Followers

30 April 2018

BEZA KEKUATAN OTAK LELAKI DAN PEREMPUAN

Otak adalah suatu anugerah yang paling hebat diciptakan Allah. Mungkin perbezaan boleh dinilai melalui otak manusia dan otak haiwan. Sebagai manausia kita mempunyai minda/akal untuk berfikir dan bermuhasabah, berbeza dengan haiwan yang sentiasa kita lihat. Mungkin manusia ini di lihat dalam sudut kacamata lelaki dan perempuan. Mengikut kajian, lelaki dan perempuan mempunyai  kekuatan yang berbeza dihasilkan dari otaknya. Sedikit perkongsian perbezaan antara fungsi otak lelaki dan perempuan 



Tugasan
Proses otak wanita direka bagi menumpukan tugasan yang berganda di dalam sutu-satu masa. Sebagaimana contoh wanita dapt menonton TV, bercakap melalui telefon dan melakukan aktiviti memasak di dalam satu masa. Proses otak lelaki pula direka dengan cara memberi tumpuan hanya satu kerja pada satu masa.

Bahasa
Wanita mudah mempelajari banyak bahasa. Akan tetapi mereka sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah di dalam bahasa. Lelaki pula tidak mudah untuk mempelajari banyak bahasa. Akan tetapi mereka dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan di dalam bahasa.  

Analisa
Otak lelaki mempunyai banyak ruang untuk mengendalikan proses menganalisis sesuatu perkara.  Mereka boleh menganalisis dengan cara mencari penyelesaian dan boleh merangka reka bentuk yang berbentuk kompleks. Otak wanita pula dapat memahami sesuatu rangka reka bentuk dengan mudah tetapi tidak dapat menganalisanya secara berfokus.

Memandu
Semasa memandu kereta, lelaki boleh memandu dengan keadaan laju kerana dia dapat melihat sesuatu objek pada jarak yang jauh dan serta-merta mengklasifikasi kelajuan objek/ kenderaan itu. Akan tetapi lelaki hanya boleh fokus pada suatu perkara sahaja seperti tumpuan pada memandu.Perempuan pula mengambil masa yang lama untuk mengetahui kelajuan dan arah sesuatu objek kenderaan. Walau bagaimanapun perempuan mampu untuk memberi tumpuan kepada perkara lain selain memandu.

Menipu
Otak wanita secara semula jadi dapat mengetahui 70% ekspresi wajah lelaki yang menipu , 20% pergerakan tubuh badan dan dapat mengetahui 10% apa yang keluar dari mulut lelaki apabila menipu. Otak lelaki pula tidak dapat mengetahui secara jelas apabila seseorang perempuan menipu. Akan tetapi lelaki mempunyai kemampuan untuk mencari helah menipu

Menyelesaikan Masalah
Sekirannya seseorang lelaki itu mempunyai banyak masalah, mereka akan mencari jalan untuk menyelesaikannya dengan cara tersendiri dan akan bertindak menyelesaikannya satu demi satu. Sekirannya seseorang perempuan itu mempunyai masalah, mereka akan mencari individu untuk meluah dan akan menenangkan fikirannya dengan cara menyendirikn diri. Mereka akan menyelesaikan masalah apabila ada sesuatu panduan.

Apa yang Mahu
Lelaki lebih mahu kejayaan, penyelesaian masalah diri dan perkara yang diminati. Wanita pula mahu kepada hubungan, rakan dan keluarga

Tidak Puas Hati
Jika wanita tidak berpuas hati dengan hubungan, mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada kerjaya.Jika lelaki tidak berpuas hati dengan kerjaya, mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada hubungan.
Otak Perempuan

otak lelaki

Percakapan
Wanita menggunakan bahasa tidak langsung dalam ucapannya. Lelaki menggunakan bahasa langsung dalam ucapannya

Pengurusan Emosi
Wanita banyak bercakap tanpa berfikir. Lelaki pula bertindak tampa berfikir

Sentuhan
Wanita suka disentuh di dalam perbualan sosial sepertimaa empat hingga enam kali sentuhan berbanding lelaki kerana perlukan belaian. Lelaki pula kurang menyukai kepada sentuhan sehinggalah lelaki adalah golongan paling ramai menghidap masalah jiwa.  
  
Arah Tangan
Wanita mempunyai keupayaan untuk menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membolehkan mereka melakukan kerja rumah. Lelaki pula selalunya hanya menggunakan sebelah tangan sahaja semasa melakukan sesutu kerja.

Kepintaran
Otak wanita bersaiz lebih kecil daripada lelaki. Akan tetapi wanita mempunyai kepintaran 3% lebih daripada lelaki. Lelaki pula mempunyai saiz otak yang besar dan mempunyai 4 bilion lebih banyak sel berbanding otak wanita

Tiada ulasan: