Followers

Memaparkan catatan dengan label Luahan Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan Hati. Papar semua catatan

04 September 2012

Warkah Buat Seseorang...



Ya Allah,
Aku amat bersyukur kerana pernah mengenalinya buat suatu jangka masa walaupun ianya hanya sementara. Saya masih sayangkan awak walaupun pada awak saya bukan apa2 lagi. tapi terima kasih kerana pernah menyayangi saya sepenuh hati awak. Saya tahu awak seorang perempuan yang baik dan saya amat bertuah kerana pernah mengenali awak. Awak telah buat hati saya terpaut pada awak atas diri  awak sendiri.

Masihku ingat setiap bait kata yang awak luahkan pada saya. Setiap kata2 awak mungkin menjadi faktor utama yang membuatkan saya di UPMKB sekarang ni. Pada saat awak kata kita dah tak boleh berhubung lagi macam sebelum ini, tiba tiba saya rasa sangat sedih dan air mata saya mengalir dengan deras bila perasaan sayang kan awak memang tak boleh dihakis yang kian menebal dalam diri saya terhadap awak. Saya macam tak percaya dengan apa yang berlaku. Tapi tak mampu saya nak nangis depan awak waktu malam awak jelaskan kepada saya.


Mungkin saya tak selalu cakap yang saya sangat sayangkan awak tapi awak perlu tahu yang saya sentiasa sayangkan awak sejak dari mula perkenalan kita. Tapi saya mengerti apa yang awak maksudkan, awak taknak cinta kita ni seperti cinta murahan. Hal itulah yang menjadi tekanan buat awak kan. 

Awak thanks sebab banyak bagi nasihat dan tunjuk ajar kat saya selama ini. Saya takkan lupakan itu semua, insyaAllah ia banyak membantu dalam kehidupan seharian saya. Saya harap awak berjaya dalam mengejar impian hidup awak. Saya tahu awak seorang perempuan yang baik dan awak mampu menilai yg mana satu intan , yang mana 1 kaca.

Saya minta maaf jika selama kita kenal saya ada bersalah pada awak tetapi yang pasti saya tidak pernah kesal mengenali insan yang bernama perempuan seperti awak.


Yang Masih Menyanyangimu...
Dhom Nawhki





31 Julai 2012

Break lagi...

aduhai... break pun nk crita ke? This is my blog. so?


ai hai semua.sihat ke semua?harap semua nya sihat eh.
yang berpuasa sempena bulan ramadan ni.selamat berpuasa.beramal kerana Allah eh.so xperlu bgtau semua org kita tgah berpuasa.kang pahala xdapat.dapat dosa riak plak.ehem.
*agak panjang tazkirah hari ni -___-*

entri hari ni.ak nak citer psal love story la.ehem.kalo bahasa melayu nya.kisah cintan cintun.ak xda la hebat sgt dlm cinta cinta ni.even ak beberapa kali di gelar doktor cinta oleh kawan kawan sejagat.tapi jujur nya.bila msalah dtg pada ak. ak pun kena menangis kat bahu org laen jugak.huu.



Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.


Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita.

Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian.

Dah habis madah2 cinta... dhom pun putus cinta.. alahai..  baru sbulan nak masuk 2 bulan. Apa salah dhom taktaw la. 

We're Together..
baru 1 bulan, 3 minggu & 6 hari.
hahaha...  

Pasni, DHom taktaw la apa jenis cinta pulak yang akan datang dalam hidup Dhom..
sedih memang sedih. Dhom sayang sangat kat XOXO. waHai XoXo,kalau awak baca blog ni, fikir2kanlah semula.. :)


P/s : Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.





03 Julai 2012

Cinta & Harapan



Kenapa tuk dapat satu kebahagiaan,, harus ada pengorbanan..
kenapa tuk dapat tersenyum,, harus ada airmata..
kenapa tuk dapat bersatu,, harus ada perpisahan..
kenapa tuk menyanyangi,, harus ada kehilangan..
kenapa..??





Kehidupan seharian ditambah dengan sedikit dugaan dan cabaran sudah cukup untuk mematangkan diri. Tidaklah susah untuk menjadi seorang dewasa yang lengkap dengan akal fikiran yang waras, sebuah hati yang cukup kental dan bersedia menempuh segala dugaan dan perit getir kehidupan. Aku juga punya itu semua. Hati yang ingin mencintai dan dicintai. Perasaan yang ingin selalu bahagia disamping yang tersayang. Tidaklah terlalu tinggi impian ku hanya ingin membina sebuah kehidupan biasa yang lengkap dengan sebuah cinta. Tapi jika hanya aku mengemudi sendirian tanpa sepasang jiwa, manakan mapu 'kehidupan biasa' ku itu akan terbina. Jangan kau berikan sebuah harapan yang belum pasti, kelak ia akan meruntuhkan jua sisa-sisa binaan cinta kita. mengertilah wahai kekasih, kejujuran, kesetiaan telah ku berikan agar terbinanya mahligai kita.

Tiada siapa yang mengerti akan maksud kehadirannya. Bilakah ia bermula dan bila juga ia berakhir. Untuk apa ia datang untuk apa jua ia pergi. Tanpa sedar ia sudah berkembang mekar. Jika dapat kuundurkan masa tidak rela itu semua. Kerana aku tahu betapa peritnya untuk menemui kebahagiaan. Tidak kuatkah aku untuk menghadapinya?atau..belum bersediakah aku untuk temui kebahagiaan? Apakah aku masih anak kecil yang belum bisa mengerti akan sebuah cinta?

Marahku bukan ku benci tapi cinta lebih dari segalanya. Cemburuku bukan hasad dihati melainkan kasih tak terbendung. Egoku bukan keangkuhan tapi sayang yang tak mampu ku tontonkan pada semua. Sengketa kita bukan khilaf diri tapi dugaan untuk menguji cinta kita. Tiada apa yang hebat tentang diriku. Tapi keagungan cintaku bisa kau banggakan pada mereka. Percayalah..ku temui cinta ini tulus dalam hatiku hanya buat kamu yang bernama kekasih. Dan sebenar-benarnya coretan ini juga teristimewa untuk dirimu agar  kau lebih memahami maksud sebuah cinta dan harapan.


Kemarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya

Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan

Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia







Gratisan Musik

25 Mac 2012

Last Moment @ IPTG

harini 25 Mac...
smalam dhom balik dari perak.. sedih je rasa..
dhom sndiri tak tahu nak cakap apa..
nak nangis.. tapi izzul ada dekat sebelah.. x jadi la..

23/3/2012
Habis paper final (TERNAKAN), dah mula rasa lain macam da. sebak sangat ati ni.. taktaw napa.. Nak bg senang hati, dhom pun jalan2 la kat bawah tu dgn D90 dhom.. amik gambar2 kenangan.. time ni ok lagi. xde sedih2 sangat. sayu tu ada la...

Ila ngan Imie baru pas jawab final ternakan
pastu.. dhom tak kisah la orang nk cakap apa.. yg dhom taw, dhom nk buat 1 kenangan yg kekal.. tak pikir panjang, dhom suruh la budak2 ternak sign kat baju dhom... dan ni la hasilnya...

Namron kuajaq p taip " I ♥ Nash "
ptg tu smua student gerak pi Teluk Batik.. ada sikit sukaneka...

tarik jgn x tarik
dan enjoy la budak2 ni puas2.. 

dinner plak tempat mmg takbest.. tapi acara dia pun agak kureng.. sbb tak rancak sangat. takpe2.. kenangan semua tu, 

dhom sedih lagi ni..tatau nk tulis apa pasal dinner... dhom kasi gambar je takde caption..



Habis story Pasal Last Moment @ IPTG

*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
ni ucapan dhom scara peribadi sbb tak sempat nk bg ucapan guna mic.. hehehe



Untuk Budak2 TERNAK
hampa memang best... best of the best.. aku mmg xkan lupa sorang2 geng ternak ni.. En Hashim, walaupun kerap perli2 aku, ak taw dia camna.. sapa tak sayang ank murid sndiri.. En. Salleh Jali, walaupun banyak kontroversi pasal bagi soalan bocor, dia tetap support kami dari blakang. Pn Linda, walaupun puan baru kenal kami, bnyak yang kami blajaq dari puan. 


Shyamir Amin @ Abe
abe.. mu abg yg baik. ak taw aku ni x betol bnyak.. bnyak masalah.. ak boleh tahan kalau tak nangis dgn lecturer, tapi terus terang aku trasa sangat bila berpisah ngan hang.. bila aku ada problem, hang orang 1st yg datang.. "nape mu wang"..Susah senang kita sama2.. tapi aku slalu bg masalah kat hg... ak minta maaf abe.. ak x sampai hati nk hantaq hg pagi tu... tak sangup nk nangis depan hang.. nanti rajin2 la datang kedah. kita tunaikan janji nak naik menara sama2.. 

Dhom / Abe / Peon / Kechik / Izzul / Amin
Bilik B211
Abe
atas tadi dah bagi ucapan khas tuk hang..

Peon
Ak nk minx maaf bnyak2.. Bnyak yang aku marah hang.. pasal kunci moto la.. pasal salah letak kunci dalam bonet moto kat gurun dulu la.. skandalkan hang dengan ayu la.. tapi niat aku melawak ja. tak lebih dari tu. Kita slalu travel sama2.. pi KL.. pi Penang, turun kedah.. hutang 5 ringgit aku minx halal na.. :D btw peon, kalau ak ingat hang, aku mesti bukak youtube. senyum sorang2 depan laptop tengok balik video kita buat sama2.

Kecik Johor
Cik, hang da macam adik aku da. antara budak2 bilik, hang yg ak rajin kutuk. "Yer la. Bilik Ni da macam hotel".. jangan marah ak taw. ak mlawak ja. pasal isu tulis kat pintu loker la. paling teruk aku muntah dekat katil hang.. haha.. mmg ak takkan lupa adik aku yang ni.. cik, jaga diri baik2. syaza jangan lupa contack taw. hahaha.. 

Izzul
Oit burung unta.. ak nk minx maap. ak janji law aku turun JB, ak contack hang. ID Garena aku tu amik kat hang la.. adiah dari kawan. maap tak ikut pi Langkawi hari ni (25/3/2012). ak rasa antara kawan2 ak, hang yg rajin tnya pasal xtiviti jejalan. ak yang slalu bg idea tapi aku yg tak gi. maap bebanyak... pesan aku, jangan over sangat kalau nk main2.. :D

Amin Ker Cek
min, kawan secawan. hang rajin x dak dalam dorm. hahaha.. balik aritu pun cabut camtu tak smpat ak nk bgn tido, sampai ati ang. nnt mai kedah taw,, bukan jauh sangat pun, ak nk minx maap sbb prabis ayaq hang pagi tu, hahaha.. minx halal makan minum terlebih kurang.. 1 ja aku nk pesan.. nk buat benda, kena pikiaq dulu. jangan da buat baru pikiaq.. pasal awek2 tu, ak x layak jadi sifuu. sbb ak sndiri pun x dak awek.


Lily
Apa nk cakap pasal budak ni eh.. cam x best je.. :D

lawak je la.. ni adik ak. mak lain bapak asing.. heheh.. kenal dari sem 1 sampai sem 4, she the only one gurl who called me "Abg Wan". sooo sweet.. ♥. hahaha.. kadang suka buli gak budak ni. sbb dia bajet dia comel macam Lisa Surirumah. To lily, abg nk minx maaf kalau ada salah silap.. biasala bajet Aaron Aziz.. minx maf last minute. :D


Cik Bella
ni plak 1 1nya kawan pmpuan yg suka bg ak pening dgn prangai dia. 1 je ak tak paham dgn prangai dia ni.. benda apa ak tak paham tu biarlah rahsia ak je.. nama pun rahsia  kan. hehehe.. Bella, mekasih sbb antaq sms soklan ternakan. sayang hang ketat2.. jangn lupa aku.. nnt ada masa kita jumpa laen.. 


Wanie
ni adik yg ak paling sayang.. sbb dia comel kot.. hahaa.. takdak la comel sangat.. banding ngan CiK EZ, bg ak EZ comel lagi.. hehehe.. OOps.. kantoi suda.. wani, wan minx maaf sangat2. thanks 4 everything u has do for me. Being a brother to u realy make me crazy. Pengkalan Chepa dgn Alor Setar x jauh kan? mai la.. maap tak dapt tunaikan janji nk bawak jalan2 kat kedah sbb tak invite, invite tapi x kena time plak kan aritu. nanti jumpa time antar report LI taw.. syg adik wan ni..



Ija ngan Eyqa
Eyqa
qa.. makasih ya.. suaramu yang tajam dah menikam telinga beta.. hahaha.. hohoho.. jangan nakal2 taw. jangan sedih2.. jangan buas2.. dan paling penting jangan lupakan wan. nnt law spupu wan ajak kerja kat kedai tudung tu, datang la skali erk. leh jmpa2.. er.. bila boleh weebieee ni yer. pelik2 betul bahasa orang Equine ni.. hehehe.. qa.. wan nk minx maap bebanyak taw.. salah silap wan kasah lembut wan.. huhu


sbenarnya ada lagi sorang dhom nak taip tapi xdak gambaq dhom ngan dia time dinner malam tu..
dhom tulis je la..

Neney
Nini, wan minx maap banyak2. Wan taw wan ni sombong, belagak sbb tak tegur nini. kita kuaq aritu pun x bnyak cakap dalam keta. wan taktaw nk cakp apa lepas kes sem 3 aritu. time tu mmg x leh trima kenyataan sangat2. hehe. kisah lama tu abaikan la yer.. wan xkn lupa kita g pangkor sama2... kita g johor sama2.. naik bot kat melaka sama2.. wan mmg xkan lupa semua benda tu,. jangan lupakan wan.. tima kasih sbb pernah jadi orang yg wan sayang sangat. walaupun antara kita xpernah ada jodoh, wan doakan nini happy dgn mat imie. jaga dia molep.. 

Bagok
gok, LI rajin2 mai usha lostaq taw. halo2 je. umah aku pun hang tau kan
hang mmg best.. sronok keja bawah hang. walaupun hg da x jadi presiden, tetap aku support hang kot blakang. minx maap kalau ada salah silap spanjang aku kenai hang ngan hang kenai aku... rokok astro skotak aku tu ak halalkan je. hahaha


THE END OF MY LIFE @ IPTG
2010 / 2012








Gratisan Musik

06 Mac 2012

Ahh.... nak lepas perasaan... DIAM!!!

DIARY?

dah macam diary plak blog dhom ni yer..
diary pun diary la. dhom bukan ada awek pun nak story2 benda2 yang dhom pendam dalam otak ni.
ada awek boleh gak dhom nak citer2 story mory..
sapa la nak kat dhom ni yer..

arini 6 MAC 2012. hari kedua dhom g kelas. nah amik!!
capet2 g kelas. x sakit ke kaki tu? eh eh.. bengkak la kaki kau..
da bnyak orang tnya benda yg sama je kat Dhom..
Dhom bukannya OKU 100% lagi.. cuma urat je yg putus dokotor bilang..
nnt ok la kot... kot je la.. tak ok pun xpe..
jari bongsu kaki kiri je pun.. bukan nak masuk tentera pun.

BILIK KULIAH YANG TENSION

tringat balik smalam...
dhom g kelas Pengurusan Am ok lagi, g kelas English pun ok lagi..
masuk kelas Tamadun Islam je kena pangkah..
Ustaz apa cam gitu.. Oh lupa.. ustaz pun manusia.
smua manusia pun buat silap kan... termasuk la ustaz ni..
patutnya tunjuk la contoh..
orang masuk kelas dia cakap
"Orang yg kerugian adalah orang yang eksiden, patah itu la patah ini la, lubang kaki  la"
Aku tau la aku eksiden, kaki blubang, x payah la bg contoh cam gitu dalam kelas.
aku pun tau malu gak.. ustaz x pe la sapa nak pangkah ustaz dalam kelas
smua hal bajet sempoi.. sembang x pernah jatuh kan?
muka cam vietnam bajet cam korea.. zzzzz (mmg tgh panas ni x habis lagi nih) .
nak cakap depan2, kang jnis ustaz kn suka tarik markah.
luah dalam blog je la.

DUIT ILANG LAGI!!.. :(

eh eh.. arini duit dhom ilang RM50...
bengang giler wa cakap lu...
tapi ni la padah sebab x jujur dengan diri sendiri kan..
sayang orang tapi cakap x sayang. aiseh...
takpe2.. dhom HARAMKAN je mamat yang cilok duit dhom tu.
law dunia dia lepas, akhirat dia xkan lepas.
dhom sumpah xkn maafkan dia slagi dia x ngaku kat dhom kat dunia ni.
pandai curi pandai la ngaku. malas nak maen tuduh2 ni..
kang dapat dosa free je kan..

duit tu dhom nak balik kg.. dhom nak beli ubat smentara nak tampung kehabisan ubat klinik bagi,
dhom pun x 100% sihat lagi... 1 hari dekat 3x maen tukar kain balut ni
skali balut pakai 2lai kain. 6 lai kain tu RM4. salotape lagi, ubat surut bengkak lagi...
ngam2 je duit tu tuk minggu ni. sbb tu dhom rasa cam nak nangis je.
mak bapak penat2 keja tuk dapatkan duit tu
senang2 je orang tu curi dari dhom..
salah dhom gak, dhom yg lalai kan;...



byee....

25 Februari 2012

23 FEB 2012

fuhh.. dhom xkan lupa tarikh ni.. sebab tarikh ni dah bagi kat dhom 1001 kenangan yang mmg dhom x leh lupa.. camne han citer eh? hmm.

malam tu dhom ngan caen nk balik dari perak ke kedah. sbb khmis xde kelas.. dalm kul 8 ke 8.30 bertolak la kami 3 biji moto dari IPTG...

sampai dekat penang je paklong chow. sbb dia turun penang, so tinggal la dhom dgn caen. dah tinggal 2 orang , apa lagi, speed je la. 100 pun 100 la. jnji cpt sampai.

speed punya speed. sampai dekat2 dgn susur keluar gurun tu. ALAMAK!!! dah dpn mata baru dhom prasan ada orang parking moto tepi jalan. Lahabau punya mangkuk x pasang lampu. Dhom sempat elak moto tapi kaki kiri dhom senerih sikit dgn ekzoz dia.

pah2 jadi tu, kaki dhom kebas terus. ingt kan x de pape. dhom try la nk drop gear. adoi, apsal kaki ni x nk dgr cakap aku ni.. last2 dhom brake cam tu je pastu suruh caen datang tongkatkan moto.

sedar2 da merah da kasut dhom.. ketaq habis 1 badan time tu..


sapa x cuak law kasut putih da jadi kaler mcm kat ats ni..  pastu depa usung dhom g dkt Caltex RnR Gurun. dekat2 jam 12.50  dah time tu. dhom pun call spupu dhom si ket ni sbb taw dia jnis tidoq lewat.



usung2 pi mai pi mai, dhom da ada dkt Hospital Sultanah Bahiyah. kuang hajo betul doktor tu. dia slamber je bsuh luka blubang dhom tu tak bagi ubt kebas ke apa ke.  memang makan kaki dia malam tu.. hehehe..

tulang kaki kiri dhom lari dr tempat dia.. sikit lagi luka tu nak tembus kaki dhom.. urat pun tputus 1. yang jadi bongsu tu.. nk buat camne, takdirNya.. trima je la.

operation slesai dalam jam 6 pagi..


sjujurnya aku happy sbb dgn xcident cam ni la aku leh kenal kawan2 aku. yg mana sanggup susah senang sama2. .  ada ssetengah kawan muncul waktu senang ja, time susah dia coumoulage ( hilang )..

thanks Ket, Ijat, Yeh, CIk Bob,



dan...


tarikh ni juga aku rasa pintu hati aku macam da terbuka balik.. hehehehe... llalalal ♥ ♥ ♥







Gratisan Musik

25 Januari 2012

2.0.1.2


Assalamualaikum…baru taksat dhom terbaca pasal 1 hadis ni... (aiseh men,,, bila plak ak minat bab2 hadis ni? bia la, asalkan nawaitu tu betul pada tempat. x salah kalau kita nak baca kan?)
Baiklah, disini kita cuba untuk mengulas seberapa terperinci mengenai email2 yang kita terima. Sebelum tu meh kita baca dulu email tersebut.

 dah baca? ok ok ok.. apa pndapat korang pasal kenyataan di atas ni?

Anda pernah terima hadis di atas? di atas adalah potongan hadis yang telah disebarkan kepada umum sejak akhir-akhir ini. perhatian kepada kalian yang menerimanya, hadis di atas adalah PALSU dan telah disokong oleh para Ulamak! tolong jangan sebarkannya lagi! bagi anda yang telahpun menyebarkannya, diharap dapat menarik balik setiap kenyataan dan bagi yang mempercayainya, diharapkan bertaubat. juga kepada mereka yang mempercayai kiamat pada 2012, bertaubatlah segera!

Semua ini adalah rekaan dan propaganda yahudi laknatullah yang sengaja ingin menakutkan umat Islam untuk menguasai dunia. ini juga ada kaitannya juga dengan penantian mereka kepada ketua mereka iaitu Dajjal yang akan dibangkitkan ke dunia. janganlah kita terpesong dengan dakyah yahudi tersebut kerana hadis seperti di atas bukanlah kali pertama dikeluarkan. bagi meyakinkan kepada masyarakat dunia berkenaan propaganda yahudi ini, filem 2012 telah ditayangkan di seluruh dunia. tetapi yang pastinya 2012 bukanlah hari kiamat kerana ia adalah ketentuan Allah. sedangkan Nabi Muhammad tidak mengetahui bila hari kiamat akan berlaku, apatah lagi kita. apa hak kita untuk menentukannya. itu semua hak Allah. cuma kita diberikan tanda-tanda kiamat kecil dan besar untuk kita bersedia. hakikatnya, semua tanda-tanda kiamat kecil telah dan sedang berlaku dan kini hanya menunggu tanda-tanda besar kiamat pula
Adakah anda sudah bersedia?
ni antara2 gambar dari NASA 
NASA Astrobiology Institute: “Nibiru and Doomsday 2012
Bad Astronomy: “The Planet X Saga: The Scientific Arguments in a Nutshell
Sky and Telescope Magazine: “2012: The Great Scare
 dan ni pula jawapan daripada pihak JAKIM
______________________________
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do’if Jiddan atau Maudu’. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas
Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A’lam Nubala’ ; “Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.
Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).
Wallahu a’lam…semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya…
Wassalam…
Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)
29 Julai 2009″
SUMBER : goldazone86 dan sahabat interaktif"
_______________________________________
Tengok tarikh di atas…29 Julai 2009..
ooo, jadi fahamlah kita bahawa mesej2 ni dah lama sbnrnya..sume ni adalah spam mesej mcm tu..x payah dipedulikan lahhh.






Ingat jangan mudah percaya kata orang taw

30 Disember 2011

Tentang Dhia

Assalamualaikum all !

Hari ni last aku duduk kuaters tuk tahun 2011. Esok dah nak balik kedah. Phew ~

So cuti kome macam mana? Best ? Cuti aku biasa biasa je. Oh ye. Bermula tahun baru depan (2012) erm...... xde menda ar


Tadi AKU menonton episod last drama Tentang Dhia di TV3. So far aku tak pernah miss lagi walau untuk satu episod pun. AKU selalu catch up kat syok.org tuk download. Sjibi cam aku layan nora elena... cinta elysa... stanza cinta...

Tajuk pun Tentang Dhia, mesti la keseluruhan ceritanya pada asasnya berkisarkan tentang Dhia. Secara ringkasnya cinta Dhia dengan Azmi tak kesampaian dan pada waktu waktu merawat luka tu muncul pula Zikir.



Rata rata orang kata,

"Cepat betul Dhia suka kan Zikir, walhal baru je kecewa dengan Azmi"

Jodoh ini misteri.
Alangkan berkenalan bertahun tahun pun tidak kesampaian hajat untuk hidup bersama, jadi mengapa pula mahu di persoal akan perkenalan yang sekejap?

Hati kita ini di tempatkan di dalam jasad untuk kita. Khusus untuk kita. Namun sebenarnya hati yang khusus untuk kita itu terpegang oleh tuhan. Kalau dalam sekelip mata mahu di terbalikkan hati kita, maka terbalik lah ia. Kita tidak ada kuasa untuk berbuat apa melainkan berdoa moga moga hati kita ini di letakkan di tempat yang sewajarnya, pada manusia yang sepatutnya.

Jadi secepat mana pintu hati kita boleh terbuka untuk orang lain, tidak layak untuk kita persoalkan. Kalau tuhan berkehandakkan sesuatu itu terjadi ke atas kita, maka terjadilah ia.

Serupa juga dengan perjalanan hidup aku sampai ke hari ini.

2011 membawa banyak pengalaman dalam hidup aku
Jatuh hati...
Diuji kesabaran...
Diuji keimanan...
Frust sebab cinta tak kesampaian

.

Dan sekarang aku sedang bertungkus lumus dengan D90... wedding job... dan seangkatan dengannya

Jadi kesimpulannya, tak ada apa yang boleh kita persoalkan kerana setiapnya yang terjadi, sudah direncanakan di atas sana. Sebagai manusia, kita berdoa lah sesungguhnya. Meminta seikhlasnya. Menerima dengan redha.

Till then, aku tulis lagi nanti. Tata !



04 November 2011

Marijuana Suspected


Kenangan ni memang aku tak boleh nak lupa bai...
tengah layan duk  buat proposal english, tetiba je ada call dari Marzila..

"Wan, betul ke Shyamir kena tahan polis?"

"Muhong ngat aih, tadi dia ada dgn aku duk sembang"

Aku pun g la kat tangga.. 

"Hah! kau yang duk mengendap tu, turun masuk bilik ni"

Cilaka,. aku da kena! jam 11.30 assignment x siap lagi, dah kena perintah berkurung dalam bilik tv. apakejadahnya semua ini, aku protes ar sbb assignment aku x siap lagi, dah la nak kena g mego ayam lak esok paginyer.. 

"Sapa nama Ikhwan?"

punggah! nama aku naik. kes apa ni? takkan aku sabit kes moto Nash kot? x penah aku sentuh pun gerek ada enjin dia tu.. hmm..

pastu nama Bowlat lak naek... pas bulat Kechik pulak... pastu Si Sepet B211 (Izul).. dah cukup 14 orang, dia suruh kitaorang berbaris naik black maria polis tu.. 

 Ni la Black Maria..

Ni la senarai2 yang g jejalan kat balai polis bota tu...


Maap yer bulat, gambo ekaw den xde yang pasport punye. huahaha
sambung baliik crita tadi.. dalam kul 12.30 pas sampai ke Balai Polis Bota, maka dapatlah sudah taklimat kenapa kitaorang ditangkap dgn penuh stailo.. macam filem pun ada sbb waktu nak g kutip kitaorang, sebiji cam citer Gerak Khas The Movie. haha.. best lak perli si Razali tu. Korang tawu apa dia cakap kat polis?

"Tangkap je diaorang ni, buat susah mak bapak je hantar diaorang ngaji jejauh."

taklimat yg kitaorang dapat ni pasal Ganja ngan Ais. pastu ada pulak polis ni sound kitaorang... cakap mak bapak susah2 cari duit, ganja jugak kitaorang cari. pala otak dia la maen mak bapak ni.. kalau orang cakap kat anak dia baru taw. bodo punya polis. 

grr.. malas nak citer la. geram lak... ni aku upload skit gambo kenangan kat balai polis smalam. huahahha

time ni tgh tungu nate narkotik tu mari..

 3 Banduan sementara.. hahaha

Penegak Keadilan & Pesalah. haha,, maap kecik yer..

tata.. bosan citer topik ni.. geram semua ada...








POLIS BOTA @*&#(