"Baby. Dah siap?" tanya Iskandar Shah sambil memandang fail yang berlambak di hadapan matanya. Sebelah tangannya sibuk memusing ligat pen yang dipegangnya tanda dia berfikir. Sesekali kening yang tebal hampir sahaja bercantum.
"Not yet bie. Colud you please come here and wait for me?" tanya Anis Ameera manja sahaja bunyinya di hujung talian.
"I can't baby. Baby siap dulu, dah siap nanti, give me a call. Ok sayang? Bie banyak kerja sangat ni." Beberapa ayat diturunkan di atas kertas yang menjadi perhatian matanya kala itu. Pen berdakwat basah itu mula menjalankan kerjanya.
"Fine. Setengah jam lagi baby call. Bye bie. Assalamualikum." Masih lagi manja dan lembut bunyi suaranya.
"Waalaikummussalam." Telifon bimbit lipatnya sekadar diletak tepi. Helaian di hadapan mata diselak lagi mencari apa yang dimahukan.
Dalam asyik dia mentelaah kertas kerjanya, pintu bilik pejabatnya diketuk.
"Come in."
"Encik Iskandar Shah. Tak nak balik lagi?"
"Oh Lisa. Tak. Saya banyak kerja lagi ni. Kalau awak nak balik, baliklah dulu." Wajah tidak diangkatnya lansung.
"Encik Iskandar Shah."
"Nak apa Lisa?"
"Hai. Sibuk sangat sampai suara akak dengan secretary Shah pun, Shah tak boleh nak beza ke?"
Iskandar Shah mengangkat wajahnya. Terpampang wajah berkerut kakaknya di hadapan meja.
"Akak. Bila masa sampai?" tanya Shah kembali sambil menghulurkan salamnya setelah pen diletakkan.
"Macam mana Ameera nanti bila kamu dah kahwin dengan dia. Tak ada masa lansung. Jangan sampai suara isteri dengan suara orang gaji, kamu tak dapat bezakan. Sudah. Akak tak jamin." Sekadar berseloroh dia duduk mengambil tempat di kerusi hadapan meja besar yang bertanda 'Iskandar Shah bin Dato' Hisham – Pengarah Lembayung Corp.' itu.
"Ke situ pula akak ni. Bila balik? Projek dekat Ipoh dah ok ke?" Wajah Zulaikha Mayisya yang kelihatan tenang itu ditatapnya.
"Tengok tu. Akak datang sini je, tak ada benda lain yang dicakapnya. Projek, meeting, client. Tak boleh ke akak nak lawat adik akak sesekali dekat pejabat ni? As your sister. Not as your bussines partner." Sesekali mata di balik kaca mata berbingkai penuh itu dibulat-bulatkan.
Senyuman lebar dipamerkan di bibir nipisnya.
"Hari ni pergi kedai pengantin untuk comfirmkan pasal baju yang ditempah tu. Mama dah beritahu belum?"
Iskandar Shah mengangguk. Pandangannya ditalakan pada bingkai kaca berbentuk hati di tepi mejanya. 'My sweet baby – Anis Ameera'. Cantik gadis berwajah bujur sirih dan bertudung litup itu dengan senyuman menguntum ceria di bibir munggilnya. Sering kali wajah di dalam bingkai itu ditatapnya jika ada kelapangan dan perlukan ketenangan seketika.
"Ameera tak cakap apa ke?"
"Cakap?"
"Yelah. Lagi 5 hari nak kahwin, awak tu boleh duduk melekat lagi dengan document and your proposal tu. Tak pergi teman dia shopping or pergi spa or something?"
"Dia boleh pergi dengan ibu dia kak. Mama pun selalu temankan dia. Tu adik dia dua orang tu. Sibuk juga nak cantik-cantik. And also, tak nak kalah adik akak yang dua orang dekat rumah tu."
"Yelah. Ada je jawabnya pengarah besar ni. Tak kesian lansung ke dengan buah hati awak tu? Sabar memanjang. Kalau akak, mau kena abang Taufiz tu akak kerjakan." Hujung tudungnya dibetulkan kedudukannya.
"Kesian. But, mama pesan, tak elok jumpa selalu kalau dah nak kahwin ni. Better Shah buat kerja. Kan? Bukan Shah tak nak kak. Shah tahu Ameera tu tahu nak sabar dengan Shah ni, that's why I choose her to be my wife. Not perempuan perangai macam akak. Tak sabar."
"Menjawab lagi dia. Shah. Kutuk akak pula. Ni. Pukul berapa nak pergi kedai pegantin tu? Mama kata dia tunggu Shah dengan Ameera dekat sana. Tahu kan?"
"Akak dah beritahu dua kali masuk ni. Shah tahu."
"Malas akak nak layan kamu. Akak pun nak gerak ni. Jumpa dekat sanalah."
Iskandar Shah mengangguk sambil punggungnya diangkat.
Zulaikha Mayisya menggeleng dengan senyuman sebelum berlalu meninggalkan Shah yang mengambil langkah ke bilik air di bahagian hujung biliknya itu untuk mengerjakan solat Asar sebelum melakukan perkara lain.
Selesai bersolat, telifon bimbit di atas mejanya menjerit pinta diangkat.
"Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam bie. Ayah suruh baby ikut dia. So, kita jumpa dekat kedai tu jelah. Baby dah nak bertolak ni. Bie pun bolehlah keluar juga."
"Ayah dah balik outstation?"
"Bie ni. Semalam lagi baby dah beritahu, ayah dari hari Khamis dah balik. Lupa ke?" Ketawa kecil Anis Ameera yang memang mampu menambat hati lelakinya itu semenjak pertama kali mendengarnya, mengusik gegandang telinganya.
"Sorry lupa. Oklah bie gerak ni. See you there. Assalamualaikum."
Salamnya bersahut sebelum talian dimatikan. Telifon bimbit diletak dalam poket seluarnya sebelum berkemas.
Kot coklat kehitaman yang dikenakan dengan kemejanya digapainya. Sekadar disangkutkan ditangan, dia berlalu meninggalkan bilik pejabatnya.
++++++++++++++++++++++++++++++
'Mana satu nak pilih ni? Kak Mayi ni memang tak faham dengan aku yang tak pandai nak pilih barang perempuan ni,' getus hati Iskandar Shah sambil membelek beberapa tudung yang bergantungan dengan corak yang bermacam warna.
Dia mengeluh kecil. Sesekali tangannya bermain di helaian itu. Memilih kalau-kalau ada yang berkenan pada matanya.
Masih buntu. Tiada sehelai pun yang menarik perhatiannya. Dia berpaling pada gantungan yang lain.
'Warna tu sesuai ke dengan mama?' getus hatinya dengan senyuman di bibir melihatkan tudung yang cantik warnanya bergantung tidak jauh dari tempat dia berdiri.
Kakinya menapak. Matanya terus-terus melekat pada helaian tudung berwarna kuning cair dan dihiasi batu-batuan di tepi-tepinya.
Mendarat sahaja tangan kasarnya di tudung itu, satu tangan kecil terlebih dahulu menyentuhnya membuatkan tangannya berada di atas tangan itu.
Shah menoleh. Terpaku seketika anak matanya pada wajah mulus yang berada di sisinya itu. Tinggi sekadar separas bahunya sahaja.
"Encik. Tangan saya," getus gadis itu dengan muka yang kian merah. Bibirnya yang munggil berkilat itu diketap seakan menahan kesakitan.
"Sorry. I don't mean it." Tangan ditarik dan terus dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Jantungnya berdegup pantas memalu perasaan.
Gadis itu tersenyum nipis sambil memicit tangannya. Sakit barang kali kerana genggaman tangan besar Shah.
"Sakit ke?"
"Sikit."
'Merah. Kuat sangat ke aku genggam? Tak pasal-pasal tangan anak dara orang aku pegang.' Hatinya diasak rasa bersalah melihat tangan berjari runcing itu.
"Cik nak tudung ni ke?"
Gadis itu mengangguk kecil.
"But, kalau Encik nak, ambillah. Saya boleh cari yang lain." Dia menundukkan sedikit wajahnya dan mula hendak berlalu. Lemah-lembut tutur gadis bertudung merah jambu itu membawa lari hatinya yang tidak pernah terbuka lagi untuk mengenali apa itu cinta.
"Cik."
Gadis itu berhenti dan berpaling seakan tahu dirinya yang dipanggil.
"Tudung ni."
"It's ok. I can buy it next time." Tuturnya lembut, selembut raut wajah bujur sirih yang kemerah-merahan itu.
Shah mengganguk.
"Encik. Nak beli ke?" tanya juru jual yang baru menghampirinya secara lansung menarik perhatiannya dari terus-terus memerhati gadis kecil molek berbaju kurung dan bertudung itu.
Shah mengangguk lagi. Sekilas matanya terpandang beg tangan berwarna merah jambu di atas timbunan kain tudung yang berada betul-betul di bawah gantungan tudung yang dipilih Shah tadi.
'Miss tudung pink tu... Dia teringgal handbag ke?' Teringat dia pada kakaknya yang suka mengenakan beg tangan dengan baju yang dipakainya.
"Encik. Ada lagi ke yang Encik nak?"
Shah menggeleng.
"Bayar dekat sana ye." Kaunter ditunjuk.
Tangannya menggapai beg tangan itu kerana dilihatnya tiada pelanggan lain lagi di situ. Sepanjang di kaunter, juru wang asyik memerhatikannya yang membawa beg tangan itu. Mungkin kelihatan pelik tambahan lagi kena pula dengan baju kemeja yang dipakainya waktu itu.
Berpusing-pusing dia di dalam pusat membeli belah itu mencari kelibat gadis tadi. Dari satu kedai ke satu kedai. Dari kedai baju, ke kedai kasut. Masuk pula ke kedai pakaian wanita. Namun hampa. Tidak pernah hatinya keluh kesah seperti waktu itu.
Jam tangan dipandang sekilas. Waktu mula menginjak jam 10 malam. Sejam lebih dihabiskan hanya untuk mencari gadis itu. Benak hatinya dipenuhi tanda tanya. Bagaimana gadis itu pulang? Bagaimana gadis itu dengan ketiadaan telifon bimbitnya? Bagaimana dan bagaimana.
Kepenatan mencari membawa dia terus ke tempat letak kereta bawah tanah. Dari jauh. Dilihatnya ada sekumpulan lelaki berbaju serba hitam berdiri di sisi keretanya.
Semakin dekat dia melangkah, baru dia perasan ada satu kereta Myvi putih di sebelah kereta mewahnya itu. Di balik beberapa lelaki yang berdiri itu, kelihatan seorang gadis bertudung merah jambu yang mukanya merah dan pipi dibasahi titisan jernih.
"Oi!" jerkah Shah sekadar menarik perhatian 5 lelaki itu.
Seperti apa yang difikirannya, lima lelaki itu berpaling. Masing-masing mengangkat kening dan gadis itu terkebil-kebil.
"Korang buat apa dengan dia?" tanya Shah kasar sambil mendekati kumpulan itu.
"Nak..." Belum sempat lelaki berbaju tanpa lengan itu menjawab, penumbuk besar Shah mendarat di tulang pipi lelaki itu.
"Bro. Wait. Sabar," getus seorang kawannya dan memabantu rakannya yang sudah terjelepuk kerana penumbuk Shah itu.
"Apa sabar? Korang kalau nak buat kerja tak senonoh, bukan pada dia. Kau tahu tak dia isteri aku?" Selamba dia berkata dengan muka yang sudah merah kerana marahnya. Sekadar membuat alasan untuk menakutkan dan membela gadis yang mula hinggap dan bergayut di tangkai hatinya itu.
"Bro. Kitorang tak buat apa dengan isteri lu ni. Dia hilang handbag. So, all the stuff are in her handbag. Termasuk kunci kereta dia ni. So..."
"Diorang nak tolong saya," sambung gadis itu dengan wajah kasihannya. Air mata yang menapak di wajah mulusnya dikeringkan.
Shah mengangkat keningnya. Silap tindakkan.
"Dekat tangan awak tu..."
"Oh. Ni. Beg awak, sayang. Awak tinggal dekat kedai tudung tadi," lakon Shah menutup malunya yang mula menyerbu mukanya.
"Lah. Handbag awak dekat suami awak tu ke?"
"Tak pasal-pasal makan penumbuk suami orang."
"Kau tinggalkan isteri kau yang cantik ni sorang-sorang dekat underground parking ni kenapa bro? Masalah lah lu ni."
Satu-satu ayat keluar dari mulut mereka yang beransur-ansur meninggalkan tempat itu.
Shah menyentuh belakang lehernya. Malu semakin membahang. Tidak pernah dia bertindak sebegitu rupa. Entah kenapa air mata di wajah putih gebu itu menyentap rasa dalam jiwa lelakinya.
"Thanks." Lunaknya suara gadis itu mengetuk gegendangnya.
Shah mengangguk dengan senyuman nipis yang terpaksa dia ukir untuk menutup malunya.
"Boleh saya nak beg saya? Dah malam sangat ni. Nanti ayah dengan ibu saya risau."
"Oh. Ni. Lain kali jangan tinggal merata-rata ok." Sempat dia berpesan.
"Thanks." Beg dibuka dan kunci kereta dikeluarkan.
"Cik." Tangan gadis itu terhenti dari membuka pintu kereta.
"Can I know your name and your phone number?"
Gadis itu terdiam. Mata bundar berbulu mata lentiknya terkebil-kebil memandang wajah bersih Shah.
"Or maybe kita boleh jumpa lagi?"
Gadis itu mengetap bibirnya seakan berfikir ayat yang terbaik untuk diberikan pada Shah.
"Saya milik ayah dan ibu saya. I think, better Encik minta pada diorang dari minta dari saya. Saya dah lambat ni. Saya balik dulu. Thanks and Assalamualaikum."
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ketukkan di pintu kereta mengejutkan Shah dari lamuannya mengenai pertama kali dia berjumpa gadis bernama Anis Ameera, tiga bulan lepas. Seorang guru tadika yang lemah-lembut kelakuannya.
Paras tingkapnya diturunkan kerana seorang gadis berbaju kurung sutera sedang berdiri di luar seakan menantinya. Menjongol wajah bujur sirih kemerahan Ameera dengan senyuman mekarnya.
"Mama tanya. Bie tak nak keluar ke?"
"Hmm."
"Dije tanya. Nak try baju pengantin dan ambil gambar tak? What you think?" bual Ameera sementara mereka menapak ke kedai pengantin yang bertentangan dengan tempat dia letakkan kereta itu.
"Tak perlulah. Sebab lagi 5 hari je lagi bie dapat tengok baby pakai baju pengantin kan?"
"But, I want to. Yelah. Manalah tahu, baby tak sempat nak pakai baju pengantin yang kita tempah tu." Perlahan dia berkata seakan berbisik tapi mampu lagi telinga Shah menangkapnya.
"Why are you talking like that? Tak baik tau." Seakan lain macam sahaja bunyi suara itu.
Anis Ameera berpaling dan secalit senyuman diberikan pada tunangnya itu.
"Fine. Kita try and take some picture untuk kenangan beli baju pengantin. Ok?" Seperti apa yang dikata Kak Mayinya. Sesekali, apa salahnya dia ikutkan sahaja permintaan Ameera kerana selalu sahaja gadis itu bersabar dengan dirinya itu.
Itulah sifat Ameera. Dia akan meminta sekali sahaja. Jika tidak diberi, dia tak akan meminta lagi. Sabarnya sifat Ameera memang dia kagumi. Sekali pun tidak terbakar marahnya jika Shah lupa janjinya. Cuma sifat manjanya itu kadang-kadang terlahir walaupun dia anak pertama dalam keluarga. Sifat yang baru ditonjolkan pada Shah semenjak hari bahagia mereka semakin hampir.
Melebar senyumannya dan mengangguk.
"Ibu, mama. Macam mana?" tanya Ameera sambil tersenyum.
Shah yang asyik membelek gaun pengantin juga berpaling memberi perhatian pada suara itu. Terkesima sebentar dia melihat wajah itu yang sudah cantik dirias dengan pakaian pegantin bertudung yang berwarna krim keemasan. Naik seri wajahnya ketika itu.
"Bie?" Panggilan itu menarik Shah kembali ke alam nyata. Ameera yang berdiri di hadapannya ditatapnya terus. Senyuman manis di bibir munggil itu tidak pernah lekang.
"Macam mana?"
"Hmm?"
"How do I look?"
"Cantik."
"Sementara je tau cantik ni."
"Saya tahu." Suka betul diri itu mengingatkannya. Kata Ameera, 'Kalau cantik Ameera yang Shah sayang? Shah kena ingat. Cantik ni hanya sementara je.'
Memang kecantikkan wajah itu menarik perasannya. Tapi hati bersih milik gadis itulah yang membuat dia mampu nafikan yang kecantikkan itu adalah yang kedua selepas hatinya.
"Macam ni boleh ke?" tanya Ameera seronok hendak mengambil gambar dengan pakaian pengantin sedondon yang disarungnya bersama Shah di sisi.
"Cantiklah Kak Mira. Adik pun nak lepas ni boleh?" seloroh Faiqa. Adik kedua Ameera yang berdiri di belakang kamera.
"Tunggu Iqa cukup umur dululah. Kak Mira pun tak kahwin lagi. Gatal," getus Miralya, adik bawah Ameera, anak kedua Dato' Farid.
"Bergaduh pula," getus Ameera dengan senyuman. Kedudukan selendang yang dikenakan dengan tudung kosong itu dibetulkan sedikit.
"Ok Shah. Dekat-dekat sikit. Bukan macam tu..." Membebal mulut Dije menyuruh Shah membetulkan kedudukan dia berdiri.
"Shah. Diri belakang Ameera. Baru nampak mesra," cadang Kak Mayi pula. Tersenyum setiap wajah itu.
"Macam ni?"
Dije dan Kak Mayi mengangguk serentak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan