Followers

09 September 2010

Reena Selamanya...




"Reena, ambik ni! Saya beli untuk awak kat pasar malam," Ajai menghulurkan seutas gelang tangan yang berwarna biru air laut.
"Kenapa awak bagi saya?" Tanya Reena ingin tahu.
"Saja. Tak baik kalau tak ambil apa orang bagi. Awak kan suka warna biru anak laut."
"Mana awak tahu saya suka warna tu?"
"Yelah sebab ada dua warna je. Satu warna ni, satu lagi kelabu tahi anjing. Takkan awak suka warna tahi anjing kot. Takde tastelah plak. Betul tak?"
"Saya tak kisah warna apa pun, janji orang yang bagi tu ikhlas bukan ada udang dalam mee goreng basah pulak!" kata Reena tak berperasaan.
"Eh, awak pandai gak buat lawak! Tapi apsal saya rase tak kelakar?"
"Ada saya kisah? Sudahlah lecturer dah datang, saya nak masuk kelas." Reena terus berlalu masuk ke dalam kelas.
'Alah En.Bazli ni kacau daun pula, baru nak sembang-sembang.' Gumam Ajai sendirian dan berlalu masuk ke dalam kelas.

Ajai menunaikan solat maghrib di dalam bilik kerana tidak sempat solat berjemaah di masjid disebabkan aktiviti MPP yang habis lambat. Ajai mengambil Al-Quran dan membaca dengan penuh tertib. Selesai mengaji, dia menyalin kain sarung kepada seluar pendek bawah lutut. Aurat kena jaga. Ajai mula membuka laptopnya untuk menyudahkan assignment pengurusan tanah yang masih belum siap. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk..
"Sosej, bang? Seringgit dua posen je,"rupanya mamat jual sosej kasi suspen. Perut Ajai agak lapar tika itu. Dia membeli lima bungkus. Cukuplah untuk dia melantak. Selesai membuat bayaran, muka Bob terjongol di depan pintu biliknya.
"Hah, kau nak apa Bob?" Tanya Ajai berbasa basi.
"Wei, Mira mesej aku tadi. Betul ke kau bagi gelang tu kat Reena?" Tanya Bob pulak. Ajai duduk diatas katil dan Bob masuk kedalam bilik lalu menutup pintu bilik. Bob benar-benar ingin tahu.
"Kalau aku bagipun, apa masalahnya? Reena tu bukan siapa-siapa punya, hak milik ayah dia lagi." Jawab Ajai endah tak endah dengan soalan Bob itu.
"Memanglah, tapikan kau kata gelang itu untuk emak kau, Apsal kau bagi dia? Tu yang aku tak puas hati?"marah Bob. Ajai hanya tersenyum melihat wajah tidak puas hati rakannya. Dia masih ingat lagi, semasa mereka pergi ke pasar malam. Niat hati cuma nak jalan-jalan tengok baju, tapi matanya tertBob pada seutas gelang tangan yang membuat hatinya rasa tertarik. Belum sempat dia mahu melihatnya Bob terlebih dahulu mengambilnya dan bertanyakan harga.
"Wei kalau aku bagi Mira gelang ni, okay tak?" Bob cuba bertanyakan pendapatku. Hati Ajai sudah panas sebenarnya tapi tiba-tiba dia mendapat satu akal yang agak matang.
"Aku rase x sesuailah. Warna ni tak sesuai dengan dia. Cuba kau bayangkan dia pakai baju biru, kain biru, tudung biru, kasut biru dan gelang biru dah macam minah blue dah rupanyer. Lagipun warna biru camni tak sesuai dengan remaja, orang tua okaylah,"Ajai mengemukakan hujahnya.
"Yeke? Tak tahu pula aku. Nak beli ke tak?" Bob mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu.
"Baik kau bagi aku beli untuk emak aku. Lagipun mak aku suka warna birut air laut ni,"pujukan Ajai berhasil. Dia membayar gelang berharga rm15 itu. Walaupun murah tapi bermakna.
"Wei berangan pula mamat ni! Wei den tanya ko buat dek cam cakap dengan bantal golek pula," Ajai membiarkan Bob membebel sendirian. Dia menyambung kerjanya sambil makan sosej yang dibeli tadi.

Reena membelek-belek gelang tangan yang diberi Ajai pagi tadi. Cantik sungguh gelang tangan itu. Dia tersenyum sendirian. Dia hairan mengapa Ajai menghadiahkan gelang ini kepadanya. Lelaki itu memang aneh tetapi kelakar sikapnya. Walaupun bermuka tembok tapi memang tak dapat dinafikan ketampanannya. Cuma kadangkala sikap Ajai yang tidak serius itu menyakitkan hatinya.
"Hai menung jauh nampak. Orang dapat gelang patutlah berangan semacam," sapa Reha. Sejak tadi dia lihat rakannya asyik membelek gelang tangan pemberian Ajai itu.
"Reena, boleh aku Tanya kau satu soalan?"
"Boleh tapi satu jer,"jawab Reena.
"Kau suka ke kat Ajai tu?"
"Ikhlas aku cakap kat kau yang aku memang anggap dia tu macam kawan-kawan yang lain. Tak lebih pun dari tu. Aku pun rasa dia cuma anggap aku macam kawan biasa. Kenapa kau tanya macam tu?" Reena pula bertanya.
"Sebab aku rasa Ajai suka pada kau. Cuba kalau satu hari dia luahkan perasaan dia pada kau, kau terima tak dia?" Tanya Reha lagi. She curious.
"Never!"

"Wei, tunggu akulah. Jalan tak pandang orang langsung!"bebel Bob.
"Kau tu jalan lambat sangat macam kambing golek golek,"kata Ajai acuh tak acuh.
"Kau tahu tak semalam Wazir cakap kat aku yang Reena dengaan budak senior nama Nasharudin tu. Wei, kau serius tak dengan minah tudung labuh tu?" tanya Bob curious.
"Kau ni macam pompuan pula, suka gosip-gosip murahan pula. Kalau aku suka kat dia pun, perlu ke aku bagitahu satu dunia. Cukuplah aku tahu, dia tahu. Simple and cool!"
"Banyaklah kau. Sekali kena kebas, kelabu biji mata kau sekali dengan cermin mata ko skali jadi kelabu." Bob mencebik.
"Wei, tengok tu, Reena!" Bob memusingkan kepala Ajai kearah Reena. Reena sedang asyik berbual dengan Nasharudin ditepi kelas. Tiba-tiba Ajai jadi panas melihat mereka bedua. Dengan pantas dia mengatur langkah menuju kearah dua manusia tersebut. Bob mengikut dari belakang.

"Reena sudi tak jadi teman abang. Abang betul-betul ikhlas pada Reena," ucap Nasharudin pada Reena. Reena hanya menundukkan kepalanya. Dia malu.
"Reena tak suka pada abang? Kalau Reena tak suka, abang tak paksa. Inikan soal hati dan perasaan Reena," ujar Nasharudin lagi.
"Bukan Reena tak suka pada abang, cuma…" Belum sempat Reena menyudahkan kata-katanya Ajai datang menyampuk.
"Cuma Reena suka kat aku bukan abang. Jadi abang boleh pergi jangan kacau Reena lagi dan abang boleh cari kakak-kakak senior lain. Takkan nak budak kecik kot!" lantang Ajai meluahkan kata-katanya. Semua mata tertumpu pada mereka bertiga.
"Saudara ni kekasih Reena ker?" Tanya Nasharudin.
"A'ah. Kami dah lama dah jadi pasangan kekasih, cuma saya dan dia tahu. Kami tak suka menghebahkan cerita dalam kelambu!" kata Ajai penuh perasaan.
"Apa yang awak merepek ni Ajai?" Marah Reena. "Abang, saya dengan dia cuma rakan sekelas saja tak lebih dari itu. Saya rasa lebih baik abang pergi dulu, jangan layan dia ni." Ujar Reena.
"Saya tak merepek. Awak suka sayakan Reena?" Ajai bertanya penuh debaran.
"Tak, saya tak pernah sukakan awak. Saya cuma anggap awak macam rakan sekelas. Itu saja, tak lebih dari itu. Awak kena faham itu!" terang Reena penuh semangat.
"Tak! Awak tipu bukan? Apa kurangnya saya?"
"Saya tak ada masalah dengan awak langsung, jangan halang perjalanan saya!" Reena cuba melarikan diri. Namun Ajai segera menghalang.
"Saya masih tak puas hati!Saya nak tahu juga kenapa awak tak sukakan saya? Saya perlukan penjelasan,"jerit Ajai. Dia mencengkam lengan Reena.
Reena cuba melepaskan cengkaman Ajai. "Sakitlah! Awak nak tahu kenapa? Sebab awak lelaki yang tidak serius yang hanya tahu main-main dan suka memaksa. Awak tahu perangai awak totally saya benci sangat. Takde apapun yang saya suka kat awak. Awak ada ke tak ada ke, sama saja bagi saya! Awak dah faham sekarang?" luah Reena. Ajai melepaskan cengkamannya dan berlalu pergi bersama hati yang remuk.

'Awak tahu perangai awak totally saya benci sangat. Takde apapun yang saya suka kat awak. Awak ada ke tak ada ke, sama saja bagi saya! Awak dah faham sekarang?' kata-kata Reena itu masih lagi terngiang-ngiang di telinga Ajai. Ajai menjerit sekuat hati. Bob segera mendapatkan Ajai.
"Aku rasa kau kena bersabar dan bagi Reena masa. Aku rase kau terlalu memaksa dia!" pujuk Bob. Dia tahu rakannya berada di dalam kekecewaan.
"Kau rasa aku ni teruk sangat ke? Aku tak layak ke untuk gadis macam dia?" Ajai bertanya kepada rakannya.
"Tak tapi mungkin teruk sikit jer. Tak sebenarnya kau terlalu keras, lagipun kita tak boleh duga perasaan orang. Jadi kau kena belajar bersabar!" nasihat Bob.
"Boleh tak kau tolong aku?"
"Tolong apa?"

Hatinya meronta-ronta mahu berjumpa dengan Reena. Dia cuba mahu slow talk dengan Reena. Dia tak mahu kecewa kali ini. Dari jauh dia nampak susuk tubuh Reena dan Reha. Dia tersenyum.
"Kenapa tak boleh jumpa esok? Tak elok perempuan macam saya ini keluar malam-malam jumpa lelaki. Cepat sikit, apa yang mustahak sangat?" Tanya Reena tanpa memandang wajah Ajai.
"Awak masih marahkan saya? Saya minta maaf. Saya tahu saya terlalu mendesak awak. Tapi saya cuma mahukan sedikit penjelasan." Ujar Ajai penuh sopan.
"Penjelasan apa lagi? Saya rasa awak dah faham?"
"Memang saya faham tapi adakah langsung takde sekelumit pun perasaan cinta awak pada saya?" Tanya Ajai.
"Kalau awak nak tahu bukan awak saja tapi mana-mana lelaki pun. Saya cuma sayangkan seorang lelaki dalam hidup saya. Takkan ada orang lain."
"Siapa?"
"Ayah saya. Hanya dia yang saya sayang dalam hidup saya."
"Saya pun sayang ayah saya. Saya boleh menggembirakan awak Reena. Percayalah!" rayu Ajai.
"Takde perkara lain yang mampu menggembirakan saya selain dapat melihat ayah saya mampu untuk melihat keindahan dunia ini semula. Hanya itu yang menggembirakan saya. Saya tak perlukan cinta lelaki lain. Jadi saya taknak awak ganggu saya lagi sebab saya kat sini untuk belajar dan capai cita-cita saya untuk membantu memulihkan kembali penglihatan ayah saya. Itu saja matlamat hidup saya. So, please don't disturb me! Ambil balik gelang ini. Saya tak rasa saya memerlukannya!" Reena pergi meninggalkan Ajai penuh kehampaan.

Dua minggu berlalu dengan cepat. Tinggal lagi sebulan final exam akan menemui semua. Ada yang dah mula study beria-ria. Perpustakaan dah macam pasar ikan. Sesak macam traffic jam gamatnyer. Namun Bob ulangkaji sendirian, tidak lagi ditemani Ajai yang sudah menghilang. Dia pun hairan kemana perginya rakannya itu. Reena pun musykil dengan kehilangan lelaki itu. Kadangkala dia diselebungi perasaan bersalah.
"Reha, cuba kau tanya Bob tentang Ajai." Pinta Reena.
"Apsal pulak? Kau gilah tanya sendiri. Kau yang nak tahu tapi aku pelik buat apa kau nak ambil tahu hal orang yang kau dah sakitkan."luah Reha.
"Kenapa ni Reha? Kau marah aku ke?" Tanya Reena kurang pasti.
"Memang aku marah kau. Orang macam kau ni pentingkan diri. Kalau aku ditempat kau. Aku takkan lukakan hati orang yang cintakan aku walaupun aku tak cintakan dia."
"Apa yang kau akan buat?"
"Dalam hal macam ini, kita memerlukan akal Reena. Bukannya hanya mneluahkan perasaan semata-mata. Kita kena fikirkan tentang hati orang lain. Kau tahu manusia berbeza-beza. Kita tak tahu hati budi orang. Aku dapat rasa Ajai terlalu cinta pada kau, sehingga dia tak dapat kawal kekecewaan hati dia. Bukan semua lelaki yang anggap sesuatu perkara itu mudah. Kita perempuan tak dapat tahu isi hati lelaki. Seorang lelaki jika dia benar-benar jatuh cinta, dia akan tempatkan dihati bukan pada nafsu. Aku harap kau faham apa yang aku nasihatkan. Aku tak marah pada kau tapi cara kau itu yang buat aku marah. Aku minta maaf jika perbuatan aku sebentar tadi menyakitkan," ujar Reha panjang lebar.

Reena mendapat panggilan dari Dr. Amirullah tentang ayahnya. Sesungguhnya Reena berasa amat bersyukur. Sejak kecil lagi dia berdoa agar mata ayahnya dapat dipulihkan. Perkhabaran ini membuatkan dia menjadi insan yang paling gembira, tetapi kenapa dia tidak mendapat sepenuh kegembiraan itu? Dia merasakan seperti ada yang kurang. Cinta?

5 tahun berlalu…..

Akhirnya, dia berjaya mendapat segulung ijazah dalam bidang Kejuruteraan Awam. Walaupun matanya agak rabun, ayah Reena dapat melihat Reena menerima kertas keramat tersebut. Reha,Mira dan Bob juga turut memperoleh ijazah masing-masing. Sesungguhnya hari tersebut menjadi hari yang indah buat mereka semua. Namun dari kejauhan, ada insan lain yang mendengar sorakan kegembiraan mereka semua. Dia hanya tersenyum mendengar kata-kata pujian, ucapan tahniah yang keluar dari bibir para mahasiswa dan mahasiswi serta ibu bapa. Alangkah indahnya jika dia juga dapat berada ditempat mereka.
Dia menghayun langkah menuju ke pintu besar untuk keluar dari dewan tersebut. Tanpa semena-menanya dia terlanggar pasu besar di tepi pintu. Pasu tersebut jatuh lalu pecah berderai. Semua mata memandangnya. Dia cemas. Reena dan rakan-rakannya turut memandang.
Seorang lelaki yang masih muda sedang meraba-raba mencari tongkatnya. Bob terus menerpa ke arah lelaki tersebut untuk membantu. Reena cuba menghampiri. Tiba-tiba dia dihalang oleh dua orang guard yang cuba untuk membersihkan pasu tersebut. Keadaan yang senyap tadi menjadi hinggar- binggar semula. Entah mengapa Reena ingin berjumpa lelaki tersebut. Dia seperti kenal lelaki itu. Otaknya ligat mengimbau memori lama. Ajai!
Reena terus berlari mencari lelaki itu. Dia mundar mandir ke hulu kehilir mencari Ajai. Namun bayangnya pun tiada. Dia melihat Bob datang menghampirinya.
"Bob, aku nampak Ajai! Kau ada nampak?" Tanya Reena. Bob hanya mendiamkan sendiri. Melihat Bob yang hanya diam seribu bahasa dia cuba mencari lagi. Belum sempat dia pergi, Bob menyebut namanya. "Reena, dia dah pergi!"
"Apa? Aku nak jumpa dia! Mana dia?" Tanya Reena bertalu-talu.
"Dia dah pergi. Dia bagi kau ini. Ambillah," Bob menghulurkan sepucuk surat dan sebuah kotak. Reena mengambil barang tersebut. Perlahan-lahan, dia berjalan menuju ke taman universiti. Dia membuka surat tersebut…

Assalamualaikum…
Reena,
Sejak kali pertama melihat wajahmu, hati ini sudah tertarik dengan keindahan ciptaan-Nya. Hati ini juga berazam untuk menjadikan wajah itu sebagai suri di hati ini. Aku cuba menarik perhatianmu, tapi aku lelaki polos tentang erti cinta. Jadi aku jadikan kau tempatku bergurau kerana aku dapat merasakan kau dekat padaku. Setiap kali melihat wajahmu yang masam mencuka hatiku jadi tenang amat. Aku rasa bahagia sangat. Aku fikir kau sengaja marahkan aku. Aku suka melihat kau, aku tahu kau wanita yang baik bukan kerana kau bertudung labuh tapi kerana kau pandai menjaga maruah dan harga diri kau.
Reena,
Setelah aku luahkan perasaan ini padamu, aku rasa lapang. Tapi bila kau menolak aku mentah-mentah aku kecewa sangat. Maaf ayatku tak teratur sangat. Sudah lama tidak memegang pena. Aku tahu kau ada alasan sendiri kenapa kau menolakku. Aku terima. Tapi aku masih belum puas. Aku mahukan kau gembira kerana aku terlalu cinta padamu. Hati ini sudah lama menjadi milikmu.
Reena,
Pemahaman aku dalam erti cinta yang sebenar adalah cinta bukan semestinya memiliki tapi mengorbankan diri demi orang yang kita cintai dan sayangi. Aku ingin sekali lihat kau bahagia, kau gembira dan tersenyum sentiasa. Walaupun apa yang aku korbankan tidak seelok mana tapi masih boleh digunakan. Tapi untuk lebih elok aku ada bawakan barang yang berharga untukmu. Gunalah sebaik mungkin.
Reena,
Sebelum aku pergi, aku ingin sekali mendengar ucapan cinta darimu. Namun aku sedar itu Cuma mimpi. Tapi sekurang-kurangnya aku lega yang kau tahu AKU AMAT AMAT AMAT CINTAKAN KAU. Maaf sekali lagi tulisan aku buruk. Tak secantik dulu. Aku harap kau bahagia sayang. Kau sentiasa dihati. Terakhir kali aku pinta darimu. Izinkan aku merinduimu sayang..
Assalamualaikum..

Reena melipat kembali surat yang sudah basah dengan air mata itu. Dia mengambil kotak tersebut dan membukanya. Cermin mata yang dipakai Ajai dahulu. Ada secebis kertas diletakkan di cermin mata tersebut. 'Khas untuk ayah Reena'. Membacanya saja Reena terus menangis. Ada lagi barang di dalam kotak tersebut. Gelang tangan warna biru air laut yang agak pudar warnanya. Ada secebis kertas juga diselitkan. 'Khas untuk Reena'. Reena terus mencium gelang tersebut dan air matanya terus mengalir deras. Reena menjerit perlahan, "Saya cintakan awak Ajai untuk selamanya".
Jeritan itu telah didengari lelaki buta itu yang sejak tadi berada di taman juga tanpa Reena sedari. Sebaik mendengar lafaz tersebut, lelaki itu melangkah pergi meninggalkan Reena. Bibirnya mengukir senyuman dan berkata. "Selamanya Reena.."

Tiada ulasan: