"Ntahlah... Kau tahulah dulu aku pernah kecewa kan? Memang pintu hati aku tertutup untuk terima mane-mane perempuan lagi dalam hidup aku. Lily je satu-satunya perempuan yang berjaya buka pintu hati aku lepas Zaharah" Izzul tekun mendengar.
"Teruk sangatke aku ni?" soal Amir pada Izzul.
"Ape?"
"Teruk sangat ke aku ni?" Izzul terpinga-pinga dengan soalan Amir. Namun sempat dia menggeleng.
"Then, kenapa mesti dia elakkan diri lepas aku luahkan perasaan aku pada dia? Depan ramai orang pulak tu"
"Bil, kalau betul-betul kau nakkan die, kau kena usaha lebih. Jangan cepat give up"
"Aku bukan give up dude. Aku cuma takut aku syok sendiri je. Aku memang betul-betul suka die. Kau pun tahukan? Masalahnye sekarang, kalau die pun syok kat aku... Mesti die kasi respon positif dekat aku. Ini tidak, tiap kali nampak aku, buat-buat tak tau, buat-buat tak nampak. Tiap kali aku nak berbual dengan die, cepat je matikan perbualan aku" Amir mengeluh kecil.
"Aku... tak tau nak cakap ape...."
"Tapi aku tetap akan usaha Fiq. Cuma aku confuse skit je sekarang dengan perasaan die terhadap aku. Aku berani luahkan perasaan aku depan ramai orang waktu tu pun sebab aku rasa macam dia pun ada hati dekat aku jugak"
"Luahkan perasaan dengan melatah?" Izzul menyakat.
"Kaulah!" Amir menyalahkan Izzul yang sengaja membuatkan dia melatah di hadapan Lily
.
"Sorry lah mir. Aku tunggu kau lama sangat nak berterus-terang kat die, so aku gunalah cara tu"
"Tapi bagus jugak, kalau kau tak cucuk aku hari tu, aku pun tak tau nak cakap macam mane dekat die. Sambung yang tadi.... aku rasa dia pun ada hati pada aku. Tapi kalau sebenarnya selama ni aku perasan or syok sendiri je, baru aku give up...."
"That’s the spirit!!!!" Izzul menepuk-nepuk bahu Amir.
**************
"Lily!" Amir memanggil Lily dari jauh. Langkah kaki Lily terhenti namun dia tidak memalingkan tubuhnya ke arah Amir yang memanggilnya. Amir berlari-lari anak ke arah Lily.
"Jom.... makan sesama..." Lily mengalihkan pandangannya ke arah Amir.
"Jom... Saya harap awak tak tolak. Saya pun ade benda nak cakapkan dengan awak" mata Lily terkebil-kebil melihat Amir. Bibirnya bergerak-gerak cuba berkata sesuatu namun suaranya tidak mahu keluar.
"Haa... tu kenapa tu. Baca doa ape tu? Ke teringin nak jadi ikan emas?" Amir berseloroh. Kali ini Lily tertawa kecil.
‘Comelnye kau gadis’ bisik hati kecil Amir.
"Jom!" lagi sekali Amir mengajak Lily. Kali ini Lily akur dan mereka sama-sama berjalan menuju ke sebuah restoran makan terdekat.
***************
Lutfi yang sedang melangkah masuk ke dalam restoran makan bersama seorang rakannya terpandang ke arah seorang gadis ayu yang sedang rancak berbual bersama seorang lelaki. Hatinya memuji kecantikan yang dimiliki gadis tersebut. Dan dia dapat merasakan seolah-olah ada satu perasaan aneh yang melingkar di hatinya saat menatap wajah gadis tersebut. Dikerlingnya pula ke arah lelaki muda yang duduk berhadapan dengan gadis tersebut.
‘Sepadan’ detik hatinya.
Tiba-tiba gadis tersebut mengalihkan pandangannya dan melihat tepat ke arah Lutfi. Lutfi kehairanan apabila sebaik sahaja gadis tersebut melihatnya, gadis itu menjadi tidak keruan dan tak lama selepas itu dia bangun meninggalkan lelaki di hadapannya yang barangkali merupakan kekasihnya itu. Mata Lutfi mengekori langkah kaki gadis tersebut. Otaknya ligat berfikir sesuatu. Gadis itu seolah-olah pernah muncul di dalam mimpinya!
***************
"Oooohhhh... Patutlah die layan kau macam tu selama ni"
"Mula-mula tu, aku macam susah nak accept jugak tau. Ye lah, gadis idaman aku tu janda. Kau tahulah, aku ni lelaki bujang... Nak kawen dengan janda. Apa mak ayah aku fikir pulak nanti kan? Tapi lepas aku fikir balik, aku sayangkan dia. Aku ikhlas sayangkan dia. Lagipun, janda tu, cuma title yang dia dapat lepas bercerai dengan lelaki yang langsung dia tak pernah cinta. Dia bersumpah dekat aku yang bekas suami die tak pernah sentuh die" Amir bercerita dengan panjang lebar. Izzul mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali.
"So apa status korang sekarang ni?"
"Status.... aku pun tak tau... Belum sempat aku nak bincangkan hal aku dengan dia... Dia tiba-tiba macam ada hal penting hari tu, minta diri balik dulu. Belum sempat aku cakap ape-ape dia dah bangun tinggal aku. Musykil jugak aku, die cakap die dah ceritakan semuanya pada aku tapi tingkah laku dia tu buat aku rasa dia macam ade simpan rahsia lain lagi" Izzul terdiam. Amir juga terdiam lama seolah-olah memikirkan sesuatu.
"Macam mane dorang boleh bercerai sebab kau cakap orang tua die berkenan sangat dengan si Lutfi tu?"
"Minggu kedua dorang kawen, Lily terima satu envelope dari orang yang die tak kenal. Lepas buka je envelope tu, memang terkejut besar lah dia tengok gambar bogel Lutfi dengan sorang perempuan lain. Tarikh dekat gambar tu pulak tunjuk tarikh 2 hari sebelum dorang akad nikah. Dia apa lagi, tunjuklah gambar tu pada mama dengan abah die. Last-last barulah dorang tau, Lutfi tu kaki perempuan sebenarnya. Dia memang bersama dengan perempuan tu sebelum kenal Lily. Dia tinggalkan perempuan dalam gambar tu sebab dia nak dapatkan Lily. Perempuan tu yang tak dapat terima hakikat, lepaskan Lutfi tapi dalam diam buat rancangan kenakan Lutfi. Dia pujuk Lutfi bersama dengan dia 2 hari sebelum Lutfi akad nikah, yang si Lutfi tu pulak ikutkan nafsu.... Last-last, Lily yang jadi mangsa. Jumpa gambar bogel suami sendiri dengan perempuan lain lepas kawen"
"Lepas tu?"
"Lepas tu Lily yang selama ni asyik patuh je dengan kata-kata mama dan abah die, failkan penceraian. Lutfi memang tak nak bercerai sebab die cakap die nak berubah, die memang nakkan Lily. Time tu Lily ceritalah kenapa Hidayat boleh jadi hilang akal sampaikan nak bertindak di luar kawalan sebelum tu. Gara-gara Lutfi yang mereka cerita"
"Then kenapa Lily tak bersama dengan Hidayat balik lepas tu?" Izzul semakin di dorong dengan perasaan inign tahu. Amir melepas keluhan kecil.
"Waktu Hidayat datang minta ampun sebab buat perkara yang tak baik pada Lily sebelum tu pun, orang tua Lily halau dia macam anjing kurap. Lepas tu paksa Lily kawen dengan Lutfi. Lepas rahsia Lutfi terbongkar, barulah Lily bercerita tentang keadaan sebenar keluarga Hidayat. Bagaimana Hidayat bekerja keras selama tu untuk tanggung keluarganya sebab ayahnya jatuh sakit. Tapi....." kata-kata Amir terhenti.
"Tapi....?" Izzul mengerutkan dahinya.
"Tapi, waktu orang tua Lily ke rumah Hidayat nak minta maaf sebab banyak merendahkan martabat Hidayat sebelum ni dan halau dia macam anjing kurap waktu dia ikhlas nak minta ampun dengan orang tua Lily.... Ibu Hidayat cakap Hidayat dah meninggal dunia sebab kemalangan lepas hantar adik dia balik dari sekolah......." Izzul ternganga.
Suasana menjadi sepi. Amir melurutkan kedua telapak tangannya ke wajahnya kemudian menghembus kuat nafasnya.
"Lepas dari tu, Lily bersendiri.... Pintu hati tertutup untuk mane-mane lelaki.... Dia berpindah keluar dari rumah.... Sampailah dia mula bekerja dekat syarikat kita ni... And kenal aku... " butir bicara Amir keluar satu satu.
"Kau ikhlas sayangkan die kan?" soal Izzul spontan.
"Yup!"
"So tunggu ape lagi?"
"Tunggu dia pujuk aku yang tengah merajuk ni"
"Nape pulak?"
"Sebab hari tu aku tak sempat cakap ‘I love you’ die bangun tinggal aku!"
Izzul tertawa besar!
*******************************
"Amir…." Lily memanggil Amir perlahan. Amir yang mendengar sengaja buat endah tak endah.
"Amir…." Lagi sekali Lily memanggil Amir. Kali ini lengan baju Amir ditariknya berkali-kali.
"Emmm…." Sepatah Amir menjawab.
"Saya minta sorry...." Amir hampir tergelak.
‘Saya minta sorry? Ade ke ayat camtu?’ bisik hatinya.
"Amir... Semalam saya terkejut sangat bila nampak Lutfi masuk ke kedai makan yang kita tengah duduk tu...." serentak Amir memalingkan badannya ke arah Lily.
"Haaaa??!!!" Lily mengangguk laju.
"Saya tak tahu macam mane nak explain perasaan saya semalam. Tapi lepas balik rumah, saya bertenang.... Saya rasa bersalah tinggal awak macam tu je semalam" wajah Lily kelihatan suram. Jelas kelihatan dia rasa bersalah dengan sikapnya semalam.
"Tapi awak tak call saya kenapa?"
"Saya mane ade nombor telefon awak..." wajah Lily masih muram namun kelihatan sangat comel pada mata Amir.
"Hmmm.... then, Lutfi tu ape cerita?"
"Lily call mama semalam, barulah mama cerita Lutfi dah hilang ingatan lepas kena belasah dengan sekumpulan lelaki sebab Lutfi dah buat adik dia mengandung tapi taknak bertanggungjawab. Sampai sekarang dia tak ingat ape-ape lagi" Amir diam seribu bahasa. Sengaja mahu lihat bagaimana Lily mahu memujuknya.
"Amir maafkan Lily tak ni?" kali ni mata Lily memandang tepat ke anak mata Amir. Jantung Amir berdegup kencang.
‘Si ikan emas ni.... Tengok aku macam tu pulak... Cairlah aku kejap lagi’ bisik Amir dalam hatinya.
"Amir...." lagi sekali jari Lily menarik-narik lengan baju Amir. Amir sengaja memalingkan badannya membelakangkan Lily. Lily yang sudah mula sedar Amir sengaja bermain tarik tali dengannya melepaskan tangannya.
"Takpelah kalau mir marahkan Lily. Sekali lagi Lily minta maaf. Lily nak buat kerja dulu" Lily mula melangkah keluar dari pantry pejabat mereka. Riak muka Nbil berubah. Cepat-cepat dia berpusing untuk menahan Lily dari pergi. Sedang dia memalingkan badannya, dia terlanggar satu cawan plastik kosong sehingga membuatkan cawan tersebut terjatuh ke lantai. Amir yang terkejut waktu itu melatah lagi.
"Don’t go ikan emas! I love you!’ Amir menutup mulutnya dengan hujung jari tapak kanannya. Lily kemudian berpaling melihat Amir sambil tergelak kecil sambil tangannya di angkat untuk mencucuk pinggang Amir. Amir yang terkejut apabila Lily ingin mencucuknya sekali lagi melatah.
"I lap you bebeh!" kali ini kedengaran beberapa suara tertawa di sebalik pintu pantry. Amir cepat-cepat melangkah ke arah pintu pantry dan rupa-rupanya Shaza dan Izzul sedang menyorok di sebalik pintu mendengar perbualannya dengan Lily. Lily tercengang.
"Aku.... aku.... Aku nak minum air tadi..... Kan Shaza kan?" Shaza mengangguk laju megiyakan kata-kata Izzul. Sambil memeluk tubuh, Lily memandang tajam ke arah Shaza.
"Aku... pun kebetulan.... dahaga... nak minum air.... haga.... haga...." tergagap-gagap Shaza berkata sambil menggosok-gosok lehernya menandakan kononnya dia dahaga. Lily dan Amir, kemudiannya tersenyum. Izzul yang lega kerana Amir dan Lily tidak marah, mula menyakat Amir.
"Tunggu apa lagi!" sergahnya sambil mencucuk pinggang Amir.
"Tunggu apa lagi!" Amir mengulang kata-kata Izzul.
"Kawenla!" lagi sekali Izzul menyergah Amir. Serentak Amir menarik tangan Lily dan mengepitkannya ke lengannya sambil mulutnya melatah sekali lagi.
"Ikan emas! Jom kawen!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan