Followers

31 Julai 2012

Break lagi...

aduhai... break pun nk crita ke? This is my blog. so?


ai hai semua.sihat ke semua?harap semua nya sihat eh.
yang berpuasa sempena bulan ramadan ni.selamat berpuasa.beramal kerana Allah eh.so xperlu bgtau semua org kita tgah berpuasa.kang pahala xdapat.dapat dosa riak plak.ehem.
*agak panjang tazkirah hari ni -___-*

entri hari ni.ak nak citer psal love story la.ehem.kalo bahasa melayu nya.kisah cintan cintun.ak xda la hebat sgt dlm cinta cinta ni.even ak beberapa kali di gelar doktor cinta oleh kawan kawan sejagat.tapi jujur nya.bila msalah dtg pada ak. ak pun kena menangis kat bahu org laen jugak.huu.



Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.


Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita.

Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian.

Dah habis madah2 cinta... dhom pun putus cinta.. alahai..  baru sbulan nak masuk 2 bulan. Apa salah dhom taktaw la. 

We're Together..
baru 1 bulan, 3 minggu & 6 hari.
hahaha...  

Pasni, DHom taktaw la apa jenis cinta pulak yang akan datang dalam hidup Dhom..
sedih memang sedih. Dhom sayang sangat kat XOXO. waHai XoXo,kalau awak baca blog ni, fikir2kanlah semula.. :)


P/s : Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.





26 Julai 2012

Peace. :)

Harini aku gadoh ayat dengan mamat mana tah.
bajet je lebih. budak2 lagi ni...


Per komen korang??

17 Julai 2012

Format Laptop


Format Laptop Service (D217)
  • Menyediakan perkhidmatan format laptop tuk kekawan DPT, Ex-GTPI (UPM Student) & Warga Orthoptera dengan harga RM10/format. Yang tak dinyatakan dalam 3 golongan di atas, RM15/format. 
  • Window 7 SAHAJA. XP aku tak buat sebab malas nak download driver tuk XP
  • X buat backup sbb merenyahkan (menyusahkan), so simpan barang2 penting korang tu kat mana2 dulu baru bagi kat aku.



Apa anda akan dapat? Aku tak janji, tapi aku try masukkan kat korang. kira macam pakej la.

  • Software Window 7 Original ( padahal crack je pun )
  • Movie ( ikut aku la nk bagi movie apa aku suka )
  • Adobe Photoshop Extension CS5 White Rabbit.
  • Microsoft Office (word, excel etc... )
  • GOM Player With complete codec (mean korang boleh tonton lebih kurang 90% type of movie cam RMVB, AVI etc..)
  • Software Bypass Uspot (mean korang boley tengok youtube guna line wifi Uspot. oops.. :D yang ni tak janji tapi pasti taw)
  • Dan software2 yang aku rasa aku nak masukkan kat laptop korang yg aku rasa berguna tuk korang.






Time Kerja : Weekend Only, Mean, kalau korang serah time hari blajar tu, tak taw bila aku ada masa nak buat. atleast kalau weekend, aku pun x bz sangat. 

Repair Laptop : bergantung kepada kondisi @ masalah laptop korang. Kalau aku tak taw, jangan salahkan aku sbb aku bukan budak yg ada sijil komputer. Base on experience only.

akU x cakap aku hebat bab komputer, tapi aku just nk share pe yang aku boleh tlg dalam bab komputer. Dan aku tahu ada yang lagi hebat dari aku dalam bidang komputer. Janganla perlekehkan diriku yang baru berjinak2 dengan bidang komputer. :)


Mohd Ikhwan a.k.a Dhom Nawhki
Twitter : PM Via Twitter
Email : PM via Gmail

12 Julai 2012

Jangan Sedih Tapi Sedihlah... ( aku pun tak paham per aku tulis )


Selamat petang semua. Dhom kepala tengah overload dengan kerja entah bila nak habis,nak rehat kejap dengan menulis sesuatu dalam blog suam-suam kuku ini.Tapi sebenarnya bila update blog ni pun sebenarnya menambahkan input yang tak terproses oleh processor otak ni..haha..Jangan sedih tapi sedihlah..apa punya ayat daa..suruh orang jangan sedih tapi sedih pula.. sekadar nak kongsi sebagai motivasi tuk diri sendiri di kala malam sepi...


Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak dapat memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain.

Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah kerana anda tak pernah mau perbaiki diri.

Jangan sedih kerana anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah kerana anda tak mahu bangkit kembali.

Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah kerana anda tak pernah belajar dari pengalaman

Jadi jangan sedih-sedih sangat tapi kembalilah renung sebab kenapa kita selalu bersedih..huhu.





09 Julai 2012

Study oh Study

Korang yang baca tajuk di atas jangan la berasa stress atau tension lebih2 pulak. Stress sikit2 tu cukuplah. Aku saja je tulis, nak bagi orang2 yang tak stress, jadi stress sikit. Yerla, takkan la nak biaq hangpa yang tak stress terus2 je gembira. Kena la rasa stress sikit. Haha..




Seperti anda sedia maklum, masuk mingu ni menandakan kepada manusia berstatus student UPM Kampus Bintulu ( bukan berstatus janda mahupun duda) akan mengalami satu tekanan jiwa yang sukar digambarkan dalam sebarang bentuk luahan perasaan atau sebarang jenis tingkah laku, maknanya orang lain takkan faham seseorang sedang mengalami tekanan jiwa ( errrr, paham tak?) akibat daripada memikirkan TEST 1 yang akan datang.

Huuuuh, panjang lebaq ceq terangkan. Maklum la, semester ni aku ambik subjek sains sebagai subjek option. Ayat haruslah nampak bombastic. Erk.. 

Soooo, kebanyakan student macam aku ni akan jadi gelabah tak tentu pasal dengan hanya memikirkan FINAL EXAM yang bakal menyusul tidak lama lagi. Macam aku, final start september nih.  Ada U yang dah start. Aku sekarang tengah study la..

Bila pikiaq ja exam, aku jadi tak best.. Kalau orang lain macam hangpa pikiaq exam, hangpa jadi camna? Mesti gelabah, menggelupur, meraban macam orang hilang bini, ataupun pengsan? Haha..




Sebagai langkah mengurangkan tekanan menghadapi peperiksaan, aku ada tips untuk korang yg aku amik dari blog orang :-


Bangun pagi terus on laptop. On facebook dan post kat wall anda tulis "saya hensem dan kacak bergaya". Tunggu 2 minit, anda akan menerima pelbagai jenis 'pujian ikhlas' daripada kawan2 anda. Hal ini sedikit sebanyak akan memotivasikan diri anda agar lebih yakin dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan. Tidak percaya...?? Try buat sekali.

Hantar SMS kepada kawan2 anda mengatakan anda akan berkahwin minggu depan. Anda akan menerima reply message yang mengucapkan 'tahniah' kepada anda. Stress anda mungkin berkurang.

Keluar rumah dan cuba lintas jalan yang sibuk berhampiran tempat tinggal anda. Ketika melintas, anda buat2 yang kaki anda patah dan tak dapat berjalan.. Secara tiba2 cuba berlakon anda adalah seorang yang gila, anda terkinja2 dan tergedik2 di tengah2 jalan raya tersebut. Stress anda mungkin berjaya dikurangkan.

Amaran! Langkah ke-4 ni aku tak galakkan. Cuba buat2 gila dalam rumah sewa anda dan ketika itu kawan2 anda sedang tekun study sebab esok first paper. Try la buat anda bercakap dengan dinding, menyanyi lagu raya kuat2, main futsal dalam bilik ke.. Apa yang pasti, 5 minit kemudian anda akan berada dalam klinik. Kenapa? Hmmmm... sebab kawan2 anda berasa 'terharu' dengan tingkah laku anda, so dorang 'menghadiahkan' beberapa tumbukan 'manja' tepat ke muka anda. Oleh itu, stress anda dapat dikurangkan.




Oleh yang demikian, gunakan lah tips2 di atas dengan seelok-eloknya.. Jangan disia-siakan.. Rugi. Maklumlah, nak exam kan.. Haruslah kita berkongsi pandangan dan cara2 mengelakkan stress.. Hehee..

Sehingga kita berjumpa lagi...
Adioooossssssssss




08 Julai 2012

Kisah C1N74 aku..


Kita selalu jatuh cinta dekat orang yang takkan jatuh cinta dengan kita,
Kita selalu lari daripada orang yang benar-benar mahukan kita,
Bila kita cari cinta itu memang tiada yang mencuit hati,
Bila kita tak mencari cinta itu ada menunggu kita,


Kadang-kadang aku terfikir. Kenapa aku selalu suka dekat orang yang aku tahu takkan suka dekat aku. Dan kalau dia suka dekat aku pun adalah satu keajaiban, yang bagaikan bulan jatuh ke riba. Aku ni jenis orang yang lack of self esteem, aku rasa aku ni takda apa apa, maka bila suka pada seseorang aku selalu merasakan ketidak layakkan aku untuk memiliki seseorang. Aku selalu suka dekat orang yang lebih daripada apa yang aku termampu tanggung, itulah yang berakhir aku ni syok sendiri. Muahahaha, gelakkan aku jom. Aku tak marah ni. Gelakkan je....

Definasi yang paling sesuai untuk aku ni boleh la disama ertikan dengan hopeless romantic. Aku berpuisi dan memberi kata-kata pada orang tentang cinta bukan main lagi, kalah pakar motivasi, tapi sejujurnya kisah cinta aku tak lah hebat sejiwang mana. Kisah cinta aku biasa sangat. Aku sendiri pun rasa macam loser sorang-sorang yang macam nak sembunyi bawah katil. Sebenarnya, tak perlu kan kalau rasa loser nak sembunyi bawah katil? Memang poyo giler ni. Gelakkan aku skali lagi cpt....

Hmmmph.


Aku juga selalu rasa dalam apa-apa saja pun aku selalu menjadi "option" atau "back-up plan" seseorang. Tak boleh sedih lagi ke hidup? Hahahaa. Serious weh, macam kalau si A ni ada dua skandal iaitu B dan C (aku), lepastu dia lagi suka B dan bila dia confess dekat B dia suka dekat B tapi B tak suka dia, baru aku yang C ni dicari. Aku selalu jadinya pilihan kedua. Serious doh, aku taip ni pun aku rasa kesian dekat diri aku. Hahaha... Jangan la gelakkan aku... sedih giler ni...


sapa sayang aku??? 


*Ya, saya mamat tepi jalan yang loser yang tak dipandang. Kesian. Tapi saya takkan "ok, thanks. bye!" okay? Saya cool sikit. Hahahaha.




03 Julai 2012

Cinta & Harapan



Kenapa tuk dapat satu kebahagiaan,, harus ada pengorbanan..
kenapa tuk dapat tersenyum,, harus ada airmata..
kenapa tuk dapat bersatu,, harus ada perpisahan..
kenapa tuk menyanyangi,, harus ada kehilangan..
kenapa..??





Kehidupan seharian ditambah dengan sedikit dugaan dan cabaran sudah cukup untuk mematangkan diri. Tidaklah susah untuk menjadi seorang dewasa yang lengkap dengan akal fikiran yang waras, sebuah hati yang cukup kental dan bersedia menempuh segala dugaan dan perit getir kehidupan. Aku juga punya itu semua. Hati yang ingin mencintai dan dicintai. Perasaan yang ingin selalu bahagia disamping yang tersayang. Tidaklah terlalu tinggi impian ku hanya ingin membina sebuah kehidupan biasa yang lengkap dengan sebuah cinta. Tapi jika hanya aku mengemudi sendirian tanpa sepasang jiwa, manakan mapu 'kehidupan biasa' ku itu akan terbina. Jangan kau berikan sebuah harapan yang belum pasti, kelak ia akan meruntuhkan jua sisa-sisa binaan cinta kita. mengertilah wahai kekasih, kejujuran, kesetiaan telah ku berikan agar terbinanya mahligai kita.

Tiada siapa yang mengerti akan maksud kehadirannya. Bilakah ia bermula dan bila juga ia berakhir. Untuk apa ia datang untuk apa jua ia pergi. Tanpa sedar ia sudah berkembang mekar. Jika dapat kuundurkan masa tidak rela itu semua. Kerana aku tahu betapa peritnya untuk menemui kebahagiaan. Tidak kuatkah aku untuk menghadapinya?atau..belum bersediakah aku untuk temui kebahagiaan? Apakah aku masih anak kecil yang belum bisa mengerti akan sebuah cinta?

Marahku bukan ku benci tapi cinta lebih dari segalanya. Cemburuku bukan hasad dihati melainkan kasih tak terbendung. Egoku bukan keangkuhan tapi sayang yang tak mampu ku tontonkan pada semua. Sengketa kita bukan khilaf diri tapi dugaan untuk menguji cinta kita. Tiada apa yang hebat tentang diriku. Tapi keagungan cintaku bisa kau banggakan pada mereka. Percayalah..ku temui cinta ini tulus dalam hatiku hanya buat kamu yang bernama kekasih. Dan sebenar-benarnya coretan ini juga teristimewa untuk dirimu agar  kau lebih memahami maksud sebuah cinta dan harapan.


Kemarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya

Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan

Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia







Gratisan Musik