Assalamualaikum
warahmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera…
PRU 13
baru sahaja selesai, semua rakyat Malaysia telah mengetahui keputusanya, samada
ia adalah keputusan yang cukup adil lagi telus ia cerita lain,yang penting
keputusan telah pun muktamad sebaik saja diumumkan oleh SPR lewat tengah malam
05 Mei 2013.
Keputusan
yang akan mengukir satu lagi sejarah hitam
lagi pekat betapa SPR dan PDRM telah dengan jayanya kerjasama yang begitu akrab
sekali sesama mereka melakukan sekongkolan, untuk memenangkan sekumpulan
penyangak dan lanun mendapat mandat untuk terus melanun sehinga tempoh mandat
berakhir.
Pihak
Yang Menang….
Pihak
yang menang bersorak gembira walaupun dihati kecil mereka tahu kemenangan itu
adalah hasil tipu muslihat oleh kadham mereka SPR dan PDRM. Mengikut hukum
hakam agama yang mudah, setiap sesuatu yang diperolehi dengan cara yang tidak
sah wa’ima menipu dan sebagainya adalah “HARAM”, dan segala hasil gaji atau
pendapatan darinya juga adalah “HARAM” yang akan disuapkan ke mulut isteri dan
anak anak di rumah.
Maka
hasil dari pendapatan yang “HARAM” apabila dimakan oleh isteri dan anak, maka
hati menjadi keras, menjadikan mereka susah untuk melihat antara yang Haq atau
Bathil, boleh dilihat oleh mata kebanyakkan anak anak kumpulan lanun ini baik
lelaki atau perempuan akhlak mereka rosak.
Pihak
Yang Kalah…
Bagi
pihak yang kalah apakah yang anda fikir?......menyesali kekalahan?....meratapi
kekalahan?.....atau mencari kesalahan rakan pakatan sebagai asas untuk
meletakkan salah kekalahan itu pada pihak lain?..... janganlah buat lawak bodoh
yang akan ditertawakan oleh anak anak kecil dijalanan, di ketawakan oleh Mat
Rempit dan juga Mat Pit di Lorong Haji Taib.
Sebaiknya
bangkitlah dengan pantas, bukan masa untuk saling menuduh meletakkan salah pada
pihak lain, sebaliknya ambil tanggungjawab bersama memikul bersama kekalahan
yang dialami, kekalahan ini bukanlah kekalahan sebab tidak mendapat undi
rakyat, ia hanyalah kekalahan strategi yang mana anda semua memang bijak, untuk
bermain strategi dengan orang orang bijak anda semua memang bijak, tabik untuk
itu.
Akan
tetapi anda lupa yang anda sedang bermain strategi dengan sekumpulan penipu dan
pemutar belit yang cukup licik dalam hal menipu, bagi rakyat anda semua belum
cukup bijak untuk berhadapan bermain strategi dengan kumpulan penipu ini. Juga
anda lupa yang lawan ditentang ini umpama perlawanan 3 lawan 1000. Seluruh
jentera kerajaan termasuk SPR dan PDRM merupakan halangan halangan yang menjadikan
anda takkan menang walau sampai bila bila pun.
Tak
perlulah bercakap dengan mereka bab “HALAL atau HARAM” sebab mereka takkan
peduli pun, apa lagi usaha untuk memertabatkan Islam bahkan Hukum Islam yang
terkandung sama Hudud, Qisas dan Takzir. Pernahkah mereka setuju usul
memertabatkan Islam itu sendiri melainkan mereka mencemuhnya dan memutar
belitkan untuk kepentingan politik.
Sedang
pun anda semua tahu POLITIK itu sendiri, tiada berkitab, tiada berhukum, tiada
berperaturan, malah jika perlu mereka juga akan mencabut nyawa lawan politik
bila perlu. Adakah anda masih berfikir hendak menghadapi mereka dengan cara
berheman menggunakan kepintaran dan mengharapkan mereka jujur dalam
berpolitik?.....kesilapan ini lah yang memerangkap anda semua.
Sejak
2004, 2008 dan kini 2013, modus operandi kumpulan penipu ini menang dengan cara
sama setiap PRU, menipu dan muslihat yang licik, mana mungkin anda semua tahu
Modus Operandinya dan tidak mempunyai daya kreatif mengatasinya , ia agak
melucukan; Peti undi jatuh dari Helikopter ,Peti undi lambat sampai, ulang kira
melebih 3 kali, Peti undi dihantar menggunakan Teksi dan palin lawak ‘Black
Out” seperti tajuk artikel ini.
Sebenarnya
tak selicik mana pun, cumanya anda tak terfikir atau agak lembab memikir
menggunakan strategi menghadapi penipu, perlu dengan cara jangan buka ruangan
untuk menipu itu sendiri.
Kalau anda tak mampu berfikir bagaimana menghadapi penipu ini, di sini saya cadangkan beberapa perkara untuk panduan bagi menghadapi puak penipu ni pada masa akan datang, saya percaya jika dilaksanakan sekurang kurangnya pintu pintu penipuan dan putar belit mereka Berjaya ditutup kalau pun tidak 100 peratus.
SENARAI PENGUNDI UNDI POS DAN UNDI MANUAL.
Adakah
calun calun DUN atau PARLIMEN yang bertanding mendapat salinan lengkap senarai
nama pengundi pos dan manual yang termasuk dalam senarai kawasan mereka dari
SPR?...
Jika tidak, selepas ini pastikan anda mempunyai senarai ini sebelum PRU dijalankan, dan senarai ini mestilah sama dan disahkan oleh SPR dari salinan yang sah dan terkini berserta jumlah yang tepat. Pihak SPR bertanggungjawab mengemaskini senarai ini terutama ketika musim PRU.
Senarai
ini juga wajib dipamerkan untuk semakan awam, selain akses di laman web SPR
sendiri, bagi pengundi yang menemukan senarai nama mereka tercicir atau hilang,
pengundi boleh membuat pembetulan melalui laman web SPR yang bersifat Auto
Generate.
Tujuan
utama usul ini adalah setiap calun DUN atau PARLIMEN mengetahui sepenuhnya
dengan lengkap siapakah pengundi serta jumlah pengundi yang berada di dalam
kawasan mereka, dan para pengundi mengetahui dan mengesahkan nama mereka
terdapat di dalam senarai.
PROSES
PENGIRAAN UNDI.
Bagi
menutup sepenuhnya ruang penipuan dan manipulasi undi, kertas undi perlu dikira
di pusat mengundi itu sendiri, membenarkan proses sedia ada dengan memindahkan
kertas undi ke Pusat Penjumlahan hanyalah lebih kepada membuka ruang penipuan
oleh SPR sendiri hasil arahan kuasa ghaib.
Kertas undi perlu terus dikira sebaik sahaja masa pengundian tamat di pusat membuang undi, dihadiri calun atau wakil calun. Keputusan undian perlu disahkan oleh Pegawai SPR di pusat mengundi dan disediakan dalam beberapa salinan ( mengikut jumlah calun bertanding ) dan selepas itu disatukan di satu tempat ditetapkan untuk perjumlahan muktamad.
Di
pusat perjumlahan muktamad, semua salinan keputusan undian disatukan menjadi
jumlah besar sambil menunggu peti undi pos tiba. Masa menunggu undi pos
mestilah ditetapkan, supaya tidak timbul lagi selepas itu ketibaan undi pos
lain,atau berlaku “Black Out” untuk menyeludup peti undi pos haram yang haram
jadah.
PENGIRAAN UNDI POS.
Sebelum
peti undi pos dibuka, perlu disemak terlebih dahulu senarai jumlah undi pos
yang dimiliki oleh setiap calun dan SPR sendiri, setelah selesai, peti undi pos
boleh dibuka dan dikira terlebih dahulu berapakah jumlah undi pos yang terdapat
di dalam peti undi tersebut.
Ketika
ini boleh dipadankan dan dimuktamadkan jumlah undi pos dan senarai yang ada
untuk direkodkan. Kemudian SPR boleh mengumumkan bahawa undi pos telah sampai
dengan jumlah sekian sekian dan selepas ini tiada lagi undi pos boleh masuk dan
akan ditolak jika ada.
Kemudian
barulah pengasingan undi untuk pengiraan dilakukan serta dicampur dengan
keputusan undi manual tadi untuk jumlah penuh. Boleh juga keputusan diasingkan
bagi DUN A dan PARLIMEN A jumlah undi pos xxxxxxx mewakili x peratus dan jumlah
undi manual xxxxxx mewakili x peratus dicamporkan menjadi XXXX bersamaan xx
peratus, mudah tak?........
Ada
tak lagi ruang untuk SPR menipu atau ruang untuk Black Out, tepuk dada Tanya
selera….
Akhir
kalam Assalamualaikum wbt…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan