Korang yang baca tajuk di atas jangan la berasa stress atau tension lebih2 pulak. Stress sikit2 tu cukuplah. Aku saja je tulis, nak bagi orang2 yang tak stress, jadi stress sikit. Yerla, takkan la nak biaq hangpa yang tak stress terus2 je gembira. Kena la rasa stress sikit. Haha..
Seperti anda sedia maklum, masuk mingu ni menandakan kepada manusia berstatus student UPM Kampus Bintulu ( bukan berstatus janda mahupun duda) akan mengalami satu tekanan jiwa yang sukar digambarkan dalam sebarang bentuk luahan perasaan atau sebarang jenis tingkah laku, maknanya orang lain takkan faham seseorang sedang mengalami tekanan jiwa ( errrr, paham tak?) akibat daripada memikirkan TEST 1 yang akan datang.
Huuuuh, panjang lebaq ceq terangkan. Maklum la, semester ni aku ambik subjek sains sebagai subjek option. Ayat haruslah nampak bombastic. Erk..
Soooo, kebanyakan student macam aku ni akan jadi gelabah tak tentu pasal dengan hanya memikirkan FINAL EXAM yang bakal menyusul tidak lama lagi. Macam aku, final start september nih. Ada U yang dah start. Aku sekarang tengah study la..
Bila pikiaq ja exam, aku jadi tak best.. Kalau orang lain macam hangpa pikiaq exam, hangpa jadi camna? Mesti gelabah, menggelupur, meraban macam orang hilang bini, ataupun pengsan? Haha..
Sebagai langkah mengurangkan tekanan menghadapi peperiksaan, aku ada tips untuk korang yg aku amik dari blog orang :-
Bangun pagi terus on laptop. On facebook dan post kat wall anda tulis "saya hensem dan kacak bergaya". Tunggu 2 minit, anda akan menerima pelbagai jenis 'pujian ikhlas' daripada kawan2 anda. Hal ini sedikit sebanyak akan memotivasikan diri anda agar lebih yakin dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan. Tidak percaya...?? Try buat sekali.
Hantar SMS kepada kawan2 anda mengatakan anda akan berkahwin minggu depan. Anda akan menerima reply message yang mengucapkan 'tahniah' kepada anda. Stress anda mungkin berkurang.
Keluar rumah dan cuba lintas jalan yang sibuk berhampiran tempat tinggal anda. Ketika melintas, anda buat2 yang kaki anda patah dan tak dapat berjalan.. Secara tiba2 cuba berlakon anda adalah seorang yang gila, anda terkinja2 dan tergedik2 di tengah2 jalan raya tersebut. Stress anda mungkin berjaya dikurangkan.
Amaran! Langkah ke-4 ni aku tak galakkan. Cuba buat2 gila dalam rumah sewa anda dan ketika itu kawan2 anda sedang tekun study sebab esok first paper. Try la buat anda bercakap dengan dinding, menyanyi lagu raya kuat2, main futsal dalam bilik ke.. Apa yang pasti, 5 minit kemudian anda akan berada dalam klinik. Kenapa? Hmmmm... sebab kawan2 anda berasa 'terharu' dengan tingkah laku anda, so dorang 'menghadiahkan' beberapa tumbukan 'manja' tepat ke muka anda. Oleh itu, stress anda dapat dikurangkan.
Oleh yang demikian, gunakan lah tips2 di atas dengan seelok-eloknya.. Jangan disia-siakan.. Rugi. Maklumlah, nak exam kan.. Haruslah kita berkongsi pandangan dan cara2 mengelakkan stress.. Hehee..
Sehingga kita berjumpa lagi...
Adioooossssssssss
Tiada ulasan:
Catat Ulasan