Followers

02 Oktober 2011

Tips Lepas Putus Cinta


Bila ada mula mesti ada akhir kan. Macam tu lah perhubungan percintaan. Bila dah couple. Mula-mula manis. Lepas tu gaduh-gaduh. Lepas tu bila dah hilang kesabaran salah seorang akan rasa penat dan minta perpisahan. Bila dah putus baru nak meraung menjerit menangis bagai. Baru sedar kalau bersabar awal-awal dari mula mesti tak kan putus. Masa tu baru nak menyesal tak berkesudahan.

Actually memang banyak sebab kan terjadinya satu perpisahan. Pihak ketiga. Tak bersefahaman. Salah faham dan macam-macam lagi. Tak kisah lah apa sebabnya pun. Jom atasinya! yea!

Masa baru putus, Sila lah menangis sepuas-puasnya kalau untuk perempuan lah. Nangis lah semahu yang mungkin. Macam tu akan lebih lega actually. Kalau laki nak sangat tunjuk macho tak nak nangis kan, pergi lepak dengan member tengok bola. Tengok sampai mengantuk. Balik rumah terus tidur. Main DOtA cam aku ke.. Tak teringat langsung kan bekas kekasih kau tu kan? haha
 

Belajar lah meluahkan masalah korang yang baru putus kat kawan baik korang. Cerita dari A sampai Z. Tak payah nak tinggal satu pun. Lantak lah kalau dicop membuka pekung di dada. So what?

Kemudian, hubungi bekas kekasih korang balik. Sila maki dan marah bekas kekasih korang tu walaupun sedikit sebanyak korang pun ada salahnya terjadinya perpisahan tu. Lepaskan amarah dalam dada sepuas hatinya.


Masa ni paling genting sekali. Aku sarankan delete lah segala gambar bekas kekasih kau tu yang ada kat social network. Untag gambar yang penah bekas kekasih kau tu tag. Delete message berkasih-kasih sayang kat inbox tu. Buat apa simpan lagi kalau dah tak berkasih sayang kan?

Jangan sampai block/remove bekas kekasih kau tu dari social network. Nanti menyesal sebab mana tahu kemudian hari kau dengan dia dah boleh jadi kawan biasa. Tak ke segan nak add balik.


Walaupun dah putus, aku percaya kau tak kan dapat tahan diri dari stalking dia kat internet ni kan? Kat sini kau kena tahan nafsu kau tu sikit. Tahan diri dari stalking. BERHENTI STALK!! Makin stalk kau akan lebih merindui dia.


Kalau dah rindu sangat kat bekas kekasih kau tu, pergi buat aktiviti lain. Pergi marathon tengok wayang. Tapi jangan tengok wayang yang cintan-cintun. Better tengok cerita hantu.haha. Ataupun masuk Facebook dan try kenal dengan orang yang tak pernah kau tegur sebelum ni. Banyak lagi aktiviti yang berfaedah kau boleh buat selain stalking bekas kekasih kau tu.

Belajarlah
terima kenyataan yang kau dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan cinta selain hubungan kawan. Kalau tak terima kenyataan itu how will you go on with your life? Think about it. Tak kan selamanya nak hidup di bawah bayang-bayang dia? Tak kan selamanya nak hidup dalam kenangan kau dengan dia? MOVE ON!

Ok. Ini lepas 4-5 bulan. Kau dengan bekas kekasih kau tu contact semula. Dan aku percaya kau dah boleh terima kenyataan yang bekas kekasih kau tu dah jadi kawan biasa kau semula. Menangi hatinya semula =)
*kan bagus tak payah masam-masam muka dah.

Ini yang terjadi kepada aku dua tahun yang lepas. Aku dengan bekas kekasih aku tu pernah lah couple balik beberapa kali lepas putus tu. Tapi tak tahan lama. Sampai sekarang kami memilih untuk menjadi kawan. Itu adalah jalan yang terbaik. Kadang-kadang apa yang kita kasihi tu tak kan jadi milik kita selamanya.

Percayalah ada jodoh yang lebih baik untuk dirimu jika perpisahan terjadi :D. Kita akan bertemu dengan orang yang bukan jodoh kita berkali-kali sebelum ditemukan dengan jodoh kita sendiri.






Gratisan Musik

Tiada ulasan: