Followers

06 April 2010

Selayang Warkah Buat Semua Part 2

“mak jangan bagi muka sangat perempuan tu”,

“perempuan mana pulak ni Angah?”,Zaharah memandang wajah anak keduanya. Serius.

“alaaa…cucu Ayah tulah…kalau dia buat apa-apa dekat mak bagi tahu Angah..taulah nasib dia”,

“amboi anak mak ni, awak tu dah kawin, jaga je laki tu. Mak tengok tadi si Putera tu makan pun ambik sendiri..” Suraya tersentap. Merah mukanya mendengar teguran Zaharah

“dia dah biasalah mak…”

“hahh…yang biasa tulah esok jadi masalah…”, maknya sudah mula ingin membebel.

“mak Alang bila balik?”, Suraya mengubah tajuk. Fuhhh selamat wajah kerut maknya mula hilang mendengar nama anak kesayangannya disebut.

“emmm entahlah katanya minggu depan, rindunya mak dekat dia”, Suraya mencebik. Nampak sangat maknya lebihkan Suhail adiknya. Maknya sanggup bersusah payah untuk menanggung Suhail di luar negara.

***
Genap seminggu Fatin hidup bersama isteri Atuknya, namun masih ganjil rasa perjalanan hidup barunya. Entah kenapa berita kepulangan anak mak cik A'rah juga membuatkan dia rasa serba tak kena. Dia masih belum dapat menerima dunia barunya sekarang.

” ayah sihat?” tangan ayah tirinya disalam. Hj Arshad suami maknya jadi seboleh mungkin dia akan menghormati lelaki itu.

“sihat” wajah tua itu tersenyum.senang dengan penerimaan anak tirinya itu. Zaharah juga masih belum sudah senyuman dibibir, dia pasti Suhail akan menerima pilihannya.

“sikit lagi pangkat besarlah anak kita ni, balik dari oversea..”, gurauan Hj.Arshad disambut ketawa kecil isteri dan anak tirinya.

Suhail memandang ruang bilik yang sederhana besar itu. Maknya sedang asyik mengemas bajunya. Satu persatu dimasukkan ke dalam almari.
“mak bahagia?”

“haiii anak mak ni…mestilah mak bahagia anak manja mak kan dah balik”, diusap rambut anaknya yang sudah rebah di ribanya. Suhail sememangnya anak yang manja.

“maksud Alang dekat rumah ni..”

“Alang..ayah layan mak baik sangat..dia lelaki yang baik, lantaklah orang nak kata apapun mak bahagia dengan dia”, Suhail tersenyum.

“emmm kenapa tak pernah tengok pun cucu ayah tu masa Alang kat sini ek”,

“si Fatin tu budak bijak, dia sekolah asrama penuh lepas tu terus universiti, manalah Alang nak jumpa dia. Tapi lepas tu dia terus duduk kampung uruskan ladang atuk dia”, terang Zaharah. Suhail mengangguk perlahan, terbayang wajah selamba Fatin saat mereka dikenalkan.

“dia tak suka mak ke?”, pertanyaan itu membuatkan Zaharah terdiam

“mak…Alang tanya ni..”,

“dia belum biasa lagi dengan mak”, jawapan itu membuatkan dahi Suhail berkerut. Belum biasa??. Dia pasti ada yang tak kena dengan hubungan maknya dengan Fatin.

Suasana banglo setingkat itu agak sepi. Masing-masing dengan hal sendiri. Fatin masih melayan perasaannya di atas buaian besi di taman bunga atuknya. Hj Arshad sememangnya suka berkebun. Tidak hairanlah berpuluh ekar tanahnya membuahkan hasil.

“kenapa awek atuk yang sorang ni moyok je?”, Fatin tersenyum. ’awek’ itulah perkataan yang sering digunakan atuknya.

“sebab pak we Fatin dah ada awek lain”, kata-kata Fatin membuatkan Hj Arshad tersenyum dia duduk di atas buaian yang sama.

” Tuk sekarang dah ada mak cik A'rah, kak Syafawati, Kak Suraya, Abang Putera, Suhail semua tu atuk sayang.. tapi tempat Fatin tak pernah berubah tau… Fatin tetap cucu sayang atuk sampai atuk mati…”, Fatin sayu. Kata-kata atuknya meresap ke hati.

“Fatin yang bawa bahagia dalam hidup atuk dan arwah nenek dulu….sebab Fatin ada atuk bahagia. Lepas nenek tinggalkan kita Fatin tak pernah tinggalkan atuk..sakit pening atuk kan dengan Fatin”, Fatin mengangguk perlahan.

“Fatin sayang atuk…”, Fatin tersenyum manja..

“hahhh nilah awek atuk…senyum je, dah pergi masuk makan. Atuk tahu Fatin tak makan lagikan”,

“baik bos……” ketawanya tercetus bahagia.

Fatin masuk ke dapur melihat kalau-kalau ada lagi lauk yang boleh dimakan. Peti sejuk LG di buka. Oren juice dikeluarkan. Mungkin itu yang dapat mengalas perutnya. Nak meminta kepada mak cik A'rah terasa malu pula.

“Fatin nak makan ke?”, suara itu membuatkan Fatin berpaling.

“taklah….” krikk krikk..pantas Fatin menekan perutnya. Alamak perut ni kuatnya bunyi memalukan. Zaharah tersenyum, yakin gadis itu lapar.

“mak cik ada masak mee goreng udang tadi, nanti mak cik keluarkan kita makan sama-sama”, Fatin mengangguk perlahan tidak dapat menafikan perutnya yang lapar tahap dewa.

“emmm…sedap”, tiba-tiba pujian itu keluar secara tak sengaja. Zaharah tersenyum mendengar pujian yang lahir dari mulut Fatin.

“ehhh makan apa tu, mee goreng udang…ada lagi tak? terasa nak makan lagilah mak..” suara manja Suhail pula memecah sunyi di dapur. Dia menarik kerusi bertentangan dengan Fatin.

“haiii..bukan tadi dah makan ke?….”, Zaharah tahu anaknya sengaja menyiasat sejauh mana hubungan dia dengan Fatin.

“lapar lagilah mak…mak masakkan sedap, dua kali tambah baru cukup syarat..” Suhail mengajuk satu iklan TV.

Fatin dapat merasa kasih sayang seorang ibu yang ditunjukkan oleh Mak cik A'rah kepada Suhail. timbul rasa cemburu di hatinya, dia tidak pernah merasa kasih sayang itu lagi selepas neneknya meninggal. Pantas mee di pinggan dihabiskan tidak mahu berlama di situ.

“ehhh…Fatin nak lagi?”

“emm..tak apa dah kenyang..”

Mata Suhail hanya memandang wajah hampa maknya. Langkah Fatin dihantar dengan jelingan. Wanita itu langsung tidak menegurnya sejak dia menjejakkan kaki ke rumah besar ini.

****

Fatin sedang asyik membasuh kereta kancil pinknya. Comel. Tangannya sudah penuh dengan buih sabun.

“emmm comel kereta kau..”, Suhail berdiri hampir dengan kereta Fatin sambil melihat-lihat ke dalam kereta wanita itu. Fatin diam lagu yang tadi tak henti dari mulutnya berhenti tiba-tiba.

“kereta cantik tapi tuan dia garang, muka masam 24 jam”,

“apa dia?”, Fatin dapat menangkap kata-kata Suhail.

Tiba-tiba hatinya berbisik nakal. Suhail memasang air dan menarik getah paip hampir dengan kereta milik Fatin. Perlahan tangannya mengarahkan air itu ke kereta. Fatin hanya mengawasi Suhail dengan ekor mata.

“ehhh apa ni???..” Fatin menjerit kuat apabila, bajunya sudah basah. Dia yakin lelaki itu sengaja mengarahkan air itu kepadanya.

“oopppss sory ada orang rupanya, ingatkan kereta ni bercakap…”, Suhail sudah ketawa kuat.

“oooiikkk kau nak sangat main air sangat ek…”, Fatin mengangkat baldi yang berisi air sabun lalu di simbah ke arah Suhail. Suhail menjerit kuat tidak menyangka tindakan Fatin sepantas itu. Lama mereka terdiam akhirnya gelak Fatin kedengaran.


***

“kau sedarlah sikit kau tu bukan cucu betul ayah pun..”

“apa kak Suraya cakap ni?”

“kau jangan buat-buat lupa. Kau tu Hj Arshad ambik dari rumah anak yatim tau. Tak tentu asal usul entah datang dari keturunan mana”, wajah Suraya direnung tajam. Fatin cuba menyabarkan dirinya. Dia mengucap di dalam hati.

“terima kasih kak sebab ingatkan saya, saya tak pernah lupa”,

Kata-kata Suraya pagi tadi masih bermain-main di mindanya. Entah kenapa Fatin Suraya boleh lembut hati begini. Mungkin ajaran atuk membuatkan dia sentiasa mendahulukan akal dari perasaan.

“Fatin abang minta maaf, kenapa Fatin susah sangat nak maafkan abang”, suara Putera membawanya kembali ke alam realiti.

“dahlah kisah kita dah habis…kau juga yang pilih diakan..kalau maaf yang kau nak, aku dah lama maafkan kau”, wajah Putera langsung tidak dipandang. Rasa benci pada lelaki itu mungkin sudah tiada tapi untuk berbaik seperti dulu jawapannya tidak.

“jadi Fatin tak cintakan abang lagi?”, pertanyaan itu bagaikan belati menikam hatinya. Kalau ikutkan hati mahu saja di tampar beratus kali wajah tampan di hadapannya.

“sudahlah..gelilah dengar cinta-cinta ni jangan lupa kau tu suami orang. Aku tak akan rela jadi perampas lagipun kita dah bersaudara sekarang. Kau pun dah jadi pak cik tiri aku”, Fatin tersenyum entah kenapa terasa lucu bila perkataan itu keluar dari mulutnya tak akan dia nak panggil si Suraya tu mak cik. Boleh biru muka dia dengar.

Laju langkahnya meninggalkan Putera. Memang dulu Putera lelaki yang memiliki hatinya 5 tahun mereka mengemai cinta. Tapi entah dekat mana silapnya lelaki itu memilih Suraya. Terbayang wajah berserinya di pelamin. Hahhh semua tu dah berlalu. Kisah itu sudah lama tamat.

“Fatin dari mana?”, semua mata memandang ke arahnya. Atuk dan Suhail sedang asik menghirup kopi aroma goreng pisang menusuk rongga hidungnya.

“Fatin mak cik tanya tu..”, suara atuknya pula kedengaran membuatkan dia tersedar.

“emm tak ke mana saja ronda-ronda kampung”,

“marilah makan sekali”, Zaharah tersenyum mFatin. Dia sedar kehadirannya masih belum diterima oleh cucu suaminya itu.

“emmm tak apalah mak cik, Fatin dah makan tadi”, pantas kakinya memanjat tangga meninggalkan 3 insan itu.

****
Hubungan Suhail dan Fatin bertambah baik. Fatin bukanlah seorang yang susah didekati Cuma dia susah untuk mulakan satu perkenalan. Suhail berkeras ingin mengikut Fatin ke kebun. Dia bosan duduk di rumah.

“kau ni baik juga ek” Suhail memandang wajah Fatin persis petani moden. Wanita itu kelihatan lasak dengan cangkul di tangan.

“siapa kata aku jahat?”

“Kenapa kau tak kerja dekat KL, kau kan ada Ijazah”, tanya Suhail. Tangannya masih ligat memasukkan benih jagung ke dalam lubang yang dibuat oleh Fatin.

“entah malas kot…lemaslah pak cik hidup dekat bandar..hutan konkrit”

“hahhh.. apa kau panggil aku?…pak cik?”, Suhail bangun, peluh di dahinya dilap dengan tuala yang tersangkut di bahu kirinya.

“laaa…betullah pak cik kan anak nenek A'rah…”, Fatin berwajah serius cuba menahan gelaknya.

“ehhh aku ni tua 2 tahun je tau dari kau….malu je orang dengan kau panggil aku pak cik…hishhh budak ni nak kena..mari sini pak cik piat telinga tu..degil”

Fatin pantas melarikan diri apabila melihat Suhail sudah hampir dengannya.

“laa…kau juga suruh aku terima kenyataankan so bila aku terima kenyataan kau marah pulak”,

“masalahnya bukan kenyataan aku ni pak cik kau tapi kenyataan yang mak aku dah kawin dengan atuk kau”,

“sama je..”, jawab Fatin malas.

“sama tapi tak serupa”,

“tak serupa tapi kenyataannya sama..”, Fatin meneruskan kerjanya malas melawan kata dengan Suhail. Kahirul Bakal peguam tentulah hujahnya lagi bernas.

Tiada ulasan: