Followers

18 September 2010

Selamat Tinggal Eryna



Aryan duduk melepaskan keluhan kecil. Dilonggarkan tali leher berwarna hitam yang dipakaikan di lehernya itu.Butang atas baju kemejanya,dibuka.Dadanya sesak kini. Hatinya makin runsing. Matanya dihalakan keatas, perlahan-lahan dikatup matanya. Aryan mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu. Sesekali kepalanya terasa berat sekali. Terfikir di kepalanya, bagaimana mahu memberitahu Izah? Pasti isterinya itu akan melenting. Mesti juga isterinya itu begitu sakit hati dengan ayat yang bakal diucapkannya itu. Aryan memikirkan lagi, haruskah dia melakukan keputusan itu?
Sedang leka Aryan berperang dengan keputusannya, muncul seorang kanak-kanak lelaki dari pintu dapur.
“Papa!”Si comel Nurhan menjerit memanggil Aryan papanya yang baru pulang dari kerja itu.
“Nurhan, mari,kat papa..” Nurhan menurjah Aryan lalu duduk di atas riba papanya itu.
“Mama mana?”
“Mama kat dapur, pa.” Nurhan bersuara keletah.Sesekali dia meletakkan kepalanya di riba Aryan. Saja mahu bermanja-manja dengan papanya. Aryan sesekali mengusap perlahan kepala anak kecil berusia empat tahun itu.Aryan tersenyum kecil. Kejap sahaja anaknya itu sudah berusia empat tahun.
“Papa belikan ais-krim tak?” Nurhan bersuara sambil anak matanya sedang mengharap jawapan dari papanya itu.
“Alaa papa minta maaf ya Nurhan ,papa terlupalah..” Aryan menepuk dahi, dia terlupa pula untuk membelikan ais-krim yang dipesan Nurhan semasa dia hendak berangkat ke tempat bekerja pagi tadi. Nurhan menarik muka. Hampa betul dirinya. Lantas dia bangun dari riba Aryan. Aryan mendekati anaknya yang sedang masam mencuka itu.
“Papa,minta maaf, ya. Papa sorry sangat. Memang papa lupa. Papa janji nanti papa beli.” Aryan mengangkat isyarat sumpah, mahu memujuk anak tunggalnya itu.
“Papa janji?” Nurhan berpaling ke arahnya lalu menghulurkan jari kelingkingnya sebagai tanda janji.
“Papa janji!” Aryan membalas huluran jari itu. Seketika kemudian, Eryna muncul dari dapur,
“Hai,bang.Bila balik? Masuk tak bagi salam pun.” Eryna bersuara sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Aryan, suaminya itu. Sesekali dia mengusap perutnya yang semakin membesar mengandungkan anak suaminya itu,sudah masuk bulan ketujuh.
“Baru lima minit tadi.Yang awak ni,tak keluar dari dapur langsung.”Aryan bersuara sambil menhulurkan pula tangannya.
“Maaflah,bang.Tadi tengah menggoreng kat dapur.”Eryna mengambil beg dari tangan suaminya itu.Lantas dihalang Aryan.
“Awak pergilah ke dapur dulu,biar saya angkat beg ni. Berat ni.”Aryan tersenyum memandang isterinya.Kasihan pula dia hendak menyuruh isterinya mengangkat beg kerjanya yang penuh dengan kertas kerja itu.Sudahlah isterinya itu sedang sarat.
“Ha..yelah” Eryna menuju ke dapur semula menyambung tugasnya.Aryan mendaki anak tangga rumahnya itu sambil tangannya menjinjing beg kerjanya itu.Perasaan kasihan Aryan terhadap Eryna datang kembali.Mana mungkin dia akan menghancurkan hati isterinya yang banyak berkorban untuknya itu? Tidak sanggup rasanya.Dia begitu kasihan terhadap isterinya yang sangat dicintainya itu.Tambahan pula, Eryna sedang mengandungkan anaknya yang kedua,benihnya juga.Tidak sanggup rasanya untuk menghancurkan hati wanita itu.Aryan meramas-ramas kepalanya yang sedang kebingungan itu.Sesekali,kedengaran keluhan kecilnya.Lantas kakinya sudah di tingkat atas.
* * * * * *
“APA?! Abang nak kahwin lagi?” Eryna terduduk ketika Aryan mengungkapkan ayat itu. Tidak disangkanya selama ini,Aryan mempunyai wanita lain selain dirinya.Aryan mengangguk lemah.Terpaksa juga diluahkannya,walaupun itu akan mencincang hati isterinya.Bening mata Eryna mula bertakung.Tidak sanggup ditahan air matanya lagi,lalu kolam kesedihan itu tumpah juga.
“Apa salah Eryna, bang? Apa yang kurangnya Eryna!” Eryna bersuara sambil air matanya mengalir deras,dia menggenggam erat tangannya,hatinya sungguh pedih ketika itu. Tidak kasihankah Aryan terhadap dirinya ketika itu?
“Abang minta maaf, Eryna.Eryna tak ada dosa dengan abang.Tapi”
“Tapi apa,bang? Eryna tahu Eryna ni dah tak cantik macam dulu.Eryna sedar.”Eryna bersuara dengan emosi kesedihan.Tanpa disedari,tubir matanya Aryan juga sudah bergenang,tetapi,dia sedaya upaya menyembunyikan air matanya daripada tumpah.Tidak mahu menambah kesedihan malam itu lagi. Sanggup lelaki itu melukai hatinya tika ini! Apalah dosanya? Kejam sungguh apabila diperlakukan begitu! Aryan memicit-micit dahi,air matanya tumpah juga akhirnya,perasaannya sudah tidak boleh ditahan lagi.
“Ya,ALLAH!Ampunilah hambamu,hambamu ini telah menyakiti hati seorang wanita yang banyak berkorban untuk hamba, ya ALLAH..Astaghfirullah..apa yang aku dah lakukan?”Aryan melepaskan keluhan kecil. Terucap juga ayat itu akhirnya.Tetapi, hatinya kini penuh dengan kekesalan.Eryna bangun dengan perlahan keluar dari bilik.Sudah tidak sanggup lagi bertahan kesedihan.
* * * * *
Eryna memandang wajah wanita itu.Sungguh kejam perempuan yang bernama Maisara ini!Sanggup dia melukai hati seorang wanita yang mana sepertinya juga!Perempuan inilah pendua kasih lelakinya! Eryna sesekali menjeling tajam Widad.
“Oh,rupanya kaulah yang terhegeh-hegehkan suami aku ya? Hmmm..puas hati kau sekarang!” Eryna meninggikan suara,melepaskan amarahnya terhadap isteri baru suaminya,Aryan itu.
“Muka je baik.Hati kotor!” Eryna menjegil lagi.Hatinya panas benar berbaur sedih ketika itu.Ketika Aryan membawa pulang perempuan itu ke rumah,Eryna dari mula lagi sudah meluat dengan perempuan yang berlagak baik itu.
“Eryna,sudahlah..Eryna..” Aryan cuba meneteramkan Eryna. Dia bersuara lembut.
“Oh..memanglah,dapat isteri baru,memanglah ditatang sepenuhnya!” Eryna meninggikan suara terhadap Aryan. Terkjut juga Aryan,tidak pernah pula isterinya meninggikan suara kepadanya.
“Eryna!Awak dah berani ya,tinggikan suara kat saya!” Giliran Aryan pula berperang.Eryna terkejut kerana suaminya juga tiba-tiba begitu. Air hangat seperti hendak mengalir di tubir matanya.
“Abang,sanggup abang tengking Eryna sebab perempuan ni! Abang kejam! kejam!” Eryna memecahkan kolam matanya.Aryan mengurut dada.Ya allah,apa yang aku dah lakukan?
“Eryna, Eryna..abang minta maaf, Eryna..abang..tak sengaja.” Aryan suaranya seperti tersekat.Aryan mengejar Eryna dari belakang.
“Eryna..abang..”
“Abang apa? Ha? Abang pergilah, pergilah layan bini muda abang itu sepuas-puasnya.” Eryna bersuara bercampur keesakan. Aryan serba salah seketika, kemudian terdengar suara seorang wanita.
“Abang..”
Aryan menoleh, Widad sudah ada di belakang. Eryna menjeling.
“Abang, Kak, Widad minta maaf kalau Widad dah hancurkan kebahagiaan akak dan abang.Widad berdosa, kak.” Widad tunduk. Timbul rasa bersalah dalam diri Widad kerana telah merampas kebahagiaan rumah tangga seorang wanita sepertinya.
“Memang! Sedar pun kau!” Eryna bersuara keras lagi. Aryan sudah tidak tahu bagaimana hendak melembutkan hati isterinya itu lagi.
“Eryna, sudah, Eryna..Widad, pergi masuk dalam.”Aryan mengarahkan.Widad berlalu, petang itu tidaklah secerah mana. Di kawasan luar, kanak-kanak girang bermain di waktu petang. Eryna mendengus marah.Dia berlalu meninggalkan Aryan yang sedang dalam kekusutan itu.Seketika kemudian,satu suara meminta tolong kedengaran. Aryan segera mendapatkan suara itu.
“Ya ALLAH! ERYNA!”Aryan terkejut dan kaget seketika, Eryna jatuh tergelincir! Aryan mendapatkan Eryna yang sedang mengerang kesakitan itu.Beberapa minit kemudian,Widad ,muncul.Keadaan kelam kabut seketika.Nurhan sudah merengek apabila dirinya hendak dibuatkan susu tidak dihiraukan.Beberapa minit kemudian,sebuah ambulans tiba,setelah Widad membuat panggilan ke hospital tadi. Eryna dikejarkan ke hospital.
* * * * *
Aryan menatap wajah anak keduanya, perempuan,yang lahir tidak cukup bulan yang diletakkan di dalam inkubator itu. Hatinya bersyukur tika ini. Eryna dan anak kedua mereka selamat.Walaupun lahir tidak cukup bulan.Widad memaut lembut tangan Aryan yang sedang menungkan anaknya itu. Nurhan sesekali bersuara kecil.Dia tahu di hospital tidak boleh bising!
Beberapa minit kemudian, Aryan keluar dari bilik inkubator itu.Dia menghala ke wad Eryna ditempatkan.Eryna masih tidur tika pintu dikuak. Aryan menyuruh Widad membawa pulang Nurhan ke rumah ,biar dia yang menjaga Eryna. Seketika kemudian,Aryan bangun untuk menunaikan solat fardu Isyak,kepalanya tiba-tiba diserang kesakitan yang amat sangat! Matanya tiba-tiba berpinar.Aryan tidak dapat mengimbangi dirinya lalu rebah ke lantai.Seketika kemudian, dunianya gelap.
* * * * *
Aryan tidak dapat melupakan walau sebutir kata-kata doktor yang telah ditemunya itu.Sesekali hatinya terasa ingin menjerit.Mengapakah dugaan terus-menerus begini? Dia disahkan menghidap tumour otak,tahap kroAryan!Ya allah,sungguhnya maha hebat cubaannmu.Aryan berkefikiran,dia mahu isterinya tidak mengetahui perkara ini.Dia tidak mahu menambah lagi kesedihan kedua hati isterinya itu,terutama, Eryna.
“Abang makan apa tu?” Widad bersuara tiba-tiba.
“Eh,mana ada apa-apa.”Aryan sedaya-upaya menyembunyikan ubatan yang sedang dimakannya tadi itu.Tidak mahu tembelang pecah.
“Betul ke?” Widad mengangkat kening.Aneh betul dengan sikap suaminya yang secara tiba-tiba selalu pening,muntah-muntah dan kadang-kadang pelupa itu!
“Betul.”Aryan mengangguk tersenyum Alahai isteriku,kalaulah kamu tahu?
Seketika kemudian, Eryna muncul di dapur untuk mengambil air.Sesekali,jelingannya yang tajam itu menggusarkan hati Aryan dan Widad. Eryna tetap dengan hati batunya.Tidak mahu menerima Widad sebagai madunya.Puas sudah dipujuk Aryan.
“Sayang,kenapa bangun ni? Eryna kan dalam pantang lagi. Kalau nak apa-apa,bagitaulah abang,nanti abang ambilkan.”Aryan cuba mencairkan hati Eryna yang keras itu, diambilnya segelas air untuk diberikan kepada Eryna. Tetapi, Eryna menepis dengan kuatnya,lalu gelas yang dipegang Aryan terhempas ke lantai.
“Eryna!Jangan biadab, Eryna! Ini suami awak ni!” Aryan mula meninggikan sikit suaranya.
“Hei,pandai pula awak mengaku suami saya! Ingatkan dah lupa,asyik ingat betina ni je!” Aryan tidak dapat mengawal kemarahannya apabila Eryna biadab seperti itu. Eryna kebelakangan ini banyak berubah. Sudah tidak seperti Eryna yang dikenalinya dahulu.Sopan,lemah-lembut.Itu bukan lagi ciri Eryna sekarang ini. Aryan mengeluh panjang. Kepalanya tiba-tiba berat. Eryna masih begitu, dengan kepala batunya. Seketika kemudian matanya Aryan sekali lagi berpinar-pinar,dunianya berpusing seketika.Bisa di kepalanya tidak bisa ditanggung lagi.Seakan Sesuatu yang sedang gah mencucuk-cucuk dek kepalanya.Aryan pitam,rebah tumbang ke lantai secara tiba-tiba.Widad dan Eryna segera mendapatkan Aryan yang sudah rebah itu.
“Abang!!!”Jerit Eryna dan Widad.
* * * * * * *
Eryna mengalirkan air mata deras,tidak sangka selama ini Aryan mengidap penyakit barah otak ini! Rupa-rupanya Aryan memilih hendak merahsiakan perkara ini semata-mata kerana tidak mahu menambah kesedihan hatinya. Widad kelihatan duduk termenung di kerusi penjuru wad itu.Dia juga tidak menyangka bahawa lelaki yang mana sudah cuba dicintainya sedikit-demi sedikit itu mengidap penyakit yang berbahaya ini. Aryan sekarang ini,sudah terlentang di katil hospital.Dia tidak mampu lagi untuk menjalankan kehidupan seperti biasa kerana barah yang dihadapinya sudah semakin kritikal.Eryna sudah bermandikan air mata semenjak dua menjak ini.Sesekali dia mengenangkan nasibnya.Sesekali juga dia mengenangkan dosanya yang terlalu banyak terhadap suaminya yang tercinta itu.
“Abang. Eryna menyapa lembut,berbisik ke telinga Aryan.
Aryan mengangguk perlahan. Dayanya lemah,tiada tenaga ketika itu.
“Abang sayang Eryna?”
“sayang”Aryan berbisik perlahan. Suaranya seakan tersekat.
“Abang,maafkan Eryna,abang,Eryna berdosa kat abang.”Eryna mengenggam erat tangan Aryan di sisi katil hospital itu.Bening mata Aryan juga mula bergenang laju.Lantas disapunya Eryna.Widad hanya melihat dari sudut jauh.Setianya kasih mereka berdua!Sesekali,Widad kesal,kesal dengan perbuatannya.Dia telah merampas kebahagiaan orang!Ya ALLAH,sungguh berdosanya aku.
“Abang maafkan Eryna.”
Aryan mengukir senyuman kecil walaupun dirinya tiadanya daya ketika itu.
“Faarris..Nurhans..mana?”Aryan bertanya akan Nurhan dalam keadaan yang tersekat-sekat itu.Sesekali,nafasnya seakan turun dan naik.
“Papa, Nurhan kat sini.” Nurhan muncul tiba-tiba.Nurhan duduk di hulu katil.Aryan melemparkan senyuman kepada Nurhan.Sesekali Nurhan menyeringai.
“Papa sakit eh? Kesian papa.Kalau Nurhan nak sihatkan papa,boleh?”Nurhan,anak kcil yang belum mengerti apa-apa itu,bersuara.
“Nurhan,”Sahut Aryan lemah.
“Ya,papa.”
“Nurhan jangan nakal-nakal tau.Kalau papa tak ada nanti,Nurhan jaga mama dengan umi ya.”Hibanya ketika itu.Eryna mencelah.
“Abang,kenapa cakap macam itu?Eryna tak sanggup bang.”Eryna bersuara seperti marah dengan ucapan suaminya itu.
“Betullah,papa nak pergi mana?”Nurhan semakin tidak mengerti dengan ucapan Aryan itu.
“Kalau papa pergi,Nurhan nak ikutlah!”Nurhan membuat gimik muka sedih.Kenapa papanya berkata begitu?
“Nurhan janji,ya.”Aryan tidak menghiraukan lagi soalan anaknya.Lalu dihulurkan hujung jarinya,Nurhan membalas sebagai tanda persetujuan.
“Papa,jawablah”Nurhan merengek.Seketika kemudian,nafas Aryan tiba-tiba turun-naik,Eryna sudah menjerit histeria memanggil suaminya itu.Widad perlahan-lahan mendekati sisi katil Aryan.
“DOKTOR!!!DOKTOR!!!”Eryna menjerit tidak tentu hala.Masing-masing sudah bergenang maAryan jernih.
Seketika kemudian,Aryan menghembuskan nafas terakhir.
Eryna terduduk bila doktor mengesahkan,Aryan sudah tiada.Widad memujuk hati Eryna supaya bersabar.Hatinya juga ketika ini,menjerit! Nurhan,tidak tahu apa-apa,hanya menganggap papanya sedang tidur lena.Eryna memeluk tubuh Nurhan.Nurhan terpinga-pinga,mengapa mamanya menangis sedangkan papanya Cuma tidur?Aryan sudah kaku di atas katil.Tiada bernyawa lagi.Abang,maafkan Eryna!
Seketika kemudian,seorang wanita lingkungan penghujung 50-an masuk menyerbu lalu ke arah Aryan,itu,emaknya Aryan!
“Aryan,kenapa kau tinggalkan mak!!!” Wanita itu meranug,sambil merangkul tubuh kaku Aryan.Eryna mendekati emak mertuanya itu.Lalu, Eryna ditolak ke belakang.
“Kaulah pembunuh anak aku! Kalau kau tak kahwin dengan anak aku,anak aku tak mati!” Wanita tua itu bersuara keras.Eryna tunduk.Dia tahu, yang emak Aryan memang tidak pernah menerimanya sebagai menantu malah tidak pernah mencuba menerima dirinya dari dahulu lagi.Eryna tunduk ke lantai.Petang itu sungguh suram sekali.Tangisan di wad hospital tempat Aryan berada sekarang ini semakin bertambah.Sayunya tika ini!
* * * * * *
Eryna duduk termenung,menghadap puWidad Aryan,yang baru sahaja dikebumikan itu.Air matanya tidak henti-henti mengalir.Maafkan Eryna,abang!
“Mama, kenapa papa kena masuk dalam tu? Kesian papa,nanti papa lemas ,papa tak ada kawan, biar Nurhanlah yang temankan papa.”Nurhan bersuara,dia masih belum mengerti yang papanya sudah tiada,dia sekarang menjadi yatim!
“Nurhan, Nurhan dengar sini,papa dah tak ada Nurhan, papa dah tak mungkin balik lagi,Nurhan..”Widad cuba menerangkan kepada Nurhan.Eryna hanya duduk mebeku.Sesekali dikesatnya air mata yang hangat mengalir.
“Papa dah tak balik? Papa pergi mana?” Reaksi muka Nurhan mula menunjukkan perubahan.Dia masih tidak mengerti.
“Papa Nurhan dah balik jumpa tuhan.Papa dah tak balik jumpa kita lagi Nurhan.”Widad sedu seketika.Tidak sanggup diteruskannya lagi.
“Maksud umi,sampai bila-bila?” Kolam mata Nurhan juga hampir pecah tatkala Widad berkata begitu,papa dah tak balik? Papa tak sayangkan Nurhan ke?
“Yep,Nurhan.Nurhan sabar ya.” Widad memaut erat tubuh kecil Nurhan yang mula merengek itu.Papa tak sayangkan Nurhan!Jerit Nurhan hiba.Beberapa minit kemudian,Widad menghulurkan sekeping kertas,daripada Aryan kepada Eryna. Eryna mengambil,lalu membaca isi surat tersebut..
Untuk isteriku,Eryna,
Eryna,abang minta maaf,selama ini,abang selalu menyakiti Eryna.Abang sedar,abang masih belum mampu menjalankan kewajipan sebagai seorang suami Eryna.Abang pergi,belum sempat abang membahagiakan,Eryna,padahal Eryna sudah terlalu banyak membahagiakan abang,terima kasih,Eryna.Eryna,terima kasih atas keprihatinan Eryna terhadap abang selama ini.Eryna sebagai isteri tiada cacat celanya,Cuma abang yang banyak kekurangannya.Abang gagal membahagiakan Eryna.
Eryna,
Terima kasih atas kasih sayang yang Eryna curahkan terhadap abang selama ini,terima kasih kerana perhatian Eryna selama hayat abang ini.Terima kasih juga Eryna,kerana memberikan abang zuriat yang menjadi penyambung keturunan abang selepas ini.Terima kasih kerana memberikan Nurhan dan Farhana sebagai penyambung warisan abang.Jagalah mereka baik-baik ya Eryna. Didiklah mereka supaya tidak lupa akan agama.Ingatkan mereka kepada abang,walaupun abang sudah tiada,abang butuhkan doa mereka sebagai menambah bekalan abang di pelayaran abang sekarang ini,Eryna.
Eryna,
Abang meraskan,Eryna amat berdukacita tika abang mengatakan yang abang mahu meAryanahi Widad, Eryna,abang minta maaf sekali lagi.Abang menikahi Widad bukan sebenarnya kehendak abang,emak abang yang memaksa abang menikahi Widad, kalau tidak,emak mengancam mahu menggugurkan kandungan Eryna ketika mengandungkan Farhana dahulu dan emak tidak mahu mengaku yang abang ini anaknya lagi,abang minta maaf Eryna, percayalah,ini semua bukan kehendak abang! Abang tidak mahu Eryna dan farhana yang masih di dalam kandungan terjadi apa-apa ketika itu. Maafkan abang sekali lagi Eryna,kalau keputusan menikahi Widad itu sungguh menghiris hati Eryna.
Sekian, isteriku, bahagialah kehidupanmu, isteriku, Nur Farah Eryna, janganlah diratapi pemergianku ini,biarkanlah ketenangan menghiasi pelayaran abang didunia yang lain kali ini.Selamat tinggal, isteriku,
buat isteriku yang tercinta,dari suamimu,
Aryan…
Eryna menatap sayu setiap bait isi surat itu,selama ini dia sudah salah anggap terhadap kasihnya Aryan terhadapnya! Air matanya tumpah laju ke atas isi surat itu,lalu dakwatnya mengembang. Dia memang banyak berdosa terhadap Aryan! Eryna meraung,tidak dapat dikawal kesedihannya, menyesal dengan perbuatannya selama ini!
“ABANG!!!” Eryna menjerit lalu rebah.

Tiada ulasan: