Followers

16 Mac 2013

Penghujung Semester 2

Pejam celik ... x2
dah nak habis semester 2 Dhom kat UPM. Isnin ni da start final. aduhai..agak tekanan di situ. xpe2. biar repeat janji belajar. hahaha. lagi paham kan. isk2.. sepanjang semester 2 ni, banyak kenangan yang xkan dhom lupa. so, dhom abadikan dalam entry ni. dah lama x menaip. apa yang best sepanjang semester 2 dhom kat  UPM ni? kejap lagi la eh. dhom nak story pasal study dhom dulu.

Study!!!
semester 2 ni subjek lagi killer dari semester 1. kalau semester 1 ada Matematik dengan Kimia, semester 2 ni ada Biologi dengan Fizik. ditambah lagi dengan Sains Tanaman., kejadahnya subjek2 ni. xpe2. Dhom kan pelajar yang "agak rajin". so mmg masalah la. 

jom dhom nak cerita kenangan ni. bermula seawal semester 2, perkara pertama dhom buat = keluar enjoy. enjoy la sangat. g funfair je pun. time ni Pitot (yg dalam gambar kat bawah ni) berjaya mendapatkan adiah teddy bear. hahaha. Dhom plak berjaya menghabiskan duit tanpa sebarang hadiah. cuma jerit2 + handphone jatuh. 


next activity yg dhom buat is... straight my hair. haha. cam bangang je ayat. sebulan kena kutuk sebab straight rambut. btw, itu perkara biasa. diaorang jeles kot. haha. straight sbb salah sebut. niat asal nak g iron je rambut. cina kedai gunting rambut tu g sapu ubt. last2 nah.... rebonding. 


jeng jeng jeng.. amacam rambut baru?? hahaha masih kekal sehingga hari ini (bulan 3) means dah 3 bulan. lepas buat rebonding ni, dhom ke sabah. jumpa my besties, Kay @ Atikah. umo 23 belum berkahwin , seorang nurse di Queen Elizaberth 2. seminggu Dhom kat sabah ni.


yang gambar bawah tu la Kay. Bulat x muka dia? haha. oops.. balik dari sabah je dhomt erima tugasan untuk ke Kg Kedayan di Miri. jauh perjalanan luas permandangan banyak pengalaman. kitaorang kena buat kajian mengenai adat sewaktu mengandung. dalam group tu, dhom sorang je laki. kononnya Lelaki melayu terakhir la. hahaha.


masa terus berlalu.. Kejohanan Ragbi Antara Jabatan start sudah... dhom berjaya menyarung jersey Jabatan Sains Tanaman. dan kitaorg berjaya mendapatkan tempat ke...... dua. haha


tamat je ragbi, next week lepas tu, bermula acara Piala Dekan Ke-7. Dhom? x masuk pun sbb dhom x pro mcm Bujang, Pitot, Jelawai nak main bola. dhom taw ragbi je. untuk piala dekan ni, dhom jadi photographer je. lupa lak nak bgtaw, semester ni dhom dilantik menjadi photographer under MTM (Majlis Tertinggi Mahasiswa) UPM.


dah habis Piala dekan, yang dimenangi oleh Putra JS (team all stat mcm real madrid) dan dinaib johan oleh Atok Kau FC (team barca x ramai star tapi kuat), start pulak Sukan Uniputra. sukan ni antara blok blok kat UPM. Blok D (orthoptera) , blok aku la tu dapat naib johan.


tamat uniputra, tamat la sudah aktiviti UPM ni.. pastu ada la dinner2 kitaorang sikit antara DPT 02 dengan DPT 06. bukan xnak jemput DPT 04 tapi kitaorang nak specialkan DPT06 sebb x pernah nak jumpa diaorang semua. DPT04 kitaorang dah pernah jumpa waktu sem 1 dulu. 

 so, tamat la cerita... hahaha... ada sekping gambar x tahu nak letak kat ruangan mana. so upload jugak la kat sini.


SO, Dhom nak minx maaf andaikata ada terkasar bahasa sepanjang pengenalan dhom dengan warga UPM sekelian, bukan UPM je, semua skali je la senang.

sampai jumpa lagi di entri akan datang, daaa~~

Tiada ulasan: