Followers

04 September 2012

Warkah Buat Seseorang...



Ya Allah,
Aku amat bersyukur kerana pernah mengenalinya buat suatu jangka masa walaupun ianya hanya sementara. Saya masih sayangkan awak walaupun pada awak saya bukan apa2 lagi. tapi terima kasih kerana pernah menyayangi saya sepenuh hati awak. Saya tahu awak seorang perempuan yang baik dan saya amat bertuah kerana pernah mengenali awak. Awak telah buat hati saya terpaut pada awak atas diri  awak sendiri.

Masihku ingat setiap bait kata yang awak luahkan pada saya. Setiap kata2 awak mungkin menjadi faktor utama yang membuatkan saya di UPMKB sekarang ni. Pada saat awak kata kita dah tak boleh berhubung lagi macam sebelum ini, tiba tiba saya rasa sangat sedih dan air mata saya mengalir dengan deras bila perasaan sayang kan awak memang tak boleh dihakis yang kian menebal dalam diri saya terhadap awak. Saya macam tak percaya dengan apa yang berlaku. Tapi tak mampu saya nak nangis depan awak waktu malam awak jelaskan kepada saya.


Mungkin saya tak selalu cakap yang saya sangat sayangkan awak tapi awak perlu tahu yang saya sentiasa sayangkan awak sejak dari mula perkenalan kita. Tapi saya mengerti apa yang awak maksudkan, awak taknak cinta kita ni seperti cinta murahan. Hal itulah yang menjadi tekanan buat awak kan. 

Awak thanks sebab banyak bagi nasihat dan tunjuk ajar kat saya selama ini. Saya takkan lupakan itu semua, insyaAllah ia banyak membantu dalam kehidupan seharian saya. Saya harap awak berjaya dalam mengejar impian hidup awak. Saya tahu awak seorang perempuan yang baik dan awak mampu menilai yg mana satu intan , yang mana 1 kaca.

Saya minta maaf jika selama kita kenal saya ada bersalah pada awak tetapi yang pasti saya tidak pernah kesal mengenali insan yang bernama perempuan seperti awak.


Yang Masih Menyanyangimu...
Dhom Nawhki





Tiada ulasan: