Followers

20 Mac 2012

Borang Institut Pertanian Semenanjung Malaysia



Latar Belakang
Institut pertanian merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Kursus Sijil Pertanian.
Terdapat tujuh (7) buah Institut Pertanian yang telah didirikan di Malaysia di mana lima (5) buah institut terdapat di Semenanjung Malaysia dan lebih dikenali sebagai Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM), sebuah di Sabah dan sebuah lagi di Sarawak. Bagi 5 buah Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini, ia diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia. Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah diletakkan di bawah Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.
Sijil Institut Pertanian ini telah pun diiktiraf setanding dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik - Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18 Januari 1996 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Lokasi-lokasi Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini adalah seperti berikut :
Manakala, dua buah lagi Institut Pertanian adalah di:
  • Institut Pertanian Semanggok, Sarawak
  • Institut Pertanian Timbang Menggaris, Sabah
Sehingga tahun 2008, Institut Pertanian telah pun mengeluarkan seramai 8579 graduan Sijil Pertanian semenjak tahun 1966.
Objektif
  • melahirkan graduan yang mahir dalam teknologi pertanian
  • menyediakan asas-asas keusahawanan dalam bidang pertanian komersial

Matlamat
  • Mengeluarkan tenaga mahir bagi memenuhi tenaga kerja dalam sektor kerajaan atau swasta
  • Memberi latihan kemahiran dan pengkhususan untuk  mewujudkan bakal bakal usahawan pertanian
  • Membantu mempercepatkan transformasi sektor pertanian.
Jangka Masa Kursus

Kursus Sijil Pertanian mengambil masa selama dua tahun (empat semester).  Setiap sesi tahun pengajian mengandungi dua semester dan setiap semester terdiri daripada 20 minggu pengajian.  Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa merangkumi 72 jam kredit untuk layak dianugerahkan Sijil Pertanian.

Struktur Pengajian

                      Semester I dan III

                      Pengajian                                  10 minggu
                      Cuti Pertengahan semester     1 minggu
                      Pengajian                                  10 minggu
                      Cuti Antara Semester                 5 minggu

                      Semester II

                      Pengajian                                  10 minggu
                      Cuti Pertengahan Semester    1 minggu
                      Pengajian                                  10 minggu
                      Cuti Antara Semester                 4 minggu

                      Semester IV

                      Pengajian                                   12 minggu
                      Cuti Pertengahan Semester      1 minggu
                      Pengajian                                   8 minggu
                      Cuti Antara Semester                  4 minggu

Untuk mencapai matlamat Institut Pertanian, sukatan pelajaran disediakan mengikut kumpulan mata pelajaran berikut:
  • Mata Pelajaran Wajib meliputi mata pelajaran asas dan kemahiran(pada semester I – IV)
  • Mata Pelajaran Pengkhususan di mana pelajar boleh memilih salah satu daripada 6 bidang yang ditawarkan(pada semester III – IV)
  • Latihan Industri yang diadakan sama ada di sektor swasta atau kerajaan. (pada semester IV)

Kategori Kumpulan Mata Pelajaran Yang Ditawarkan 
TAHUN 1
SEMESTER 1
  • Bahasa Inggeris I
  • Pendidikan Islam I / Pendidikan Moral I
  • Pengurusan Tanah
  • Perlindungan Tanaman
  • Pengurusan Tanaman Sayuran dan Singkat Masa
  • Pengurusan Tanaman Perladangan
  • Kejuruteraan Pertanian I

TAHUN 1
SEMESTER II
  • Bahasa Inggeris II
  • Pendidikan Islam II / Pendidikan Moral II
  • Hortikultur Hiasan
  • Asas Sains Makanan
  • Pengurusan Tanaman Buah-Buahan
  • Pengurusan Ternakan I
  • Kejuruteraan Pertanian II
  • Komputer I
TAHUN 2
SEMESTER III
  • Bahasa Inggeris III
  • Tamadun Islam I
  • Pemasaran
  • Pengembangan Pertanian
  • Komputer II
  • Perniagaan Tani I
  • Pengkhususan:
    • Landskap I
    • Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan I
    • Teknologi Memproses Hasil Pertanian I
    • Mekanisasi Ladang I
    • Pengurusan Estet I
    • Pengurusan Ternakan II
TAHUN 2
SEMESTER IV
  • Bahasa Inggeris IV
  • Tamadun Islam II
  • Pengurusan Am
  • Perniagaan Tani II
  • Pengkhususan:
    • Landskap II
    • Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan II
    • Teknologi Memproses Hasil Pertanian II
    • Mekanisasi Ladang II
    • Pengurusan Estet II
    • Pengurusan Ternakan III
  • Latihan Industri


Kos pengajian

Kos pengajian hendaklah dibiayai sendiri oleh calon namun begitu tempat penginapan dan makanan disediakan sepanjang kursus ini dijalankan. 
 
Prospek Kerjaya


Graduan Institut Pertanian boleh memilih untuk bekerja sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan pertanian. Golongan ini juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta. Bidang-bidang  pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut:
  •     Landskap
  •     Nurseri Tanaman
  •     Perladangan
  •     Perhotelan
  •     Rekreasi
  •     Pemprosesan
  •     Perusahaan Pertanian

PROSEDUR PERMOHONAN


Pengambilan pelajar baru akan diiklankan di akhbar utama tempatan pada Mac/April setiap tahun. Mereka yang berminat boleh memohon secara online di www.doa.gov.my bagi lepasan sijil SPM/SPMV. Manakala bagi kakitangan kakitangan, permohonan hendaklah dibuat secara bertulis melalui kebenaran Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada :


Pengarah
Jabatan Pertanian Malaysia
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Aras 13, No.30, Persiaran Perdana, Presint 4
62624 Putrajaya
(u.p. : Timbalan Pengarah Seksyen Latihan Kemahiran)


Sebarang Pertanyaan


Sebarang pertanyaan berkenaan Kursus Sijil Pertanian di Institut Pertanian ini, bolehlah menghubungi:


Puan Nur Arbaeyah Binti Abd. Rashid,
Penolong Pengarah,
Seksyen Latihan Kemahiran,
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Aras 13, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4,
62624, Putrajaya,
No. Telefon : 03-88703261
No. Faks : 03-88888475
E-mail : arbaeyah@doa.gov.my


Cik Noorzilawati Binti Abd Kamis,
Penolong Pengarah,
Seksyen Latihan Kemahiran,
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Aras 13, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4,
62624, Putrajaya,
No. Telefon : 03-88703265
No. Faks : 03-88888475
E-mail : noorzilawati@doa.gov.my


Dah baca??


Klick Untuk Lihat Syarat Permohonan

Klik Untuk Melihat Kalendar Permohonan

Klick Untuk Memohon ( Internet Explorer Sahaja )

Maklumat Penuh

Tolong Share Yer.. tolong sangat2...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

[url=http://www.001casino.com]casino games[/url]
complimentary casino remuneration [url=http://www.realcazinoz.com]free casino[/url] games [url=http://cd-online-casino.co.uk]casinos[/url] [url=http://www.the-gambling-city.net]casino en ligne[/url]

Admin Buat-Duit-Lumayan berkata...

lepas ni, agak2 senang x nak dapatkan kerja kerajaan guna sijil ni?

Wan D. Nawhki berkata...

itu bergantung kepada rezeki. insyaAllah dapat sebab bidang pertanian belum cukup kakitangan. 3 - 7 tahun akan datang, ramai yang akan bersara kerana mereka merupakan lulusan Inst. Pertanian yang mula2 dahulu.

Unknown berkata...

nak sgt msuk..sy ad sijil pengurusan perniagaan n sijil pengurusan aplikasi komputer..bleh x tolong sy tok smbg kt istitut pertanian..result spm ok. 4B4C1D1G..tpi tu larh slack kt math jew..taundepan sy bt math paper julai tok math asew2 sy ad pluang lgi x untk msuk snie..sy pn bljr jgk sains pertanian ny..komen plez..