Amir memetik gitar sambil mengalunkan lagu "Misteri Cinta Sakti" nyanyian asal penyanyi Azmir Arif. Matanya terpejam rapat bermain gitar dan menyanyi dengan penuh perasaan. Di fikirannya terbayang satu wajah gadis ayu yang dikenalinya beberapa bulan lepas.
"Lafazkan lah rahsia hati sendu....huraikanlah isi hidupmu.....oh... relakan lah ku dalam hidupmu.....harungi bersama.....lafazkan lah rahsia hati murni ini" selesai menyanyikan bait terakhir lagu tersebut, Amir membuka matanya perlahan sambil tersenyum. Gitar biru kesayangannya kemudiannya diletakkan di sisi pahanya. Amir yang sebenarnya baru bangun dari tidur mengeliat lama sambil menguap.
"Kalau Lily tau begini perangai kau....aku rasa baik kau lupakan je lah Lilyt nak tackle die" suara Izzul kedengaran jelas di belakangnya. Amir yang terkejut besar hampir melatah.
"Kau! Bila kau masuk bilik aku ni dude?!!" mata Amir yang tadinya masih kuyu terbuka luas. Izzul tersenyum kecil.
"Itulah kau. Angau sampai aku masuk bilik tadi pun kau tak sedar. Bukan main feeling lagi kau aku tengok tadi" Amir menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.
"Dengan tak mandi... Tak gosok gigi... Entah-entah kau main gitar tadi pun mamai-mamai" sambung Izzul.
"Aku mimpi die tadi Zul. Dalam mimpi tu, aku mimpi kitorang berjalan berpegangan tangan dekat tepi pantai... Matahari tengah terbenam.... Lepas hujan turun renyai-renyai... Aku dengan die berlari-lari anak..." Izzul yang merasa ‘geli’ melihat kelakuan Amir yang bercerita sambil memejamkan matanya sambil memeluk erat bantalnya memotong cerita Amir.
"Wei!"
"Opocot!!!" Amir melatah apabila Izzul tiba-tiba menepuk kuat bahunya.
"Kau ni.... Jalan berpegangan tangan... Matahari terbenam... Dalam mimpi tu kau sembahyang Maghrib tak dengan Lily?" Izzul berseloroh dengan Amir sambil tergelak kecil.
"Kau ni... Aku cerita tak habis lagi..." Amir memuncungkan mulutnya. Izzul lagi sekali tergelak kecil. Sudah masak dengan sikap Amir yang kelakar dan agak sensitif. Namun begitu, walaupun Amir cepat marah atau merajuk, dia agak mudah dipujuk kalau kena pada caranya.
"Dah... dah... Jangan nak muncung-muncung mulut kau yang ber ‘air liur’ basi tu. Sekarang dah pukul 2. Kau lambat, aku gerak dulu" Amir terpinga-pinga.
"Nak ke mane?" Izzul menepuk dahi.
"Kan ke nak ke PD ramai-ramai. Aku ingatkan kau orang yang paling excited yang nak pergi sebab Lily pergi jugak. Amir ternganga.
"Laaa... Nganga ape lagi? Moh la...!"
"Moh la!" Amir melatah apabila Izzul bercakap dengan nada yang agak kuat. Izzul tersengih. Sengaja menyakat Amir.
"Bukan 10 Oktober ke gi PD?" Amir tidak berpuas hati.
"10 Oktober apenye? Kau ni... Takkan angau sampai jadi macam ni kot" Mata Amir berkedip laju. Otaknya ligat berfikir sesuatu.
"Laa.... Macam mane aku boleh silap ni. Itu hari jadi Lily lah. Tunggu aku pack barang!" Amir melompat bangun dari katilnya. Izzul lagi sekali menepuk dahinya!
**************
Amir dari jauh memerhatikan gerak geri Lily. Izzul yang duduk bersebelahan dengannya sambil membaca surat khabar menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia kemudiannya berpaling melihat ke arah Lily yang sedang rancak berbual dengan beberapa rakannya yang lain. Izzul akui bahawa Lily adalah seorang gadis yang berkulit cerah, ayu, manis dan manja dan tidak mustahil dengan keperibadian yang dmilikinya itu, banyak lelaki yang terpikat kepadanya. Namun Lily bukan di dalam kategori gadis yang diminatinya.
"Kenapa kau tak beranikan diri je, berterus terang tentang perasaan kau pada die Bil?" soalan yang muncul dari bibir Izzul membuatkan Amir tersentak. Izzul memandang lama ke arah Amir yang diam membisu menanti jawapan dari sahabat karibnya itu.
"Errr...."
"Err.... ape? Kau kan lelaki. Gentleman lah sikit" Izzul cuba memberi dorongan.
"Aku.... aku bukannye ape. Die tu kan ramai peminat. So, aku takut nanti die reject aku. Aku takut dapat malu nanti"
"Alaaa... itu bukan malu. Itu ego... Kau takut jatuh maruah kau kalau die tolak cinta kau.
Sampai bile kau nak pendam perasaan kau macam ni? Aku cabar kau luahkan perasaan kau pada die selama ni malam ni" Amir membulatkan matanya melihat Izzul. Izzul mengangguk beberapa kali. Ternyata dia serius mencabar Amir.
"Biar betul kau"
"Serius! Dah hampir setengah tahun aku tengok kau memendam perasaan dekat die. Dan setahu aku, Lily still single and available" Amir menarik nafas panjang. Entah mengapa dia tiba-tiba merasakan jantungnya berdegup kencang. Dia menoleh ke arah Lily. Kali ini dia agak terkejut apabila gadis itu dari jauh sedang memerhatikannya.
‘Betulke die tengok aku? Perasan atau perasaan aku ni?’ bisik hati kecil Amir.
Sekali lagi Amir berpaling ke arah Lily. Ternyata Lily memang benar memerhatikannya dari jauh. Gadis itu kemudiannya tersenyum manis kepadanya.
Amir hampir pitam!
***************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan