“umur kau sebaya dengan Suraya kan..kenapa kau tak kawin lagi ek?”, persoalan Suhail dibalas dengan renungan tajam. Sibuk je pasal orang..
“tak ada jodoh lagi..”, Fatin mengigit buah mempelam muda yang masak ranum itu. Wajah Suhail berkerut terasa masam buah itu di tekaknya.
” emmm ke tak ada orang nak..kalau susah sangat kau kawin dengan aku je lah..nak? aku bagi tahu ayah dengan mak”,
“eh..eh suka suki kau je ek…kau nak keluarga kita jadi macam cite P.Ramlee ke keluarga pusing pening..kau kan pak cik aku”, Suhail tersenyum. riak wajah Fatin terasa lucu.
Suhail terdiam matanya memandang ke ara wajah yang tersenyum. cantik. Hatinya tercuit untuk meneliti wajah wanita di depannya. Lama mereka terdiam. Fatin berpaling merah mukanya apabila melihat mata Suhail tak lepas dari wajahnya. Pantas biji mempelam yang habis dimakan dibaling tepat mengena dahi lelaki itu.
“aduhhhh!!!…sakitlah apa ni”, Suhail mengosok dahinya. Sakit.
“emm padan muka. Kau pandang aku macam tu pe hal”,
“hishhh perasan aku tengok mempelam yang kau makan tulah..tak masam ke?”, Suhail cuba mengubah topik.
“elehh alasan…”, Suhail tersenyum, Fatin lebih dulu meneka.
Dari atas rumah sepasang mata memandang kemesraan Suhail dan Fatin. Ada rasa sakit di hatinya. Ada rasa cemburu dijiwanya. Tangan digenggam erat.
***
“selamat pagi Acik A'rah masak apa hari ni?”, Mak A'rah terkejut kemesraan Fatin terasa melalui perbualannya. Adakah Fatin sudah menerimanya. Suhail dan Hj Arshad tersenyum.
“emmm nasi goreng Fatin makanlah”, Fatin tersenyum dia elihatan begitu teruja melihat nasi goreng pantas mulutnya memuji. Mak A'rah terasa amat gembira.
“Fatin atuk, mak A'rah dengan Suhail nak ke Kuala Lumpur petang ni, Fatin nak ikut?”, Fatin mengeleng perlahan. Dia malas sebenarnya.
“tak apalah atuk.. Fatin dah janji dengan abang yusuf nak jual buah petang nanti..bila atuk balik?”
“emmm esok lusalah kot”, Fatin mengangguk.
“Fatin nak kirim apa-apa?” tanya Hj Arshad. Rutinnya setiap kali keluar rumah pasti itu soalan yang diajukan.
“emmm…atuk tolong belikan kasih sayang ek…. sebab mana tahu dekat KL nanti atuk tertinggal kasih sayang atuk untuk Fatin..so adalah yang baru..” Fatin sudah ketawa. Suhail dan MakA'rah hanya tersenyum melihat wajah Hj Arshad yang tersindir dengan kata-kata Fatin.
“amboiii…pandai ek…kenakan atuk? Siapa ajar ni?”,
“siapa lagi kalau bukan Hj Arshad yang hensem bergaya dalam kampung ni”, tercetus gelak Mak A'rah. Jelingan suaminya tidak dihiraukan. Suka dia dengan usikan Fatin.
***
Entah di mana silapnya malam itu dia menjadi mangsa atau sudah takdir?
“kak Fatin abang Putera kena pukul dekat tali air”, Fatin terkejut Ajib yang baru tingkatan 1 berlari hilang entah ke mana. Fatin mengambil kunci keretanya. Tiada siapa di rumah ini untuk menemaninya akhirnya dia nekad untuk pergi sendirian.
“Putera…Putera..”, cahaya bulan terang membolehkan matanya meneliti walaupun hari sudah malam.
Tiba-tiba dia ternampak satu tubuh yang sedang duduk keseorang. Sekali lagi dia memanggil. Putera ke tu! ada sedikit rasa takut. Perlahan-lahan kakinya melangkah. Emmm memang dia, tempat inilah dulu lokasi mereka bersembunyi semasa kecil.
“Fatin”, suara itu milik Putera.
“Putera..Kenapa ni? apa kau buat malam-malam dekat sini?”, cuba mendekatkan diri dengan Putera. Tapi entah dimana silapnya tubuhnya hilang pertimbangan dia tersepah tunggul kayu. Tersembam ke depan.
“Fatin?…Ya Allah ok ke?”, cepat-cepat tubuh itu cuba diangkat. Kedengaran Fatin mengerang kesakitan. Hairan kenapa Fatin ada disitu.
“ok ke?” sekali lagi dia bertanya.
“ok…sikit je ni, nasib baik tak mati”, mendengar kata-kata itu tersembur ketawa kedua insan itu. Tapi ketawa itu mati tiba-tiba.
“Assalammualaikum……”, mereka terkedu. Jantung Fatin seakan terhenti berdegup. Nafsnya seakan sesak.
***
“Atuk Fatin tak salah..percayalah Fatin tak salah…”, Hj Arshad masih berdiam diri. Malunya bukan kepalang apabila Fatin ditangkap kerana berkelakuan sumbang. Malah apa yang membuatkan hatinya bertambah sakit apabila lelaki itu menantunya sendiri.
“Acik Kiah….Fatin tak salah…Suhail percayalah Fatin tak buat semua tu”, sendunya sudah kedengaran. Dia seperti orang hilang pegangan. Malah apabila menatap mata Atuknya dirinya terasa dibuang.
Putera memandang sepi. Entah kenapa keinginannya itu melimpah luah, keinginannya untuk mengahwini Fatin sudah diberitahu kepada semua orang. Di depan seisi keluarganya dia meluahkan perasaan. Amukan Suraya sudah dibayangkan dari awal tapi dia kena meluahkan rasanya. Fatin tidak bersalah kenapa mesti dia dihukum. Dia ingin membela wanita itu tapi apa dayanya.
“dasar perempuan tak sedar diri. kurang ajar. Perampas, kau ingat kau hebat sangat ke? Cantik sangat? ” maki hamun Suraya masih belum berhenti.
“apa ni Suraya…Ya Allah Suraya mengucap..” Zaharah cuba menenangkan anaknya. Malu dia dengan pandangan suaminya.
“perempuan ni mengatal dengan laki angah mak..dasar anak pungut.”, Fatin tersentak. Pantas wajah tenang atuknya dipandang. Atuknya masih diam. Air matanya menitis lagi. Kebisuan atuknya menambahkan lagi rasa pilu dihati.
Syafawati diam seribu bahasa, mujurlah suaminya masih bertugas di Kuala Lumpur kalau tidak dia sendiri malu dengan apa yang terjadi pada keluarganya ini. Wajah adiknya dipandang sepi. Kesian pun ada. Kalau dia di tempat Suraya mesti perkara yang sama akan berlaku.
“sudahlah angah, sabar dulu….”, Suhail menarik tangan kakaknya.
“hahhh kaupun sama juga dah makan puaka perempuan sial ni…kaupun ada hati jugak dekat diakan..”, jeritan Suraya membuatkan Suhail memandang tajam kakaknya sudah melampau.
Hj. Arshad memandang wajah keruh cucunya, dia tahu Fatin terluka tapi dia perlu adil. Dia kena mendengar dari dua-dua pihak. Dia bangun langkahnya diatur dekat ke arah Putera. Putera gerun.
“kau dah buat keputusan ke?”, tanyanya perlahan. Amukan Suraya berhenti. Diam. Sunyi. Semua mata terarah kepada Putera.
“saya dah fikir masak-masak ayah. Saya nak kawin dengan Fatin.”, tegas jawapan Putera. Sekali lagi terdengar jeritan Suraya. Suhail menjeling tajam ke arah Putera. tadi tumbukan sulongnya sudah mengenai wajah tampan abang iparnya. Nasib baik pergelutan mereka dimatikan oleh Hj. Arshad.
“Suraya cuba bawa bertenang, jangan nak terpekik-pekik macam orang tak ada agama”, suara Hj Arshad meresap masuk ke dalam hati Zaharah. terasa ada kekurangan dalam dia mendidik anak-anaknya. Suraya di pelukannya diam sebaik mendengar arahan ayah tirinya ada rasa takut dengan renungan tajam mata redup itu. Sama seperti rasa takutnya kepada arwah ayahnya.
“Fatin….” panggilan itulan yang ditunggu dari tadi. Fatin memejamkan matanya seketika. Sayu. Akhirnya atuk memanggil namanya. Faham dengan panggilan itu dia memandang tepat wajah tua yang selama ini amat dikasihi. Lebih dari insan yang melahirkannya.
“Fatin memang cintakan Putera tuk, 5 tahun hati Fatin pada dia….” lama dia diam..dia yakin semua mata kini tertumpu padanya.”..tapi tu semua dan tamat tuk. Tapi bila dia pilih Suraya semua tu dah tak ada…tak ada langsung tuk. Semua kat sini dah bercakap isi hati masing-masing sekarang giliran Fatin.”, Putera memandang jelas wajah sayu itu. Dia kecewa dengan apa yang berlaku. Fatin berdiri dekat dengan Suraya.
“walaupun aku anak pungut, perempuan tak guna, perampas atau semua yang kau dah cakap tapi satu aku nak ingatkan dekat kau. Aku tak mungkin rampas hak orang lain. Walaupun hakikatnya kau yang layak digelar perampas.”,
Langkah Fatin diatur perlahan meninggalkan ruang itu. Masing-masing terkedu. Panggilan atuknya tidak dipeduli, dia lemas berada di dalam rumah yang selama ini menjadi syurganya. Dia penat dengan maki hamun orang. Dari sekolah dia digelar anak pungut sehingga sebab itu juga Putera meninggalkannya. Suhail cuba untuk mengejar Fatin tapi pantas tangannya ditarik oleh maknya. Fatin perlukan masa untuk bersendiri.
****
“AKU BUKAN ANAK PUNGUT.!!!!….”, jeritan Fatin kedengaran melawan rentas ombak yang memukul pantai. 3 minggu dia meninggalkan rumah atuk.
“kenapa kau bawa diri sejauh ini?”, suara itu membuatkan Fatin terperanjat lalu berpaling ke belakang. Wajah Suhail dipandang. Matanya terus dilarikan semula mengadap pantai. Kedatangan lelaki itu tidak pernah diundang.
“baliklah..semua menunggu kau” kata-kata Suhail dibiarkan berlalu bersama angin pantai. Fatin senyum sinis.
“untuk apa?”…
“Ayah Haji sakit..dia nak jumpa kau”, Fatin terkedu, atuk sakit? Lantas dia berpaling memandang tepat ke dalam anak mata Suhail. Cuba mencari kebenaran kata-kata yang diungkapkan sebentar tadi. Suhail mengangguk perlahan.
Langkah kaki dihayun laju. Hospital ini terasa amat besar. Bilik sederhana besar itu dibuka perlahan. Terlihat tubuh lesu Atuknya di atas katil. Atuknya tidak secergas dulu. Matanya hanya memandang kosong. Tiba-tiba hati Fatin dipangut rasa sayu. Airmatanya menitis perlahan.
“Fatin maafkan aku…maafkan aku…..aku sembah kau maafkanlah aku”, tiba-tiba Suraya meluru ke kakinya. Fatin terkejut. Dahinya berkerut tidak faham. Matanya beralih kepada Mak A'rah yang sedia di sisi Atuk. Wanita itu tunduk begitu juga dengan Suhail dan Kak Syafawati. Dilihat Putera hanya berdiri di satu sudut yang memandang dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
“kenapa ni…sudahlah Suraya..sepatutnya aku yang minta maaf”,
“aku berdosa..aku bersalah aku yang perangkap kau dan abang Putera. Aku yang rancang segalanya”, Fatin terdiam ucapan Suraya bagai belati menguris hatinya.
“tapi kenapa?”, Fatin bersuara kuat. Ada rasa geram di hatinya. Pantas dia menenangkan hatinya.
“Fatin….”, panggilan Hj Arshad membuatkan segalanya berhenti. Fatin mendapatkan atuknya tangan yang terkapai itu digenggam kuat seakan ingin memberi kekuatan kepada atuknya.
“Atuk….Fatin dekat sini tuk… bangun jom kita balik..” airmata mengalir deras.
“Atuk minta maaf sayang… entah kenapa atuk terlupa jaga hati Awek atuk ni..atuk terlalai sekejap..maafkan atuk…..” kata itu putus-putus tapi dapat didengar jelas. Fatin memejamkan matanya perlahan.
“Atuk Fatin tak kisah…Awek atuk ni kan kuat..atuk bangun ek…”,
Ada senyuman di bibir tua itu. Matanya jelas memandang ke arah Fatin, tapi pandangan itu seakan semakin jauh. Dilihat bibir itu seakan mengucapkan sesuatu. Matanya terpejam lena. Nafasnya berhenti. Tangan yang tadinya mengenggam erat tangan Fatin terkulai.
“Atuk, tidurlah ek… Fatin terlupa nak cakap tadi Fatin sayang Atuk”, perasaannya kosong. Dilihat wajah atuknya sudah ditutup, khirul menarik perlahan selimut putih itu. Mak A'rah sudah laju menitiskan air mata sejak tadi. Suraya berteriak hebat.. menjerit-jerit meminta maaf.
***
Sudah tiga hari rumah besar ini sunyi tanpa atuk. Fatin hanya berkurung di bilik. Sejak mata atuknya terpejam setitis airmatapun tidak mengalir. Kenapa dia sendiri tak pasti.
“mak..Fatin macamana?” Suhail dan Putera duduk mengadap maknya yang baru sudah membaca Yasin. Suraya menemani Syafawati ke rumahnya untuk mengambil barang untuk anak-anaknya.
“entahlah mak risau, menangis tak, marahpun tak…mak tak tahu nak cakap apa…mak malu sebenarnya dengan dia.” Menitis lagi airmata itu.
“mak sabarlah…jangan macam ni, Fatin tu seorang yang tabah”, Putera pula bersuara. hatinya juga turut tak menentu melihat keadaan Fatin. Suhail memandang ke arah wajah Abang Iparnya. Kalau dulu dia marah, benci dan geram, kini Putera adalah lelaki yang dikagumi.Lelaki itu memaafkan kakaknya walaupun kesalahan itu dia sendiri belum lagi memaafkan kakaknya Suraya. Selepas kejadian itu Suraya langsung tidak ditegur.
Fatin keluar dari biliknya perlahan-lahan kakinya melangkah mendapatkan 3 insan yang sedang memandang ke arahnya.
“Fatin nak makan? Acik A'rah buatkan ek?” pertanyaan itu tidak dijawab. Matanya masih memandang ke arah Mak A'rah. Ada sedikit rasa takut di hati mak A'rah.
“Fatin?” panggilan serentak Putera dan Suhail tidak dihiraukan. Mereka juga bersedia jika ada sesuatu yang akan dilakukan oleh Fatin.
Fatin duduk di sofa sebelah mak A'rah. Matanya masih memandang ke arah wajah itu. Isteri atuknya. Lama dia begitu.
“Fatin dilahirkan tanpa kenal siapa ibu Fatin…atuk pungut Fatin, Dia bagi Fatin tempat tinggal, makan, pakaian cantik…atuk sentiasa senyum kalau ada yang buli Fatin. Atuk pujuk nenek terima Fatin, atuk buat nenek kasih pada Fatin…Atuk akan buat Fatin genbira kalau Fatin sedih, atu yang akan balut luka Fatin kalau cedera..”, airmatanya sudah merembes keluar. Begitu juga dengan Mak A'rah. Dia terlalu sayu mendengar luahan insan kesayangan arwah suaminya ini. Suraya dan Syafawati yang baru masuk juga turut mengalirkan airmata.
Suhail melarikan pandangan tak tahan rasa hati lelakinya melihat kesediha insan yang disayang. Kata-kata Fatin membuatkan Putera sedar dia banyak meninggalkan kesedihan di hati wanita itu. Dia sememangnya tak layak untuk Fatin.
Wajah Fatin diusap perlahan. Tangan mak A'rah sudah menyentuh pipi lembutnya yang sudah basah dengan airmata. Semua disitu hanya menjadi penonton sepi.
“Acik A'rah tahu Atuk sayang sangat Fatin..”, Mak A'rah menyapu airmatanya dengan lengan bajunya. Terasa sebak mengucapkan kata-kata itu.
“atuk pergi tinggalkan Fatin sebab Fatin tinggalkan dia, tapi Fatin tahu atuk sayangkan Fatin..Atuk pergi tapi dia tak biarkan Fatin sorang-sorang..dia hadiahkan Fatin Acik A'rah menganti kasih sayang dia kan?”, laju Mak A'rah menggangguk. Suraya sebak rasa bersalahnya menggunung. Dia berdosa.
“boleh tak Acik A'rah peluk Fatin…Fatin rindu sangat dekat atuk….”, ucapan perlahan Fatin membuatkan tangan Mak A'rah pantas menarik tubuh Fatin ke dalam pelukannya. Fatin menangis semahunya. Tiada apa lagi yang disimpan. Semuanya diluahkan.
“terima kasih atuk” bisik hati Fatin….dia tahu kini alasan utama atuk kawin lagi..
***
Maafkan Fatin kerana membuat keputusan ini. Bukan niat Fatin nak larikan diri tapi ini pilihan Fatin Mungkin ucapan selamat tinggal hanya mampu dilafazkan di atas kertas. Atuk pernah cakap Fatin anak yang kuat semangat jadi Fatin kena buat keputusan. Untuk Ibu, nenek atau Acik A'rah Fatin pernah bergurau dengan atuk yang Fatin keliru nak panggil apa Mak A'rah nanti. Tapi semalam Fatin temui jawapannya, semua panggilan itu milik Mak A'rah. Kasih Fatin pada atuk kini untuk Mak A'rah. Kepada Suraya dan kak Syafawati sejujurnya jauh di lubuk hati ini begitu gembira kerana punya saudara. Tapi mungkin ada sempadan antara kita. Buat Suhail Fatin mengerti perasaanmu tapi mungkin keadaan dan masa yang menidakkan perasaan itu. Maafkan Fatin. Kata maaf juga ku tujukan kepada Putera kerana berkasar, bukan niat Fatin. Fatin doakan semua akan bahagia sentiasa.
Selamat tinggal….
Fatin nurhanim…
Masing-masing terdiam. surat yang ditinggalkan Fatin ibarat menjawab segalanya. Mak A'rah tersenyum dia pasti Fatin akan pulang ke pangkuannya suatu hari nanti. Kerana rasa kasihnya berkata begitu. Putera memegang tangan isterinya kini dia belajar menghargai segala yang ada.kerana rasa cinta Suraya bertindak begitu mngkin semua salahnya, dia akan berusaha mencari kebahagiaannya sendiri.biarlah peristiwa antara dia dan Fatin menjadi sejarah. Suhail melipat kemas surat ditangannya.lama dia berfikir, Akhirnya dia tersenyum.
Fatin miliknya..
“Alang nak ke mana tu?”
“cari cinta Alang….”, Mak A'rah tersenyum. dalam diam dia mendoakan anaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan