sebagai seorang lelaki, aku wajib bersikap baik terhadap isteriku dan selalu menemaninya dalam keadaan apapun, baik miskin, kaya, sihat mahupun sakit. Seorang wanita harus menjadi teman hidup suaminya. Banyak orang tertawa mendengar hal itu. Menurut mereka, itu hanyalah lafaz janji pernikahan, omongan kosong belaka. Tapi aku tetap mempercayai nasihat ibuku.

Sampai suatu hari, bertahun-tahun kemudian, kami sekeluarga mengalami berita duka. Setelah ulang tahun ibuku yang ke-59, ibuku terjatuh di kamar mandi dan menjadi lumpuh. Doktor mengatakan kalau saraf tulang belakang ibuku tidak berfungsi lagi, dia harus menghabiskan sisa hidupnya di pembaringan.

Ayahku, seorang lelaki yang masih sihat di usia tuanya. Tetapi dia tetap setia merawat ibuku, menyuapinya, bercerita segala hal dan membisikkan kata-kata cinta pada ibu. Ayahku tak pernah meninggalkannya. Selama bertahun-tahun, hampir setiap hari ayahku selalu menemaninya. Ayahku pernah mengilatkan kuku tangan ibuku, dan ketika ibuku bertanya ,”Untuk apa kau lakukan itu? Aku sudah sangat tua dan hodoh sekali”.

Ayahku menjawab, “Aku ingin kau tetap merasa cantik”.

Begitulah pekerjaan ayahku sehari-hari, merawat ibuku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Suatu hari ibu berkata padaku sambil tersenyum,”Kau tahu, wan. Ayahmu tak akan pernah meninggalkan aku…kau tahu kenapa?”

Aku menggeleng, dan ibuku berkata, “Kerana aku tak pernah meninggalkannya…”








Ae Man [Ayah]

06 Oktober 2011

Kita Kan Kawan




Gotta Be My Girl



“Jangan menunggu buah yang tak gugur,”nasihat Walid sambil menepuk bahu Hisyam yang asyik termenung dari tadi. Hisyam tidak mempedulikan kata-kata Walid sebaliknya hanya melemparkan pandangan kosong ke arah sekumpulan pelajar yang sedang leka bermain.

“Aku ni jahat sangat ke, Walid?” Hisyam meluahkan kata-kata yang agak mengejutkan Walid.Walid serba-salah untuk memberikan jawapan.Sememangnya rakannya itu agak nakal,tapi dia tidak sampai hati untuk berkata begitu kepada Hisyam. Bimbang, sekiranya sahabatnya itu kecil hati pula.

“Semua pelajar tak suka pada aku. Kau pun macam tu juga ke?” Walid terkedu mendengar pertanyaan Hisyam. Walid merenung wajah Hisyam yang kelihatan tidak bermaya. Walid tahu mengapa sahabatnya itu berkelakuan sebegitu rupa. Cinta yang bertepuk sebelah tangan memang menyeksakan.

“Syam, aku risaulah melihat keadaan kau ni.Disebabkan putus cinta,kau bagaikan orang gila.Dah tiga hari kau tak ke sekolah.Kenapa jadi macam ni, Syam?” Hisyam hanya menggelengkan kepalanya sambil menarik-narik rambutnya yang agak panjang dan berserabut.Fikirannya buntu.
“Aku cintakan Puteri” ujar Hisyam dengan nada perlahan.

“Tapi,dia tak suka pada kau.”

“Kenapa? Sebab aku ni budak jahat? Orang jahat tak boleh bercinta ke?”

Walid sekali lagi terkedu dengan pertanyaan Hisyam. Sambil menggelengkan kepalanya,dia berkata, “Syam,ini bukanlah masanya untuk bercinta.Kita nak periksa tak lama lagi.STPM lebih penting dari segala-galanya,Syam.”

“STPM lebih penting konon. Habis tu, yang kau bercinta dengan Wanie tu,apa? Bukan bercinta namanya tu?” Hisyam cuba melepaskan geramnya.Nafasnya turun-naik dengan pantas.

“Syam, aku sedang katakan mengenai kau, okey? Jangan libatkan nama aku dan Wanie.”Walid mula berasa bosan dengan perangai Hisyam.Dia mahu pergi dari situ dengan secepat mungkin,tapi niatnya untuk menyedarkan rakannya itu telah mengatasi segala-galanya.

“Syam,kau tak malu ke? Dulu,kau kata kau tak gentar pada sesiapa pun. Tapi sekarang,kau kalah pada cinta pula. Kau tak takut ke kalau orang kata kau ni penakut?”perli Walid. Hisyam bengang dengan kata-kata Walid,lalu dia segera bangun dan melepaskan tumbukan tepat ke arah muka Walid. Walid tidak sempat mengelak dan ia merasakan seolah-olah dirinya melayang ke udara lalu jatuh terpelanting di atas lantai.

“Kalau kau anak jantan, buktikanlah yang kau mampu bangkit semula. Tunjukkan pada semua orang yang kau pun boleh jadi baik,” kata Walid sambil meraba mukanya yang mula terasa sakit akibat tumbukan Hisyam. Hisyam menggenggam erat buku limanya sambil merenung tajam ke arah wajah Walid yang mula menunjukkan kesan lebam akibat perbuatannya.

“Maafkan aku, Walid.” Perlahan saja nada yang digunakan oleh Hisyam untuk meminta maaf kepada Walid. Kolam matanya mula bertakung oleh manik-manik jernih dan hanya menunggu masanya saja untuk jatuh ke bumi. Walid menggelengkan kepalanya sambil bangun.

“Cuba ubah diri kau tu. Jadilah orang yang budiman. Bukannya susah sangat.” Walid berlalu pergi, meninggalkan sahabatnya itu sendirian,melayan perasaan.

================

Jeritan jam loceng mengejutkan Walid dari mimpi indah.Dia bergegas bangun lau mencapai kain tuala yang tersidai di birai katilnya. Dia melemparkan pandangannya ke arah katil Hisyam.Kosong,penghuninya tiada,yang ada hanyalah bantal dan selimut yang tersusun rapi.Walid kehairanan, kerana selalunya sahabatnya itu begitu liat untuk bangun pagi.

“Selamat pagi,”tegur Hisyam. Terbeliak mata Walid melihat perubahan pada diri Hisyam.Hisyam kelihatan begitu segak apabila mengenakan uniform sekolahnya. Rambutnya yang panjang sudah dipotong. Nampak lebih kemas apabila misai yang menghiasi wajahnya sudah hilang dari pandangan. Hisyam tersenyum kecil apabila melihat gelagat Walid yang seolah-olah terjumpa seorang putera lagenda.

“Nak jadi lelaki budiman, kenalah jaga imej,”ujar Hisyam tanpa di soal. Walid bangga dan kagum melihat perubahan yang ditunjukkan oleh Hisyam. 

“Tak sia-sialah aku kena tumbuk semalam,”usik Walid sambil bergegas ke bilik air.Kali ini,dia pula yang terlambat. Hisyam sudah pun bersiap-sedia untuk turun makan.Dia tersenyum kecil. 

“Tentu kawan-kawan aku terperanjat dengan perubahan ni. Si Puteri pun tentu jatuh hati pada aku,”desis hati kecil Hisyam.

“Selamat pagi,Wanie,”tegur Hisyam kepada rakan sekelasnya,Nor Wanie Hamzah. Seperti Walid, Wanie juga betul-betul terperanjat besar melihat perubahan pada diri rakan sekelasnya itu.

“Syam, kau ke ni? Wah,segaklah kau hari ni. Ada apa-apa ke ni?” usik Wanie sambil tersenyum sinis.Hisyam tidak mempedulikan sindiran Wanie.Matanya melirik ke arah wajah seorang gadis yang sedang duduk di satu sudut kelas sambil membaca buku. Kemudian,dia tersenyum.Dia segera melangkah menghampiri gadis itu.

“Hai, Puteri. Puteri baca buku apa tu?” tegur Hisyam dengan mesra. Puteri nampaknya terkedu dengan teguran Hisyam itu. Dia tidak menyangka bahawa Hisyam masih mahu menegurnya walaupun dia pernah melukakan hati pemuda itu. Puteri tidak menjawab pertanyaan Hisyam. Dia membatukan dirinya.

“Puteri kita masih kawan,kan?” tanya Hisyam sambil tersenyum.Puteri sekali lagi terkedu dengan pertanyaan Hisyam.Dia tidak berani bertentangan mata dengan pemuda yang pernah meminatinya .Puteri hanya mampu mengangguk kecil.

“Baguslah tu.Terima kasih,Puteri.”Kelembutan dan kesopanan yang ditunjukkan oleh Hisyam membuatkan hati Puteri berdebar-debar. Hisyam telah benar-benar berubah. Dari seorang pemuda yang selekeh dan kasar,dia berubah menjadi seorang lelaki yang budiman.

==========================

Walid menutup buku latihannya apabila loceng waktu rehat berbunyi. Diasegera menghampiri Wanie lalu mengajak sahabatnya itu pergi ke perpustakaan. Wanie akur dengan pelawaan Walid. Rakan-rakan Wanie hanya tersenyum melihat gelagat Walid dan Wanie yang seolah-olah seperti sepasang kekasih. Ke mana saja mereka pergi pasti berdua,sehinggakan ada yang menganggap mereka ni benar-benar sedang bercinta.

Walid dan Wanie sedang khusyuk membuat kerja sekolah mereka apabila mereka didatangi oleh Hisyam. Kedatangan Hisyam sememangnya amat memeranjatkan kerana selama ini pemuda itu begitu liat untuk menjejakkan kakinya ke perpustakaan.

“Hai,apa mimpinya kau datang ke sini,Syam?” tanya Walid.

“Tak ada apa-apa.Aku cuma nak ‘join’ korang. Tak boleh ke?” Hisyam mengambil tempat disebelah Walid.Wanie yang duduk didepan mereka hanya melemparkan senyuman kecil sambil tangannya ligat membuat kerja. Hisyam membelek satu-persatu helaian buku yang dipinjamnya dari perpustakaan itu,sambil sesekali matanya melirik ke arah kedua-dua sahabatnya itu yang sedang sibuk berbincang mengenai pelajaran. Mulalah timbulnya satu perasaan cemburu dari sudut hati Hisyam. Dia bergegas bangun dari tempat duduknya sambil berlalupergi, meninggalkan kedua-dua sahabatnya itu.


======================

Hisyam hanya memerhatikan Walid yang sedang khusyuk berdoa.Sesekali dia melemparkan pandangannya ke arah gambar Wanie yang tertampal kemas di sudut meja tulis Walid.Wajah gadis itu sungguh suci dan cantik. Memang secocok dengan Walid yang bukan kacak malah budiman. Kotak-kotak memori Walid berpusing ligat,mengingatkan kembali kisah silamnya.
Semasa berada di tingkatan lima, dia bercinta dengan Iftah,seorang gadis kaya yang begitu bersosial.Setiap hari Hisyam dan Iftah pasti akan berjumpa. Mereka akan berpeleseran di bandar, tengok wayang dan melepak di pusat membeli- belah. Hisyam sering tidak menyiapkan kerja sekolahnya dan selalu didenda kerana pulang lewat ke asrama. Kisah cintanya bersama Iftah telah mendapat perhatian dari semua pelajar dan guru-guru sehinggakan mereka sering dikutuk kerana bercinta di alam persekolahan.

Suatu hari, Hisyam dan Iftah telah ditangkap oleh guru disiplin kerana berdua-duaan di belakang bangunan sekolah. Akibat perbuatan mereka itu,Hisyam dan Iftah digantung sekolah selama sebulan. Iftah memutuskan hubungan dengan Hisyam selepas kejadian itu.

Hisyam mula jatuh hati pada Puteri ketika berada di tingkatan 6.Gadis yang berkulit cerah dan lemah-lembut itu telah berjaya memikat hati Hisyam.Tapi disebabkan sikap Hisyam yang nakal, suka merokok dan selalu ponteng kelas telah menyebabkan dia tidak disukai oleh rakan-rakan sekelasnya.Jadi,tidak hairanlah kalau si Puteri sanggup menolak cinta Hisyam.

“Hai,termenung lagi? Cakap dah insaf.” lamunan Hisyam terhenti apabila Walid yang baru saja selesai sembahyang menegurnya.Hisyam hanya tersenyum kelat. 

“Aku cemburu pada kau,Walid,”kata Hisyam.

“Kenapa pula?”

“Kau sungguh bertuah sebab kau dapat memiliki gadis yang kau suka.Tak ada siapa pun yang menentang hubungan kamu berdua.” Hisyam meluahkan perasaan yang terbuku dihatinya. Walid tergelak besar mendengar kata-kata Hisyam. Hisyam kehairanan melihat telatah Walid yang tiba-tiba saja tergelak macam orang hilang akal. 

“Syam,Syam.Aku dan Wanie bukannya bercinta betul-betul.Kami main-main je,” ujar Walid sambil menahan tawa.Perutnya bagai nak pecah apabila dia tidak dapat menahan dirinya dari terus ketawa.

“Apa maksud kau? Semua rakan-rakan kita dah tahu yang kau dan Wanie bercinta. Malah, kamu berdua amat rapat.” Hisyam cuba mendapatkan kepastian.

“Memanglah kami rapat.Tapi kami memang tak bercinta.Kamu semua yang salah faham,”kata Walid. Kemudian dia menyambung ,

“Macam ni, kau pun tahu yang aku ni lemah dalam Sejarah. Wanie pula lemah dalam Bahasa Inggeris. Jadi, untuk memperbaiki kelemahan masing-masing,kami sering membuat ‘study group’ bersama-sama. Kamu ingat kami bercinta. Jadi kami berpura-puralah bercinta. Kami nak main-mainkan kamu je,” jelas Walid dengan panjang lebar. Melopong mulut Hisyam mendengar penjelasan Walid.

“Kalau ‘study group’,kenapa dua orang je?” Hisyam masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Walid.

“Saja, dua orang lagi bagus.Kalau ramai-ramai nanti bukannya jadi ‘study group’,tapi jadi kelas berborak.”

“Jadi selama ni kami salah fahamlah ye?Berani kau mempermainkan kami semua.”Hisyam dan Walid saling tersenyum.

“Emm sebenarnya, Syam. Bercinta di alam persekolahan tak bagus. Nanti kita sendiri yang akan kecundang.Masa masih panjang.Suatu hari nanti,kita semua akan merasa apa yang kita inginkan.Tuhan sudah menetapkan jodoh masing- masing.Kita cuma perlu tunggu masa yang sesuai saja untuk menikmatinya,” nasihat Walid bagaikan seorang ustaz.

Hisyam mengangguk kecil, akur dengan kata-kata Walid.Sebenarnya dia sendiri sedia maklum tentang hal itu.Tapi,nafsu remajanya telah menghalang mindanya daripada berfikir secara rasional.
“Walid,boleh aku join study group kau?”tanya Hisyam.Walid tersentak dengan pertanyaan Hisyam.Walid hanya mampu mengangguk kecil.
“Baik,mari kita mulakan!”Hisyam mencapai buku rujukannya lalu berjalan megah ke bilik ‘study’ sambil diekori oleh Walid yang masih terpinga-pinga dengan kelakuan sahabatnya itu.
“Betul ke Hisyam dah berubah?Kalau dia hanya main-main saja ,macam mana?” desis hati kecil Walid.
Wanie terkejut apabila melihat kelibat Hisyam dalam bilik ‘study’ itu. Hisyam juga terperanjat besar apabila melihat wajah Puteri muncul bersama-sama Wanie.
“Sebenarnya Puteri nak join ‘study group’ kita,”ujar Wanie tanpa disoal. Walid hanya mengangguk kecil sambil melemparkan pandangannya ke arah Hisyam yang masih memerhatikan Puteri.
“Baguslah tu.Hisyam pun nak ‘join’ sekali.Marilah,kita sama-sama belajar dan sama-sama berjaya,”kata Walid. Hisyam hanya melemparkan senyuman kecil kepada Puteri. Puteri membalasnya dengan tersipu malu.
“Emm maaf ye.Kita ke sini nak ‘study’ untuk STPM,bukannya nak ‘study’ untuk berkasih-kasihan,”perli Walid. 
“Kitaorang kan kawan” Hisyam membalas dengan selambe je. Rakan-rakannya tergelak besar mendengar kata-kata Hisyam.

05 Oktober 2011

Satu Kerinduan ♥

5/10/2011
Per yang best sangat pasal hari ni..? ntah aku pun x tahu. Entri aku kali saja nak rindu2.. hahaha.. rindu sape tu? Ada la.. nnt Dhom bg list.. hehehe...

Mula2 kita berkenalan dengan maksud rindu. Rindu ni macam kita teringatkan sesuatu la. X kisah la rindu kat ssuatu tempat ke, kat ssuatu objek ke.. kat somebody ke (yg ni slalu la kan)... tu la definisi rindu kalau ikut kamus MrDhom. Hahahaha

Ranking Pertama kerinduan MrDhom...
Dhom rindukan diri Dhom yang dulu2.. Dhom yang kuat.. Dhom yang brani buat apa saja yang dia suka tak kira apa orang cakap.. Dhom yang chubby chubby comel..tapi Dhom skrang dah x mampu nak buat cam tu..  ntah la kenapa.. Dhom pernah pikir nak jadi cam dulu, tapi keadaan di sini mcm x mengizinkan Dhom jadi cam tu. Dulu mana pernah Dhom lepak2 ngan gugurlz, siap anti pmpuan lagi waktu kat poli. Skrang ni... aduhai....




Ranking kedua....
Dhom rindukan reunion family Dhom... leh kumpul ramai2.. amik gambar.. semua tu kenangan... entah esok, entah lusa, mube salah sorang family dah x de, kita x tahu pkara cam tu. Kn? Hope raya tahun depan , ada la reunion cam ni.. tringin sangat nak jumpa semua family dalam 1 masa. X nak miss sorang pun kalau boleh.


Ranking ketiga pulak..
Dhom rindukan team dikir barat dhom. “Seri Arjuna”. Hahaha.. Nama kumpulan yang diambil daripada team dikir barat dua buah skolah Seri Delima (SMK Batu Lima) & Arjuna Putra (SMK Syed Mohamed Al-Bukhary). Bila tringat balik, mmg best jadi tukang karut tahun 2007. Yer la kan, dulu waktu dengan Arjuna Putra, dhom jadi simpanan (2003), pastu awak-awak (2004) dan last skali pemain rebana ibu (2005). Mana pernah jadi tukang karut.


Ranking keempat~
Bila la nak masuk bab makwe ni kn? Hahaha... Dhom still single la. Dhom adik2 tu ramai la. Tapi yang dalam hati ni Cuma seorang je. X boleh nak ramai2. Sbb dhom bukan jenis nak maen2.. skali dhom syg, dan dia boleh trima dhom seadanya, dhom jnji dhom akan jaga dia btl2.. xkan Dhom biarkan walaupun setitis airmata mengalir sbb Dhom. Kat bwh ni, dhom nak kenalkan gugurl yang dhom rapat & anggap adik2. Hehehe.. bertuah la anda2 sekelian sbb terpilih...

Mila - Kenal dari dia skola menengah lagi...


 Aten - Perkenalan yg agak lama. Dari Dhom form 3. hihihi..

 Waniey - merangkap adik aku kat IPTG

 Eyqa - Pun adik2 aku kat IPTG


Jie - kawan aten, kenal kat IPBL (kira senior Dhom la). Seorang yg Happy go Lucky

 
 Neney - Mek Klate yg rajin hu ha hu ha buat orang happy


Ranking Kelima
I miss U ~ ♥ (saper? nnt Dhom story2)






Ruffedge-Bila RIndu

03 Oktober 2011

Assignment & Hang Out

Assignment Pemasaran & Perniagaan Tani
Ngee..  Entri kali ni, Dhom a.k.a Wan @ aku la tu nak story-story sal tugasan kitaorang.. 

Ceritera bermula...

“Haloo.. Jie, ada x assignment pemasaran yang sem 3 punya?”


“Ada kot, nnt Jie tengok dalam laptop Jie”

Macam tu la bermulanya kisah assignment kitaorang. Dan 2 ke 3 hari pastu aku pun tepon Jie:

“ada x?”

“ada2”

POSITIF!!!

30 Sept 2011
KDA 2597 bergerak pulang ke kedah.. vromm... dengan bawak sportrim aku yang pecah tu naik atas moto, aku dgn abe dari titi gantong balik ke kedah.. 10 pagi betolak, 3.30 sampai umah. Penat siot..

1 Okt 2011
BFR 5906 bergerak dari rumah tepat jam 10.00 pagi.. set2 GPS dulu.. hahha.. padahal nak g sik je pun. Saja sukasuki guna hak abah punya GPS. 

Mana 1 jalan nk p jeniang ni..

Dalam jam 11.30, kitaorang sampai la Bandar Baru Beris Jaya. Terus je aku belok masuk umah Atin. Ingat nak jumpa mak dia dulu sbb da lama x jmpa mak dia. Last jumpa waktu aku form 5 time kenduri Kakak dia.
Kancil Mak aku bergerak lagi pas g amik atin. Kitaorang g Jeneri pulak. umah Jie.
Apa? sbb pa x amik Jie dulu? sbb aku x tau umah Jie. hahaha. Kena g amik pemandu arah dulu (Atin). Sampai Umah Jie, kitaorang disambut Jie dpn muka pintu.
Pape hal pun kitaorang minum2 dulu.. Jom tengok tukang tuang air. hahha

AIr Orrange je?
Dah habis makan Bihun tomyam, (padahal aku x makan pun sbb ANTIsayur). maka program asal pun bermula...
Khusyuk mentelaah assignment

 Habis semua disedut masuk dalam external aku. hahaha.. sem 3,,, sem 4... bereh!!!

"Wan, Nak g mana ni"
 
"Jom g er Tejun kat lata bayu"
BFR 5906 pun bergerak lagi. kali ni g Lata Bayu.. g mandi2 air terjun, Last aku g sana pun dah setahun lebih. 

Wan & Abe
 Atin & Jie

Wan, Atin, Jie & Abe

Habis jer mandi2.. Si kancil bergerak ke sik.. kitaorang ke Ladang Anggur. Best kalau ada model kat sini, boleh wat shooting.
Tiket masuk ladang anggur tu RM3 je. x caya? tgk ni:-


Dah caya kn? nak bukti lagi? ni buah anggur tu


Hahaha... dan hahahaha...
sodap gak masuk mulut ni...


last pic kenangan d ladang anggur dgn abe


Maka.. tamat ar sudah assignment kami.. hahaha..

Thanks 2 all..

See U all next entry yea. tata.. titi.. tutu...








Bila Bunga Dipetik Orang