Followers

02 September 2011

Story Mory Tentang Raya..."Kisah Mercedes & Seorang Pakcik"

Arini rasa nak taip entri la plak..
Da lama x taip2 ni.. Tema kali ni.... RAYA!!!

Kejap je dah raya ke-4 kan? Mesti ramai yang masih dalam mood raya tu. My? Aku skrang kat titi gantong, tadelah tak kuar langsungraya pertama ada gak kuar beraya dengan kawan sekolah dapatlah beberapa buah rumahraya kedua lak ikut mak abah ke rumah sedara yang terdekat .maklumlah adik beradik ramai hoho.
Apa yang best tentang raya ni? Bagi aku, budak2 je yang best. Sbb diaorang yang dapat duit. Yang da beso2 cam aku ni... duit pun x dapat dah. Kadang2 kena kuarkan lagi. Tapi yang dah dapat title uncle tu, kena kuar duit la kompom2. 

Tapi kan.. yang aku nak share ngan korang ni 1 cerita..Seronok aku bila mendengar pelbagai cerita sepanjang aku bercuti raya di kampung. Dari kisah politik, ekonomi, projek sehinggalah ke cerita perihal anak dan cucu yang semuanya kalau tak bertujuan untuk bermegah-megah, dijadikan juga sebagai panduan dan pengajaran untuk aku espesially....



Dalam banyak-banyak kisah yang diceritakan, tertarik aku pada kisah yang diceritakan oleh salah seorang pakcik member aku (masa aku gi beraya kat rumah dia) yang mana si anaknya baru saja memiliki kereta idaman ‘mercedes’ yang dok ditayang ke sana sini. Ramai saudara mara member aku yang memuji si bapa atas ‘kejayaan’ si anak memiliki kereta impian itu tetapi apa yang terkeluar dari mulut si pakcik betoi2 bagi aku tekejut. dia kata “Nak buat macamana, pak dia kaya mampu la kalau dia nak pakai kereta besar tapi pak aku miskin, keje pun kat sawah padi je. Tu yang aku cuma mampu pakai kereta nissan ni je”. Pergghhhh.. ‘dalam’ sungguh maksud kata-kata si bapak ni. Apalah yang telah dibuat oleh si anak terhadapnya sampaikan di’smash‘nya si anak dengan selamba je. Mungkin gak si anak tak hulurkan duit belanja kat dia kot.

Bila difikir-fikirkan, nasib baik la LC KDA aku ni tak jauh beza valuenya dengan moto Honda 90C bapa aku. Even adik beradik pupu pupu aku pun masing-masing takde la dok pakai kereta besar sangat walaupun aku tahu mereka berkemampuan. Semuanya sebagai menghormati kereta orang tua depa (ada ygn pakai mercedes, tapi parent pun mercedes. ok la tu kan) tapi sebenarnya bukan apa, kami mybe dah diajar dari kecil supaya faham maksud di antara ‘things that you need‘ dengan ‘things that you want‘.

Apa pun aku takde hal kalau korang nak pakai ‘Lambo’ sekalipun tapi make sure ‘keperluan’ si ayah dan ibu tidak korang abaikan. 

Wallahualam.

Tiada ulasan: