"Aku tak faham betullah korang ni. Kau cakap kau ada hati pada dia. Dan aku yakin... Bukan aku je lah, aku rasa ramai orang pun yakin yang Amir tu ada hati pada kau. So kenapa tak boleh pulak?" Shaza membebel panjang pada Lily. Lily tersenyum dan hanya menundukkan wajahnya.
"Eh! Tapi takkan kau nak mulakan dulu, ye tak? Nanti ibarat perigi cari timba pulak. Kita sebagai perempuan yang penuh dengan nilai-nilai ketimuran dan kesopanan serta ketatasusilaan kena jual mahal sikit" Shaza merepek sendirian tanpa menyedari Lily sedang tunduk menangis.
"Betul ta –" kata-kata Shaza terhenti ketika dia memalingkan wajahnya ke arah Lily. Serentak riak wajahnya berubah.
"Lily... Kau... Kenapa kau menangis? Sorry lah kalau aku salah cakap. Kau tahulah aku ni kan suka merepek" Shaza mula rasa bersalah. Dia duduk melutut cuba melihat wajah Lily kerana Lily yang sedang duduk di sisi katil menundukkan wajahnya.
"Lily...." panggil Shaza perlahan sambil memegang lembut bahu rakan sejawatnya itu. Tak lama kemudian Lily mengangkat wajahnya memandang Shaza. Dengan air mata yang berlinangan di matanya, Lily tersenyum kepada Shaza.
"Sorry Shaza. Lily emosi sikit. Sha tak salah cakap ape-ape pun"
"Tapi...."
"Sha, sebenarnya banyak tentang Lily yang Sha tak tahu walaupun kita rapat sejak mula kita kenal" lembut tutur bicara Lily bercerita kepada Shaza. Shaza yang tadinya melutut, bangun duduk bersebelahan Lily.
"Terlalu privacy ke?" Shaza terdorong dengan perasaan ingin tahu.
"Agak privacy. Tapi.... Lily rasa macam nak berkongsi dengan Sha sekarang. Mungkin lepas tu baru Sha faham kenapa Lily susah nak terima lelaki dalam hidup Lily" anak mata Shaza bulat bersinar. Dia dapat merasakan bahawa selama ini Lily sidah lama terbeban dengan kisah silamnya sendiri.
"Lily.... sebenarnya... janda..." saat ini Shaza terdiam seribu bahasa. Nafasnya seolah-olah tersekat. Lily tersenyum melihat reaksi Shaza.
"Dah hampir dua tahun Lily menjanda" Shaza melepas nafas perlahan-lahan. Lily masih memerhatikan reaksi Shaza.
"Kami bercerai selepas 3 minggu akad nikah" saat ini mata Shaza bulat memandang tepat ke arah Lily manakala tangannya mencapai jari jemari Lily dan menggenggam erat jari jemari gadis ayu itu. Lily yang sedang tersenyum melepaskan satu keluhan kecil dan memandang ke arah dinding. Bersedia untuk menceritakan kisah silamnya kepada Shaza.
"Arwah suami Lily, Lutfi namanya. Lily kenal dia semenjak dia berpindah ke kawasan perumahan yang Lily tinggal bersama dengan parents Lily. Dia tinggal selang beberapa rumah aje dengan rumah Lily. Lutfi tinggal menyewa dengan dua, tiga rakan lelaki yang lain. Beberapa bulan lepas tu, Lutfi beranikan diri datang berjumpa Lily dekat rumah sewaktu parents Lily keluar. Waktu tu dia luahkan perasaan cintanya terhadap Lily" Shaza tekun mendengar cerita Lily.
"Kebetulan pulak, pada waktu yang sama, teman lelaki Lily datang ke rumah untuk hantar sesuatu pada Lily...so salah faham terjadi antara Lily dengan kekasih Lily waktu tu" Lily terdiam seketika.
"Then dia tinggalkan kau ke? Lepas tu kau kawen dengan Lutfi?" Shaza membuat telahan sendiri. Lily yang tadinya agak muram tergelak kecil kemudian menggelangkan kepalanya.
"Tak. Kitorang ok lepas tu. Cuma Lutfi pandai ambil hati parents Lily. Dia selalu ke masjid dengan abah. Tunjukkan imej yang baik sampaikan abah suka sangat dengan Lutfi. Mama yang kebetulan kurang berkenan dengan kekasih Lily waktu tu, selalu minta Lily pertimbangkan Lutfi untuk menjadi suami Lily" Shaza mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Lily tak pernah ceritakan pada kekasih Lily tentang apa pandangan mama dan abah Lily terhadap dia. Sebab Lily terlalu sayangkan dia. Lily yakin dia akan dapat bahagiakan Lily"
"Boleh aku tahu kenapa mama kau tak sukakan errr.... kekasih kau tu?"
"Hidayat... Hidayat namanya. Dia berasal dari golongan keluarga yang susah dan takde kerja tetap. So sebab tu lah mama kurang sukakan die" Shaza mengangguk kecil.
"Then macam mane kau boleh kawen dengan Lutfi?"
"Satu hari, Hidayat datang rumah Lily sebab nak berbincang tentang hubungan Lily dengan dia. Selalunya kami berbual di luar pagar rumah je tapi hari tu Hidayat desak untuk masuk berbual di dalam rumah. Pada mulanya Hidayat minta penjelasan mengenai hubungan Lily dengan Lutfi. Lily jujur berterus terang pada Hidayat yang Lily dengan Lutfi tu cuma jiran. Lutfi cuma rapat dengan abah sebab selalu ke masjid sama-sama. Tiba-tiba Hidayat naik angin. Hidayat memang agak panas baran. Dia tuduh Lily berlagak baik selama ni dan tipu dia" Air mata Lily mula bergenang. Shaza menggenggam lebih erat jari Lily.
"Hidayat mengatakan bahawa Lutfi memberitahunya abah setuju untuk satukan Lily dengan Lutfi. Dan Lutfi menokok tambah cerita bahawa Lily sebenarnya dalam diam menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Waktu tu, Lily hilang sabar, Lily tampar kuat pipi Hidayat" kali ini air mata Lily yang tadinya bergenang laju mengalir keluar. Shaza menjadi tak keruan.
"Hidayat pun yang waktu tu entah dirasuk ape, cuba rogol Lily" Lily menekup mukanya.
"Tapi Lily tau.... Hidayat bukan seorang lelaki yang jahat. Lily tau dia tertekan sebab Lutfi ceritakan kepada die cerita yang tak betul dan tentang mama dan abah yang selama ini tak sukakan dia. Waktu tu Lily tau dia hilang kawalan sebab dia terlalu ingin memiliki Lily. Kami berdua terlalu mencintai satu sama lain Sha.... Lily sayangkan Hidayat" Lily semakin emosi. Shaza menarik Lily ke dalam pelukannya. Dibiarkan Lily menangis melepaskan sedihnya selama ini walaupun hatinya ingin mengetahui bagaimana Lily berkahwin dengan Lutfi dan menjanda.
"Lily sayangkan Hidayat....." Lily yang masih menangis, mengulangi kata-katanya.
**************
Mata Amir tajam merenung ke arah Lily yang berdiri di tepi pantai di samping Shaza. Dia tekad mahu meluahkan perasaannya kepada Lily malam ini. Puas difikirkan cara mahu meluahkan perasaannya kepada gadis ayu itu.
"So amacam?"
"Macam tu lah!" Amir sekali lagi melatah apabila Izzul yang tiba-tiba muncul dari belakangnya bersuara.
"Sudah sudahlah tu Mir. Kau ni, makin teruk latah kau aku tengok" Izzul tergelak kecil. Kasihan kadang-kadang melihat Amir melatah.
"Kau ingat aku sengaja ke?"
"So amacam? Ape plan kau?"
Amir tersengih menampakkan gigi putihnya yang tersusun cantik. Matanya yang berwarna coklat jernih kelihatan bersinar-sinar menggambarkan hatinya yang sedang riang.
"Tu!" Amir menunding ke arah rakan-rakan sekerja mereka yang sedang makan di tepi pantai. Izzul mengerutkan keningnya.
"Kenapa?"
"Tu!" kali ini Amir menundingkan jarinya telunjuknya ke arah Lily.
"Ok.... Err.... Aku tak faham lah"
"Tengoklah" Amir kemudian menggapai gitar kesayangannya dan mula memetik gitarnya. Dikerlingnya ke arah Izzul. Izzul sudah tersengih seolah-olah memahami apa yang Amir cuba lakukan. Perlahan-lahan Amir memetik gitarnya sambil melangkah ke arah Lily. Setiap pemilik mata yang dan telinga yang mendengar petikan gitar Amir berhenti berbual dan melihat tindak tanduk dan mendengar alunan petikan gitar Amir yang menyanyikan lagu Falling nyanyian asal dari kumpulan N Sync.
"I don’t know how… I don’t know why…
But girl it seems… You’ve touched my life…
You’re in my dreams… You’re in my heart…
I’m not myself… When we’re apart…
Something strange has come over me…
A raging wind across my seas…
And girl you know that your eyes are to blame…
And what am I supposed to do… If I can’t get over you…
And come to find that you don’t fee the same…
’cause I’m falling, falling… Girl I’m falling for you…
And I pray you’re falling too… I’ve been falling, falling…
Ever since the moment… I laid eyes on you……"
Nyanyian Amir terhenti apabila dia berada dekat dengan Lily. Lily menjadi tak keruan apabila dia sedar dia dan Amir menjadi tumpuan ramai. Senyuman dan renungan Amir membuatkan jantungnya berdegup laju. Shaza yang memerhatikan dari tadi tersenyum lebar. Manakala Izzul perlahan-lahan berjalan ke arah Amir yang asyik merenung Lily dari tadi. Sampai dekat dengan Amir, sengaja dia mencucuk jari telunjuknya ke pinggang Amir lantas...
"I love you Lily!" Amir melatah! Wajah Lily memerah. Serentak kedengaran suara orang ramai tertawa. Sekali lagi Izzul mencucuk pinggang Amir.
"Jom kawen!"
Kali ini Amir lari dan terjun ke dalam laut!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan