Followers

27 April 2010

Jika Begini Suratannya.. ( Part 2)

"Ameera. Dah suruh Shah ambil baju untuk khatam malam nanti?" tanya Datin Marisa, mama Iskandar Shah sementara lalu di bilik tamu, tempat dimana saudara berkumpul dan turut memeriahkan majlis berinai itu.

"Belum ma." Tersenyum bibirnya melihat keletah anak-anak saudara dan adik-beradik dia dan Shah yang sibuk menghulur tangan hendak mengenakan inai di jari masing-masing.

"Mana pergi budak ni. Dipesan. Entah dia ingat ke tidak malam ni dah start majlis. Orang sibuk dekat rumah ni, dia tak sudah-sudah dengan kerja dia."

"Biar Ameera yang call dia ma." Tidak mahu dilihatnya Datin Marisa terus-terus risau mengenai anak lelakinya yang satu itu.

"Yelah." Datin Marisa berlalu.

"Kitorang nak pekat macam Kak Mira tu..." Kedengaran suara kecil Maya, anak saudara Shah yang tangannya dirias Salwa, pendandan yang dipanggil untuk majlis yang akan diadakan.

"Ish budak ni. Itu pegantin. Awak tu duduk tepi je tau," bidas Salwa sambil dicubitnya pipi Maya yang banyak cakapnya itu.

Keletah mereka semakin membuatkan bibir Ameera tersenyum. Tangannya yang cantik berinai itu dipandang dan dibeleknya beberapa ketika. Dari tengah hari tadi lagi majlis berinai itu berlansung dan Ameera lah orang pertama yang dipakaikan. Jadi, petang, mereka mula menyerbu Salwa meminta dipakaikan kerana dilihatnya cantik hasil di tangan putih gebu Ameera yang dihiasi inai itu.

"Tepi kejap. Kak Mira nak keluar ni," pinta Ameera sambil membetulkan selepang tudungnya yang terjatuh.

Mereka ke tepi memberi laluan. Kebingitan di dalam bilik itu memaksa Ameera keluar supaya senang dia hendak bercakap dengan Shah.

_________________________________________

"Encik Iskandar Shah, tak nak balik ke?" tanya Lisa yang baru sahaja menjengul setelah dibenarkan masuk sebentar tadi.

"Kejap lagi Lisa. Kalau awak nak balik, baliklah," jawab Shah tanpa mengangkat wajah.

Lisa mengangguk.

"Saya balik dulu."

Shah mengangguk. "Assalamualaikum."

Kerana terbiasa dengan cara Ameera, dia pasti akan mengucapkan perkataan itu sama ada baru bertemu atau hendak berpisah.

Lisa mengangguk lagi sebelum menjawab salam.

Seketika Lisa keluar, telifon bimbitnya bergetar. Tanpa melihat siapa pemanggil dia menjawabnya.

"Asslamualaikum."

"Waalaikummussalam bie. Mama tanya. Bie dah ambil baju untuk majlis khatam malam ni?" tanya Ameera di hujung talian.

"Baju khatam?" Pen dipusing-pusingkan di jarinya seperti selalu.

"Hmm. Bie dah ambil?" Lembut suara itu bertanya

"Ya Allah. Belum lagi sayang." Dalam dia memusingkan pennya, pen itu tersasar dan jatuh terpeanting jatuh dari mejanya membuatkan berkerut dahinya. Tidak pernah tangannya terlepas memusingkan pennya.

"Bie dekat mana tu?"

Shah bangun untuk mengambil pennya. "Office sayang. Sikit je lagi benda ni. Nanti bie balik, bie ambil baju tu ye."

"Dah pukul 5.45 ni. Takut tutup kedai tu. Biar baby pergi ambil jelah ye," pinta Ameera.

"Boleh juga. Ouch," getus Shah ketika sikunya terhantuk pemegang kerusi sewaktu dia hendak bangun dari mengambil pennya.

"Bie. Are you ok?" Kedengaran risau suara lunak itu.

"Ok. Bie terlanggar kerusi je."

"Ok bie. Take care ok. Jangan balik lewat sangat."

"Hmm. Assalamualaikum sayang."

"Bie," panggil Ameera tidak manjawab salamnya.

"Jangan lambat balik ye. Baby takut tak sempat nak jumpa bie."

"Sempat baby. Jangan risau ye. Kejap lagi bie balik. Bie nak siapkan kerja ni. Bie letak ye."

"Bie wait."

"Apa lagi baby?"

"I think it's too early to say this. But, I want you to know, I love you. Kalau tak ada jodoh antara kita..."

"Kenapa baby cakap macam ni?"

Ameera di hujung talian diam.

"Baby?"

"Hmm."

"I love you too. Jangan nak buat saya fikir bukan-bukan ok. Saya letak ni. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

Shah mengerutkan dahinya. Kenapa lain macam sahaja kelakuan Ameera sejak kebelakangan itu. Tidak pernah dia mengucapkan perkataan itu. Katanya hendak dihadiahkan ucapan itu selepas akad nikah nanti. Ucapan salamnya juga kedengaran lain sahaja. Seakan berat hati Shah waktu itu.

Dia duduk menyambung kerjanya. Berkira-kira hendak pulang sebelum pukul 7 kerana majlis khatam berlansung pukul 9 malam nanti.

Satu-satu fail dibuka dan disemak seperti selalu. Selesai di atas meja, dia bangun mencari fail di rak belakang mejanya. Tarik sahaja fail yang dikehendakinya, bersepah kertas-kertas dari dalam fail terbang berterabur di lantai. Seakan ada benda yang tak kena dengannya sepanjang hari itu.

Kertasnya dikutip. Tidak sampai separuh, telifonnya menjerit pinta diangkat. Diletakkannya sahaja kertas di lantai dan berlalu mendapatkan telifonnya yang seakan menggamitnya untuk pantas menyambutnya.

'RUMAH'. Berkerut seketika dahinya sebelum melekat telifon berwarna putih itu di telinganya.

"Assalamualaikum Shah. Balik sekarang. Ameera, Shah. Mira..." Kedengaran tangisan mamanya di hujug talian belum sempat pengucapannya diteruskan.

"Ma. Kenapa ni? Kenapa Ameera?"

"Ameera accident depan kedai baju pengantin."

Bagai ditarik kasar degupan jantungnya waktu itu. Kakinya lemah untuk berdiri.

"So, sekarang. Ameera dekat mana ma?" Tubuhnya disandarkan di dinding. Menampung kakinya yang kian lemah menerima berita itu.

"Kecemasan. Tapi..." Sekali lagi suara tua itu terhenti.

Air matanya mengalir lambat bersama sorotan tubuhnya yang hampir terduduk.

"Ameerah dah tak ada Shah. Dia dah tak ada." Akhirnya berita itu sampai ke corong telinganya setelah lama mendengar mamanya menangis di hujung talian.

'Baby...' Hatinya meronta kuat. Tak mampu dia melawan takdir yang hebat itu.

____________________________________________

'Pandai Dije ambil. Nampak cantik.' Manja suara Anis Ameera sambil membelek gambar yang diambil Dije terdendang di telinganya waktu itu. Satu-satu gambar dia bersama Ameera yang memakai baju pengantin itu dibeleknya.

'Bie. Rasanya, sama macam ni ke kalau hari nikah nanti?'

'Nope. Akan cantik lagi dari ni.'

'Kalau baby pakai baju putih waktu malam sebelum nikah nanti, bie rasa macam mana?'

'Baby pakai apa pun. Cantik sayang.'

'Kalau solekkannya berbeza, tak ceria macam ni?'

'You still the most beautiful one baby.'

'Hope so.'

Terngiang-ngiang perbualannya bersama Ameera ketika di meja makan waktu makan malam dua keluarga yang agak meriah selepas mereka singgah di kedai pengantin itu.

Malam yang sepatutnya meriah dengan majlis khatam digantikan dengan majlis kenduri pengkebumian Anis Ameera yang cantik memakai baju yang menjadi pilihan hatinya. Baju putih yang dikatanya dia hendak sarung pada malam itu.

Dan hari yang sepatutnya menjadi hari bersejarah penyatuan dua hati, menjadi titik pemisah antara Iskandar Shah dan Anis Ameera.

__________________________________________

"Uncle Is. Uncle nak beli ke tu?" tanya saorang kanak-kanak perempuan sambil menarik-narik seluarnya manja sambil tangannya menuding pada apa yang dipegang Iskandar Shah.

"Taklah. Mana mama Eqa?" tanya Shah sambil meletakkan tudung kuning cair itu kembali ke tempatnya. Tubuh anak kecil berumur 5 tahun itu diangkat.

"Mama dekat sana. Beli tu," tunjuknya dan jari kecilnya menunjuk pada Adria Madiya, adik bongsu Shah yang sedang berdiri di kaunter.

"Itu kan cantik. Uncle Is tak nak beli ke?" Kembali dirujuknya pada tudung yang tadi dipegang Shah.

"Tak. Tak ada siapa nak pakai nanti kalau Uncle Iyad beli. Jom," ajak Shah sambil menyentuh kepala anak buahnya itu.

Kakinya melangkah keluar dari kedai tudung itu. Kedai yang menjadi saksi pertemuan dia dan Anis Ameera, 10 tahun lepas. Dan warna tudung yang sama membuatkan itulah kali pertama dan kali terakhir tangan Anis Ameera disentuhnya.

'Sayang. Saya tak sempat nak belikan tudung yang awak nak tu untuk awak. Kalau bukan takdirnya untuk awak pergi dulu tinggalkan saya. Mesti sekarang awak masih ada berjalan dengan saya. Singgah kedai tudung kegemaran awak tu.' Bual hati Shah sendiri. Panas terasa menyerbu kelopak matanya.

'Shah. Ameera tak suka Shah salahkan diri sendiri. Tak baik tau.' Suara manja Anis Ameera terus-terus mengikut setiap rentak nadinya selepas pemergian gadis itu. Gadis yang banyak mengajarnya erti sebuah hubungan dan kehidupan.

'Love you baby. Forever.' Hatinya merintih lagi.

"Uncle Is. Kenapa Uncle Is nangis?" Suara Eqa Laili mengejutkannya.

"Taklah." Diukir senyuman nipisnya dan matanya mula mengikut langkah adik bongsunya yang kini beranak dua itu yang datang mendekatinya.

-THE END-

Tiada ulasan: