Dengan rokok Astro yang diimport dari semenanjung dan air Nescafe
suam2 dan 2 buah katil yang dihimpitkan bersama, aku melayan cerita ‘Istanbul
Aku Datang’ dengan Bambra & Khaider. Ok. Sila baca begini yer kawan2
sekelian. “Istanbul! Aku Datang!!!” (dengan wajah macam si Dian x sabar nak
jumpa Azad kat Istanbul.). Kan lagi sedap kalau buat tajuk cam tu. Sedap sebut
je la kan.
Siyes Cute Minah ni... |
'Istanbul,
aku datang' memang sangat teruja, meriah dan comel. Teruja dengan
pelakon-pelakon yang sebelum ni kita tak pernah terfikir akan berlakon bersama.
Meriah dengan cerita cinta dan fesyen Dian. Last but not least, comel dengan
ungkapan "Me too" dan "Jangan biadap!" Siapa yang dah
tengok mesti ingat dua ayat yang beberapa kali Tomok dan Beto cakap dalam filem
ni kan? Siapa yang belum tengok, sila berbuat demikian walaupun tak ada kawan
yang nak teman, tak ada boyfriend nak angkut sama atau tak ada duit nak beli
tiket. Sila pergi, dan pergi dua, tiga kali pun boleh! Sangat excited weh!
(walaupun aku just download. Yer la. Kat bintulu ni mana nak cari pawagam yg up
to date dengan cerita terkini)
3 orang pelakon yang berjaya menghidupkan watak masing2 |
Hahaha
Sangat
kelakar bila dengar Azad (Tomok) jawab "Me too" dengan suara yang
monotone tiap kali Dian (Lisa) cakap "I love you". Kelakar jugak dan
rasa macam apehal mamat ni? bila Haris (Beto) asyik cakap "Jangan biadap"
setiap kali yang berlaku biadap tu adalah diri dia sendiri dengan kencing
merata-rata. Hhaha.. sah pengotor teruk camni…
Omo,
so sweet!
Sweet dia
sampai rasa mulut ni senyum sendiri sambil dalam hati cakap, 'jangan senyum,
jangan. Nanti orang sebelah nampak!' Scene favorite masa Dian (Lisa)
tengah frust menonggeng (sebab dia tak perlulah diceritakan disini) dan Haris
(Beto) dok layan je ke-frust-an dia walaupun sebelum ni diaorang macam musuh
ketat 7 keturunan! Sorang perempuan gila & sorang lelaki gay. Haha..
Tak
sangka!
Tak sangka
Tomok dapat berlakon dengan lebih baik! (berbanding dengan dalam cerita
Mantera). Siyes buat aku meluat tengok tomok dalam filem ni… Congratulation, U
telah Berjaya membuat saya bertambah benci watak anda… (watak azad tu je la. Lagipun
aku bukan kipas-susah-mati si tomok ni.) Kalau dalam cerita Mantera dulu scene
tepi pantai dengan heroin punyalah nampak kekok giler-giler. Sambil tengok
sambil dok kutuk-kutuk 'alahai awat scene romantik malu-malu miow ni'. Aku pun
hampir terperdaya dengan mulut manis Tomok dalam cerita ni.
Antara gambar2 yang dikopi untuk suka suki aku sendiri & my beloved reader..
sesat sekeping... hahahaha |
2 ulasan:
Hello there! This post could not be written much better!
Looking at this post reminds me of my previous roommate!
He constantly kept preaching about this. I most certainly
will send this post to him. Fairly certain he'll have a good read. I appreciate you for sharing!
Feel free to surf to my web page ... how to buy a car with bad credit
Feel free to surf my web-site ; buying a car with bad credit,buy a car with bad credit,how to buy a car with bad credit,buying a car,buy a car,how to buy a car
Hello there! This post could not be written much better!
Looking at this post reminds me of my previous roommate!
He constantly kept preaching about this.
I most certainly will send this post to him. Fairly certain he'll have a good read. I appreciate you for sharing!
Feel free to visit my page ... how to buy a car with bad credit
Also see my webpage > buying a car with bad credit,buy a car with bad credit,how to buy a car with bad credit,buying a car,buy a car,how to buy a car
Catat Ulasan