Followers

12 Julai 2012

Jangan Sedih Tapi Sedihlah... ( aku pun tak paham per aku tulis )


Selamat petang semua. Dhom kepala tengah overload dengan kerja entah bila nak habis,nak rehat kejap dengan menulis sesuatu dalam blog suam-suam kuku ini.Tapi sebenarnya bila update blog ni pun sebenarnya menambahkan input yang tak terproses oleh processor otak ni..haha..Jangan sedih tapi sedihlah..apa punya ayat daa..suruh orang jangan sedih tapi sedih pula.. sekadar nak kongsi sebagai motivasi tuk diri sendiri di kala malam sepi...


Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak dapat memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain.

Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah kerana anda tak pernah mau perbaiki diri.

Jangan sedih kerana anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah kerana anda tak mahu bangkit kembali.

Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah kerana anda tak pernah belajar dari pengalaman

Jadi jangan sedih-sedih sangat tapi kembalilah renung sebab kenapa kita selalu bersedih..huhu.





Tiada ulasan: