Followers

Memaparkan catatan dengan label Karya - Cerpen / Novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karya - Cerpen / Novel. Papar semua catatan

11 Oktober 2011

Kasihnya Seorang Ayah


Namaku Ridzuan dan aku memiliki sebuah kisah cinta yang memberikanku sebuah pengajaran tentangnya. Ini bukanlah sebuah kisah cinta hebat dan mengagumkan seperti dalam novel-novel romantis, tetapi tetap bagiku ia adalah kisah yang jauh lebih mengagumkan dari semua novela tersebut.

Ini adalah kisah cinta ayahku. Mereka bertemu di sebuah majlis resepsi pernikahan dan kata ayahku dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika ibuku masuk ke dalam ruangan. Saat itu dia tahu, inilah wanita yang akan dikahwininya. Ia menjadi kenyataan dan mereka telah bernikah selama 40 tahun dengan tiga orang anak. Aku anak sulung, telah berkahwin dan memberikan mereka dua orang cucu. Ibu bapaku hidup bahagia dan selama bertahun-tahun telah menjadi ibu bapa yang sangat baik bagi kami, membimbing kami dengan penuh cinta kasih dan kebijaksanaan.

Aku teringat suatu hari ketika aku masih berusia belasan tahun. Beberapa jiran kami mengajak ibuku pergi ke pembukaan pasaraya yang menjual alat-alat keperluan rumah tangga. Mereka mengatakan hari pembukaan adalah waktu terbaik untuk berbelanja barang keperluan kerana barang sangat murah dengan kualiti yang berpatutan.

Tapi ibuku menolaknya kerana ayahku sebentar lagi akan pulang dari kerja. Kata ibuku,”Ibu tak akan pernah meninggalkan ayahmu sendirian”.

Perkara itu yang selalu ditegaskan oleh ibuku kepadaku. Apapun yang terjadi, sebagai seorang lelaki, aku wajib bersikap baik terhadap isteriku dan selalu menemaninya dalam keadaan apapun, baik miskin, kaya, sihat mahupun sakit. Seorang wanita harus menjadi teman hidup suaminya. Banyak orang tertawa mendengar hal itu. Menurut mereka, itu hanyalah lafaz janji pernikahan, omongan kosong belaka. Tapi aku tetap mempercayai nasihat ibuku.

Sampai suatu hari, bertahun-tahun kemudian, kami sekeluarga mengalami berita duka. Setelah ulang tahun ibuku yang ke-59, ibuku terjatuh di kamar mandi dan menjadi lumpuh. Doktor mengatakan kalau saraf tulang belakang ibuku tidak berfungsi lagi, dia harus menghabiskan sisa hidupnya di pembaringan.

Ayahku, seorang lelaki yang masih sihat di usia tuanya. Tetapi dia tetap setia merawat ibuku, menyuapinya, bercerita segala hal dan membisikkan kata-kata cinta pada ibu. Ayahku tak pernah meninggalkannya. Selama bertahun-tahun, hampir setiap hari ayahku selalu menemaninya. Ayahku pernah mengilatkan kuku tangan ibuku, dan ketika ibuku bertanya ,”Untuk apa kau lakukan itu? Aku sudah sangat tua dan hodoh sekali”.

Ayahku menjawab, “Aku ingin kau tetap merasa cantik”.

Begitulah pekerjaan ayahku sehari-hari, merawat ibuku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Suatu hari ibu berkata padaku sambil tersenyum,”Kau tahu, wan. Ayahmu tak akan pernah meninggalkan aku…kau tahu kenapa?”

Aku menggeleng, dan ibuku berkata, “Kerana aku tak pernah meninggalkannya…”








Ae Man [Ayah]

06 Oktober 2011

Kita Kan Kawan




Gotta Be My Girl



“Jangan menunggu buah yang tak gugur,”nasihat Walid sambil menepuk bahu Hisyam yang asyik termenung dari tadi. Hisyam tidak mempedulikan kata-kata Walid sebaliknya hanya melemparkan pandangan kosong ke arah sekumpulan pelajar yang sedang leka bermain.

“Aku ni jahat sangat ke, Walid?” Hisyam meluahkan kata-kata yang agak mengejutkan Walid.Walid serba-salah untuk memberikan jawapan.Sememangnya rakannya itu agak nakal,tapi dia tidak sampai hati untuk berkata begitu kepada Hisyam. Bimbang, sekiranya sahabatnya itu kecil hati pula.

“Semua pelajar tak suka pada aku. Kau pun macam tu juga ke?” Walid terkedu mendengar pertanyaan Hisyam. Walid merenung wajah Hisyam yang kelihatan tidak bermaya. Walid tahu mengapa sahabatnya itu berkelakuan sebegitu rupa. Cinta yang bertepuk sebelah tangan memang menyeksakan.

“Syam, aku risaulah melihat keadaan kau ni.Disebabkan putus cinta,kau bagaikan orang gila.Dah tiga hari kau tak ke sekolah.Kenapa jadi macam ni, Syam?” Hisyam hanya menggelengkan kepalanya sambil menarik-narik rambutnya yang agak panjang dan berserabut.Fikirannya buntu.
“Aku cintakan Puteri” ujar Hisyam dengan nada perlahan.

“Tapi,dia tak suka pada kau.”

“Kenapa? Sebab aku ni budak jahat? Orang jahat tak boleh bercinta ke?”

Walid sekali lagi terkedu dengan pertanyaan Hisyam. Sambil menggelengkan kepalanya,dia berkata, “Syam,ini bukanlah masanya untuk bercinta.Kita nak periksa tak lama lagi.STPM lebih penting dari segala-galanya,Syam.”

“STPM lebih penting konon. Habis tu, yang kau bercinta dengan Wanie tu,apa? Bukan bercinta namanya tu?” Hisyam cuba melepaskan geramnya.Nafasnya turun-naik dengan pantas.

“Syam, aku sedang katakan mengenai kau, okey? Jangan libatkan nama aku dan Wanie.”Walid mula berasa bosan dengan perangai Hisyam.Dia mahu pergi dari situ dengan secepat mungkin,tapi niatnya untuk menyedarkan rakannya itu telah mengatasi segala-galanya.

“Syam,kau tak malu ke? Dulu,kau kata kau tak gentar pada sesiapa pun. Tapi sekarang,kau kalah pada cinta pula. Kau tak takut ke kalau orang kata kau ni penakut?”perli Walid. Hisyam bengang dengan kata-kata Walid,lalu dia segera bangun dan melepaskan tumbukan tepat ke arah muka Walid. Walid tidak sempat mengelak dan ia merasakan seolah-olah dirinya melayang ke udara lalu jatuh terpelanting di atas lantai.

“Kalau kau anak jantan, buktikanlah yang kau mampu bangkit semula. Tunjukkan pada semua orang yang kau pun boleh jadi baik,” kata Walid sambil meraba mukanya yang mula terasa sakit akibat tumbukan Hisyam. Hisyam menggenggam erat buku limanya sambil merenung tajam ke arah wajah Walid yang mula menunjukkan kesan lebam akibat perbuatannya.

“Maafkan aku, Walid.” Perlahan saja nada yang digunakan oleh Hisyam untuk meminta maaf kepada Walid. Kolam matanya mula bertakung oleh manik-manik jernih dan hanya menunggu masanya saja untuk jatuh ke bumi. Walid menggelengkan kepalanya sambil bangun.

“Cuba ubah diri kau tu. Jadilah orang yang budiman. Bukannya susah sangat.” Walid berlalu pergi, meninggalkan sahabatnya itu sendirian,melayan perasaan.

================

Jeritan jam loceng mengejutkan Walid dari mimpi indah.Dia bergegas bangun lau mencapai kain tuala yang tersidai di birai katilnya. Dia melemparkan pandangannya ke arah katil Hisyam.Kosong,penghuninya tiada,yang ada hanyalah bantal dan selimut yang tersusun rapi.Walid kehairanan, kerana selalunya sahabatnya itu begitu liat untuk bangun pagi.

“Selamat pagi,”tegur Hisyam. Terbeliak mata Walid melihat perubahan pada diri Hisyam.Hisyam kelihatan begitu segak apabila mengenakan uniform sekolahnya. Rambutnya yang panjang sudah dipotong. Nampak lebih kemas apabila misai yang menghiasi wajahnya sudah hilang dari pandangan. Hisyam tersenyum kecil apabila melihat gelagat Walid yang seolah-olah terjumpa seorang putera lagenda.

“Nak jadi lelaki budiman, kenalah jaga imej,”ujar Hisyam tanpa di soal. Walid bangga dan kagum melihat perubahan yang ditunjukkan oleh Hisyam. 

“Tak sia-sialah aku kena tumbuk semalam,”usik Walid sambil bergegas ke bilik air.Kali ini,dia pula yang terlambat. Hisyam sudah pun bersiap-sedia untuk turun makan.Dia tersenyum kecil. 

“Tentu kawan-kawan aku terperanjat dengan perubahan ni. Si Puteri pun tentu jatuh hati pada aku,”desis hati kecil Hisyam.

“Selamat pagi,Wanie,”tegur Hisyam kepada rakan sekelasnya,Nor Wanie Hamzah. Seperti Walid, Wanie juga betul-betul terperanjat besar melihat perubahan pada diri rakan sekelasnya itu.

“Syam, kau ke ni? Wah,segaklah kau hari ni. Ada apa-apa ke ni?” usik Wanie sambil tersenyum sinis.Hisyam tidak mempedulikan sindiran Wanie.Matanya melirik ke arah wajah seorang gadis yang sedang duduk di satu sudut kelas sambil membaca buku. Kemudian,dia tersenyum.Dia segera melangkah menghampiri gadis itu.

“Hai, Puteri. Puteri baca buku apa tu?” tegur Hisyam dengan mesra. Puteri nampaknya terkedu dengan teguran Hisyam itu. Dia tidak menyangka bahawa Hisyam masih mahu menegurnya walaupun dia pernah melukakan hati pemuda itu. Puteri tidak menjawab pertanyaan Hisyam. Dia membatukan dirinya.

“Puteri kita masih kawan,kan?” tanya Hisyam sambil tersenyum.Puteri sekali lagi terkedu dengan pertanyaan Hisyam.Dia tidak berani bertentangan mata dengan pemuda yang pernah meminatinya .Puteri hanya mampu mengangguk kecil.

“Baguslah tu.Terima kasih,Puteri.”Kelembutan dan kesopanan yang ditunjukkan oleh Hisyam membuatkan hati Puteri berdebar-debar. Hisyam telah benar-benar berubah. Dari seorang pemuda yang selekeh dan kasar,dia berubah menjadi seorang lelaki yang budiman.

==========================

Walid menutup buku latihannya apabila loceng waktu rehat berbunyi. Diasegera menghampiri Wanie lalu mengajak sahabatnya itu pergi ke perpustakaan. Wanie akur dengan pelawaan Walid. Rakan-rakan Wanie hanya tersenyum melihat gelagat Walid dan Wanie yang seolah-olah seperti sepasang kekasih. Ke mana saja mereka pergi pasti berdua,sehinggakan ada yang menganggap mereka ni benar-benar sedang bercinta.

Walid dan Wanie sedang khusyuk membuat kerja sekolah mereka apabila mereka didatangi oleh Hisyam. Kedatangan Hisyam sememangnya amat memeranjatkan kerana selama ini pemuda itu begitu liat untuk menjejakkan kakinya ke perpustakaan.

“Hai,apa mimpinya kau datang ke sini,Syam?” tanya Walid.

“Tak ada apa-apa.Aku cuma nak ‘join’ korang. Tak boleh ke?” Hisyam mengambil tempat disebelah Walid.Wanie yang duduk didepan mereka hanya melemparkan senyuman kecil sambil tangannya ligat membuat kerja. Hisyam membelek satu-persatu helaian buku yang dipinjamnya dari perpustakaan itu,sambil sesekali matanya melirik ke arah kedua-dua sahabatnya itu yang sedang sibuk berbincang mengenai pelajaran. Mulalah timbulnya satu perasaan cemburu dari sudut hati Hisyam. Dia bergegas bangun dari tempat duduknya sambil berlalupergi, meninggalkan kedua-dua sahabatnya itu.


======================

Hisyam hanya memerhatikan Walid yang sedang khusyuk berdoa.Sesekali dia melemparkan pandangannya ke arah gambar Wanie yang tertampal kemas di sudut meja tulis Walid.Wajah gadis itu sungguh suci dan cantik. Memang secocok dengan Walid yang bukan kacak malah budiman. Kotak-kotak memori Walid berpusing ligat,mengingatkan kembali kisah silamnya.
Semasa berada di tingkatan lima, dia bercinta dengan Iftah,seorang gadis kaya yang begitu bersosial.Setiap hari Hisyam dan Iftah pasti akan berjumpa. Mereka akan berpeleseran di bandar, tengok wayang dan melepak di pusat membeli- belah. Hisyam sering tidak menyiapkan kerja sekolahnya dan selalu didenda kerana pulang lewat ke asrama. Kisah cintanya bersama Iftah telah mendapat perhatian dari semua pelajar dan guru-guru sehinggakan mereka sering dikutuk kerana bercinta di alam persekolahan.

Suatu hari, Hisyam dan Iftah telah ditangkap oleh guru disiplin kerana berdua-duaan di belakang bangunan sekolah. Akibat perbuatan mereka itu,Hisyam dan Iftah digantung sekolah selama sebulan. Iftah memutuskan hubungan dengan Hisyam selepas kejadian itu.

Hisyam mula jatuh hati pada Puteri ketika berada di tingkatan 6.Gadis yang berkulit cerah dan lemah-lembut itu telah berjaya memikat hati Hisyam.Tapi disebabkan sikap Hisyam yang nakal, suka merokok dan selalu ponteng kelas telah menyebabkan dia tidak disukai oleh rakan-rakan sekelasnya.Jadi,tidak hairanlah kalau si Puteri sanggup menolak cinta Hisyam.

“Hai,termenung lagi? Cakap dah insaf.” lamunan Hisyam terhenti apabila Walid yang baru saja selesai sembahyang menegurnya.Hisyam hanya tersenyum kelat. 

“Aku cemburu pada kau,Walid,”kata Hisyam.

“Kenapa pula?”

“Kau sungguh bertuah sebab kau dapat memiliki gadis yang kau suka.Tak ada siapa pun yang menentang hubungan kamu berdua.” Hisyam meluahkan perasaan yang terbuku dihatinya. Walid tergelak besar mendengar kata-kata Hisyam. Hisyam kehairanan melihat telatah Walid yang tiba-tiba saja tergelak macam orang hilang akal. 

“Syam,Syam.Aku dan Wanie bukannya bercinta betul-betul.Kami main-main je,” ujar Walid sambil menahan tawa.Perutnya bagai nak pecah apabila dia tidak dapat menahan dirinya dari terus ketawa.

“Apa maksud kau? Semua rakan-rakan kita dah tahu yang kau dan Wanie bercinta. Malah, kamu berdua amat rapat.” Hisyam cuba mendapatkan kepastian.

“Memanglah kami rapat.Tapi kami memang tak bercinta.Kamu semua yang salah faham,”kata Walid. Kemudian dia menyambung ,

“Macam ni, kau pun tahu yang aku ni lemah dalam Sejarah. Wanie pula lemah dalam Bahasa Inggeris. Jadi, untuk memperbaiki kelemahan masing-masing,kami sering membuat ‘study group’ bersama-sama. Kamu ingat kami bercinta. Jadi kami berpura-puralah bercinta. Kami nak main-mainkan kamu je,” jelas Walid dengan panjang lebar. Melopong mulut Hisyam mendengar penjelasan Walid.

“Kalau ‘study group’,kenapa dua orang je?” Hisyam masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Walid.

“Saja, dua orang lagi bagus.Kalau ramai-ramai nanti bukannya jadi ‘study group’,tapi jadi kelas berborak.”

“Jadi selama ni kami salah fahamlah ye?Berani kau mempermainkan kami semua.”Hisyam dan Walid saling tersenyum.

“Emm sebenarnya, Syam. Bercinta di alam persekolahan tak bagus. Nanti kita sendiri yang akan kecundang.Masa masih panjang.Suatu hari nanti,kita semua akan merasa apa yang kita inginkan.Tuhan sudah menetapkan jodoh masing- masing.Kita cuma perlu tunggu masa yang sesuai saja untuk menikmatinya,” nasihat Walid bagaikan seorang ustaz.

Hisyam mengangguk kecil, akur dengan kata-kata Walid.Sebenarnya dia sendiri sedia maklum tentang hal itu.Tapi,nafsu remajanya telah menghalang mindanya daripada berfikir secara rasional.
“Walid,boleh aku join study group kau?”tanya Hisyam.Walid tersentak dengan pertanyaan Hisyam.Walid hanya mampu mengangguk kecil.
“Baik,mari kita mulakan!”Hisyam mencapai buku rujukannya lalu berjalan megah ke bilik ‘study’ sambil diekori oleh Walid yang masih terpinga-pinga dengan kelakuan sahabatnya itu.
“Betul ke Hisyam dah berubah?Kalau dia hanya main-main saja ,macam mana?” desis hati kecil Walid.
Wanie terkejut apabila melihat kelibat Hisyam dalam bilik ‘study’ itu. Hisyam juga terperanjat besar apabila melihat wajah Puteri muncul bersama-sama Wanie.
“Sebenarnya Puteri nak join ‘study group’ kita,”ujar Wanie tanpa disoal. Walid hanya mengangguk kecil sambil melemparkan pandangannya ke arah Hisyam yang masih memerhatikan Puteri.
“Baguslah tu.Hisyam pun nak ‘join’ sekali.Marilah,kita sama-sama belajar dan sama-sama berjaya,”kata Walid. Hisyam hanya melemparkan senyuman kecil kepada Puteri. Puteri membalasnya dengan tersipu malu.
“Emm maaf ye.Kita ke sini nak ‘study’ untuk STPM,bukannya nak ‘study’ untuk berkasih-kasihan,”perli Walid. 
“Kitaorang kan kawan” Hisyam membalas dengan selambe je. Rakan-rakannya tergelak besar mendengar kata-kata Hisyam.

26 Julai 2011

Cerpen aku Keluar Penulisan2u



hahaha... lepas brapa kali cuba
Dhom punya cerpen berjaya tembusi rangkaian penulisan2u
yeah...

tahniah untuk diri sendiri.
hehehe

mungkin bila ada kejujuran dalam sesuatu cerita
cerita tu akan nampak real. (mungkin la. hahahaha)

bg yg belum baca cerpen Dhom
ni link citer asal : Penanti Kesepian Versi Asal
dan yg ni versi untuk penulisan2u : Penulisan2u version

jalan citer sama tapi watak berubah nama. huhuhuhu
penulisan2u lebih ....

korang bc la yg mana rasa2 best. hahaha

ok. skian entri kali ni. see ya

13 Jun 2011

Hanya Untukmu Nabila




“Aku terima nikahnya Nur Nabila binti Mohd. Syukri dengan mas kahwin RM80 tunai”. Dengan sekali lafaz, maka sempurnalah sudah ikatan antara dua hati.

Majlis perkahwinan antara Zikri Hafeez dan Nur Nabila berlangsung dengan sederhana tetapi meriah. Sudah menjadi kelaziman Dato Hasnan dan Datin Rogayah, walaupun berharta tetapi sangat mementingkan kesederhanaan. Maka tak hairanlah mereka begitu disenangi oleh ramai orang. Apatah lagi dengan status yang baik dalam masyarakat telah meletakkan mereka dalam kelompok yang dikenali dan disenangi ramai.

Ternyata perkahwinan yang sudah lama diimpikan itu menjadikan mereka sangat gembira. Berbesan dengan rakan baik yang telah dikenali sejak kecil lagi sememangnya telah lama dirancang oleh Tuan Hasnan. Tambahan pula hatinya sangat tertarik dengan budi pekerti Nabila yang sopan santun. Soal harta bukanlah menjadi keutamaan. Buktinya Syukri, sahabat baiknya itu merupakan peniaga kedai runcit sahaja. Manakala Nabila pula, seorang pustakawan di perpustakaan negeri. Namun, semua itu tidak menjadi masalah buat dirinya meskipun pada mulanya hasrat itu ditentang oleh Zikri sendiri.

“Ayah, please la. Jangan paksa Angah. Ayah tau kan Angah dengan Diana”. Zikri nyata tidak bersetuju dengan cadangan ayahnya yang dirasakan sangat menjengkelkan itu. Menikahi Nabila? Tak mungkin! Hatinya mencebik. Teringat dia pada Nabila. Gadis yang penuh dengan misteri. Gelaran itulah yang selalu diberikan sejak kecil lagi. Tak sangka aku kena kahwin dengan kau. Entah apalah yang ayah aku fikirkan ni. Sampai nak jodohkan aku dengan Nabila. Hatinya terus berkata-kata.

“Sudah! Kau jangan nak bantah. Aku ni ayah kau. Along dulu pun ikut cakap ayah. Bahagia aje ayah tengok dengan kakak kau tu. Sekarang ayah nak kau ikut apa yang ayah cakap tadi. Jangan nak jadi anak derhaka.” Tuan Hasnan terus meninggalkan ruang tamu itu tanpa menghiraukan panggilan Zikri.
“Ayah! Tolong la yah!” Tidak diendahkan. Zikri merasa sungguh tertekan. Takkan nak jadi anak derhaka. Ah! Masalah besar ni.
Akhirnya, nak tak nak terpaksa juga diterima. Kasihan Diana. Masalah betul la. Zikri masih bingung dengan apa yang telah terjadi. Hai, dah jadi laki orang aku ni. Hatinya seperti tidak percaya.

Zikri mengerling Nabila yang baru menapak keluar dari bilik air. Nabila hanya berbaju tidur biasa. Ingatkan nak pakai seksi-seksi. Tak tahu menggoda langsung! Zikri hanya memandang Nabila dari ekor mata.

“Abang..” Tersentak Zikri mendengar suara yang dirasakan cukup dekat dengan telinganya. Dah la lembut, manja pulak suara itu didengarnya. Ish! Eh sejak bila pulak dia ada kat tepi aku ni? Apasal aku boleh tak perasan? Dadanya berdebar-debar tiba-tiba. Cover cover.

“Iye..a..ada apa?” tergagap-gagap la plak.

“Abang suka tak dengan perkahwinan ni..?” Lembut sahaja soalan itu dituturkan. Aik! Zikri hanya terdiam. ” Awak pulak macamana?” dia bertanya kembali. Direnungnya wajah lembut Nabila. Cantik gak bini aku ni.Hatinya memuji sendiri.

“Nabila ikut aje..Tak sampai hati nak tolak. Ayah baik sangat ngan Nabila. Kalau abang tak dapat terima Nabila sekarang pun takpe. Nabila boleh tunggu. Sebab abang dah jadi suami Nabila, jadi Nabila kena ikut cakap abang”. Redup mata Nabila sewaktu menuturkan kata-kata itu benar-benar menyentuh perasaan Zikri. Seketika naluri lelakinya bergetar. Diana! Kilasan wajah itu mematikan hasratnya untuk mendekati Nabila.

“Tidurlah. Dah lewat ni. Abang dah ngantuk.” Zikri gelisah di pembaringannya. Terasa Nabila di sebelahnya yang sekejap-sekejap bergerak-gerak. Hai, dia ni tido langsung tak duk diam. Zikri geram kerana matanya langsung tak boleh lelap sedangkan Nabila dirasakan sudah lama dibuai mimpi.

“Abang tak leh tido ke..?”

Mak datuk! Hampit tercabut jantung Zikri mendengar teguran Nabila. Kenapa la kau ni asyik buat aku terkejut!? Serta merta dia memalingkan wajahnya mengadap Nabila. Terasa semakin kalut saat matanya bertemu dengan renungan Nabila. Boleh terbang semangat kalau macam ni..

“Panas sangat. Lagipun awak asyik gerak-gerak aje. Macam dok berkawad lak atas katil ni. Mengganggu tau tak.” Zikri cuba menutup debar di hati yang hanya dia saja yang mengetahui. Parah kalau macam ni. Kalah aku lama-lama tengok muka dia ni.

“Maaflah.. Nabila tak sengaja. Abang tidolah. Nabila tido kat bawah aje.” Belum sempat Nabila berpaling, terasa tangan Zikri menyentuh bahunya.

“Tido sini je lah. Kita ni suami isteri. Takkan tido asing-asing lak.” Tak sanggup rasanya Zikri membiarkan Nabila tidur di lantai. Sedikit sebanyak perasaanya sudah bercambah untuk Nabila, isteri yang baru sahaja dinikahi. Tambahan pula keinginan yang datang secara tiba-tiba tidak mampu untuk dibendung lagi.

Ah! Diana..maafkan aku. Nabila ni isteri aku. Tak salah rasanya. Takde rasa-rasa. Memang tak salah pun. Zikri memeluk Nabila seperti tidak mahu dilepaskan lagi. Nabila hanya menurut.

Sudah hampir lima bulan usia perkahwinan mereka. Zikri merasakan dirinya berada di dunia khayalan. Dah jatuh cinta dengan isteri sendiri. Bahagia yang dirasakan hanya dia yang tahu. Nabila! Kau memang isteriku yang tercinta. Hatinya berbunga cinta. Persis lagu bunga-bunga cinta nyanyian Misha Omar. Sejak berkahwin juga, Nabila telah berhenti kerja, juga atas permintaan Zikri. Cemburu orang lain ngorat katanya. Nabila juga tidak menyangka Zikri akan menerimanya secepat itu. Dia bersyukur kerana Zikri melayannya dengan baik walaupun pada mulanya segalanya nampak sukar.

“Hai..” teguran itu mematikan suapan Zikri semasa sedang lunch di restoran di bawah pejabatnya. Diana!

“Makin hensem you sekarang ni yer..” Diana duduk di depan Zikri tanpa dipamit.

“Well..nampak bahagia.” Diana terus berkata-kata.

“Biasa-biasa aje. Dah lama tak jumpa. You pun makin cantik.” Zikri sekadar berbasa-basi. 

Diana hanya tersenyum. “Mana cantik ngan wife you?”. Hampir tersedak Zikri mendengar soalan itu. Bangang betul. Wat lawak lak dia.

Zikri telah memutuskan untuk melupakan segala kisahnya bersama Diana semenjak hari pertama dia bersama Nabila. Dia merasa seakan-akan telah jatuh cinta yang sebenar-benarnya terhadap Nabila. Cinta yang tulus dan direstui oleh semua.

“Err..you dari mana?” sengaja dia mengubah topik. Tentulah bini aku lagi cantik.

“Dari ofis gak.. Z... I nak jumpa you malam minggu ni bleh?”. Zikri hanya menggeleng.

“I dah beristeri. Kita tak boleh macam dulu dah.”

“Ala, sebagai kawan jer. I pun dah ada special. Ada benda I nak tunjuk kat you nanti. Please..” Diana membuat gaya menggoda. Aduh! Silap-silap boleh tergoda ni. Tapi aku takkan tergoda.

“Okey..tapi tak leh janji. Tengok I punya jadual dulu k..”

“Okey”. Diana tersenyum memandang Zikri. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah melihat sinar di mata Zikri. Berseri sungguh pengantin baru ni. Hatinya mendongkol marah.

“Abang nak jumpa kawan malam ni. Kalau lewat, sayang tido dulu k..”. Zikri memandang wajah Nabila. Seketika perasaan bersalah menyerangnya. Namun hatinya menurut juga apabila Diana beriya-iya mengatakan mahu memberikan surprise. Tak sampai hati pula manghampakan bekas kekasihnya itu. Lagipun dia tak mahu dianggap sombong. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Dia bukan begitu!

“Drive elok-elok yer. Nabila tunggu abang balik.” Nabila menyalami tangan Zikri. Satu ciuman hinggap di dahi Nabila. Dan tanpa menyimpan sebarang curiga, dia menutup pintu apabila dilihat Mercedes Benz milik Zikri meluncur keluar dari halaman rumah mereka.

“Z!” kelihatan Diana melambai tangannya kepada Zikri. Kelab yang sudah lama tidak dijejak akhirnya menyaksikan semula kehadiran Zikri. Diana terus memegang lengan Zikri dan menariknya duduk di kerusi yang dihadapannya dipenuhi dengan minuman yang pelbagai jenis. Tiba-tiba Zikri merasa menyesal datang ke situ. Duk ngan Nabila lagi bagus. Fikirnya.

“I dah order air untuk you. Jangan risau. Coke aje.” Diana terus merapatkan dirinya kepada Zikri. Zikri hanya berlagak biasa. Jengkel pula melihatkan gelagat orang-orang di sekeliling.

“So, apa yang you nak tunjukkan kat I ni?”. Terasa tak larat pulak dia melihat telatah Diana. Gedik la pulak minah senget ni. Macamana aku boleh syok kat dia dulu?

“Tunggu erk..Sambil tu you minum la dulu. Jap lagi I datang.” Diana terus melangkah meninggalkan Zikri.
Puas Nabila menghubungi telefon bimbit Zikri. Langsung tak dapat dihubungi. Dah pukul 3 pagi ni..Takkan takde bateri. Hatinya sedikit gusar. Tanpa sedar Nabila terlelap bersama-sama telefon bimbit yang masih dalam genggaman.

Zikri hanya terjaga apabila dirasakan cahaya matahari menyimbah wajahnya. Kepalanya berdenyut-denyut. Terasa ada tangan yang melingkari pinggangnya. Bibirnya menguntum senyum. Mesti Nabila tengah tido ni. Muncul keinginan untuk mengusik isterinya itu.

Namun Zikri hanya mampu beristighfar apabila melihat wajah yang sedang lena dipelukannya itu bukanlah Nabila, tetapi Diana! Ya Allah! Apa dah jadi ni!!

Dia bingkas bangun dan menolak tubuh Diana yang hanya dibaluti selimut. Dirinya dapat meneka apa yang telah berlaku. Wajah Nabila segera memenuhi ruang matanya. Kelihatan Diana membuka mata dan tersenyum.

“Hai honey..morning”. Zikri tidak menghiraukan Diana. Dikenakan pakaian dengan tergesa-gesa. Sebelum melangkah keluar, terdengar suara Diana lagi.

“Z, I love u..” Zikri terasa ingin muntah mendengar kalimat itu. Apatah lagi apabila melihat wajah Diana yang tersenyum puas. Kau kenakan aku ya Diana!! Hatinya menyumpah.

Zikri ingat lagi selepas dia minum coke yang disediakan Diana, matanya berpinar. Dia nampak kelibat Diana menghampirinya. Dia juga masih ingat lagi saat dirinya memeluk Diana masuk ke bilik. Cuba di kawal namun nafsunya terasa begitu memuncak. Apatah lagi wajah Diana dilihatnya telah berubah menjadi wajah Nabila, isteri yang sangat dicintai.
Semakin galak dia memeluk Nabila dan dia dapat mengingat dengan jelas apa yang telah dilakukannya malam itu. Nabila..maafkan abang.. hatinya berbisik. Tentu Nabila sedang menunggu di rumah. Mercedes dipecut laju. Tak sabar untuk bertemu dengan isterinya yang seorang itu. Perasaan bersalah pula semakin menyelinap dalam hati lelakinya. Kalaulah Nabila tahu..

Longlai langkahnya menapak memasuki rumah. Kereta Nabila tiada. Di mana Nabila? Hatinya resah. Dicari-cari telefon bimbit dalam poket seluarnya. Aik! Mati? Dihidupkan telefon itu dan hatinya makin kalut apabila menerima mesej yang mengatakan terdapat 35 missed call dari Nabila. Satu mesej dari Nabila tiba-tiba masuk.
“Sampai hati abang..abang hancurkan kepercayaan Nabila pada abang selama ni..Nabila boleh terima apa saja. Tapi bukan pengkhianatan. Maaf sebab pergi tanpa meminta kebenaran dari abang..tapi, Nabila mohon.. Lepaskanlah Nabila. Biarlah Nabila pergi. Supaya abang tidak terus melakukan dosa lagi. Kahwinilah Diana.”

Zikri terasa seperti kepalanya dihempap batu besar. Menggigil tangannya mendail nombor Nabila, tetapi tiada sambungan. Dia lantas berlari menuju ke bilik tidur mereka. Dilihatnya pakaian Nabila telah tiada. Nabila!!

Zikri hampir rebah saat terpandangkan gambar perkahwinan mereka yang tergantung di dinding selama ini berada di lantai. Kacanya telah pecah berderai. Membuktikan Nabila telah membalingnya. Ahh..Nabila..

Zikri bagaikan orang gila. Sama ada ayah mertuanya dan juga ibu bapanya, tidak tahu ke mana Nabila telah menghilangkan diri. Nabila hanya menghubungi ayahnya dan juga mertuanya meminta maaf dan meminta diberi ruang untuk seketika. Dia juga meminta ayahnya memberitahu Zikri supaya jangan mencarinya kerana hatinya telah mati. Telah hilang rasa cinta dan hormatnya pada lelaki yang pernah bergelar suaminya itu.

Zikri hanya menerima tamparan dari Dato Hasnan sebaik sahaja dia menceritakan segala-galanya. Mujurlah Datin Rogayah meleraikan. Sayu hatinya melihat wajah kusut Zikri. Anak lelakinya itu kelihatan sungguh berserabut. Tak sampai hati pula untuknya memarahi Zikri. Dia tahu Zikri juga menderita. Namun, dia juga tak dapat berbuat apa-apa.

“Sabarlah Angah..Nanti Nabila akan balik jugak.” Hanya itu yang mampu dikatakan datin Rogayah. Syukri pula hanya membisu seribu bahasa.

Kini sudah hampir lima bulan Nabila meninggalkan Zikri. Selama itu juga Zikri merasa amat kehilangan. Pernah dia menemui Diana meminta penjelasan. Dan ya! Semuanya kerana dendam. Zikri tak menyangka Diana begitu mendendami dia dan Nabila sehingga sanggup mengirimkan mms sewaktu mereka bermesra kepada Nabila. Dan itulah punca Nabila meninggalkan dia. Gambar suaminya bersama dengan perempuan lain dalam keadaan yang sungguh memalukan! Sebab itu hatinya hancur.

Nabila merenung kebun sayur yang selalu dikunjunginya sejak enam bulan lalu. Berada di kawasan kampung, benar-benar mendamaikannya. Dia tak menyangka hubungan ibu angkat dengan Mak Cik Zainab sejak dia menuntut di universiti dulu telah memberinya kelebihan untuk bersembunyi. Merawat hati yang luka. Bukan sekadar luka, malah parah dan pedih yang sungguh sukar untuk disembuhkan. Mak Cik Zainab seakan mengerti deritanya. Hatinya bersyukur kerana masih ada tempat untuk dituju.

Syukri melihat menantunya sedang termenung di beranda. Hatinya terusik melihat jambang yang tumbuh meliar di wajah Zikri. Sampai begini jadinya. Keluhnya. Sejak pemergian Nabila, Zikri berubah menjadi pendiam. Tubuh yang dulunya tegap semakin kurus. Menanggung rindu mungkin. Teringat janjinya pada Nabila.

“Ayah.. Nabila sihat. Nabila kat kampung Mak Cik Zainab. Ayah jangan risau. Nabila dah lupakan dia. Ayah jaga diri. Nanti Nabila akan balik jugak. Janji dengan Nabila jangan bagitau sape-sape Nabila kat mana.” Kata-kata Nabila langsung tidak diterima. Mustahil Nabila telah melupakan Zikri. Setahunya Nabila sangat mencintai Zikri. Dari dulu lagi dia boleh lihat sinar cinta di mata Nabila terhadap Zikri. Sebab itulah dia merelakan apabila Dato Hasnan merisik Nabila. Akhirnya Nabila dapat juga bersama Zikri. Nabila tidak perlu lagi mencintai Zikri dalam diam.

Nabila sedang memetik terung di belakang saat dia terdengar bunyi kereta di hadapan rumah. Dadanya berdebar. Dia kenal kereta itu. Seketika telinganya menangkap suara Mak Cik Zainab memanggil namanya. Cepat-cepat dia berlari. Namun tetap berhati-hati menapak melangkah tangga yang agak basah. Mengunci diri dalam bilik. Aku tak mahu jumpa dia!! Hatinya marah. Tangisan seakan semakin menghampiri. Namun ditahankan supaya tidak jatuh airmatanya. Aku takkan menangis untuk lelaki jahat macam tu!!! Namun, tetap ada mutiara jernih yang sudah pun laju menuruni pipinya saat kedengaran suara yang amat dirindui namun dibenci itu.

“Sayang. Buka pintu, sayang.. Abang datang ni..” kedengaran suara Zikri. Serak suaranya. 

Nabila hanya membisu menahan esakan yang semakin kuat. Ketukan yang bertalu-talu memenuhi deria pendengarannya. Ingat aku pekak ke??

“Sayang, abang minta maaf..Abang boleh jelaskan segalanya.. Please sayang..buka pintu ni..” suara Zikri yang merayu-rayu membuatkan Nabila semakin kuat menahan tangisan.

“sayang..please..Jangan buat abang macam ni..” Zikri terus memanggil. Pilu hatinya apabila Nabila tidak sudi melihat wajahnya lagi.

“Pergi!!! Jangan datang lagi..Nabila tak mahu tengok abang. Kita dah takde apa-apa lagi..Pergi!!!” Nabila menjerit. Kedengaran esakannya yang memanjang. Seketika kemudian keadaan sunyi. Tiada lagi suara Zikri. Sudah pergikah!!! Nabila menangis dan terus menangis. Abang memang tak sayangkan Nabila.

Airmata Zikri tumpah juga. Walang hatinya mengenangkan Nabila yang sangat dicintai kini telah membencinya. Sambil menahan hati yang semakin dihantuk kepiluan, dia memcut laju Mercedes miliknya meninggalkan Kampung Gajah, tempat Nabila menyembunyikan diri daripadanya. Apalah gunanya aku disini.. Nabila sudah tak cintakan aku lagi. Hati lelakinya terasa rapuh. Begini rasanya derita apabila kehilangan insan yang disayangi.

Dia terus memecut sambil mulutnya menyebut-nyebut nama Nabila. Biarlah aku yang pergi. Supaya kau takkan menderita lagi. Hatinya masih berkata-kata. Pandangannya kabur dek airmata yang selama ini tak pernah wujud dalam diari hidupnya. Semuanya kerana Nabila! Zikri nampak kelibat Nabila..Nabila kah? Tiba-tiba..

******

“Nabila, ni ada surat..” Mak Cik Zainab menghulurkan surat yang dilipat ke tangan Nabila. Nabila sedang termenung di beranda rumah waktu itu. Hatinya runsing, sejak Zikri balik tadi. Hatinya tak sedap. Terasa seperti ingin sahaja dia pulang ke rumahnya saat itu.

“Jangan diikutkan sangat marah tu. Nanti binasa. Setiap orang tak lepas dari melakukan kesilapan. Dia sanggup datang sejauh ni semata-mata nak pujuk kau. Apapun dia masih suami kau. Kau sendiri tahu apa hukumnya keluar rumah tanpa izin suami kan?” Nabila tersentak dengan teguran Mak Cik Zainab. Dia hanya membisu.

“Nanti masuk lekas. Jangan dok lama-lama sangat. Banyak nyamuk”. Mak Cik Zainab terus berlalu.
Zikri? Surat dari Zikri.Nabila membukanya. Tarikh tertulis semalam yang lepas. Dia datang tadi. Sempat plak dia tulis surat ni..

Isteri abang, Nabila yang dicintai
Pertama sekali abang minta maaf sebab telah membuatkan Nabila terpaksa datang ke sini sendirian. abang bersalah.. Nabila ada hak untuk membenci abang setelah apa yang berlaku..abang terima. tapi..abang ada penjelasan untuk semua tu..

Apa yang berlaku adalah salah abang sebab abang yang pergi jumpa dia. tapi abang pergi sebagai kawan.. tak pernah abang berniat untuk mengkhianati sayang..tapi abang tak menyangka, Diana ada agenda tersendiri. Dia masukkan sesuatu dalam minuman abang..abang rasa ubat peransang nafsu.

Sungguh sayang abang tak berdaya masa tu..abang cuba menolak tapi abang melihat satu wajah di depan abang.. abang lihat wajah Nabila, isteri abang.. bukan wajah dia.. sebab tu abang sentuh..abang ingat abang bersama isteri abang..tapi, hanya Dia yang tahu apa abang rasa saat abang sedar siapa sebenarnya disisi abang keesokan hari..bukan Nabila isteri abang, tapi Diana.

Abang tahu..apa saja abang lakukan, Nabila tentu takkan memaafkan abang begitu saja..sebab ini memang salah abang. Diana mengaku, dia lakukan kerana dendam. sekarang dia dah tinggalkan Malaysia.. dia kata dia puas sebab dapat pisahkan kita.

Sayang. abang sangat menderita selepas sayang pergi.. abang benar-benar kehilangan cinta abang.. sayang pergi bersama-sama cinta yang dah abang beri sepenuhnya untuk sayang.. abang tak sanggup kehilangan sayang..tapi kalau sayang betul-betul dah tak dapat menerima abang, abang terpaksa juga lepaskan sayang. abang tak nak sayang terus menderita.

Abang tetap akan menunggu sayang memaafkan abang..tapi abang minta…jangan tinggalkan abang . abang sayang Nabila. Nabila satu-satunya isterinya abangd unia dan akhirat..
Nabila menangis tersedu-sedu..

Abang..!!!

Nabila merenung wajah yang sedang tidur itu. Nampak tenang tetapi rahsia di hatinya siapa yang tahu? Aku sendiri pun tak dapat membacanya. Diseka airmata yang mengalir saat itu. Abang..sedarlah..

Nabila masih ingat keesokan hari selepas kedatangan Zikri, ayah dan bapa mertuanya datang untuk membawanya pulang.

“Ada apa sebenarnya ni ayah?” Nabila sangsi. Mengapa ayah dan bapa mertuanya datang membawanya pulang? Hatinya dapat merasakan ada sesuatu yang buruk telah berlaku. Sehinggalah dia diberitahu Zikri kemalangan sewaktu pulang dari bertemunya. Hancur luluh hatinya. Rasa menyesal menyerbu sehingga Nabila jatuh pengsan di depan bangunan hospital.

Setelah hampir 2 minggu koma, masalah lain pula menimpa. Zikri langsung gagal mengingati sesiapa pun lagi..termasuk namanya sendiri. Gegaran otak yang dialami sewaktu keretanya melanggar penghadang jalan menjadikan dia kehilangan segala memorinya.

“Abang..nak makan apa malam ni..” Nabila hanya melihat Zikri tersenyum tanpa berkata apa-apa. Sejak pulang ke rumah, Zikri banyak mendiamkan diri. Dia lebih suka menghabiskan masa dengan melihat gambar-gambar perkahwinan mereka.

“Maaf sebab masih tak dapat mengingati siapa Nabila..” kedengaran suara Zikri. Nabila terasa ingin menangis.
“Tak mengapa..abang tentu akan ingat semula..Nabila akan tolong abang.” Seketika Zikri menghampiri Nabila, dan memeluknya. Terasa ada sesuatu yang mendorongnya untuk mendekati Nabila.

“Abang akan cuba untuk ingat tentang segala-galanya. Nabila boleh tunggu? Nabila hanya mengangguk dan airmatanya jatuh lagi dalam pelukan Zikri.

Malam itu Zikri terjaga dari tidurnya. Diamati wajah isterinya disisi. Maafkan abang..Hatinya berbisik. Dikucupnya dahi Nabila dan dia melangkah meninggalkan rumah itu.

Nabila masih duduk di buaian. Matanya melihat-lihat pagar rumah itu. Membilang waktu bilakah waktunya Zikri akan pulang. Nabila tak mengerti mengapa Zikri meninggalkan dia..meninggalkan keluarganya. Kini hampir 2 bulan.. kemana abang pergi..Hatinya menangis mengenangkan rindu yang semakin sarat.

Zikri melayannya dengan baik malam itu. Nabila menyangka mereka takkan berpisah lagi. Tetapi takdir Tuhan tiada siapa mampu menduga. Zikri pergi dengan meninggalkan nota ringkas..

Abang pergi dulu…tapi abang akan kembali..sayang mesti tunggu abang..abang ada sebab untuk melakukan ini semua..
Nabila akur..dia yakin Zikri akan kembali padanya.

******

Zikri melangkah masuk ke rumah yang sudah 2 bulan ditinggalkan. Kereta Nabila tiada. Kat rumah ayah agaknya. Dia melihat rumah yang terurus kemas. Bibirnya menguntum senyum. Kakinya menapak ke arah kamar yang pernah menjadi saksi cintanya hanya untuk wanita bernama Nabila. Sebaik pintu kamar ditolak, kelihatan sekujur tubuh sedang berdiri merenung gambar perkahwinan mereka, membelakangi pintu. Jantung Zikri seperti berhenti berdegup. Nabilakah??

Matanya mengamati tubuh itu..semakin kurus..benarkah Nabila ..?? Zikri semakin terdesak untuk menghampiri. Namun, kakinya beku. Langkahnya mati. Nabila nampaknya belum menyedari kehadiran Zikri.
Terasa ada tangan yang menyentuh bahunya. Sedikit terkejut Nabila menerima sentuhan hangat itu. Dipalingkan wajahnya. Matanya membulat. Di hadapannya terlihat seraut wajah yang sangat dirindui. Wajah bersama renungan yang redup. Berkaca-kaca matanya menahan airmata yang semakin memberat. Abang!! Kaku tubuhnya saat matanya memandang Zikri yang mencium dahi dan memeluknya. Hangat. Tanpa disedari matanya juga melepaskan titisan jernih yang menggambarkan rindu yang sarat.

“Maafkan abang”.Luluh hati Nabila saat terpandangkan mata Zikri yang merah. Diamati wajah yang kelihatan tenang itu. “Abang dah balik..” Zikri meraih tangan Nabila dan dikucupnya.

“Maafkan abang sebab tinggalkan Nabila..”. Zikri semakin kaget apabila dilihatnya Nabila hanya membisu. Hatinya yang rindu telah membawanya kembali kepada Nabila.

” Abang pergi sebab..abang tak sanggup lihat Nabila menangis lagi. Abang bersalah kerana mengecewakan Nabila dulu.”

Nabila mengerukan dahinya. Dah ingat ke??

“Ye sayang..abang dah ingat segala-galanya..”

“Abang ambil keputusan untuk pergi sebab abang mahu ingat semula apa yang dah berlaku. Ayah ada bagitau abang tentang seorang ustaz yang boleh merawat abang..Dia kawan ayah masa ayah sakit dulu.” Nabila mendengar penjelasan Zikri tanpa apa-apa reaksi.

“Masa abang pergi tu, sebenarnya abang dah dapat ingat sikit-sikit. Abang tak mahu susahkan Nabila. Lebih dari tu abang tak mahu tengok Nabila kecewa bila abang masih tak mampu nak ingat. Sebab tu abang ambil keputusan untuk merawat diri sendiri. Di sana abang mula mendekatkan diri dengan Dia. Dan hasilnya..seperti Nabila lihat sekarang..”

“abang minta ayah rahsiakan semua ni sebab abang mahu beri Nabila hadiah..hari ni kan ulang tahun perkahwinan kita..”

Nabila tersentak. Benarkah? Kenapa aku lupa??

Zikri menunggu reaksi Nabila. Namun hampa. Sebaliknya Nabila memalingkan tubuhnya membelakangi Zikri. Hatinya kelam..terasa harapannya lebur..

“Abang faham kalau Nabila masih bencikan abang..”Sayu hatinya saat menuturkan kata-kata itu. Zikri tak mampu lagi untuk terus berdiri menghadap Nabila yang langsung tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia berpaling untuk pergi..pergi jauh dari Nabila yang dirasakan sudah tidak memerlukannya lagi.

“Abang nak tinggalkan Nabila lagi..?” kedengaran suara yang sangat lemah..diiringi sendu yang berlagu pilu. Zikri tidak menunggu lama. Didakap erat tubuh Nabila. Tubuh yang tidak bertenaga itu dipeluk seperti tidak mahu dilepaskan lagi. Tangisan demi tangisan menghuraikan segala yang terpendam sekian lama.

“Jangan pergi lagi..Nabila dah maafkan segalanya..Nabila taknak abang pergi..Nabila nak bersama abang..susah senang bersama abang.. tolong jangan tinggalkan Nabila lagi..Nabila dah lama nak minta maaf pasal dulu..maafkan Nabila,abang..” Zikri merasa tubuhnya bergegar.. Nabila menangis tersedu-sedu dalam pelukannya.

“Abang janji takkan tinggalkan Nabila lagi..” Airmata lelakinya tumpah lagi.

Zikri menatap wajah Nabila. “Abang minta maaf…dan abang juga dah maafkan sayang” 

Zikri mengukir senyuman. Hanya untukmu Nabila..

Selepas 5 bulan

“Abang cintakan Nabila tak..” kedengaran suara manja Nabila di sisinya. Zikri berpaling dan mencium dahi isterinya itu.

“Nabila sorang aje yang abang cinta..” Nabila membalas senyuman Zikri. ” Abang tak boleh cintakan Nabila aje..”. Berkerut dahi Zikri mendengar ayat Nabila.

Dilihatnya Nabila mengusap perut dan memandang ke arahnya. ” Abang kena cintakan dia jugak. Dah dua bulan dia datang duk ngan kita..” Nabila semakin melebarkan senyumannya dan akhirnya meletus ketawa di bibirnya apabila melihat reaksi Zikri.

Alhamdulillah..

“Yahuuuuuuuuuuu!!” Zikri merasakan hidupnya sempurna kini. Terima kasing sayang!!!! Hatinya menjerit riang.