Followers

Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

09 Ogos 2013

Power Bank


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sejak kebelakangan ini, penggunaan powerbank dikatakan semakin meluas, di mana-mana sahaja mesti ada orang yang menggunakannya, banyak peniaga yang menjual power bank ini kerana mendapat permintaan yang tinggi.

Tapi bagi pembeli, anda hendaklah berhati-hati dan berwaspada dengan power bank yang hendak dibeli, ada satu kes di mana seorang pembeli ditipu apabila powerbank yang dibelinya berisi pasir. Walaupun berlaku di luar negara tak mustahil boleh berlaku di negara kita. 


Niat seorang lelaki di Taiwan membeli bateri portabel atau popular disebut “power bank” berkapasiti besar, mendapat nasib malang apabila peranti yang dibeli itu dipenuhi pasir.

Lelaki ini dikatakan membeli sebuah power bank berkapasiti “24000 mAh” buatan sebuah syarikat berasal dari Shenzhen, China.

Jika dilihat sepintas lalu, tak ada yang pelik atau luar biasa dengan power bank berwarna putih tersebut. Terdapat satu butang ‘ON’ diikuti lampu-lampu indikator dan port USB. Yang mencurigakan adalah keterangan kapasiti yang terdengar terlalu luar biasa. 


Setelah dibuka, ternyata di bahagian dalam power bank ini ditemui dua beg plastik berisi pasir, yang kemungkinan sengaja ditempatkan untuk memberi sensasi “berat” yang meyakinkan.


Power bank tersebut masih boleh digunakan untuk mengisi bateri gadget kerana memang menyediakan sebuah power-cell yang kelihatan uzur. Kapasiti aslinya tidak diketahui, tetapi kemungkinan besar tidak mencapai 24000 mAh yang tertulis pada pelekat di bahagian bawahnya.



#Kesian, jadi kepada anda anda yang berhajat nak beli powerbank ni berwaspadalah selalu sebelum tertipu, mana tahu kan.. Mohon sebarkan supaya tiada yang menjadi mangsa..

17 Oktober 2012

APAKAH SEBENARNYA IMEJ RAW?

Apakah itu RAW?
  • RAW  adalah format imej digital yang terdapat pada kamera DSLR di pasaran sekarang. Antaranya ialah .CRW atau .CR2 untuk Canon, .NEF untuk Nikon, .MRW Minolta, .ORF untuk Olympus dan .ARW untuk Sony
  • Fail RAW adalah data mentah dari sensor kamera yang belum diproses.

Bagaimana kamera mengambil gambar dalam format RAW?
  • Kamera anda mengandungi 'sensor' yang terdiri daripada jaringan 'photosensitive detectors' atau 'photosensor', samada menggunakan teknologi CCD (charge-coupled device) atau CMOS (complementary metal oxide semiconductor) untuk menghasilkan imej. Jaringan 'photosensor' ini disusun seperti gambar di bawah. Setiap bahagian pada jaringan tersebut mewakili 1 pixel pada imej anda.

  • Fungsi setiap pixel atau photosensor ini ialah menghasilkan cas elektrik apabila cahaya terkena pada permukaannya. Kekuatan cas yang terhasil bergantung kepada kekuatan / kecerahan cahaya yang terkena padanya. 
  • Disini dapat disimpulkan bahawa maklumat yang terhasil adalah dalam bentuk hitam putih atau 'greyscale' di mana hanya maklumat kecerahan cahaya setiap pixel yang diperolehi. Bagaimana gambar bewarna terhasil?
  • Di atas lapisan sensor ini terdapat lagi satu lapisan yang dikenali sebagai CFA (color filter array). Fungsi CFA ini adalah untuk menghasilkan gambar bewarna dari gambar greyscale yang dihasilkan oleh sensor tadi.

  • CFA ini disusun secara 'mosaic' di atas sensor.  Susunan secara GRGB (green-red-green-blue) ini dikenali dengan nama 'Bayer Filter' bersempena dengan nama Bryce Bayer (Kodak).
  • Terdapat lebih bahagian filter hijau (iaitu 2 bahagian atau 50%) jika dibandingkan dengan filter biru 1 bahagian (25%) dan merah 1 bahagian (25%) adalah disebabkan mata manusia lebih sensitif kepada kecerahan warna hijau.
  • Ini bermakna setiap photosensor (atau pixel) hanya boleh menyerap 1 warna sahaja (merah,biru atau hijau).


Print
Apakah perbezaan dengan gambar RAW dan JPEG yang terhasil?
  • Sebelum kita pergi lebih lanjut, disini perlulah ditunjukkan imej RAW yang terhasil terlebih dahulu. Kebiasaannya kita tidak berpeluang melihat imej ini kerana apabila ianya dimasukkan kedalam komputer anda atau dibuka dengan mana-mana raw processing software, gambar RAW ini secara langsung akan diproses secara automatik dan apa yang anda lihat adalah imej RAW yang telah dimasukkan 'default' setting.
  • Kebiasaanya gambar RAW yang terhasil adalah seperti di bawah:
  • Merujuk kepada gambar (c) didapati bahagian bawah kiri adalah bahagian baju yang bewarna merah. Ini dapat dilihat daripada pixel merah yang cerah dan dan pixel hijau serta biru yang gelap. Begitu juga dengan bahagian-bahagian pixel yang lain dimana hanya satu warna saja yang akan dominan.
  • Terdapat masalah yang jelas di sini: Apakah warna pixel yang gelap tadi? Di sinilah terdapat perbezaan pada gambar JPEG yang dihasilkan pada kamera dan juga gambar JPEG yang diproses dari fail RAW di dalam komputer.
  • Untuk meneka warna pada pixel tadi, kamera (atau software dalam komputer) menggunakan teknik 'interpolation', di mana bahagian pixel yang gelap (tidak bewarna) akan diteka warna yang sesuai berdasarkan pixel-pixel lain disekelilingnya. Proses ini juga dikenali dengan nama 'demosaicing'.

  • Jika proses interpolation ini dilakukan di dalam kamera (bermaksud anda set kamera anda untuk ambil gambar JPEG) gambar JPEG yang terhasil adalah menggunakan 'built-in raw converter' di dalam kamera dimana keupayaannya dihadkan oleh processor pada kamera anda, dan ini berbeza dari kamera ke kamera yang lain.
  • Jika fail JPEG yang terhasil adalah menggunakan perisian editing RAW (sepereti Adobe Camera RAW atau Lightroom) gambar yang terhasil adalah lebih 'details' kerana menggunakan komputer di mana keupayaan processornya adalah lebih tinggi, menggunakan algorithm yang lebih kompleks dan proses yang dilakukan juga terkawal.
  • Selain proses demosaicing, penukaran daripada format RAW ke JPEG juga melibatkan proses white balance (WB), tafsiran warna (colorimetic interpretation), pembetulan gamma, noise reduction, antialising dan sharpening.
    Nukilan asal : Azizan Aziz (www.ebookfotografi.com)

     

26 Mac 2012

Yakuza Agriculture Institute (2010/2012)








YAKUZA!!!!

Well... sperti tajuk, korang pun da taw kan.. ak cuma nk upload gambar...
 


 
 

 

update lagi 27 mac..










Dah habis baca?? klick share kat bawah ni yer...

20 Mac 2012

Borang Institut Pertanian Semenanjung Malaysia



Latar Belakang
Institut pertanian merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Kursus Sijil Pertanian.
Terdapat tujuh (7) buah Institut Pertanian yang telah didirikan di Malaysia di mana lima (5) buah institut terdapat di Semenanjung Malaysia dan lebih dikenali sebagai Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM), sebuah di Sabah dan sebuah lagi di Sarawak. Bagi 5 buah Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini, ia diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia. Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah diletakkan di bawah Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.
Sijil Institut Pertanian ini telah pun diiktiraf setanding dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik - Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18 Januari 1996 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Lokasi-lokasi Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini adalah seperti berikut :
Manakala, dua buah lagi Institut Pertanian adalah di:
  • Institut Pertanian Semanggok, Sarawak
  • Institut Pertanian Timbang Menggaris, Sabah
Sehingga tahun 2008, Institut Pertanian telah pun mengeluarkan seramai 8579 graduan Sijil Pertanian semenjak tahun 1966.
Objektif
  • melahirkan graduan yang mahir dalam teknologi pertanian
  • menyediakan asas-asas keusahawanan dalam bidang pertanian komersial

Matlamat
  • Mengeluarkan tenaga mahir bagi memenuhi tenaga kerja dalam sektor kerajaan atau swasta
  • Memberi latihan kemahiran dan pengkhususan untuk  mewujudkan bakal bakal usahawan pertanian
  • Membantu mempercepatkan transformasi sektor pertanian.
Jangka Masa Kursus

Kursus Sijil Pertanian mengambil masa selama dua tahun (empat semester).  Setiap sesi tahun pengajian mengandungi dua semester dan setiap semester terdiri daripada 20 minggu pengajian.  Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa merangkumi 72 jam kredit untuk layak dianugerahkan Sijil Pertanian.

Struktur Pengajian

                      Semester I dan III

                      Pengajian                                  10 minggu
                      Cuti Pertengahan semester     1 minggu
                      Pengajian                                  10 minggu
                      Cuti Antara Semester                 5 minggu

                      Semester II

                      Pengajian                                  10 minggu
                      Cuti Pertengahan Semester    1 minggu
                      Pengajian                                  10 minggu
                      Cuti Antara Semester                 4 minggu

                      Semester IV

                      Pengajian                                   12 minggu
                      Cuti Pertengahan Semester      1 minggu
                      Pengajian                                   8 minggu
                      Cuti Antara Semester                  4 minggu

Untuk mencapai matlamat Institut Pertanian, sukatan pelajaran disediakan mengikut kumpulan mata pelajaran berikut:
  • Mata Pelajaran Wajib meliputi mata pelajaran asas dan kemahiran(pada semester I – IV)
  • Mata Pelajaran Pengkhususan di mana pelajar boleh memilih salah satu daripada 6 bidang yang ditawarkan(pada semester III – IV)
  • Latihan Industri yang diadakan sama ada di sektor swasta atau kerajaan. (pada semester IV)

Kategori Kumpulan Mata Pelajaran Yang Ditawarkan 
TAHUN 1
SEMESTER 1
  • Bahasa Inggeris I
  • Pendidikan Islam I / Pendidikan Moral I
  • Pengurusan Tanah
  • Perlindungan Tanaman
  • Pengurusan Tanaman Sayuran dan Singkat Masa
  • Pengurusan Tanaman Perladangan
  • Kejuruteraan Pertanian I

TAHUN 1
SEMESTER II
  • Bahasa Inggeris II
  • Pendidikan Islam II / Pendidikan Moral II
  • Hortikultur Hiasan
  • Asas Sains Makanan
  • Pengurusan Tanaman Buah-Buahan
  • Pengurusan Ternakan I
  • Kejuruteraan Pertanian II
  • Komputer I
TAHUN 2
SEMESTER III
  • Bahasa Inggeris III
  • Tamadun Islam I
  • Pemasaran
  • Pengembangan Pertanian
  • Komputer II
  • Perniagaan Tani I
  • Pengkhususan:
    • Landskap I
    • Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan I
    • Teknologi Memproses Hasil Pertanian I
    • Mekanisasi Ladang I
    • Pengurusan Estet I
    • Pengurusan Ternakan II
TAHUN 2
SEMESTER IV
  • Bahasa Inggeris IV
  • Tamadun Islam II
  • Pengurusan Am
  • Perniagaan Tani II
  • Pengkhususan:
    • Landskap II
    • Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan II
    • Teknologi Memproses Hasil Pertanian II
    • Mekanisasi Ladang II
    • Pengurusan Estet II
    • Pengurusan Ternakan III
  • Latihan Industri


Kos pengajian

Kos pengajian hendaklah dibiayai sendiri oleh calon namun begitu tempat penginapan dan makanan disediakan sepanjang kursus ini dijalankan. 
 
Prospek Kerjaya


Graduan Institut Pertanian boleh memilih untuk bekerja sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan pertanian. Golongan ini juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta. Bidang-bidang  pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut:
  •     Landskap
  •     Nurseri Tanaman
  •     Perladangan
  •     Perhotelan
  •     Rekreasi
  •     Pemprosesan
  •     Perusahaan Pertanian

PROSEDUR PERMOHONAN


Pengambilan pelajar baru akan diiklankan di akhbar utama tempatan pada Mac/April setiap tahun. Mereka yang berminat boleh memohon secara online di www.doa.gov.my bagi lepasan sijil SPM/SPMV. Manakala bagi kakitangan kakitangan, permohonan hendaklah dibuat secara bertulis melalui kebenaran Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada :


Pengarah
Jabatan Pertanian Malaysia
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Aras 13, No.30, Persiaran Perdana, Presint 4
62624 Putrajaya
(u.p. : Timbalan Pengarah Seksyen Latihan Kemahiran)


Sebarang Pertanyaan


Sebarang pertanyaan berkenaan Kursus Sijil Pertanian di Institut Pertanian ini, bolehlah menghubungi:


Puan Nur Arbaeyah Binti Abd. Rashid,
Penolong Pengarah,
Seksyen Latihan Kemahiran,
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Aras 13, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4,
62624, Putrajaya,
No. Telefon : 03-88703261
No. Faks : 03-88888475
E-mail : arbaeyah@doa.gov.my


Cik Noorzilawati Binti Abd Kamis,
Penolong Pengarah,
Seksyen Latihan Kemahiran,
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Aras 13, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4,
62624, Putrajaya,
No. Telefon : 03-88703265
No. Faks : 03-88888475
E-mail : noorzilawati@doa.gov.my


Dah baca??


Klick Untuk Lihat Syarat Permohonan

Klik Untuk Melihat Kalendar Permohonan

Klick Untuk Memohon ( Internet Explorer Sahaja )

Maklumat Penuh

Tolong Share Yer.. tolong sangat2...

24 September 2011

Ciri-ciri Orang Yg Menyayangi Diri Kita



1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms “good luck” untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar “INBOX” nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya… dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?

Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup…








Dhomnawhki

14 September 2011

Tips Selesaikan Masalah



Setiap dari kita mesti pernah terasa atau merasa ada masalah besar. Biasalah pelbagai masalah dalam hidup ni. Masalah duitlah, Masalah hutang, Masalah keluarga, Masalah di tempat kerja, Masalah Cintalah, Masalah nak kawen lah dan banyak lagi. Masalah jgn di cari. Tapi, kekadang masalah tu datang sendiri. Suka atau x suka, kita kena hadapai masalah tu.


Ok. Cuba senaraikan apa masalah2 yg korang hadapi. Senaraikan 10 masalah dulu. Aku yakin Mesti perkara pertama yang di tulis adalah masalah yg paling utama dan paling besar sekali. Betul tak? HoHoHo. Masalah nilah yang menyebabkan hati gusar. Korang jadi moody. rasa nak memberontak. Ada tu, sampai nak bunuh diri. So, Bagaiamana korang hadapi masalah tersebut? 


Di sebabkan benda2 mcm ni jugalah hati jadi tak tenang. Bila hati tak tenang, makan pun tak lalu. Ada segelintir orang plak. Banyak masalah, lagi banyak dia makan. Makan plak tak hengat punya. Setiap hari KFC burger king semua dia beduk.Tu yg kena kencing manis, darah tinggi , kanser la. Sebab ape? Asyik duk mikir masalah je dan Tak Pandai nak hadapi masalah.


Sebenarnya ada cara kita nak hadapi masalah2 kat dunia. Caranya mudah sahaja. Anda kena COOL. Kalau takde perasaan kool, susah jugak nanti. Memang la senang sebut perkataan kool. Tapi, bagaimana nak jadi cool ni? EASY sahaja. Anggaplah masalah yg anda hadapi tu kecil. Walaupun besar di mata manusia, korang perlu wujudkan perasaan dan tukar mindset yang masalah korang ni kecil sahaja. 

Cara nak tukar mindset ni penting. Ok. Aku bagi perumpamaan mudah. Ambil gelas yg di isi dgn air garam dan satu jug yang disi separuh air kosong. Kemudian korang tuangkan air garam tadi kedalam jug. dan cuba korang rasa air dalam jug tu. Ada rasa garam tak? Semestinya korang akan rasa garam dari air dalam jug tu. Tapi, kalau aku tuangkan air garam tadi ke dalam kolam masjid dan aku pun rasa air kolam tu dgn lidah. Pasti takkan rasa garam punya. Itulah perumpamaan yg mudah. Hati kita kena besar. Besar ni ibarat kolam masjid tadi. Tak mahu kecik seperti jug. Air garam di umpamakan seperti Masalah. Bila hati kita besar, insyaallah kita tak kan terkesan dengan masalah2 ni. Ada paham? Nak lagi perumpamaan?

Senang cerita mcm ni la. Korang sedang berada dalam tandas. Tetiba ada ular plak kat dalam tandas. Mana korang nak lari? Tandas dah la kecil. Mana mau lari eh? Tulah. Kalau hati ni tak luas dan kecik, nila jadinya. Sempit. Tak tahu nak buat mcm mana. Last2 mati kena patuk ular. Kalah dgn cabaran dunia Tapi, kalau hati luas seperti stadium. Ada gajah kat stadium pun korang boleh lari. Haa.. amacam? betul tak? 

So, Jgnlah mikir pasal masalah2 korang sangat. Dengan berfikir sahaja masalah tak boleh selesai. Motavatekanh diri korang Tenangkan diri. Anggaplah maslah dunia ni sementara. Takde duit pun sementara. Takde awek pun sementara. Takde kerje pun sementara. Semua sementara. Yg kekal adalah syurga. Allah takkan uji lebih dari kemampuan kita, ingat tu..

p/s : Belajar bersabar la yer kawan....