Followers

30 November 2010

SuaraPeople[dot]com sangat Gempak

 Cerpen Yang Dibuat Khas Untuk Kontest Anad Tulis Anda Menang

“Kontest Tulis & Menang adalah Sponsor By SuaraPeople[Dot]Com & Gempak[Dot]Org



 _____ Percintaan Terlarang _____

Nizar pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan. Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya (Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi. Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak, dia akan ke hadapan. Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat. Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna, jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan, sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya. Semua orang menghormatinya, baik yang junior mahupun senior, baik yang laki-laki mahupun perempuan. Jika ada senior yang tengah membuli junior, jika Nizar ada di tempat kejadian, proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan. Inilah ‘kuasa’ Nizar di sekolahnya.

Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya. Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna. Oleh kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya, dia betul-betul menjaga akhlaknya. Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah. Niatnya hanya satu, supaya Islam itu terpancar dari dirinya. Hebatnya beliau dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknyanya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.

Sudah pasti ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu. Di hadapannya semua baik, tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Nizar dari tempat itu, mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Nizar. Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Nizar tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti, takut cinta mereka ditolak. Tambahan pula Nizar banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati, zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.

Namun, hatta Nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah, inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak. Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya. Namanya Najwa, Ifti Najwa.Orangnya putih, bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Nizar di sebelah kiri.

“Ana Ifti Najwa, sila beri tunjuk ajar.” Najwa memperkenalkan dirinya.

Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya, Nizar melihat Najwa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Najwa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.

“Cantiknya,” hati Nizar bermonolog.

Tidak sampai sekelip matapun, imannya menampar hatinya. Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar, memohon ampun daripada Tuhan kerana melakukan zina, zina hati. Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal. Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.

Saat berganti saat, hari berganti hari, Najwa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK surau sekolah kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain. Subuhnya di surau, Dhuhanya di surau, Zohornya di surau, Asar, Magrib dan Isyaknya di surau. Seringkali Nizar terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan perempuan, ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya. Ditakdirkan Allah, suatu hari dia ternampak Najwa masuk ke surau perempuan, maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Najwa.

Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha, dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir. Suara perempuan itu sayup-sayup.

“Ish.. Nak tolong ke tak.. Kalo aku masok belah pompuan, bukanke khalwat..ye la, mane ade orang… aku dan die je.. takley, aku mesti bagitau ustaz hal ni, biar ustaz tolong..” Imannya bersuara.Tapi 1 tetap kalah kepada 2. Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.

“Kalo aku tak tolong, maybe…em…aku intai dulu la, kalo serius aku tolong segera kalo tak, aku lapor kat ustaz,” akal mula campur tangan. Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Najwa terkepit di almari Quran. Walaupun sakit Najwa tetap menahannya, bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya. Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan. Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Nizar supaya Nizar tidak terasa melakukan dosa.

“Em.. Aku kene lapor kat ustaz ke? Patut ke aku tolong? Bley ke aku pegang tangan die? Dose..”Imannya bersuara.

“Ah, darurat, darurat. Babi pun boleh makan kalo darurat.” Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.

“Betul juga, ok, aku tolong.” Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.

“Er, Najwa tahan ek, kejap saya tarik pintu almari ni.” Dia memberi arahan kepada Najwa.

“…ok…” Suara Najwa bagaikan bunyi ikan bersuara, entah dengar, entah tidak. 

Pintu almari berjaya dibuka, jari Najwa terlepas dari kepitan almari. Merah bak biji saga jarinya, hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar. Tiba-tiba, Nizar tanpa berfikir panjang memegang jari Najwa. Niatnya hanya satu, ingin melihat keadaan jari Najwa. Tapi dengan pantas Najwa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.

“Ya Allah, apa aku telah buat ni… Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah.. Ampunilah aku..” Dia berdoa, menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.

Habis sahaja air matanya kering, hatinya diketuk dengan pelbagai soalan. Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya. Bagaimana jika Najwa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya? Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya? Kalau ustaz dapat tahu, pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang. Dia akan dicemuh dan dihina. Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz. Dia bimbang bercampur keliru.

Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau. Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya, dia masih di dalam bahagian surau wanita. Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya, menipu. Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang. Lagipun dia cam suara itu, itu suara Ameerul, teman sebiliknya. Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.

“Eh, Jat. Ape ko buat dalam surau perempuan tu?” Soal Ameerul, kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.

“Eh, takde ape-ape la. Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.”Jawab Nizar.

“Owh, baguslah buat kerja baik atas rumah Allah ni. InsyaAllah ko dapat pahala, taknak share ngan aku?”gurau Ameerul.

Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Nizar iaitu ‘RUMAH ALLAH’.

Ya, di atas rumah Allah inilah Nizar melakukan maksiat.Di atas rumah Allah inilah Nizar menipu.Semuanya di atas rumah ini, rumah kepunyaan Tuan segala tuan.

Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis. Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung. Ameerul terkejut melihat Nizar menangis dan bertanya sebab Nizar menangis tetapi Nizar hanya berdiam. Ameerul membuat andaian sendiri, pada pendapatnya mungkin Nizar menangis kerana bertaubat. Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya. Inilah dia tanda orang beriman, pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya, pasti dia cemburu.

“Eh Jat, kelas da nak start. Jom!” Ajak Ameerul.

“Ok,” balas Nizar.

Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna. Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian. Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan. Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada. Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.

Rupa-rupanya, bukan Nizar sahaja yang berjasad tanpa akal, begitu juga dengan Najwa. Cuma ada kelainannya. Najwa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Nizar. Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Nizar dari belakang. Baginya,alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Nizar. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Nizar sebentar tadi, betul-betul memikat hati suci si gadis ini. Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu. Pantang ditiup angin, pasti dia rebah.

Tangan mula mengambil peranan, diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya. Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup, dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit. Bakinya dibeli sebatang choki-choki, juga sebagai hadiah.

Seperti kebiasaannya, Nizar datang ke kelas seawal mungkin. Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan, tanpa menyalin pakaian, dia terus ke kelas. Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat. Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya. Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain. Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas, alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki. Isi suratnya:

Salam..
Terima kasih kerana tolong ana..
Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat..
Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain.. 

Ukhwah Fillah,
Najwa’

Sambil menghirup air laici dalam kotak itu, dia tersenyum. Dengan mengoyak plastik depan choki-choki, dia membetulkan kerusinya, mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Najwa. Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu,dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Najwa tidak jemu membacanya. Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya. Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi. Entah kawannya bagi atau tidak, dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla, kawan..”Maka bermulalah kisah cinta Nizar, Si Budak Agama.
Balas dia:

Salam,
Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,
Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,
Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?
Moga Allah meredhaai kita,
Dan, salam perkenalan. Ana Nizar.
Nizar

Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Najwa’ dengan harapan yang membulat. Maka, Nizar dan Najwa mula berbalasan surat. Walaupun pada awalnya, kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Najwa bertanya di dalam suratnya, “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”

Pening juga Nizar dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Najwa dengan jawapan, “Takpe, kita dating tak pernah.Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah. Kita niat untuk berkahwin, bukan untuk buat maksiat.”

Najwa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”

Lalu Nizar membalas, “mana ada zina hati.Zina hati tu ulama yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina. Rasulullah tak kata pun. Lagipun cinta ini fitrah, masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.

Walaupun Najwa tidak berpuas hati dengan jawapan Nizar, namun kerana cintanya dia kepada Nizar,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.

Nizar dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda, lalu dia membalas, “Najwa’, bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik? Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik. Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa. Anti meragui Quran?”

Terdiam Najwa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu. Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindanya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.

Siqah bukanlah kerja manusia. Pengaruh bukanlah kawalan manusia. Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan. Semuanya hak mutlak Allah, Tuhan yang membolak balikkan hati manusia. Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia, maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu. Jika Dia menghendaki seseorang itu hina, maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri. Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah.

Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih kukuh apabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya. Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.

Makin hari, pengaruh Nizar semakin jatuh. Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya. Sebab? Tiada. Jelas sekali soal hati, Dia yang punya. Hidup Nizar juga menjadi tidak tentu hala. Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah, kini tidak lagi. Pertimbangan akal menjadi semakin kurang, mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya. Siqahnya kian jatuh. Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot.

Dia merasakan tekanan semakin bertambah. Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu. Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan. Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat.

Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan, kini tidak lagi. Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik. 24 jam baginya tidak cukup. Masa untuk dia belajar,masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Najwa. Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun, pasti tidak mencukupi.

Ameerul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu. Kadang-kadang tersenyum seorang diri, kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri. Nizar seakan-akan gila. Betul Nizar gila, gila bayang. Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya, membuat satu lohong iman di dalam hatinya. Ameerul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Ameerul, “kubur lain-lain, syurga lain-lain, neraka pun lain-lain!”

“Betul, sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah, bimbang takut di sana pun ko ade masalah.”Ujar Ameerul.

“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?” Soal Nizar.

“Jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?” Jawab Ameerul.

“Jadi? Aku ahli keluarga kau ke?” Marah Nizar lagi.

Ameerul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Nizar.Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi. Namun,atas dasar silaturrahmi kerana Allah, dia nekad untuk mengetahui punca Nizar berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya. Walaubagaimanapun, Ameerul tidaklah selicik Nizar, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam. Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.

“Er Ustaz, saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Ameerul.

Ma?” Soal Ustaz balik.

“Ustaz, saya bimbang dengan Nizar, teman sebilik saya. Perangainya seperti sudah berubah. Dia macam bukan dia.. Er, tataw nak terang macamana..”Terang Ameerul.

“Na’am, ana pun perasan perubahan pada Nizar. Dia dah bukan macam dia yang dulu. Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.

“Saya rasa, ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa, ada baiknya saya menyiasat.. Bolehkah ustaz?” Soal Ameerul.

“Dalam Islam, mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus. Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan. Dan dalam keadaan ni, hukumnya harus.” Terang ustaz.

Penyiasatan bermula dan penyiasatan Ameerul bertemu dengan jalan buntu. Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Nizar. Namun, apabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang, dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah. Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Ameerul ketika dia sedang membersihkan surau. Rupa-rupanya, surat-surat yang dihantar oleh Najwa selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat. Terkesima Ameerul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi, daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.

Ameerul tidak salah lagi, surat itu kepunyaan Nizar. Tertera nama Nizar di atas belah kiri surat, ‘Buat Nizar ku sayang’. Dalam tidak sedar, Ameerul menangis. Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu, bukan kerana Najwa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Nizar. Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Nizar ketika menjadi Imam Magrib. Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Ameerul terus menangis.

Dari luar surau, kelihatan Nizar yang baru sahaja sampai di surau. Tanpa berfikir tentang benda lain, Nizar terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu. Terperanjat dia apabila mendapati Ameerul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang, dia berlari ke arah Ameerul. Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah, jangan berlari-lari di atasnya. Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah, katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung. Entah benar, entah tidak. Ditolaknya Ameerul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Ameerul.

“Woi,ape ko buat ni?!!!” Marah Nizar.

“Woi? Mana pergi bahasa mu wahai kawan? Mana pergi sopan santun mu wahai kawan? Mana pergi dirimu yang dulu wahai Nizar?” Soal Ameerul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir. Nizar terdiam.

“Rupanya, inilah masalah mu wahai kawan. Tiada ku sangka dirimu sedemikian, wahai kawan. Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini. Kini kau sirna wahai kawan, kau mutiara yang kian sirna!” Marah Ameerul.

“Ah, kau peduli ape!” Nizar bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Ameerul.

“Jujur aku tanya, kau couple ke Jat?”Soal Ameerul.

“Aku couple ke, aku tak couple ke, tu soal aku la. Dosa biar aku tanggung sendiri! Jangan risau la, aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!” Lantang sungguh Nizar berbicara. Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang.

Ameerul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan. Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Nizar namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.

Semasa mereka bekelahi sebentar tadi, mereka bukan berdua. Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja. 3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua.

Malang si Nizar. 3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya. Dihebahkan berita Nizar berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya. Ke mana sahaja Nizar pergi, pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Nizar pergi, mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat. Bertambah malang bagi Nizar, dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran. Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh, dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya, Najwa.

Ameerul, si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Nizar bahawa semua orang sedang mencelanya.

“Jat, sebenarnye..Sume orang da taw ko couple..” Bicara Ameerul secara perlahan.

“Hah?!” Terkejut Nizar. Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.

“Ko bagitaw orang?!!!!” Soal Nizar.

“Eh, tak.. Aku pun tak taw macamana bley..”

“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat! Aku tau kau sengaja nak jatuhkan aku!” Nizar memotong dengan lajunya, melebihi had laju yang sepatutnya.

“Demi Allah…”

“Jangan main dengan sumpah! Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…” Sekali lagi Nizar memotong, laju benar susun katanya.

“Aku menyesal bagitahu kau, aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”

“Rupa-rupa apa?! Musuh?!” Nizar marah lagi.

“Na’am! Musuh Allah, musuh agama Allah! Kau nasihat orang jangan bercouple, jangan zina hati, jangan itu, jangan ini tapi dalam masa sama kau buat! Kau lupa ayat-ayat surah As-Saf yang kau selalu baca sewaktu kau jadi Imam? Kau lupa?! Mari aku nak ingatkan kau! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya, pada engkau Nizar! Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Ameerul dengan penuh perasaan kecewa. Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.

Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas, bilik Nizar dan Ameerul. Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm, memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu. Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari, hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Ameerul sedang berjalan menuju ke tandas. Berbeza pula dengan pelajar junior, mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur, bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.

Kata-kata Ameerul benar-benar menikam qalbu terus ke akal. Tersentak Nizar buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula. Tidak, dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Siqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi. Jika dia terus begini, tiada lagi ‘Abg Nizar Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Nizar’. Tiada lagi kesetiaan, tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka. Apa yang ada hanya lakonan. Buah di luar, duri di dalam.

Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal.Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya. Akibatnya, dia tertidur di dalam kelas.

“Nizar,bangun!” Arah Cikgu Suhaila, cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.

Nizar terjaga dari lenanya dan terus berdiri. “Apa dah jadi dengan awak ni? Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!” Marah Cikgu Marlina. Awan hitam kini melitupi Nizar, dia merasa tersangat malu. Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis, najis manusia, manusia yang bernama Nizar, najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas, dia hanya tunduk terdiam.

Nizar bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik. Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik. Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta.

Marah Cikgu Suhaila tadi bukan sahaja menampar Nizar tapi terbias juga kepada pasangannya, Najwa. Najwa tunduk, akur dengan kesilapannya. Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Nizar ke lembah kebinasaan. Surat pertamanya, surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka. Dia sudah sedar segala-galanya. Surat, hadiah dan fatwa-fatwa Nizar itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan. Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan, tidak dapat dilihat oleh mata kasar, hanya mata hati dapat mengesannya.

Cara yang terbaik untuk Najwa sekarang, menulis surat terakhir, surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan.Dengan nekad yang kuat di dalam hati, keyakinan yang tinggi terhadap Islam, Najwa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.

Salam sayang,
Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,
Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,
Ayang benar-benar menyintai sayang..
Sepenuh jiwa dan raga ayang..
Namun, ayang sedar satu benda, benda yang mungkin buat kita menangis,
Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.
Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina.
Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing sendiri. Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat.
Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama.
Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.
Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.
Ukhwah Fillah.
Najwa

Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang. Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Nizar faham isyarat yang cuba diberinya. Hati Najwa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan. Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.

Surat keramat diletakkan di atas meja Nizar, kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki, surat semata-mata. Nizar membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini. Tiada lagi air mata, tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan. Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.

Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini. Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir, hidayah Tuhan sampai. Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya. Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.

Dengan penuh yakin, dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi. Dia yakin, jika dia menulis surat balas, syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya. Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti.

_____ TAMAT _____

18 November 2010

Nukilan Hati


Hyep.. salam untuk semua, MIAH pun tak tahu da nak tulis apa.Next week da nak final. Buku-buku pun entah ke mana.Hati makin berat nak baca buku, asik ingatkan “bunga” jer.“bunga” tu “bunga” gak, harap-harap “bunga” tu tak menganggu result MIAH untuk exam next week.

Cakap pasal “bunga” ni, MIAH pun ta tahu knapa MIAH rasa nak share dgn korang semua,
Mybe sbb MIAH suka share kot. Hahaha. Org cakap sharing is caring. :p
 “bunga” yg MIAH maksudkan tu bukan la makwe MIAH.
Sbb apa bukan makwe MIAH? Sbb MIAH tak ada makwe.
Sbb apa MIAH x cari? Sbb MIAH takut nak couple.
Takut sangat-sangat nak couple. MIAH takut MIAH x dapat beri yg terbaik untuk “bunga”.
Lagipun, MIAH rasa biarlah MIAH mcm skarang ni. Hanya berkawan dgn “bunga”.
“bunga” ni biarlah rahsia. X der sapa2 pun yg kenal siapakan “bunga” yg MIAH maksudkan.
MIAH suka sgt bila tgk “bunga” senyum. MIAH x nk rosakkan senyuman “bunga” sbb MIAH tahu MIAH bukannya org yg balik.
Kalau kita suka, kalau kita sayang, kalau kita cintakan seseorang, tidak semestinya dia harus menjadi milik kita. Sesungguhnya pertemuan, jodoh dan ajal adalah ketentuan  Yang Maha Esa. MIAH happy sangat dapat bertemu dgn “bunga”

Balik pula pasal exam, MIAH pun tak tahu naper MIAH x rasa mood nak exam. Padahal next week ja da nak final.Pejam celik pejam celik dah nak habis semester 1 MIAH kat IPTG. Ntah apa yang MIAH blajar pun MIAH ta tawu. Yang MIAH ingat Elaies Guenisses.. hahaha.. mcm pa lagi... 

Kadang2, tringat lak MIAH kenangan masa orentasi. Time tu, asa cam budak bodoh je. Sian kwn2 MIAH kena botakkan kepala. Hahaha.. pastu kuar ramai g karaoke lepas tension. Mmg best ar time tu. Xder pecah belah cam skarang. Skrang ni, da jadi cam puak2 da MIAH tgk. Bukan MIAH nk kata tapi tu kebenarannya.
Lepas tu pilihan raya mpp, mmg kenangan yg MIAH x leh nk lupa gak. 1st time dijadikan calon untuk mpp. Xder apa2 pengalaman pun sbg mpp ni. Time manifesto tu , MIAH mmg dah cakap yg MIAH x kan kanjikan apa2 sekiranya MIAH dipilih. Dah rezeki, MIAH dipilih jadi MPP Exco Bahasa Persuratan & Penerbitan.  Tapi , jadi seorang MPP ni bukannya senang. 1 semester MIAH jadi MPP da cukup untuk menjadikan MIAH tekanan perasaan. Nak kena pikir masalah student lagi, masalah kita lagi, masalah family lagi. 3 in 1 dalam otak. 

Lepas jadi MPP, MIAH g kursus kepimpinan kat Sg. Congkak. Dari situ MIAH da leh agak mana intan mana kaca dlm barisan kepimpinan. Yg mana MIAH leh harapkan kalau ada masalah. MIAH x maksudkan diri miah ni perfect. I’m nobody. Cuma maksud MIAH di c2 MIAH leh harapkan orang2 tertentu kalau MIAH nak minx tolong.

Pasal kes kat pangkor aritu, MIAH tgk ada yang tarik muka dgn MIAH. MIAH ada dgr yg ada segelintir student pempuan cakap MIAH yg sebarkan gambar2 diaorang. Fuhh... banyak cantik korang. Ingat kamera ada 1 ka time g pangkor aritu? Xper la. MIAH Cuma nk bgtau, it’s not me. Jangan ar tarik2 muka dgn MIAH. Senyum tu kan satu sedekah.



Buat warga IPTG

Untuk kwn2 dari IPTG yang baca luahan MIAH, MIAH nak minta maaf banyak-banyak kat korang semua. MIAH tau MIAH banyak wat salah kat korang semua. I know got people call me paparazi (Org yg suka amik gambar curik). MIAH bukan apa, mmg da hobi MIAH suka amik gambar. Tp, percaya la, gambar2 tu semua x membawa makna kpd MIAH. Just koleksi ja. Kalau nk MIAH padam x der masalah.  On jer.
Akhir kata daripada MIAH, selamat menyambut perperiksaan hujung semester. Ampun da maaf MIAH pohon sepanjang kita berkenalan. Kalau ada yg terlebih kurang pun puntak halal. Wan pun halalkan kalau ada apa2 yg korang amik x sengaja . Assalamualaikum